February 10, 2016

Mengapa Akidah Peringkat Tinggi Berstatus Fardu Kifayah ?


BBB, 30 Rabiul Akhir 1437 = 09 Februari 2016 (Selasa):


Dalam paparan kedua Al-Ghazali membicarakan bahawa mempelajari `Ilmu Aqidah` adalah fardu `ain, tetapi mempelajarinya pada peringkat tinggi, bukan menjadi kewajipan fardu `ain, sebaliknya ia adalah berstatus fardu kifayah yang perlu dipelajari oleh kalangan ilmuan tinggi dari segi akidah, juga kewajipan negara. Pada awal bagi pemaparan ketiga Al-Ghazali mengatakan:
``Katahuilah, bahawa mendalam bidang akidah ini dan menghimpun permasalahan bukan merupakan tuntutan fardu `ain dan dia adalah termasuk di bawah fardu kifayah. Kedudukannya (pada peringkat tinggi) adalah sebagaimana dibincangkan pada paparan kedua. Sebagaimana dinyatakan bahawasanya ia bukan menjadi kewajipan semua makhluk (orang Islam). Adapun keperluan bagi mereka ialah. ``Membenarkan keyakinan terhadap Allah dengan jazam dan bersih hati daripada ragu dan syak dari segi keimanan.. Adapun menghilangkan syak adalah fardu `ain pada membenarkan tanpa syak.`` (Al-Iqtisad fi al-I`tiqad, 1403/1983: 11)..
Adapun mempelajari ilmu akidah pada peringkat tinggi dari segi akidah merupakan fardu kifayah, kerana di sana terdapat aliran-aliran yang timbul dibahaskanm pada peringkat tinggi dari segi akidah dalam ilmu al-kalam seperti aliran falsafah, Mu`tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan sebagainya. Apa yang diolah oleh aliran-aliran yang demikian, mempengaruhi masyarakat jika tiada sanggahan. Bagi menjawab berbagai masalah yang ditimbulkan oleh mereka, memerlukan orang-orang yang pakar di dalam akidah keislaman dan memahami aliran-aliran demikian, dan mampu menghujah dan menyanggah aliran berkenaan. Bagi menghujah dengan tepat memerlukan orang yang mahir dalam akidah Islam, seperti ilmuan akidah aliran Sunni yang dapat menyanggah aliran sedemikian. Dengan menggalur apa yang dipaparkan oleh Al-Ghazali dari segi gugatan akidah, misalnya pada zaman moden ini timbulnya berbagai aliran dan fahaman yang boleh menggugat akidah seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang mencanggahi kefahaman tauhid di dalam Islam. Tugas memahami dan menentang aliran yang bercanggah dengan Islam, bukan tugas orang awam yang mungkin tidak memahami falsafah  Pluralisme dan Liberalisme berkenaan, tugas demikian adalah bergantung pada golongan intelektual Muslim yang faham berkenaan falsafah-falsafah moden berkenaan agar dapat menyanggah mereka dengan hujah-hujah keislaman yang meyakinkan. Menjawab secara berhujah dan ilmiah merupakan fardu kifayah kepada mereka.
Menurut Al-Ghazali, kewajipan menyanggah perkara-perkara akidah pada tahap tinggi, selain daru pada merupakan fardu kifayah bagi kalangan ilmuan dan intelektual Islam yang mempunyai keilmuan dan kefahaman yang tinggi, ianya juga menjadi kewajipan bagi negara bagi membasmikan faham yang bercanggah dan menyeleweng dari akidah Islam. Dalam konteks negara kita, pihak yang bertanggungjawab bagi negara, ialah seperti JAKIM, Jabatan Mufti dan jabatan-jabatan agama mesti memahami dan mengambil tindakan bagi memperbetulkan pegangan akidah yang sesuai dengan fahaman Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Al-Ghazali juga membandingkan Ilmu akidah tahap tinggi dengan ilmu fiqh. Menurutnya Ilmu akidah tahap tinggi bersifat kifayah, kerana ilmu ini bersifat dalaman, tahap tinggi diperlukan bagi berdepan dengan pihak menggugat akidah pada tahap demikian dan lebih sebagai bersifat `persediaan` jika adanya serangan. Keperluan lebih bagi pihak yang mengawal, jika berlaku serangan, yang mungkin sekali sekala, bila isu itu timbul, lantaran itu keperluan tahap berjaga-jaga ini tidak merupakan kewajipan semua, tapi kewajipan di atas mereka yang berkenaan, sebab itu memahami peringkat tinggi ini sebagai fardu kifayah dan bukannya pada orang awam – orang banyak, berlainan dari sudut fiqh, ia adalah keperluan nyata dari segi hukum yang sering menjadi amalan semua peringkat. Konsep kifayah, contoh mendirikan solat janazah, sifat kifayahnya lebih kepada bersifat amal, berlainan dengan akidah yang bersifat dalaman. Al-Ghazali juga membandingkan keperluan kepada akidah, fiqh dan perubatan. Keperluan kepada akidah adalah berterusan dan tidak boleh terputus dari akidah yang benar, yang menyebabkan boleh keluar dari Islam, manakala keperluan kepada fiqh bila diamalkan, seperti makan makanan yang halal, adalah hukum berkenaan berkait dengan amal yang dilakukan, adapun keperluan kepada tabib bersifat semasa, ketika sakit dan jika sihat, tabib tidak diperlukan. Ini membuktikan bahawa aqidah bersifat dalaman adalah berterusan dan terpenting, tuntutan fardu `ainnya berterusan, manakala fiqh berkait dengan tuntutan amalan lahiri, bila dilakukan oleh pelaku, manakala contoh keperluan kepada tabib yang persediaan bagi ummah adalah kifayah adalah terendah dan keperluan baginya oleh pesakit ialah apabila sakit. Jika tidak sakit tidak perlu.
Dari perbincangan di atas, bahawa fardu  kifayah di dalam akidah adalah bertahap tinggi,  akidah (kifayah dan `ain) keperluan yang menentukan sempurna iman atau tidak. Sebelum daripada membicarakan konsep kifayah di dalam akidah Al-Ghazali telah membicarakan hirarki di dalam kedudukan akidah itu sendiri. Beliau telah membicarakan di dalam paparan kedua tahap keimanan dan non-iman iaitu tahap kufur, sesat,  taqlid, iman (ditambah beberapa tahap lagi zann (ragu), dan syak yang juga dibicarakan). Namun batas antara satu sama lain tidaklah jelas, tapi untuk kefahaman boleh digambarkan dalam skema rajah berikut:
Iman                        50 – 100
               Kifayah      80 – 100
           Fardu `Ain     50      79
            Taqlid            50
--------------------------------------     (Batas Iman & Kufur)
Kufur                        - 50       Minus ke bawah dari 50
             Zann            -50 
             Syakk           - 30
           Waham         - 20
            Sesat             -10
             Kufur              00
Melihat dari skema Al-Iqtisad fi al-I`tiqad Al-Ghazali, bahawa tahap memada `Al-Iqtisad` dapat digambarkan ialah antara  50 hingga 79, manakala bahagian ke atas adalah tahap kifayah, yang tidak dituntut dari orang awam, tetapi perlu bagi kalangan ulama dan negara  menyediakan persediaan dan pendekatan tahap tinggi bagi menentang ancaman akidah. Bawah daripada lima puluh dikira keimanan adalah rosak. Jadil perjalanan kualiti bagi meningkatkan akidah sehingga tahap `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad` adalah merupakan cabaran dan perjalanan yang panjang.

Sekian.         


1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no ((( 0823 1366 9888 )))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..




    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[ 0823 1366 9888 ]]]


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






    jika anda butu angka ritual 4D 5D 6D silakan

    ReplyDelete