BBB, 28
Rabiul Akhir 1437 = 07 Februari 2016 (Ahad):
Dari pembicaraan di atas dapat kita memahami
konsep `Iqtisad di dalam I`tiqad Al-Ghazali. Beliau berpendapat. `` Wajib menghormati
kaedah-kaedah i`tikad dengan melazimkan iqtisad dan beriktimad di atas jalan
yang betul (al-sirat al-Mustaqim). Bermaksud tidak melampau dari segi kebebasan akal seperti falsafah dan
Mu`tazilah dan mengikut jalan yang betul bermaksud Al-Sunnah, iaitu melalui
firman Allah dan Hadith Baginda s.a.w. dan melalui burhan akal yang dikenal
dengannya kebenaran apa yang dikhabarkannya. Al-Ghazali bertanya, ``Bagaimana
boleh membawa kepada pertunjukan kepada kebenaran kalau semata menurut jejak
akal yang terhad ?
Dua perkara yang dapat difahami dari
perbincangan Al-Ghazali, pertama bahawa maksud Iqtisad dari segi I`tiqad, ialah
tidak melampau dari segi menerokai rasional akal yang terhad, tetapi gunakan
dia secara terhad mengiringi kebenaran wahyu. Kedua Al-Ghazali secara keras
menyerang falsafah dan Mu`tazilah, Barangkali dengan serangan terhadap falsafah
membuktikan bahawa karangan Al-Iqtisad
fi al-I`tiqad ialah hasil karangan selepas dari karangan-karangan falsafahnya,
maksudnya bahawa karangan ini dihasilkan pada peringkat akhir dari karangan dan
hayatnya. Perlu juga diberi perhatian bahawa bukanlah maksud `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad`
ringkasnya karangan berkenaan dan terhad
kepada pembicaraan tentang Allah dan Rasulnya sahaja.
Dari segi kepentingan ilmu akidah ialah
membetulkan pegangan akidah agar kehidupan tidak kehilangan arah dan pedoman, dia
tidak terjatuh ke dalam syak dan zan. Lantaran syak dan zan meragukan yang
tidak mententeramkan jiwa, menjadikankan jiwa resah dan bimbang. Kebimbangan
lebih-lebih lagi dengan kesedaran bagi
menghadapi maut yang pasti datang. Bertanya Al-Ghazali, ``Bagaimanakah
mengatasi kerisauan, lebih dari itu berdepan dengan kenyataan maut yang pasti
mendatang ?``
Keraguan tidak lain dari kejahilan, lantaran
kejahilan adalah musuh utama bagi diri yang membawa kepada kesalahan.
Al-Iqtisad fi alI`tiqad` juga memberi maksud, bahawa keperluan minima (Iqtisad)
dari segi i`tiqad amat perlu bagi
mengatasi kejahilan, seterusnya membawa kepada ma`rifat dan membawa kepada
hidayah dan kebenaran yang pada puncaknya kata Al-Ghazali,
``Sepenting-penting perkara bagi semua
makhluk, khususnya insan, ialah kebahagiaan abadi, menjauhi kesiksaan
berterusan.``
Sesungguhnya datang bersama Nabi perkhabaran
memberitahu kepada semua makhluk bahawasnaya Allah Ta`ala di atas hamba-hamba ada
kewajipan mereka, bertanggungjawab di atas perbuatan dan perkataan mereka dan
akidah mereka, sesungguhnya siapa yang lisannya tidak bercakap dengan
kebenaran, hati kecilnya tidak tergulung dalam kebenaran dan tindakan anggotanya
tidak secara betul dan adil, maka pengakhirannya balasan di dalam nereka.
Sebenarnya `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad` menurut
Al-Ghazali, setiap hamba tidak perlu
kepada falsafah mendalam dan perbahasan yang bercabang, Bagi membuka pintu
Al-Iqtisad dalam I`tiqad, ialah persediaan dalam diri bermula dengan
pertembungan dengan luar diri, dengan memerhati keajaiban-keajaiban ciptaan
alam yang sebenarnya sebelum memahami akidah, sudah mula memberi sentuhan ketenangan. Bunga-bunga
akidah sebenarnya mulai berkembang bersama sentuhan hati kecil yang kagum dan
mengakui ketakjuban ciptaan dan ianya boleh berputik unsur akidah apabiali
menyusurinya pertanyaan-pertanyaan berhubung dengan alam, bagaimanakah
kewujudannya, apakah dia ada begitu sahaja, ataukah ada kekuasaan disebaliknya.
Kalau ada apakah kekuasaan berkenaan. Ini membawa kepada pengertian tentang
kewujudan Pencipta yang membawa kepada pengenalan tentang ketuhanan.
Kalau demikian kata Al-Ghazali, sebagai tahap
permulaan bibit pengertian tentang ketuhanan, timbul persoalan, tetang kekuasaan,
kebesaran apakah Dia Hidup dan berkemahuan. Tapak yang sedia pada diri
seseorang sedemikian memudahkan untuk disemai dengan aspek-aspek akidah rendah
tentang ketuhanan dan diperluaskan kepada wujudnya perutusan yang membawa
hidayah keislaman yang membawa bukan saja soal kewujudan alam dan Pencipta dan
perutusan kerasulan, tetapi juga melibatkan kehidupan manusia di dalam alam ini
yang tertakluk kepada aturan-aturan yang boleh meneruskan kelangsungan hidup
yang perlu berusaha mencari rezeki yang disediakan Pencipta, dan di dalam
kehidupan perlu ada aturan berhubung dengan masyarakat keliling, bahkan dengan
binatang dan tumbuhan dan alam
seluruhnya. Kalau tidak menurut aturan-aturan alamiah nescaya akan binasa. Jadi
di dalam kehidupan individu perlu menjaga dan memelihara dengan hubungan
keliling untuk kelangsungan. Jika individu satu aspek kecil di dalam kejadian
alam perlu mengikuti fitrah kejadian
alam, bagaimanakah dengan keseluruhan alam yang begitu luas dan berpelbagai
dapat berada dalam keimbangan dan keharmonian, apakah ianya sesuatu yang
tersendiri. Sudah tentu tidak, jika diri yang kecil terpaksa menjaga aturan
bagi melangsungkan kehidupan, tentulah ada penjaga dan pengatur terhadap alam
sehingga berterusan dengan keadaannya yang teratur berterusan. Demikian olahan
dari rangka pendekatan yang dibuat Al-Ghazali yang mencetuskan kesedaran akidah
yang dipertingkatkan melalui perutusan Rasul dan kandungan Al-Qur`an..
Pengolahan keilmuan dapat dipaparkan kepada
mereka yang sedia ada tapak untuk menerima benih akidah yang boleh
menyuburkannya.. Inilah antara apa yang dikatakan Al-Ghazali melalui Kategori
Pemaparan Pertamanya, bahawa pentingnya kesedaran keilmuan yang mengukuhkan
pegangan keagamaan.
Daripada pemaparan Al-Ghazali dapat difahami
bahawa menanam jiwa keagamaan dan menegakkan asas akidah adalah penting bagi
setiap orang Islam. Keperluan akidah bagi orang awam ialah bersifat asas dan
`Iqtisad` dalam i`tiqad. Maksud Iktisad dalam I`tiqad, bukan bererti ringkas
dan terhad, tetapi juga kepada tahap memada bagi awam dan bukannya perlu
mendalam. Al-Iktisad fi al-I`tiqad juga bermaksud tidak melampau dan hanyut
seperti pendekatan falsafah dan Mu`tazilah, tetapi mengimbangi antara akal dan
pertunjuk Al-Qur`an.
Sekian.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no ((( 0823 1366 9888 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[ 0823 1366 9888 ]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/
jika anda butu angka ritual 4D 5D 6D silakan