February 19, 2016

Bidayat Al-Hidayat Seperti Umm Al-Barahin Pengukuh Akidah Sunnah:Kepentingan Akal


BBB, 9 Jamadil Awwal 1437 = 18 Februari 2016 (Khamis):


Kitab Bidayat al-Hidayat mempunyai significant dari segi perkembangan akidah di Alam Melayu, sebagaimana significantnya Matan Umm al-Barahin di dalam perkembangan akidah di kalangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.. Sebagaimana Imam Ash`ari pada asalnya pengikut Mu`tazilah, tetapi selepas berdialog dengan gurunya Al-Juba`i mengenai persoalan `solah` dan `Aslah` yang tidak dapat diberi jawapan yang memuaskan oleh Al-Juba`i, maka Ash`ari telah menarik diri dari mengikut aliran Mu`tazilah dan menubuhkan aliran akidah yang kemudian dikenali dengan aliran atau mazhab Ash`ari. Di alam Melayu sendiri, khususnya di Acheh pada abad k 16 dan awal abad ke 17 pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh terkenal dengan aliran wahdatul wujud yang tokoh-tokohnya ialah Hamzah Fansuri dan Shamsuddin al-Sumatrani. Persoalan akidah aliran ini dikenali dengan pandangan a`yan thabitah. Aliran ini dapat dibasmikan dengan kehadiran ke Acheh seperti Naruddin al-Raniri dan Shaykh Abdul Rauf Singkel pada pertengahan abad ke 17 dan dapat menghapuskan aliran Wahdatul Wujud. Namun pada masa tersebut tidak jelas dari segi kelahiran persuratan akidah Sunni hinggalah kelahiran kitab Baidayat al-Hidayat oleh Shaykh Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin pada tahun 1757M. Lantaran itu dapatlah dikatakan karangan akidah Abu  Abdullah Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Shu`ayb al-Sanusi al-Hasani dari Tlimsani, Utara Afrika yang meninggal (m.795H.) dengan karangann  yang banyak termasuk Umm al-Barahin yang dikenali dengan Aqidah al-Sughra amat besar pengaruhnya di dalam mengukuhkan aliran Sunni dari segi akidah. (Abu Abdullah al-Sanusi, Sharh al-Sanusiyyat al-Kubra, Dar al-Tiba`at al-Muhammadiyyah, Al-Qahirah, 1393/1973: 3). Umm al-Barahin mendukung akidah aliran Sunni selepas Al-Imam Al-Ash`ari. Jadi dengan karangan Bidayat al-Hidayat berasaskan Matan Umm al-Barahin, maka karangan dan aliran ini mengisi dan mengukuhkan akidah aliran sunni di Acheh, dan kemudian digunakan juga di Patani dan alam Melayu.
Tujuan Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin menghasilkan kitab Bidayat al-Hidayah ialah kerana kesukaran bagi orang Melayu mempelajari di dalam bahasa `Arab terhadap kitab itu, lantaran itu beliau mengarang Bidayat al-Hidayah agar lebih mudah diikuti pengajian – Tentulah bertujuan juga bagi menyibarkan akidah Islam yang betul.
Pendekatan yang diambil oleh Shaykh Nuhammad Zain adalah pendekatan rasional iaitu dengan menggunakan kaedah akli,. Lantaran persoalan yang awal dibicarakan ialah tentang status akal seseorang, kata Shaykh Muhammad Zain, selepas teks bahasa Arab disertakan  dengan dikuti terjemahan dan syarah, Kata Al-Shaykh Muhammad Zain:
``Ketahui olehmu hai talib, bahawa hukum aqli itu tersimpan pada tiga bahagi. Bermula makna pengetahuan itu iaitu mendapat sesuatu dengan hakikatnya dan keluar dengan pengetahuan itu empat perkara:
Pertama:  Jahil, terbahagi atas dua bahagi, pertama jahil basit namanya iaitu orang yang tiada mengetahui sekali-kali.
Kedua:  Jahil murakkab namanya, iaitu orang yang baginya bersusun dua jahil. Pertama, tiada mengetahui ia akan hakikat sesuatu. Kedua tiada mengetahui akan dirinya tiada mengetahui, seperti i`tiqad falasifah, bahawasanya alam ini qadim.
Dan Bahagi yang kedua: Syakk iaitu orang yang bersamaan  pada hatinya mengetahui dan tiada mengetahui.
Dan bahagi Yang Ketiga: Zann iaitu orang yang berat hatinya pada mengetahui dan ringan hatinya  pada tiada mengetahui
Dan Bahagi Yang Keempat: Waham iaitu orang yang ringan hatinya pada mengetahui dengan berat hatinya pada tiada mengetahui .
Maka orang yang empat bahagi ini, tiada bagi mereka itu iman. Maka mereka itu kuffar.
Adapun orang taqlid, naka bahawasanya bersalah-salahan ulama` pada kufurnya. Kata setengah kafir dan kata setengah mu`min dan yang muktamad bahawasanya mu`min, tetapi jika berlajar ia dan kuasa pada mendirikan dalil, maka iaitu `asi dan jika berlajar dan lemah dari mendirikan dalil, maka iaitu `asi.
Dari segi hukum belajar ilmu akidah usuluddin dan mengajarkan dia, menurut Shaykh Muhammad Zain wajib pada syara`, ertinya tiada dimudahkan pada meninggalkan dia, kemudian maka dibahagikan wajib pada syara` itu dua bahagi.
Yang Pertama: Wajib aini pada belajar dan mengajar. Bermula wajib aini itu, iaitu barang yang mengeluarkan mukallaf daripada taqlid kepada tahqiq dan sekurang-kurangnya mengetahu akan tiap-tiap akidah dengan dalil dan jikalau pada perhimpunan sekalipun
Yang Kedua: Wajib kifayah, iaitu barang yang kuasa pada menunjukkan masalah dan mendirikan dalilnya dan kuasa pada menolakkan syubhah jika didatangkan orang.
Pengarang menerangkan tentang makna hukum katanya,
``Bermula makna hukum itu, iaitu mensabitkan suatu pekerjaan atau menafikan dia dan yang mehukumkan dia dengan ithbat atau nafi itu ada kalanya syara` dan ada kalanya akal dan ada kalanya adat. Dan kerana inilah terbahagi hukum kepada tiga bahagi
Pertama:  Hukum Shar`i
Kedua:  Hukum `adi
Ketiga: Hukum aqli
Tiap  suatu mempunyai definisi dan ciri berbeza.
Demikian sebagai permulaan pembicaraan bagi kitab Bidayat al-Hidayat oleh Shaykh Muhammad Zain bin  al-Faqih Jalaluddin sebelum masuk membicarakan keperluan bagi membicarakan soal akidah.

Sekian.


No comments:

Post a Comment