BBB,
25 Dzul Hijjah 1437H. = 27 September
2016 (Selasa).
`Al- Mahabbah` atau `Cinta` ialah salah satu `Hal` yang berlaku pada
hati. Ia adalah perasaan halus mesra yang diakibatkan oleh rasa kemanusiaan, kasih
sayang, kenikmatan dan kesyukuran. Ia
adalah `kesedaran` yang diberi Allah yang `mengasyikkan` manusia menerima
kurniaan `Cinta`.
Cinta adalah beberapa pecahan. Pertama
`Cinta Kemanusiaan`, ialah kesedaran tinggi pada jiwa manusia yang timbul rasa
kemanusiaan dan `Cinta Sejagat`, bahawa tiap manusia adalah sama ciptaan Tuhan,
tetapi ada yang dapat hidup secara kebiasaan secara keluarga manusia, tetapi
ada yang malang, contoh anak-anak dan mereka yang tidak berdosa terperangkap di
dalam peperangan. Ada yang terbunuh, ada yang cedera dan mengalami penderitaan
sepanjang zaman dan ada yang terpaksa berhijrah yang tidak menjamin keselamatan dan antara mereka tewas dan
meninggal secara tragidis. Mereka adalah saudara-saudara kemanusiaan yang
sepatutnya sama mendapat nikmat hidup dalam aman dan mendapat lindungan dan
keselamatan. Rasa kasihan, tidak sanggup melihat kemanusiaan
diperkotak-katikkan timbul rasa kemanusiaan di kalangan setengah kalanganm
manusia. Di atas rasa kasihan, mau memberi pertolongan sanggup mereka secara
sukarela memberi pembelaan dan pertolongan
dengan berbagai cara. `Mereka
adalah pembela `Cinta Sejagat` yang memberi makna hidup sejagat.
Cinta kategori kedua, adalah `Cinta Fitrah`
yang dibekal oleh Allah di dalam diri manusia, bagi melanjuitkan kemanusiaan
yang mempunyai lelaki dan perempuan. Dengan sebab dan kebetulan tertentu
berlaku pertemuan di kalangan mereka
yang membenih cinta dan kasih sayang dan menjaga kasih sayang sebagai azimat
kehidupan yang melaluinya berlaku perkahwinan, mereka menjaga keturunan dan
subur di kalangan mereka cinta kasih sayang. Dengan mekanisme cinta ini mereka
berkembang dalam kasih sayang memakmur
dan mensejahterakan kehidupan. Walau bagaimana dalam menjaga kepentingan
melampau terjadi persengkitaan. Contoh antara orang politik yang sentiasa
berbalah kerana mencari dan menjaga kepentingan dan kadang-kadang lebih
merosakkan -lebih dari kebaikan. Demikian kepentingan menjaga hak dan kawasan
seperti antara negara berlaku persengkitaan dan peperangan, pembunuhan dan
pemupusan keturunan. Inilah tabiat buruk manusia yang terus menjadi racun
kemanusiaan dan ancaman sepanjang zaman. Cinta dan kebencian bertentangan mencetus konflik dan perbalahan.
Cinta kategori ketiga ialah cinta
kerohanian yang lebih dari rasa
keinsanan dan cinta kasih sayang
kekeluarga. Cinta tahap ketiga ini adalah cinta tahap tinggi yang timbul dari
kesedaran kerohanian. Menurut Al-Sarraj cinta tahap ini timbul menyedari nikmat
dan kurniaan dari pihak Yang Berkuasa memberi nikmat tidak terhingga kepada
diri manusia, Diberri kehidupan yang diri berterusan, diberi akal fikiran dapat
menikmati ciptaan melalui keilmuan, diberi lidah dan hati yang dengan dapat
memuji tentang kurnia yang diberi, diberi kemudahan pergerakan dari tempat ke
tempat, diberi rezeki yang dengannya meneruskan hayat, bahkan diberi kesegalaan
yang tidak ada kata mampu menggambarkan nikmat kesegalaan oleh Allah Maha Pencipta
. Maka timbul kecintaan yang dapat dinamakan kecintaan Ilahi. Firman Allah yang
bermaksud:
``Akan Allah mendatangkan kaum Dia
mencintai mereka itu dan mereka itu mencintaiNya.`` (Al-Ma`idah: 54)..
Firman Allah di dalam ayat yang lain
bermaksud:
``Mereka mencintai mereka itu seperti
cintakan Allah dan mereka yang beriman
itu amat mencintai Allah.`` (Al-Baqarah: 165).
Menurut Al-Sarraj kecintaan sedemikian oleh
kesedaran hamba dengan nikmat dikurniai Allah kepada mereka, menyedari
kedekatan diri dengan Allah, `inayah, pemeliharaan. Dia melihat dengan penuh
keimanan dan keyakinan terhadap Allah. Kesedaran sedemikian membawa cinta
tertinggi dan hakiki terhadap Pencipta;
Menurut Al-Sarraj `Cinta Ketuhanan` terbahagi kepada tiga:
Pertama:
Mahabbah `Am, terhasil dari ihsan Allah T`a`ala kepada mereka itu dan
kelembutanNya ke atas mereka itu. Al-Sarraj menyebut diriwayatkan daripada Nabi
Muhammad s.a.w. bahawa Baginda bersabda bermaksud: Terikat hat-hati mencintai siapa yang membuat kebaikan
kepadanya dan menentang siapa yang melakukan kejahatan kepadanya.
Disoal
Samnun al-Muhibb, tentang mahabbah, katanya, ``Bersih hubungan berserta
berkekalan dari segi sebutan, lantaran siapa mengasihi sesuatu banyaklah dia
menyebutnya.
Disoal
Sahl bin `Abdullah tentang mahabbah, katanya, muwafakat hati bagi Allah,
melazimkan muwafakat bagi Allah, mengikut Rasulillah s.a.w. beserta berkekalan
mesra dengan menyebut Allah Ta`ala, dan wujud kemanisan beribadat kepada Allah
`Azza wa Jalla.
Dipuisi tentang cinta:
Kiranya benar cinta engkau nescaya kutaati
Kerana kekasih kepada yang dikasihi
mematuhi
Kedua:
Terhasil daripada perhatian hati kepada kekayaan Allah dan JalalNya,
kebesaranNya, ilmuNya dan qudratNya. Dia cinta
al-sadiqin dan mtahaqqiqin.
Ditanya
Abu Sa`id al-Kharraz tentang cinta sedemikian, katanya, ``Berbahagialah
siapa yang meminum dari gelas yang dikasihi dan merasa nikmat bermunajat kepada
Rabb al-Jalil dan menghampiriNya, dengan cinta memenuhi kalbunya hingga hatinya
riang dan meningkatnya kecintaan.
Ketiga:
Mahbbah al-Siddiqin dan al-`Arifin terhasil dari perhatian dan ma`rifat
tentang kekal cinta Tuhan tanpa `illah.
Demikian kepelbagaian pendapat dan martabat
cinta yang mencerminkan keintiman, kasih
sayang dan rapat hubungan. Andainya
semua cinta bersemarak, nescaya mereka menjadi manusia baik dengan Tuhan dan
baik sesama manusia, bahkan dengan kandungan alam, nescaya manusia hidup dalam
aman dan kasih sayang. Tetapi dari segi realiti, walapun di sana keagungan
cinta, kehebatan kasih sayang, pencinta damai dan ketenteraman, namun di sana
tetap ada kepelbagaian sengkita, peperangan, pembunuhan dan berbagai angkara
yang mengancam manusia dan kehidupan dan mengancam cinta dan ketenteraman,
sebab itu manusia tidak berkesempatan menikmati cinta dan kedamaian dan mereka
tidak dapat sepenuhnya menikmati cinta dan kedamaian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment