BBB, 10 Dzul-Hijjah 1437 = 12 September
2016 (Isnin):
Jika Al-Muhasibi jelas membawa pendekatan
berasaskan akhlak, maka Al-Sarraj adalah memfokuskan kepada pembicaraan tentang
tasawuf. Sebagaimana telah disebutkan bahawa Al-Sarraj adalah pengarang yang
mula-mula menggunakan istilah tasawuf dan berusaha menerangkan asal usul dan
perbezaannya dari pendekatan fiqh dan juga akidah. Beliau juga membuat
pendekatan yang berlainan dari kitab-kitab kerohanian yang sebelum daripadanya.
Segala kandungan di dalam Al-Luma` ialah sebagai pengukuhan, bahawa ia
merupakan pendekatan dan kandungan ketasawufan yang dihasilkan.
Menurut
Dr. Abdul Halim Mahmud dan Taha Abdul Baqi Surur yang membuat pengenalan bagi kitab Al-Luma`berkata,
``Sesungguhnya kitab Al-Luma` bagi Abu Nasr
al-Sarraj al-Tusi adalah sebesar-besar kitab tentang sejarah kesufian sama ada
yang lepas dan kini.``
Sesungguhnya pendekatan yang dibuat oleh
Al-Sarraj berbeza dari pendekatan Al-Junayd al-Baghdadi yang lebih mengambil
pendekatan dakwah yang menghuraikan tasawufnya melalui khutbah dan
pengajaran-pengajaran di mimbar-mimbar dan di masjid, manakala pendekatan
Al-Sarraj menggunakan kitab-kitab dan mensyarahkannya di dalam pengajaran. Sesungguhnya diakui
bahawa Abu Nasr al-Sarraj al-Tusi dia sesungguhnya sebesar-besar pengarang
tasawuf yang mengikut jejaknya oleh Al-Hujwiri dengan kitabnya Kashf al-Mahjub
dan, Sulami dengan Al-Tabaqat dan Abdul
Karim bin Hawazin dengan kitab Al-Risalat al-Qushayriyyat.
Al-Sarraj mengatur pendekatannya dengan menekankan:
1) Huraian tentang
·
Apa itu
ilmu tasawuf. Asal usul istilah dan maksud
·
Perbezaan
dari ilmu Al-Hadith dan fiqh serta aqidah
·
Tabaqat
tasawuf
·
Adab-adab
kesufian
·
Kritik
terhadap tuduhan mengingkari tasawuf
2) Konsep tauhid
·
Pegangan
tauhid kesufian
3) Konsep ma`rifat
·
Apa itu
ma`rifat
·
Sifat Arif
dan hakikat
4) Konsep Ahwal
dan maqamat
·
Apa itu
ahwal dan aspek-aspek di bawahnya
·
Apa itu
maqamat dan aspek-aspek di bawahnya
5) Muwafaqah
·
Dengan
Al-Qur`an
·
Dengan
Al-Hadith
6) Tentang Sahabah
·
Khulafa`
al-Rashidin
·
Ahlu
al-Suffah
·
Kalangan
Sahabah
7) Adab-Adab ketasawufan
·
Ibadat
rukun Islam
·
Berbagai
adab dalam kehidupan
8) Persuratan
·
Berbagai
persuratan yang dihasilkan
·
Wasiatr di
kalangan mereka
9) Al-Sima`
·
Masalah
al-sima`
·
Wujdan
·
Kekeliruan
tanggapan
·
Shatahiyyat
10) Hikayat-hukayat
·
Hikayat-hikayat
tentang sufi
·
Ghalatah
Al-Sarraj bersungguh-sungguh menerangkan
tentang tasawuf, asal usul istilah dan penggunaan. Dia menerangkan bahawa
keilmuan tasawuf yang ditampilkannya tidak bercanggah dengan keilmuan Islam
yang lain. Masing-masing mempunyai pendekatan. Al-Sarraj menerangkan bahawa
tasawuf adalah bersumberkan Al-Qur`an, Hadith dan mencontohi perjalanan
sahabat.
Satu pendekatan yang kukuh yang dibawa
Al-Sarraj di dalam tasawuf yang tidak dibawa oleh yang lain secara persuratan
ialah pendekatan tasawuf yang diistilahkan sebagai maqamat dan ahwal. Maqam
ialah tahap-tahap perjalanan kualiti diri yang bersifat zahir sepereti taubah, wara`, zuhud, faqr, sabar, tawakkal
dan reda, manakala hal yang lebih subjektif bagi perjalanan rohani seperti
muraqabah, qurb, mahabbah, khauf, raja`, shauq, uns, tama`ninah, mushahadah dan
yaqin. Kedua-dua ukuran subjektif yang
ditampilkan adalah penting di dalam melihat tahap perjalanan kualiti
ketasawufan berkenaan. Pokoknya persoalan kerohanian yang sukar dan subjektif
itu mempunyai rangka pendekatan yang dapat dikenal pasti dari segi penilaian.
Tidak kurang penting ialah tentang tauhid
dan ma`rifat yang tidak jarang mengelirukan. Kedua-dua aspek berkenaan
diperjelaskan oleh Al-Sarraj bagi mengelakkan kekeliruan. Sesuatu yang baik dan
segar ditampilkan oleh Al-Sarraj ialah berkenaan `Adab-adab Tasawuf` yang mengukuhkan nilai ketasawufan dengan akhlak
keislaman.
Nilai-nilai pengukuhan tasawuf dengan
menjadikan sahabat-sahabat sebagai model kesufian adalah baik, kerana ia selari
dengan kedudukan mereka di dalam hukum dalam mana sahabat dan ijma` ulama
menjadi sumber bagi hukum, peranan mereka juga menjadi sebahagian dari sumber
kesufian. Demikian juga konsep riwayat para sufi juga mengukuhkan kedudukan
tasawuf kiranya mereka tidak bercanggah
dengan Islam sebagai contoh teladan
kesufian.
Al-Sarraj dengan kitab Al-Luma` dapat
menampilkan pendekatan secara comprehensif dari segi kesufian yang memberi ruang
bagi pertambahan dan pembaikan seterusnya bagi keilmuan tasawuf.
Sekian.
No comments:
Post a Comment