Persiapan bagi menyambut kunjungan Y.A.B.
Dato` Seri Azmin Ali Dato` Menteri Besar
Selangor ke Masjid Al-Umm dilakukan sebaik mendapat maklumat tentang kesediaan
hadir Dato` Seri sejak dua minggu sebelumnya. Beberapa mesyuarat Jawatankuasa
dan peringkat Daerah diadakan. Beberapa tempat dicadangkan bagi Majlis
Penyerahan Cek termasuk di Masjid Al-Umm. Hari Jumaat adalah hari menjadi
pilihan dan akhirnya Masjid Al-Hasanah menjadi pilihan, oleh kerana Masjid
Al-Umm belum siap dan tiada kemudahan, tetapi dipersetujui Y.A.B. datang
melawat tapak dan bangunan masjid yang peruntukan RM4 juta diserahkan itu. Persetujuan Y.A.B. untuk singgah (selepas pembatalan
di saat akhir), selepas Majlis
Penyerahan dan Jamuan Rakyat di Masjid Al-Hasanah amat melegakan Jawatankuasa
yang telah membuat persediaan bagi lawatan, walaupun dalam keadaan kekurangan.
Turut berkejar pulang ke Masjid Al-Umm
selepas upacara di Masjid Al-Hasanah Penulis bersama saudara Azizi selaku juru
photo, saudara Tuan Haji Ishak bin
Arshad, Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Yasin dan Tuan Haji Abdul Rahman bin Daud,
manakala Jawatankuasa yang lain terus menunggu di Masjid Al-Umm ialah, Dr. Haji Tajul Ariffin Noordin, Haji Mohd.
Kalok bin A. Latiff, Haji Mohd Ghazali
bin Haji Abbas, Hj. Ahmad bin Haji Hasbullah, Ir. Hj. Ghazali bin Hussin, Hj.
Hussin bin Hj. Yunos, Dr. Mohd Sabri bin Haron, Haji Ahmad Sufie bin Munasir,
Haji Mohd Suib bin Haji Maulud dan Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar. Turut
hadir Tuan Haji Marzuki bin Hj. Che Omar Kontrektor, Haji Abdul Majid dari Majleza
dan turut sama beberapa jamaah dari Surau al-Umm dan beberapa muslimat dan
kakitangan rela.
Beliau ditarik perhatian tentang identiti
utama Masjid Al-Umm dengan kubahnya yang berawarna keemasan yang berbentuk
separuh bulat bujur telur dengan 32 segmen pecahan. Beliau juga dimaklumkan tentang
dua menara masjid yang mengambil bentuk menara Masjid al-Haram atas cadangan
Dato` D. Haron Din. Menara setinggi 80 kaki mengatasi ketinggian kubah. Bentuk
seni bina adalah pengaruh Asia-Barat dan Tempatan menurut kesesuaian climate
setempat. Adalah diharapkan dengan bangunan dan kegiatan yang akan dijalankan
oleh masjid ini kelak, ianya menjadi salah satu mercu tanda di Bangi.
Masuk ke dalam pada aras utama Penulis
memaklumkan bahawa konsep binaan bangunan adalah bersifat `Kiri Kanan
bersamaan` bermaksud apa yang ada di kanan seperti bilik air, ruang limpah,
dewan dan bilik-bilik ada di sebelah kiri secara bersamaan. Pada ruang
utama Y.A.B. ditunjukkan oleh AJK tentang mihrab, mimbar dari kayu jati yang
berkerawang bermotif flora dan fauna dan bersifat tebuk tembus. Masjid
mempunyai empat tiang seri utama yang menjunjung Kubah yang berada di atas
ruang utama memuat 2,500 jamaah (keseluruah 3,200 jamaah), manakala siling
mengelilingi ruang kubah adalah berhias motif geometrik design yang patternya
digubah oleh pekerja-pekerja dari orzebik yang diusahakan oleh pihak Majleza,
manakala pada bahagian dinding dihiasai ayat-ayat Al-Qur`an dan motif-motif
seni berkerawang. Y.A.B. Dato` Menteri Besar dimaklumkan tentang lampu
cenderalila yang dihadiah orang perseorangan. Pihak masjid menggunakan air-cond
secara split control – tapi belum berfungsi.
Dato` Seri Azmin tidak berkesempatan naik
ke aras satu, tetapi beliau ditunjukkan ke bahagian aras satu yang dapat
dilihat dari aras utama, ialah aras untuk muslimat yang dapat memuat 350 jamaah
muslimat dan boleh digunakan untuk jamaah hari jumaat. Pada bahagian belakang
dari aras satu ini ialah dua bilik yang digunakan untuk perpustakaan dan bilik
tahfiz. Manakala pada bahagian sayap kanan ialah bilik persidangan dan pada
sebelah kiri adalah bilik mesyuarat.
Dari aras utama Y.A.B. Azmin diiringi AJK
turun ke aras bawah tanah melalui tangga sebelah kanan. Di bawah beliau
ditunjukkan ruang untuk konvensyen atau ruang jamuan kahwin yang dapat
memuatkan seramai 1000 tanpa meja, tetapi jika menggunakan meje bulat dapat
memuat 60 meja untuk 600 jemputan secara serentak sama ada untuk jamuan
perkahwinan atau apa-apa function yang bersesuaian. Y.A.B. dibawa melihat bilik akad nikah yang agak canggih, di samping
bilik akad, ada juga bilik persalinan. Dengan adanya bilik akad di bawah majlis
aqad tidak mengganggu kegiatan yang berlangsung di aras utama. Bilik jamuan
atau persidangan tersebut dapat dikecil dan digunakan sebahagian jika jumlah
peserta tidak ramai. Dewan jamuan dan bilik-bilik lain boleh ditempah dan
menjadi sumber kewangan bagi masjid.
Daripada aras bawah tanah Y.A.B.
dibawa meninjau ke atas ke bahagian luar
sebelum naik kembali ke aras utama tentang padang untuk kepentingan umum dan
beliau ditunjuk ke arah kawasan tapak parkir dibawah rintis cable TNB yang
bakal di jadikan tempat parkir bagi masjid yang sudah ditambak tanah, tapi
perlu kepada penyelenggaran sebagai tapak parkir yang teratur yang memerlukan
peruntukan yang dijangka satu juta ringgit itu.
Kembali ke ruang legar aras utama Dato`
Seri Azmin dijemput untuk meinum petang yang tersedia, tetapi oleh kerana baru
makan di Masjid Al-Hasanah dan perlu segera ke Shah Alam, beliau tidak
menyertai minum, sebaliknya berkesempatan bergambar bersama-sama AJK Masjid
Al-Umm. Selepas bergambar beliau diiringi AJK ke kenderaan rasminya –
bersalaman dan bertolak pulang jam 3.30 petting.
Dengan krhadiran Y.A.B. Dato` Menteri Besar
Selangor, pihak AJK merasa puasahati, walaupun kehadiran Y.A.B. Dato` Seri bersifat singgah sekejap bagi melihat bangunan
secara sepintas lalu. Pihak AJK merasa berbaloi dengan persiapan dan penyediaan
yang dibuat sebelum ini. Pihak AJK mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
Y.A.B. Dato` Seri Menteri Besar,
khususnya dengan ungkapannya, ``Jika ada
sebarang keperluan bolehlah buat permohonan.` Kata-kata ini diucap semasa di
Masjid al-Hasanah dan juga disebut kembali semasa sebelum berangkat dari Masjid
Al-Umm. Kami melepaskan Y.A.B. bertolak kembali ke Shah Alam dan
mengharapkannya akan dapat datang kembali bagi fungsi-fungsi yang lain kelp.
Selepas selesai majlis kunjungan pihak AJK bergambar
khusus sebagai kenangan bersejarah dan kemudian bersama penduduk yang hadir
yang berjumlah lebih kurang 30 orang itu sama menjamah juadah yang disediakan
bagi minuman petang. Walaupun masa singgah Y.A.B. Dato` Menteri Besar agak
ringkas dan sekejap, tapi pihak AJK merasa puas dan merasa segala perancangan
yang diatur selama ini, meskipun ada perubahan saat-saat akhir dan adjustment di
buat di sana sini keseluruhannya, termasuk Majlis Penyerahan Cek Dan Jamuan
Rakyat di Masjid Al-Hasanah adalah berjalan dengan teratur dan licin, bersyukur
kepada Allah yang mempermudahkan segala urusan dan perancangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment