BBB,
23 Dzul Hijjah 1437 = 25
September 2016 (Ahad):
Muraqabah dari segi lughah ialah
bererti `mengawasi, `memberi penelitian`
atau `perhatian` terhadap sesuatu, iaitu
tidak bersifat lebih kurang, lalai, atau
tidak serius. Sebaliknya berusaha secara serius bagi mencapai, bahkan mendapat
sesuatu yang dihajat, juga menjadi dekat sehingga menjadi sebagai teman rapat,
bahkan sahabat.
Mencapai
hal bagi muraqabah ialah merupakan peringkat didikanm rohani dan
perjalanan kualiti diri dan hati yang pada peringkat awal bersifat jauh dan
liar. Bayangkan sesuatu yang liar – katakan seekor kuda yang tidak terbiasa
oleh yang mau mendekatinya, ianya sukar mendekatinya. Jadi bagi mendekatinya
mempunyai kaedah-kaedah dengan menyediakan sesuatu yang menarik baginya seperti
makanan dan minuman dan bila didekati, ada cara menjinakkannya, misalnya dengan
menggosok dan membelainya sehingga ianya menjadi jinak. Selepas penjinakan yang
memakan masa, kemudian yang membelainya akhirnya dapat menunggangnya dan bergerak secata baik, jinak dan mesra
serta patuh bagi tujuan.
Diri yang di dalam diri tersebut diibarat
sebagai kuda liar, ialah nafsu yang pada peringkat awalnya adalah liar dan
mungkin ganas. Proses ke arah muraqabah adalah proses menjinak dan meningkatkan
kualiti nafsu di dalam diri yang mungkin berada pada peringkat ammarah. Tarbiah
tidak lain dari membaikinya dengan menjauhi yang mungkar dan mendekati yang
ma`ruf patuh pada perintah Allah, menggilatkan jiwa dengan ibadat, amalan-amalan
kerohanian sehingga kuda nafsu diri bergerak kepada peringkat nafsu mulhamah
seterusnya kepoada peringkat lawwamah dan seterusnya pada peringkat
mutma`innah, iaitu peringkat jiwa dan rohani yang jinak yang dengan mampu
bermuraqabah secara hening dan tenang – mutmainnah, radhiyah bahkan mardhiyah.
Berhubung dengan muraqabah ini kata
Al-Sarraj, bahawa muraqabah adalah peringkat yang mulia. Iaitu sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:
``Dan (ingatlah) bahawa adalah Allah senantiasa
mengawasi ak
Dan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Tidaklah dia melafazkan sesuatu kata,
melainkan bersamanya Raqib dan `Atid.`` (Qaf; !8) dan firmaNya bermaksud:
``Tidakkah mereka ketahui, bahawa Allah
senantiasa mengetahui akan apa yang mereka rahsiakan, serta apa yang mereka
bisikkan. Dan bahawasanya Allah Amat Mengetahui akan perkara-perkara yang
ghaib-ghaib.`` (Al-Taubah: 78).
Dan bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Sembahlah Allah seolah-olah engkau
melihatNya, maka jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia sentiasa melihat engkau.
Difahamkan dari ketiga-tiga ayat Al-Qur`an
dan Hadith Nabi di atas, bahawa apa jua tindak tanduk manusia tidak terkeluar
dari ilmu Allah dan Ia sentiasa melihat, lantaran tiada ruang bagi seseorang
bersembunyi atau menyembunyikan diri. Dengan kesedaran Allah mengetahui dan
melihat manusia, maka seharusnya dia sentiasa berwaspada akan segala perkara
yang hendak dibuat. Natijah seharusnya manusia sentiasaa memelihat perkara
terbaik. Dengan kesaedaran Allah sentiasa melihat diri, dalam konteks yang sama
manusia sentiasa bermuraqabah, menilai diri dan berusaha mendekati diri dengan
Allah.Dia sentiasa mencari peluang dan kesempatan mencari suasana jiwanya
berada paling dekat denbgan Allah saecara naknawi.
Rumusanm dari padangan di atas, berkata
Al-Sarraj:
``Muraqabah bagi hamba dia mengetahui dan
yakin bahawa Allah Ta`ala sentiasa memandang apa yang berlaku dan melalui hati dan hati kecilnya (dhamir). Dengan
mengetahgi yang demikian dia mengawasi segala lintasan hatinya dengan menjauh
perkara-perkara yang mengganggu hatinya dan berusaha menumpukan pada
;intasan-lintasan yang baik.
Berkata Abu Sufyan al-Darini r.h.a.
``Bagaimana boleh dia menyembunyikan apa yang ada pada hatinya, sedangkan apa
yang berlaku dihatinya adalah dari lontaran dari Allah kepadanya. Maka
bagaimana boleh dia sembunyikan dari apa
yang Dia telah tahu ?
Berkata Al-Junayd r.h.a., berkata kepadaku
oleh Ibrahim al-Ajari r.h.a, Wahai budak ! Bahawa engkau memberi perhatian
dengan himmah engkau kepada Allah, meskipun sebesar dzarrah lebih baik dari
engkau tengadah kepada cahaya matahari.
Berkata Al-Hasan al-Damaghani r.h.a.,
``Kewqajibanmu memelihara rahsia, kerana Dia memerhati lintasan hati kecilmu
(dhama`ir).
Berkata Al-Sarraj Ahlu al-muraqabah terbahagi kepada tiga:
Pertama:
Menjaga rahsia, kerana Allah mengetahui apa yang berlaku poada hati
kecil kamu
Kedua:
Muraqabah haq dengan haq yang lain dari Haqq adalah fana` Dan mengikut Rasulullah pada
perbuatan, akhlak dan adab Baginda.
Ketia: Mohon terus dalam perlindungan
Allah.
Muraqabah pada hakikatnya adalah peringkat
permulaan di dalam menempatkan diri pada jalan yang betul. Ia juga merupakan
latihan bagi meletakkan diri dari segi lahiri, lebih-lebih maknawi dalam
memelihara hati dan dhamir supaya tidak terganggu oleh elemen-elemen yang
merosakkan. Hati dan hati kecil adalah rumah diri. Maka bagi keselamatan,
kesejahteraan rumah perlulah ada pada
tempat yang sesuai dan sesuai pula bagi membersih dan menyusunnya dengan
kegiatan kerohanian yang memanfaatkan. Dengan pembetulan dari segi persediaan
muraqabah, baharulah terbuka pintu-pintu hal yang lain, bagi memboleh pendukung
kerohanian ini meningkat kepada peringkat ahwal yang lebih tinggi.
Sekian.
Bodohkan Orang Kampung - Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke Usus!!
ReplyDeleteSumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO PARTI PENJARA - Anak Muda Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tidak Mahu Menjadi Kuli Batak UMNO Lagi!
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
DeleteKLIK-> PESUGIHAN TOGEL