September 29, 2016

TAKUT KEBALIKAN CINTA, MENDEKATI DIRI DENGAN ILAHI


BBB, 26 Dzul Hijjah 1437H. =  28  September 2016 (Rabu):
Dari segi pendidikanb ada dua pendekatan, iaitu pendekatan cinta dan pendekatan takut yang menggerunkan. Pendekatan cinta adalah pendekatan mesra, secara baik dan kasih sayang sehingga yang dididik sama ada anak, pelajar dan sebagainya  rapat dan mengikut dan terdidik dengan didikan yang dilakukan. Ini sebagaimana yang telah dibicarakan. Pendekatan kedua ialah pendidikan yang bersifat takut yang menggerunkan, pihak yang dididik dikenakan tindakan kekerasan jika tidak menurut aturan, disiplin dan apa yang dididikkan. Kedua-dua pendekatan yang menggunakan kaedah mendapat habuan jika diikuti dan kaedah hukuman jika tidak diikuti  kedua-duannya memberi kesan dan dapat digunakan menurut kesesuaian.
Apa yang dibincangkan adalah merupakan pendidikan yang bersifat secara langsung. Di sana ada pendidikan yang bersifat kasih sayang dan hukuman berlaku dan dialami secara tidak langsung di dalam kehidupan. Penghidupan alamiah yang dari satu pihak dilihat mendidik secara lembut, bahawa Allah Ta`ala menjadikan  alam secara indah dan peraturan yang teratur dan mengkagumkan bahawa cakerawala bertukar siang dan malam, semua planet, bintang-bintang bergerak di atas paksi masing-masing, bertukar cuaca dan bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang memberi rezeki dan kehidupan kepada manusia. Semuanya menimbulkan kefahaman dan keinsafan tentang kebesaran Yang Maha Pencipta dan manusia yang salah satu dari kejadian turut patuh dan selamat,, sebab itu manusia yang terdidik secara lembut ini patuh dan taat kepada aturan dan risalah yang dihantar oleh Allah melaluiu rasul-rasulnya dan risalah alamiah yang terus memaparkan maklumat dan kepatuhan yang manusia setia di dalamnya adalah sejahtera dan selamat.
Satu aspek lagi melalui pendidikan secara keras yang menjadikan diri takut dan gerun yang jika tidak dipatuhi boleh membawa ancaman, kegerunan dan kerosakan kepada manusia. Kegerunan yang dialami manusia, misalnya mengalamai penyakit yang mengancam yang jika tidak diikuti boleh mengancam dan kematian. Faktor alamiah, misalnya keingkaran yang menyebabkan diturunkan bala bencana yang mengancam kehidupan dan kemusnahan. Misalnya berlakunya gempa yang meruntuh dan memusnahkan muka bumi, kediaman dan nyawa manusia dalam jumlah yang banyak, berlaku ribut taufan yang menenggelam  manusia  dan meruntuhkan  bangunan, memusnahkan tanaman dan harta bendsa. Begitu juga akibat dari persengkitaan, berlakunya peperangan dan pembunuhan, maka banyak berlaku kematian, hilang ketenteraman dan hilang nikmat kehidupan. Semuanya ini dan segala ancaman-ancaman yang lain mengajar dan mendidik manusia memahami dan cuba mematuhi aturan-aturan kehidupan agar dapat hidup dengan aman.
Dalam pengajaran Islam sendiri diperingatkan oleh Allah melalui perutusan rasul-rasul agar mematuhi perintah Allah dengan melakukan suruhan-suruhan dan menjauhi larangan dan ikut aturan alamiah, juga  ditentukan oleh  shara`agar dapat hidup dalam selamat dan menjadi mereka yang patuh dan taat.
Dari segi  hal khauf (takut) dan mahabbah menurut al-Sarraj membawa kepada dua  keadaan. Antara mereka dibawa kepada hal  takut dari kedekatan dengan Allah Subhanahu wa Ta`ala. Antara mereka diberat kepada rasa cinta, kebalikan dari rasa takut. Ia bergantung kepada pemberian Allah di dalam membahagikan pengalaman hati daripada tasdiq dan  hakikat keyakinan. Ini bergantung pada kashaf keghaiban. Kalau hatinya menyaksi kedekatan yang membawa kepada ta`zim kepadaNya dari segi kehaibatan dan kekuatanNya, maka membawa yang demikian kepada takut, malu dan mengasing diiri. Jika disaksi hati dengan kedekatan akan kelembutan  cipta Allah, ihsan dan kasih sayang membawa kepada cenderung kepada mahabbah.
Menurut Al-Sarraj takut atau khauf di atas tiga wajah:
Perama dinamaklan khauf  segera lantaran keimanan, Firman Allah bermaksud ``
``Jangan kamu takut kepada mereka itu dan takutlah kepada Aku (Allah) jika kamu beriman.
Kedua khauf pertengahan firman Allah bermaksud:
``Dan orang yang takut akan keadaan berdirinya di mahkamah Tuhan (untuk dihisab) disediakan baginya du syurga.`` (Al-Rahman: 46).
Ketiga: Khauf am berdasarkan firman Allah bermaksud:
``Mereka itu takut pada hari berbolak-balik hati-hati mereka dan penglihatan.`` (Al-Nur: 37).
Walaupun dalam pendekatan yang bersifat hal ini diasing dan dipisahkan antara sifat cinta dengan sifat al-khauf  dalam mana Hal cinta dari mengkagumi terhadap  kekuasaan Allah, ciptaanNya yang indah sifatNya yang latif kepada hamba rahmat dan rahim dan manusia pula menerima rahmat dan kasih sayang dari Allah dan berbagai nikmat dan kurniaan membawa mereka merasa kasih dan cinta terhadap Allah dengan meningkatkan ketaatan dan ibadat dan melakukan berbagai kebajikan, manakala dari segi khauf kerana gerun dan takut dengan ancaman, kemusanahan dan kerosakan yang berlaku dan banyak mendepani peristiwa yang menakut dan mendukacitakan membuat manusia juga taat lantaran trakut menerima balsan dari Allah yang lebih-lebih lagi menerima azab jika  melakukan kejahatan dan tidak beribadat, maka jadilah mereka orang beribadat dan dekat dengan Allah.
Namun dari segi realiti dan praktik kedua-dua hal ini, yakni nikmat dan khauf, boleh berlaku secara bertukar ganti dalam diri hamba, maksud bahawa pada waktu tertentu dia menerima nikmat dari Allah dalam masa tertentu jiwanya lembut dan disertai rasa terharu, maka terbetik rasa kasih mesra terhadap Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Mengetahui, jadi mesra dengan rasa cinta, tetapi dalam masa yang lain, dia melalui dan mengalami peristiwa yang menakutkan diri, misalnya terancam dan hilangnya keamanan, mengalami kerugian, kemalangan, kematianm atau hukuman dari kesalahan menjadikan dia seorang yang takut, takut kerana dosa-dosa yang dilakukan, takut akan menerima hukuman di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Ini semuanya membawanya kepada keinsafan dan mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan, lantas dia menjadi orang baik, hasil dari kebimbangan dan ketakutan terhadap Allah.
Dalam praktiknya, antara cinta dan takut atau khauf mungkin bertukar ganti dalam  pengalaman diri dan mungkin juga berlaku secara bersama atau serentak. Jadi kedua-dua elemen dapat mencanai dan mendidik diri dengan rasa cinta terhadap Allah dan dalam masa yang sama rasa takut terhadap Allah dari amalana-amalan yang tidak baik. Kedua-dua elemen dapat  mentarbiah dengan dua pengalaman yang mesra dan menakutkan yang mendekatkan diri kepada Allah. Pendeknya hal al-mahabbah dan al-khauf penting di dalam mentarbiah diri di dalam mendidik diri dan ketasawufan agar diri dapat mendekati Allah Ta`ala.

Sekian.

No comments:

Post a Comment