June 30, 2017

MAHABBAH = CINTA - BERBAGAI PENDAPAT


BBB, 05 Syawal 1438H. = 29 Jun 2017M. (Khamis):
Makin  peringkat akhir bagi mengakhii karangan Al-Risalat al-Qushairiyyahnya, Al-Qushairy menyusun bab-bab bagi pembicaraannya kepada topik yang makin penting. Kalau sebelum ini topik yang dibicarakan mengenai ma`rifat yang topik ini lebih melibatkan akal dan rasional yang antaranya mirip kepada pembicaraan pendekatan akidah, di samping hati rohani, maka topik kini ialah mengenai mahabbah = Cinta. Topik ini adalah merupakan puncak perjalanan kualiti hati-rohani melalui intuisi dan wajdan.
Membicarakan topik ini Al-Qushairy bertolak bagi membicarakan persoalan Mahabbah=Cinta ini dengan memetik ayat Al-Qur`an yang bermaksud:
``Wahai orang-orang yang beriman, siapa yang murtad dari kalangan kamu dari agamanya, maka akan didatangkan oleh Allah dengan satu kaum yang Dia mencintai mereka itu dan mereka itu mencintaiNya.`` (Al-Ma`idah: 54).
Dan dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami Abu Nu`aim  `Abdul Malik bin al-Husain berkata, bercakap kepada kami Abu `Awwanah Ya`qub bin Ishaq berkata, bercakap kepada kami al-Sulami berkata, bercakap kepada kami `Abdul Razzak daripada  Mu`ammar daripada Hammam bin Munabbih daripada Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. :
``Man ah*abba liqa` Allah ahabba Allah liqa`ahu wa man lam yuh*ibb liqa` Allah lam yuhibb Allahu Ta`ala liqa`ahu.`` Bermaksud:
``Siapa yang cinta menemui Allah,  Allah mencintai untuk menemuinya, siapa yang tidak suka menemui Allah, tidaklah Allah suka untuk menemuinya.``(Riwayat Al-Bukhari).
Sebuah lagi Hadith:
Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Husain `Ali bin Ahmad bin `Abdan berkata, bercakap kepada kami oleh Ahmad al-S*affar al-Bas*ri berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Ayyub berkata, bercakap kepada kami Al-Hakam bin Musa berkata, bercakap kepada kami al-Haitham bin Kharijah berkata, bercakap kepada kami al-Hasan bin Yahya daripada S*adaqah al-Dimashqi daripada Hisham al-Kattani daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. daripada Jibril  a.s. daripada Tuhannya Subhanahu wa Ta`ala bersabda Nabi (bermaksud):
``Siapa yang menyakiti bagiKu wali, maka dia secara terang menyatakan peperangan dan aku tidaklah merasa ragu-ragu tentang sesuatu seperti raguku untuk mencabut nyawa seorang hambaku mu`min yang membenci maut dan aku benci dan aku tidak suka menyakitinya dan tidak dapat tidak aku mematikannya. Dan tidaklah menghampiriku hambaku dengan sesuatu yang aku lebih suka kepadaku daripada apa yang aku fardhukan ke atasnya dan sentiasalah hambaKu menghampiriKu dengan amalan-amalan sunat sehingga aku mengasihinya, dan siapa yang Aku kasihkannya, maka adalah aku baginya pendengaran dan penglihatan dan tangan dan bantuan. (Dikeluarkan oleh Ibn Ahmad Dunya, Al-Hakim, Ibn Mardawayh, Abu Nu`aim dan Ibn `Asakir).
Berkata Al-Ustadz, Al-Mahabbah ialah hal yang mulia yang menyaksikan haqq Subhanahu wa Ta`ala dengannya kepada hamba dan mengkhabarkan tentang mahabbah kepada hamba. Allah Subhanahu wa Ta`ala  mensifatkan yang Dia mengasihi hamba dan hamba mensifatkan yang dia mencintai Allah Subhanahu wa Ta`ala.
Disoal Al-Junayd daripada al-mahabbah, maka katanya, ``Masuk sifat-sifat orang yang dikasihi sebagai ganti daripada sifat orang yang mencintai. Dan berkata Abu `Abdullah al-Qurashiyy, hakikat mahabbah bahawa engkau memberi keseluruhan engkau kepada orang yang engkau cinta hingga tidak ada yang tersisa bagi engkau.``
Dan berkata Al-Shibli dinamakan al-mahabbah sebagai mahabbah, kerana engkau tidak mempercayai selain dari yang dicintai dan kata Ibn `Ata` ialah  ingatan yang berterusan terhadap yang dicintai.
Berbagai pendapat tentang al-Mahabbah:
Al-Ustadz Abu `Ali  al-Daqqaq, Mahabbah adalah kelazatan dan tempat membicarakan hakikat secara dahsyat..
Al-Shibli berkata,, Mahabbah ialah cinta terhadap yang dicintai dan engkau maunya seperti engkau.
Ibn `At*a`, Mahabbah, ``Dahan-dahan yang tumbuh dari hati yang berbunga dan berbuah
Al-Nas*r Abadzi, Mempertahankan mahabbah sanggup bertumpah darah – berkorban.
Yahya bin Mu`adz, Al-Mahabbah, Hakikat al-Mahabbah tidak berkurang oleh panas dan tidak oleh hujan.
Abu `Ali al-Daqqaq, Mahabbah pengikat kasih sayang. Dia berpuisi:
Apabila bersih antara kaum bermawaddah
Berterusan hubungan memuji dan bermadah.
Berkata Al-Junayd, Al-Mahabbah ialah melampaui kecenderungan yang tidak kesampaian.
Berkata Al-Harth al-Muhasibi, Al-Mahabbah kecenderungan engkau terhadap sesuatu dengan keseluruhan diri engkau.``
Dan seterusnya berpuluh, bahkan beratus lagi pendapat tentang al-Mahabbah` atau cinta. Topik ini begitu mesra dibicaraka. Berbagai pendapat diluahkan, tiap orang berlainan  ungkapan, tetapi bersatu tujuan bagi melahirkan erti al-mahabbah dan cinta itu yang bagai aliran sungai mesra yang hulunya tidak kering-kering mengalirkan   rasa cinta dan ianya tidak kering-kering ditimba, Ia memberi erti perasaan cinta adalah perasaan dialami semua. Cinta mungkin padam sesama manusia, tetapi tidak bersama yang Esa, bahkan makin bersemarak jika makin mendekatiNya.

Sekian.

June 29, 2017

MA`RIFAT : PENDAPAT-PENDAPAT


BBB,  04 Ramadhan 1438H. = 28 Jun 2017M. (Rabu):
Tajuk yang utama di dalam ilmu tasawuf. Ianya menjadi puncak bagi perjalanan kualiti rohani dan pada peringkat ini dibicarakan aspek-aspek kerohanian yang dicapai.
Ada yang melihat bahawa ma`rifat di dalam tasawuf adalah sebagaimana ma`rifat di dalam akidah usuluddin, sebagaimana kata Al-Kalabadzi di dalam Al-Ta`arruf, ma`rifat ialah ma`rifat bahawa Allah Ta`ala  adalah Esa. Dengan dalil-dalil.  Sebenarnya menurut Al-Nuri tidak berhajat kepada dalil, kerana na`rifat Allah ialah Allah itu sendiri.
Dan berkata Al-Junayd, ma`rifat ada dua ma`rifat;
Ma`rifat yang engkau tahu dan ma`rifat dari segi ta`rif.
Ma`rifat dari segi ta`arruf, bahawa engkau memahami Allah Ta`ala diriNya.
Dan ma`rifat dari segi ta`rif, engkau melihat kesan qudratNya di ufuk-ufuk, pada diri dan segala kejadian yang mencetuskan kefahaman dan kehalusan rasa yang menunjukkan sesuatu adalah ciptaan Tuhan. Ma`rifat ini adalah ma`rifat umum di kalangan orang mu`minin dan yang pertama tadi ialah ma`rifat khas. Inilah yang diungkapkan, ``Aku tidak melihat sesuatu melainkan aku melihat Allah padanya (Al-Kalabadzi, al-Ta`arruf: 79).
Berhubung dengan ma`rifat ini Al-Qushairy bertolak dari firman Allah;
``Wama qadaru Allah haqqa qadrih.`` (Al-An`am: 91).
Kalangan mufassirin memberi maksud: Mereka tidak mengetahui (ma`rifat ) Allah dengan haqq (sebenar) ma`rifatNya.
Dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami `Abdul Rahman bin Muhammad bin `Abdullah al-`Adl berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Qasim al-Makki berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Ashriman berkata, bercakap kepada kami, Sulaiman bin `Isa al-Shajari, daripada `Abbad bin Kathir daripada Hanz*alah bin Abi Sulaiman daripada al-Qasim bin Muhammad daripada A`ishah  r.`anha, bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda (bermaksud):
``Bahawa binaan bagi sebuah rumah ialah asasnya, dan binaan bagi agama ialah ma`rifat dengan Allah Ta`ala dan yakin dan akal yang teguh.``
A`ishah lalu bertanya,. ``Demi  ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, ``Apakah akal yang teguh itu ? Beliau sendiri menjawab, ``Menjaga dari ma`siat terhadap Allah dan bersemangat dalam menanti Allah Ta`ala.`` (Hadith dikeluarkan oleh Al-Daylami).
Berkata Al-Ustadz, Ma`rifat adalah di atas lisan para `ulama`, iaitu ilmu, maka tiap-tiap ilmu adalah ma`rifat dan tiap-tiap ma`rifat ialah ilmu. Tiap-tiap yang alim dengan Allah Ta`ala, maka dia adalah `arif, dan tiap `arif, maka dia adalah alim. Pada kalangan kaum ini:
`Ma`rifat ialah sifat siapa yang mengetahui perkara yang benar. Subhanahu wa Ta`ala dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya. Kemudian Allah Ta`la membenarkannya pada muamalatnya dan dia menafikan daripada akhlak-akhlaknya yang keji dan hina dan dia berterusan di pintu wuqufnya (istiqamah) dan berterusan dengan hatinya i`tiqafnya, maka dengan kebaikannya diterima  dan dibenarkan  Allah Ta`ala dengan segala ahwalnya dan terputus darinya lintasan-lintasan keji  dan dia tidak melayan dengan lintasan di hatinya yan tidak membawa kebaikan.``
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq. r.h.a.t. berkata,
``Daripada tanda-tanda ma`rifat dengan Allah terhasil haibat daripada Allah Ta`ala, siapa yang bertambah haibat bertambah ma`rifatnya.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Ma`rifat membawa ketenangan di dalam hati sebagaimana ilmu juga membawa kepada ketenangan. Siapa yang bertambah ma`rifatnya bertambah ketenangannya.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abdil Rahman al-Sulami  berkata, aku mendengar Ahmad bin Muhammad bin Zaid berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Tiada bagi `arif `ilaqah, tiada  bagi yang mencinta aduan, tiada  bagi hamba dakwa, tiada bagi yang takut tetap, dan tidak bagi seorang hamba  daripada Allah `azza wa Jalla qarar.``
Aku juga mendengarnya juga berkata,  berkata Muhammad bin Muhammad bin `Abdul Wahhab berkata, aku mendengar Shibli berkata,. Dan dia disoal tentang ma`rifat, maka katanya:
Awalnya   ialah Allah dan  akhirnya  ialah Allah  !
Aku mendengarnya berkata, aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Ibn `At*a` berkata, ``Ma`rifat ada tiga rukun: al-haibah, al-haya` (malu) dan al-uns (mesra, jinak).
Dan aku mendengarnya berkata, aku mendengar  Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan berkata, aku mendengar Yusof bin al-Husain berkata, dan dikatakan kepada Dzu al-Nun al-Mis*ri:
``Dengan apakah engkau mengenali Tuhan engkau ?`` Maka katanya, ``Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku ! Dan kalau tidak dengan Tuhanku aku tidak mengenali Tuhanku.``
Dan aku mendengarnya berkata, aku mendengar `Ali bin Bundar al-S*airafi berkata, aku mendengar Al- Jariri berkata,, disoal Abu Turab daripada sifat `Arif, maka katanya,, Dia yang tidak dikeruhi oleh sesuatu dan bersih dengannya tiap-tiap sesuatu.``
Dan aku mendengar dia berkata, aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi berkata, ``Al-Arif diterangi oleh cahaya ilmu, maka dilihat dengannya keajaiban-keajaiban yang ghaib.``
Ma`rifat juga dikenali dengan ilmu. Ianya ditanggapi oleh yang alim dan arif melalui akal dan hati rohani atau semua elemen berkenaan secara rasional. Intuisi – wajdan hati rohani. Dari pengalaman berbagai persepsi dan penghayatan, rasional dan wajdan.

Sekian.

June 28, 2017

TENTANG KEMATIAN: YANG PENTING PERSEDIAAN AMALAN


BBB,  03 Syawal 1438H. =  27 Jun 2017M. (Selasa):
Secara lengkap bagi judul di atas diberi oleh Al-Qushairy ialah, ``Bab Ahwal Mereka Itu Ketika Keluar Daripada Dunia``  yang kita ringkas kepada  ``Kematian``. Sesungguhnya kematian adalah kepastian, bahawa setiap yang hidup pasti menemui kematian. Firman Allah bermaksud:
``Tiap diri yang hidup akan merasa kematian. Dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.`` (Ali `Imran: 185).
Memulakan pembicaraan bagi  ahwal orang yang keluar dari dunia ini Al-Qushairy memetik ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Mereka yang diwafatkan oleh malaikat di dalam keadaan yang baik. Mereka berkata, ``Selamat ke atas kamu`, Masuklah ke dalam syurga, sesuai dengan apa yang telah kamu amalkan.`` (Al-Nahl: 32).
Adapun dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami `Abdullah bin Yusof al-As*bahani berkata, nengkhabarkan kami Abu al-Hasan `Ali bin Muhammad bin `It*iyyah al-Shaybani di Kufah berkata, bercakap kepada kami Al-Hudhar bin Abban al-Hashimi berkata, bercakap kepada kami Abu Hadbah daripada Anas bin Malik berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud,
``Bahawa seorang hamba mengalami dugaan kesusahan  mati, dan sesungguhnya sendi-sendinya  mengucap salam setengahnya kepada setengah yang lain. Dia berkata, Selamat ke atasmu, engkau berpisah denganku dan aku berpisah denganmu hingga kepada hari kiamat..
Juga Hadith yang diriwayatkan oleh Anas, mengkhabarkan kami Al-Shaykh Abu `Abdul Rahman al-Sulami berkata, bercakap kepada kami Abu al-`Abbas al-As*amm berkata, bercakap kepada kami Al-Khudhar bin Abban al-Hashimi berkata bercakap kepada kami Siwar berkata, bercakap kepada kami Ja`far daripada Thabit daripada Anas, bahawasanya Nabi s.a.w. masuk kepada seorang pemuda yang di dalam keadaan maut, maka kata Nabi, bagaimana engkau dapati, maka katanya, `Aku bermohon kepada Allah Ta`ala dan aku takut daripada dosa-dosaku.`` Maka bersabda Rasulullah s.a.w. ``Tidak berhimpun dalam satu hati, seorang hamba di tempat ini, melainkan diberi Allah Ta`ala apa yang diharap dan diamankannya daripada apa yang ditakuti.``
Berkata Al-Ustadz, ``Ketahuilah bahawa keadaan mereka  itu dalam keadaan naza` berbagai-bagai keadaan. Setengahnya  mengalahkan oleh keadan haibat dan setengah mengalahkan oleh al-raja` (harap), setengahnya terbuka (kashaf) baginya dalam keadaan sedemikian yang membawa kepada ketenangan dan  keyakinan.``
Aku mendengar Aba H*atim al-Sijistani berkata, aku mendengar Aba Nas*r al-Sarraj berkata, sampai kepadaku dari Abi Muhammad al-Hariri bahawasanya ia berkata,
``Aku bersama Al-Shibli pada malam yang dia mati padanya, maka dia mengungkap sepanjang malam ini dua bayt:
Setiap rumah engkaulah yang mendiami
Tidak berhajat kepada pemasangan api
WajahMu adalah fokus bagi hujjah kami
Pada hari datang manusia  berhujah sendiri.
Adalah dikatakan, apabila hadir bagi Hasan bin `Ali bin Abi Talib kewafatan dia menangis,, maka ditanyakannya, apa yang menyebabkan dia menangi s. Katanya, ``Aku mendahului tuan yang aku tidak tahu.``
Dan tatkala hadir kewafatan Bilal Ibn Rabah berkata isterinya, ``Alangkah dukacitanya,``tetapi dia  (Bilal) berkata, ``Alangkah gembiranya, besok aku berjumpa dengan orang yang aku kasihi Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya.``
Berkata kepada Al-Junayd bahawa Abu Sa`id al-Kharraz banyak berwajdan ketika hampir kematian. Maka dia berkata, ``Tidaklah menjadi keheranan bahawa terbang rohnya oleh kerinduan !``.
Dan kata setengah mereka itu, semasa kami bersama Mimshad al-Dinuri, maka datang seorang faqir, lalu dia berkata, al-salam `alaikum. Maka dijawab salamnya secara beramai-ramai, maka dia bertanya, ``Adakah di sini tempat yang bersih  yang membolehkan seseorang mati padanya ? Maka mereka itu menunjukkan tempat kepadanya. Dia mengambil (memperbaharui) wudhu`nya dia bersolat, kemudian dia berbaring dalam keadaan menelentang dan mati.
Dikatakan kepada Al-Junayd, `` katakan `La ilaha illa Allah !`` maka katanya, ``Aku tidak pernah melupainya   dan aku terus berdzikr dengannya, dan dia berpuisi:
Dia hadir di dalam hatiku seumurku
Aku tidak melupai terus jadi dzikirku
Dialah Tuan bagiku tempat pergantungan
Tiada yang lain dariNya tempat harapan.
Saat kematian adalah saat puncak kehidupan. Banyak peristiwa dapat dirakamkan  berhubung dengan kematian. Yang lebih penting apakah persediaam yang dibuat bagi menghadapi kematian ini. Amalan kebaikan bekalan utama semoga kematian di dalam husnu al-khatimah.

Sekian.

June 27, 2017

TAUHID : FALSAFAH DAN HAKIKAT KEWUJUDAN


BBB, 02 Syawal 1`438H. =  26 Jun  2017M. (Isnin):
Tajuk bagi bab seterusnya yang disusun oleh Al-Qushairy ialah `Al-Tauhid`. Persoalan tauhid ini adalah persoalan yang besar dan utama, ianya sepatutnya menjadi induk, inti, bahkan falsafah  bagi pembicaraan, termasuk tasawuf. Menyebut tauhid mengingatkan kita kepada falsafah, prinsip, bahkan inti agama Islam yang  menjadi pegangan Islam sejak dari Nabi Adam membawalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. , bahkan hingga sekarang. Kesegalaan baik ilmu, amalan dan pembawaan tidak boleh bercanggah dengan tauhid. Sebarang percanggahan dengan tauhid, bererti batil dan salah.
Al-Qushairy di dalam membicarakan persoalan tauhid ini memang bertolak dari prinsip Islam, bahawa Tuhan adalah Tuhan Yang Esa (Tunggal) sebagaimana firmanNya (Wa Ilahukum ilahun Wahid) bermaksud:
``Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Esa (Tunggal) – ( ``Al-Baqarah:  163).
Dan dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami Al-Imam Abu Bakar Muhammad bin al-Husain bin Burik r.h.a.t.  berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin Mahmud bin Kharzadz berkata, bercakap kepada kami Masih bin Hatim al-`Akali berkata, A`la Abdullah bin `Abdul Wahhab berkata bercakap kepada kami Hammad bin Yazid daripada Sa`id bin Sa`id bin H*atim al-`Atakiyy daripada Ibn Abi S*adaqah daripada Muhammad bin Sirin daripada Abi Hurairah berkata bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Ada seorang lelaki yang dia adalah sebelum daripada kamu,, dia tidak pernah melakukan kebaikan, melainkan dia berpegang pada tauhid, maka dia berkata kepada keluarganya, apabila aku mati, maka bakarkanlah aku dan hancurkan diriku, kemudian taburkanlah separuh tubuhku di darat dan separuh lagi di laut pada hari berangin, maka dilakukanlah sebagaimana disuruh. Maka Allah berkata kepada angin, bawalah kemari apa yang engkau ambil, maka dia berdepan Allah. Maka Allah bertanya  apa yang dilakukan lelaki itu, ia menjawab , kerana malu kepadaMu. Kemudian Allah mengampunkannya.`` (Riwayat Bukhari).
Berkata Al-Ustadz, ``Al-tauhid ialah hukum bahawasanya Allah Ta`ala adalah Esa. Dan ilmu tentang sesuatu itu satu juga adalah tauhid. Dan dikatakan wahdah apabila engkau sifatkan sesuatu itu satu.
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abdul Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah bin Shadhan berkata, aku mendengar Yusof bin al-Husain berkata,, aku mendengar  Dzu al-Nun al-Mis*ri berkata,. Sesungguhnya dia disoal tentang tauhid, maka katanya,
``Engkau mengetahui bahawa qudrat Allah Ta`ala pada sesuatu tidak bercampur, dan perbuatanNya tentang sesuatu tidak ada `ilaj (kerana) dan `illah. Tiap-tiap suatu Dia yang membuatnya dan tanpa `illah perbuatanNya. Apa jua engkau tas*awwur pada diri engkau tentang sesuatu, maka Allah Ta`ala berlainan daripadanya.
Disoal Al-Junayd tentang tauhid, maka katanya, ``Mengesakan yang mentauhidkanNya dengan tahqiq wahdaniyyatNya dengan sempurna keesaanNya, bahawa Dialah yang Esa, yang dia tidak beranak dan tidak memperanakkan dengan menafikan lawan dan kawan dan tiap-tiap suatu tiada yang seumpama, tiada bagaimana, tiada gambaran dan tiada seumpama – Tiada sepertinya sesuatu dan Dia Amat Mendengar lagi Amat Melihat.
Dan berkata Al-Junayd, ``Apabila mengakhiri akal mereka yang berakal tentang tauhid, berakhirlah tentang kehairanan.``
Dan katanya, aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata,aku mendengar Aba al-Husain bin Muqsim berkata, aku mendengat Ja`far bin Muhammad berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata,, demikian contoh  Al-Junayd  disoal tentang tauhid, maka katanya, bahawa dia hilang dalam garisan dan tenggelam dalam keilmuan, dan Allah Ta`ala tetap berterusan.
Berkata Al-Has*ri, ``Asal kami tentang tauhid lima perkara,
Mengangkat hadath, menunggalkan yang Qidam,, hijrah dari kawan, berpisah dari  negara, dan lupa pada yang tahu dan tidak tahu.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Aba Bakr bin Shadzan berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, `Tauhid adalah sifat Yang di Esakan. Dia adalah hakikat dan hilyah Yang di Esakan.
Disoal Al-Junayd daripada hakikat tauhid yang khas, maka katanya, bahawa hamba adalah bayangan (shabhan) berdepan dengan Allah Subhanahu wa Ta`ala. Berlaku di atasnya larian tadbir dan berlari hukum qudratNya di dalam gelombang laut tauhidNya. Fana diri dan dakwa kemakhlukan dan daripada istijabah dengan hakikat-hakikat wujudNya dan keesaanNya pada hakikat kedekatanNya dengan hilang rasa dan hakikat bagi mendirikan haqq Subhanahu wa Ta`ala dengan apa yang dikehendaki darinya. Dia adalah kembali akhir hamba kepada awalnya dan dia adalah sebaggaimana adalah ia `kana`  sebelum adanya ia.``
Dan disoal Al-Bushanji daripada tauhid, maka katanya, ``Tanpa penyerupaan dari segi Dzat dan tidak menafikan sifat.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba al-Hasan al-`Anbari berkata, aku mendengar Sahl bin `Abdullah berkata, dan dia disoal tentang Dzat Allah Ta`ala `Azza wa Jalla, maka katanya,
``Dzat Allah Ta`ala disifatkan secara ilmu,, tidak didapati secara ihat*ah (kelilingan) dan tidak secara hulul, tidak dilihat secara mata, di dalam dunia  dan dia wujud dengan hakikat iman tanpa had dan ih*at*ah dan hulul. Dilihat oleh mata  di akhirat(wujuhun yauma`idzin nadhrah ila Rabbiha naz*irah , Al-Qiyamah: 22-23)) sebagai akibat bagi menzahirkan diri  pada milikNya dan kekuasaanNya. Sesungguhnya terlindung manusia dari ma`rifat `Kunhi DzatNya dan memberi dalil  kepada mereka itu dengan ayat-ayatNya dengan hati secara ma`rifat dan akal tidak mendapatinya secara penglihatan oleh orang mu`minun tanpa ih*at*ah dan tanpa idrak ke puncak.
Dan banyak lagi pendapat tentang tauhid sama ada yang dungkapkan secara rasional atau intuitif.

Sekian.

June 26, 2017

TENTANG SAHABAT - PERLU KEJUJURAN


BBB, 01 Syawal 1438H. =  25 Jun 2017M. (Ahad):
Bersahabat bererti mempunyai teman di dalam kehidupan. Bersahabat pada dasarnya memberi kebaikan baik bersifat perseorangan atau ramai. Dengan  bersahabat dapat diajak berunding mengenai  sesuatu persoalan, baik berhubung dengan kepentingan salah seorang daripada sahabat atau melibatkan kepentingan bersama. Dengan bersahabat dapat meyelesaikan persoalan-persoalan yang dihadapi dan sahabat dapat memberi pertolongan langsung, misalnya dengan meminjamkan keperluan-keperluan atau secara tidak langsung misalnya melalui nasihat. Makin banyak sahabat makin baik. Tetapi di sebalik sahabat ada yang dikenali dengan musuh. Musuh biasanya membawa kepada kemusnahan. Lantaran itu musuh hendaklah dijauhi. Kata pepatah:
Bersahabatlah biarlah sampai beribu
Tetapi jangan bermusuh walaupun satu
Kerana satu lebih banyak dari yang diperlu.
Dalam sejarah banyak peristiwa-peristiwa yang mencerminkan penting bersahabat seperti sahabat Nabi dengan Sayyiduna Abu Bakar di dalam memperkembangkan agama Islam. Juga dengan sahabat-sahabat yang lain.
Di dalam membicarakan tentang sahabat Al-Qushairy memetik firman Allah yang bermaksud:
``Ketika  dua mereka berdua di dalam gua, maka dia berkata kepada sahabatnya, ``Janganlah engkau dukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.`` (Al-Taubah: 40).
Ayat di atas merujuk kepada Rasulullah s.a.w. semasa bersembunyi di Gua Thur dalam rangka berhijrah ke Madinah, sedang musuh menjejaki mereka hingga menghampiri gua berkenaan.
Tentang Hadith Nabi:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad al-Ahwazi berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin `Ubaid al-Bas*ri, berkata, bercakap kepada kami Yahya bin Muhammad al-Jiyani berkata, bercakap kepada kami `Uthman bin `Abdullah al-Qurashiyy daripada Na`im bin Salim daripada Anas bin Malik berkata, bersabda Rasulullah s.a.w., ``Bilakah aku bertemu kekasih-kekasihku ?``  Maka kata sahabat-sahabat, ``Demi ayah, engkau dan ibu kami, tidakkah kami kekasih-kekasih engkau. Maka bersabda Baginda, ``Kamu adalah sahabat-sahabatku dan kekasih-kekasihku, kaum yang tidak melihatku, mereka beriman denganku, dan kepada mereka aku terlebih rindu.``   (Riwayat Abu al-Shaykh dalam bab al-Thawab).
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq berkata, berkata Ahmad bin Abi al-Hawari, aku katakan kepada Abi Sulaiman al-Darani, bahawa fulan tidak memberi kesan pada hatiku, maka kata Abu Sulaiman dia tidak menyentuh hatiku juga, akan tetapi wahai Ahmad, sepatutnya kita datang sebelum itu, sebab itu kita tidak terjumlah dari kalangan salihin, sebab itu kita tidak mengasihi mereka.``
Dikatakan bersahabat seorang lelaki dengan Ibrahim bin Adham dan tatkala hendak berpisah, lelaki itu berkata kepada  Ibrahim, ``Kiranya engkau melihat apa-apa keaiban, maka peringatkan daku. Maka kata Ibrahim, Tiada sebarang kecacatan, bahkan aku melihat dengan rasa kasih sayang.. Lantas dia berpuisi:
Dengan mata kerelaan menghilangkan sebarang kelemahan
Tetapi dengan mata merendahkan hilang sebarang kenerkatan.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Muhammad bin al-Hasan al-`Alawi berkata, bercakap kepada kami `Abdul Rahman bin Hamdan berkata, bercakap kepada kami Abu al-Qasim bin Munabbih berkata,, aku mendengar Bish bin al-Harth berkata:
``Bersahabat dengan orang yang jahat membawa kepada buruk sangka dengan berita-berita.``
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali berkata, ``Pokok apabila tumbuh dengan sendirinya,  dan tidak dijaga, dia berdaun, tetapi tidak berbuah, begitulah murid bila tidak berguru, keluar daripadanya yang tidak berfaedah.``
 Kata Al-Ustadz Abu `Ali aku mengambil tariqat daripada Al-Nas*r Abadzi,, dan Al-Nas*r Abadzi mengambail daripada Al-Shibli, dan Al-Shibli mengambil daripada Al-Junayd, dan Al-Junayd mengambil daripada Al-Sari, dan Al-Sari mengambil dari Ma`ruf al-Karkhi, dan Ma`ruf al-Karkhi mengambil daripada Da`wud al-T*a`i, dan Da`wud al-T*a`i menemui  para al-Tabi`in.  Dan aku mendengar r.h.t. berkata, tidak berlaku khilaf di dalam majlis Al-Nas*r Abadzi semata-mata kerana mandi sebelumnya.
Aku mendengar Aba  `Abd al-Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar `Abdullah bin al-Mu`allim berkata, aku mendengar Aba Bakr al-T*amastani berkata: ``Bersahabatlah kamu dengan Allah Ta`ala, kalau kamu tidak mampu, maka bersahabatlah bersama dengan orang yang bersahabat dengan Allah Ta`ala yang boleh memberi kamu berkat dari persahabatan dan menyampaikan persahabatan dengan Allah Ta`ala.
Persabatan adalah penting di dala kehidupa dan ia adalah dituntut, tetapi untuk bersahabat hendaklah mempunyai syarat-syarat, antaranya:
Hendaklah jujur di alam persahabatan.
Seeloknya sama mempunyai aliran fikiran yang boleh mengelak dari percanggahan
Mempunyai ilmu pengatahuan dan pengalaman
Nasihat menasihati kepada perkaa yang baik dan kebajikan.
Tegur menegur secara ikhlas jika berlaku kesilapan dan satu pihak menerima  secara  rela.
Ziarah menziarahi dari masa kesemasa menurut kesesuaian
Jujur mengekalkan persahabatan.

Sekian.

June 25, 2017

BERMUSAFIR: MELUASKAN PENGALAMAN DAN KEILMUAN


BBB, 29 Ramadhan 1438H. = 24 Jun 2017M. (Sabtu):
Tentang bermusafir tidak saja dibicarakan di dalam bidang fiqh, khususnya yang berkait dengan ibadat, tetapi juga berkait dengan tasawuf.
Membicarakan persoalan bermusafir ini, Al-Qushairy bertolak dari firman Allah yang bermaksud:
``Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di lautan.`` (Yunus: 22).
Dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad bin `Abdan, berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin `Ubaid al-Mis*ri berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Farji al-Arzaq berkata, mengkhabarkan kami Hajjaj berkata, berkata Ibn Juraij, mengkhabarkan kami Abu al-Zubair, bahawa di atas kami Al-Azdi, mengkhabarkannya bahawa Ibn `Umar mengajar mereka itu, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah apabila Baginda hendak menunggang unta keluar untuk bermusafir Baginda bertakbir tiga kali, kemudian baginda membaca, ``Mahasuci Tuhan yang telah menjalankan kami ini dan tidaklah kami menguasainya, dan sesungguhnya kami kepada Tuhan kami akan kembali.`` (Al-Zukhruf: 13 – 14).
Kemudian Baginda bersabda (bermaksud):
``Wahai Tuhanku, bahawasanya kami memohon kepada Engkau dalam musafir kami ini kebajikan dan taqwa dan daripada amalan yang Engkau redha, permudahkan musafir kami. Wahai Tuhanku Engkaulah Teman dalam persafiran dan yang menjaga keluarga dan harta. Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau daripada kesukaran musafir, kejemuan yang berbalik-balik, huduh pada  harta dan keluarga dan apabila kembali maka sempurkanlah mereka lindugan, taubat dan bagi Tuhan kami adalah kepujian.``
Al-Ustadz Abu `Ali   al-Daqqaq berkata,  perbezaan  mereka yang bermusafir dengan berbagai tujuan, tetapi musafir kalangan sufi bertujuan kerana Islam, seperti yang dilakukan oleh Al-Junayd, Sahl bin `Abdullah,  Abu Yazid al-Bist*ami dan Abu Hafs*  dan yang lain-lain Ada kalangan mereka bermusafir bagi keluar dari dunia seperti Abu `Abdullah al-Maghribi, Ibrahim bin Adham dan yang lain-lain. Kata Al-Ustadz, bermusafir ada dua jenis:
Satu jenis ialah musafir secara badan dengan berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dan
Kedua musafir secara hati, iaitu peningkatan kualiti diri dari satu sifat kepada sifat yang lain, engkau melihat ribuan yang musafir dengan tubuh diri, tetapi kurang yang bermusafir dengan hati.``
Bernusafir tidak semestinya ke tempat yang exklusif, ianya mungkin ke luar bandar seperti ke kawasan desa dan perkampungan sebagaimana diceritakan oleh  Al-Shaykh Abu `Abdul Rahman al-Sulami yang mendengar Muhammad bin `Ali al-`Alawi berkata, dia mendengar Ja`far bin Muhammad berkata, aku mendengar Ahnaf al-Hamadani , ``Aku berada diperkampungan berseorangan, lantaran itu  aku berdo`a dan memohon berbagai-bagai permohonan. Pokoknya dengan berada di perkampungan dia dapat menikmati kedamaian dan kesunyian yang dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Dia juga dapat berinteraksi dengan penduduk secara tenang dan damai seperti di surau dan di tepi sawah dan  lain-lain.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar `Abdullah  bin `Ali berkata,  Aku mendengar `Isa al-Qassar berkata,  ditanya Ruym daripada adab bermusafir,  katanya dia hendaklah tidak melebihi dari keberadaannya, dimana engkau berhenti di situlah tempat bermalam.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar `Abdullah bin Muhammad al-Dimashqi berkata, aku mendengar Ibrahim bin al-Maulid berkata, aku mendengar Ibrahim al-Qas*s*ar berkata,, ``Aku bermusafir selama tiga puluh tahun. Permusafiran membaiki jiwaku bersama orang ramai, khususnya dari kalangan al-fuqara`.``
Seorang lelaki menziarah Da`wud al-T*a`i, maka katanya, Wahai Aba Sulaiman, adakah diriku khuwatir untuk menemuimu sejak  sekian lama, maka katanya , `Tidak mengapa, apabila badan menziarah, maka hati tenang, sesungguhnya pertemuan lebih mudah dari khuwatir dan bimbang.``
Sesungguhnya bermusafir pada dasarnya memberi kebaikan sebagaimana kata pepatah, ``Jauh perjalanan banyak pengalama dan lama hidup banyak dirasa.``
Orang bermusafir pada dasarnya orang yang mempunyai keberanian dan azam, sebaliknya orang yang tetap  dan penakut akan berada di tempat asal dan sukar mengalami perubahan.
Bermusafir adalah digerakkan oleh berbagai tujuan dan untuk menghasilkan memerlukan pengorbanan.
Ada yang bermusafir dengan tujuan murni, misalnya bagi mencari  ilmu pengetahuan, sebagaimana yang dilakukan oieh al-Imam Shafie yang walaupun di dalam keadaan kemiskinan, maka dengan restu ibunya dia keluar dari tanah Ghazzah bermusafir dengan menempuh berbagai kesusahan, antaranya dirompak dalam perjalanan yang menginsafkan perompak-perompak dan menjadi orang yang baik. Al-Imam Shafie belajar hingga ke Iraq dan Mesir dan menjadi  tokoh yang berkelyakan memberi fatwa dan dia menjadi tokoh mazhab bagi pengikut-pengikut bagi Mazhab Shafie. Dia pernah mengungkapkan secara berpuisi (dia juga sebagai penyair),
Jangan bimbang untuk meninggalkan kampung halaman
Bermusafirlah engkau dapat ganti lebih baik dari yang hilang.
Ada yang bermusafir semata-mata atas nama melancung, kiranya dapat ditimba pengalaman dan pengajaran maka ada juga pulangan, kalau tidak menghabiskan perbelanjaan.
Ada pula yang bermusafir kerana perniagaan. Jika tujuannya adalah untuk mencari keuntungan, maka keuntunganlah yang dapat dihasilkan, jika tidak kerugian.
Apa pun bermusafir adalah baik, dengan dapat melihat ciptaan Tuhan  dan memberi peluang untuk menimba pelajaran dan pengetahuan yang membuka minda dan jiwa yang dapat memberi perubahan pada diri dan juga memberi kesan kepada mereka yang terlibat dengan pengalaman dan pengajaran yang dapat merubah kelilingan kepada  lebih kebaikan.
Hakikatnya  kita adalah musafir menuju ke destinasi.

Sekian.

June 24, 2017

ADAB LEBIH HALUS DARI AKHLAK

BBB,  28 Ramadhan 1438H.. =  23 Jun 2017M. (Juma`at):
Adab adalah sebahagian dari akhlak, tetapi lebih halus dari akhlak, ianya mencerminkan nilai yang halus yang menjadikan seorang yang beradad itu  dipandang lebih sopan. Nilai-nilai murni meningkatkan manusia pada pencapaian peradaban yang tinggi. Biasanya kemajuan peradaban disertainya dengan peningkatan tamadun. Kemajuan sering berganding antara tamadun dan peradaban. Tamadun lebih ketara dari segi fizikal, manakala peradaban ketara dari segi nilai. Peradaban dan tamadun adalah berlaku pada manusia dengan kehidupan kelilingannya.
Al-Qushairy dalam membicarakan tentang adab ini merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:
``Penglihatannya tidak berpaling dari apa yang dilihatnya dan tidak melampauinya.`` (Al-Najm: 17).
Ditafsirkan Nabi beradad berdepan dengan Allah.``
Juga firman Allah yang bermaksud:
``Wahai orang-orang beriman  kawallah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakrnya adalah manusia  dan batu-batu.`` (Al-Tahrim: 6).
Menurut tafsir Ibn `Abbas bahawa ``Quu  anfusakum`  bererti, `Beri kefahaman kepada mereka  dan peradabkan mereka.
Dan  dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad al-Ahwazi berkata, mengkhabarkan kami Abu al-Hasan al-Saffar al-Basri berkata, bercakap kepada kami Ghanam berkata, bercakap kepada kami `Abd al-Samad bin al-Nu`man berkata, bercakap kepada kami `Abdul Malik bin `Umair daripada Mus*`ab bin Shaibah daripada A`ishah daripada Nabi s.a.w. bahawasanya Baginda bersabda (bermaksud):
``Haqq anak terhadap ububapa dengan memberinya nama yang baik an elok tempat susuan (makan minum) dan memperelokkan adabnya.``
Dan dihikayatkan daripada Sa`id bin al-Musayyab bahawasanya dia berkata, ``Siapa yang tidak kenal dengan Allah `Azza wa Jalla pada dirinya dan tidak beradab dengan suruhanNya dan laranganNya adalah tidak beradab sebagaimana sepatutnya.``
Dan adalah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w., bahawasanya Baginda bersabda bermaksudL:
``Bahawasanya Allah `Azza wa Jalla mengadabkan daku, maka eloklah adabku.``(Dikeluarkan oleh  Al-Baihaqi).
Dan hakikat  adab ialah perhimpunan berbagai jenis kebajikan, maka adab ialah perhimpunan sifat-sifat kebaikan dan menjadi tempat-tempat adab, iaitu nama bagi kesemua.
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali  al-Daqqaq berkata, ``Hamba sampai dengan ketaatannya ke syurga dan dengan adabnya pada ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala.
Aku mendengar Aba Hatim al-Sijistani, berkata, aku mendengar Aba Nas*r  al-Sarraj berkata, aku mendengar Ahmad bin Muhammad al-Bas*ri berkata, aku mendengar Al-Jalajili al-Bas*ri  berkata mewajibkan kepada  kewajipan iman, maka siapa yang tidak ada iman, maka tiada tauhid baginya dan beriman mewajibkan kewajipan shari`ah, siapa yang tidak ada shari`ah baginya, maka tiada iman baginya dan tidak ada tauhid. Dan shari`ah kewajiban yang mewajibkan adab. Siapa yang tiada  adab baginya tiada shari`ah baginya dan tidak beriman dan tidak ada tauhid.``
Berkata Ibn `At*a`, ``Adab adalah himpunan segala keindahan dan kebaikan. Maka dikatakan apa maknanya ? Iaitu engkau beramal kepada Allah Ta`ala dengan adab-adab sama ada secara sembunyi atau nyata. Dan jika engkau sedemikian engkau adalah seorang beradab (adib).
Diriwayatkan oleh Ibn Sirin, bahawasanya dia disoal, manakah satu adab yang lebih mendekatkan diri kepada Allah Ta`ala, maka katanya, ma`rifat dengan RububiyyahNya, beramal dengan taat kepadaNya dan bersyukur di atas segala yang menyenangkan dan sabar di atas segtala kesusahan.
Dan berkata Yahya bin Mu`adz, ``Orang yang mengetahui tentang adab, tetapi dia meninggalkannya, maka dia menempah kecelakaan. Dan katanya (Yahya), siapa beradab dengan adab Allah Ta`ala, maka jadilah dia ahli mahabbah Allah Ta`ala
Berpuisi  Al-Shaykh Abu `Abdullah r.a. tentang kepentingan adab, khususnya bagi anak dagang:
Berhias  anak dagang bila bertandang
Tiga adab bila mendekati seseorang
Pertamanya elok adab kedua baik akhlak
Ketiga di tempat orang perkara ragu dielak.

Dapatlah disimpulkan, bahawa  adab adalah pelengkap bagi akhlak. Jikalah diibaratkan membina rumah perlu ada aturan yang membolehkan bangunan didirikan, maka selepas sempurna keperluan  bangunan, maka ianya perlu dihiasi pada bahagian luar dan dalam yang menyempurnakan bangunan. Demikianlah ibarat diri seseorang perlu berakhlak dengan akhlak-akhlak yang baik yang  mengukuhkan keberadaan seseorang itu, tetapi untuk lebih sempurna ianya perlu   dihiasi dengan nilai-nila murni dan baik yang dimaksudkan ialah adab.
Dengan akhlak dan adab menyempurnakan diri an shakhsiah seseorangt.

Sekian.

June 23, 2017

TENTANG TASAWUF - PELBAGAI PENDAPAT


BBB, 27 Ramadhan 1438H. = 22 Jun 2017M. (Khamia):
Dari susunan persoalan, agak ganjil tasawuf ini dibicarakan pada bahagian agak akhir di alam kitab tasawuf. Sepatutnya topik ini berada pada bahagian awal dari kitab – Al-Risalat al-Qushairiyyat, iaitu sebagai pembuka jalan bagi bidang-bidang dan aspek-aspek tasawuf. Persoalan tasawuf ini tidak juga dibincangkan pada bahagian istilah-istilah.
Sebagaimana maklum, bahawa orang yang terawal dan dengan sedar membicarakan tentang siapa sufi, pperingkat permulaan penggunaan istilah tasawuf dan pecahan darinya, huraian mengenai ciri dan sifat-sifat tasawuf dan sufi adalah mula dibicarakan oleh Abu Nasr al-Sarraj  (m. 378H.) di dalam kitabnya yang berjudul Al-Luma` pada bahagian permulaan dari kitabnya ini. (Al-Luma`, 1380H./1960M: 40-48). Berikutnya dibicarakan oleh pengarang-pengarang kitab-kitab tasawuf seterusnya.
Al-Qushairy bertolak membicarakan tentang tasawuf ini, mengatakan tasawuf berasal dari akar kata `safa`, iaitu bersih yang bersih adalah menjadi pujian bagi setiap lisan. Bersih adalah lawan bagi istilah `kotor` - `al-kadur`, iaitu sesuatu yang dikeji. Jadi dapatlah difahami, bahawa tasawuf ialah berhubung dengan kebersihan jiwa, bahkan zahir  dan batin bagi sufi.
Rujukan terhadap Al-Qur`an berhubung dengan `Bersih` seperti firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan menyukai orang yang bersifat bersih (al-mutat*ahhirin. (Al-Baqarah: 222).
Dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami `Abdullah bin Yusuf al-As*bahani berkata, mengkhabarkan kami `Abdullah bin Yahya al-T*alami berkata, bercakap kepada kami  Al-Husain bin Ja`far berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Naufal berkata, bercakap kepada  kami Abu Bakar bin `Iyash daripada Yazid bin Abi Ziyad daripada Abi Juhaifah berkata, keluar kepada kami Rasulullah s.a.w. dengan wajah yang berubah dan Baginda bersabda (bermaksud):
``Hilang kebersihan dunia yang tinggal adalah kekotoran, maka kematuan hari ini adalah penghargaan kepada setiap muslim.``  (Dikeluarkan oleh Al-Darruqutni daripada Jabir).
Berkata Al-Ustadz `Ali al-Daqqaq nama ini dominan di kalangan sufi, maka dikatakan bagi seorang sufi, ``Lelaki Sufi`` dan bagi jama`ah dikatakan `Jama`ah Sufiyah``. Siapa yang tiba kepada tahap ketasawufan, maka dikatakan, `Mutasawwif` dan bagi jama`ah , `Al-Mutasawwifah``.
Menurut Al-Ustadz `Ali al-Daqq               aq, istilah tasawuf ini tidak menurut normal dari pecahan akar kata `Arab. Beliau juga menyebut tentang tasawuf berasal dari pecahan kata `suf` bereti `bulu` dan baju bulu juga berasal dari kata suffah, semuanya adalah sekadar  kesesuaian pendapat yang tidak berasaskan kepada ketetapan. Begitu juga kaitan dengan safa, sifat dan saff adalah mencerminkan kepelbagaian pendapat yang tidak ditetapkan..
Aku mendengar  Muhammad bin Ahmad bin Yahya al-Sufi berkata, aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-Tamimi berkata, disoal Abu Muhammad al-Jariri tentang tasawuf, maka katanya,
``Masuk ke dalam akhlak yang terpuji dan keluar dari akhlak yang keji.``.
Aku mendengar `Abul Rahman bin Yusof al-As*bahani berkata, aku mendengar Aba `Abdillah Muhammad bin `Ammar al-Hamadani berkata, aku mendengar Aba Muhammad al-Mar`ashiyy berkata, disoal guru tentang tasawuf, maka katanya, aku mendengar Al-Junayd, seseungguhnmya dia disoal tentang tasawuf, maka katanya.
``Tasawuf dia mematikan engkau oleh Haqq dan menghidupkan engkau dengannya.``
Aku mendengar Aba `Abd al-Rahman al-Sulami  berkata, aku mendengar `Abd al-Wahid bin Muhammad al-Farisi berkata, aku mendengar Aba Al-Fatik berkata, aku mendengar Al-Husain bin Mansur, dia ditanya tentang sufi, maka katanya,
``Mengesakan Dzat yang tidak menerima akannya oleh sesuatu dan Dia tidak menerima akan sesuatu.``
Aku mendengarnya berkata,  aku mendengar `Abdullah bin Muhammad berkata,, aku mendengar Ja`far ibn Muhammad bin Nusair berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Warraq berkata, aku mendengar Aba Hamzah al-Baghdadi berkata:
``Alamat sufi ialah oang yang benar, bahawa dia faqir selepas kaya, dan hina selepas mulia,, sunyi selepas masyhur. Dan alamat sufi dusta ialah mencari kekayaan selepas faqr dan mencari kemuliaan selepas hina dan mencari kemasyhuran selepas keasingan.``
Dan disoal `Umar bin `Uthman al-Makki tentang tasawuf, maka katanya, bahawa adalah seorang hamba berada pada setiap waktu berada pada yang awla (baik) dari waktu lalu.
Dan berkata Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab,
``Tasawuf ialah akhlak yang mulia, zahir pada zaman yang mulia daripada lelaki yang mulia bersama kaum yang mulia.``
Disoal Samnun daripada tasawuf, maka katanya, ``Engkau tidak memiliki sesuatu dan engkau tidak dimiliki oleh sesuatu.``
Demikian  disoal Ruym tentang tasawuf, maka katanya, ``Menghantarkan diri engkau bersama Allah Ta`ala menurut hukum yang Dia kehendak.``
Dan disoal Al-Junayd tentang tasawuf, maka katanya, bahawa engkau bersama Allah tanpa `ilaqah.``
Demikianlah berbagai  pendapat tentang apa itu tasawuf dan siapa itu sufi yang pendapat adalah berpebagaian yang jumlahnya adalah ratusan dan kadang-kadang ta`rif diberi oleh  seorang sufi berlainan  dari  sebelumnya. Ianya  dipengaruhi oleh situasi, keberadaan di tempat berlainan dan dipengaruhi oleh mood berlaiaan. Pendapat-pendapat berkenaan pernah diperturunkan sebelumnya .

Sekian.

June 22, 2017

AL-FAQR : KEMULIAAN HATI DIPUJI


BBB, 26 Ramadhan 1438H. = 21` Jun 2017M. (Rabu).
Al-Faqr dari  segi makna lahirnya ialah faqir, iaitu mereka yang berada dari sumber pendapatannya lebih di bawah dari orang miskin. Tapi faqir dimaksudkan bukan dari segi ukuran harta benda, tetapi adalah kekayaan jiwa, sehingga walaupun dia dikategorikan sebagai faqir, tetapi dia menyembunyikan kefakirannya,sehingga tidak diketahui dari segi kefakirannya. Dan ada yang faqir jiwanya, walaupun dia seorang yang berkecukupan dari segi material dan harta benda.
Membicarakan faqr sebagai satu bab, Al-Qushairy mengambil hujah dari ayat Al-Qur`an yang bermaksud:
``Infaq itu adalah untuk kalangan fuqara` yang berjihad pada jalan Allah, mereka tidak bekemampuan usaha di bumi. Orang jahil menyangka mereka orang-orang kaya lantaran sifat `afif – Kamu mengetahui mereka dengan melihat sifat-sifat dan keadaan masing-masing. Mereka tidak meminta dari orang ramai dengan cara mendesak-desak. Dan apa yang engkau menafkahkan, maka Allah dengannya Amat Mengetahui..`` (Al-Baqarah: 273).
Dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami Abu `Abdullah al-Husain bin Shuja` bin al-Hasan bin Musa al-Bazzar di Baghdad berkata, mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin Ja`far bin Muhammad bin al-Haitham al-Anbari berkata, bercakap kepada kami Ja`far bin Muhammad al-S*a`igh berkata, bercakap kepada kami Qabis*at berkata, bercakap kepada kami Sufyan daripada Muhammad bin `Amrin bin `Alqamah daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Masuk syurga orang-orang faqir sebelum orang-orang kaya lima ratus tahun sama dengan setengah hari syurga.`` (Riwayat Al-Tirmidzi).
Dan Hadith yang lain:
Mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin `Abdus al-Hiri di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Abu Ahmad Hamzah bin al-`Abbas al-Bazzar di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Ghalib Ibn H*arb berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin  Musalmah berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Abi al-Furat daripada Ibrahim al-Hijri daripada Abi al-Ah*was* daripada `Abdullah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bemaksud):
``Bahawa bukanlah miskin dengan  tawaf yang menghasilkan sesuap atau dua suap, sebuah tamar atau dua buah tamar, katanya, maka dikatakan, ``Siapakah orang miskin itu ya Rasulallah ?, maka bersabda Baginda, Dia ialah yang tidak mendapat kepuasan yang dicari dari kekayaan dan dia malu meminta-minta dari manusia.. Tidak pula orang ramai mengetahui hal mereka yang menyebabkan mereka memberi sadaqah kepadanya.``(Riwayat Ahmad).
Menurut Al-Ustadz (Abu `Ali al-Daqqaq):
 Maksud dia tidak memohon daripada manusia, lantaran dia malu kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala memohon daripada manusia dan bukan dia malu daripada manusia.
Menurut Al-Ustadz, faqir adalah shiar para auliya`, hiasan para asfiya` (Yang Bersih), dan Pemilih al-Haqq Subhanahu wa Ta`ala, kerana khususnya mereka dari kalangan  atqiya` dan nabi-nabi. Orang yang bersih adalah pilihan Allah Ta`ala dari kalangan hamba-hambaNya dan tempat rahsia dan pemeliharaan makhlukNya dan dengan barakat mereka tersebarnya rezeki. Para fuqara` yang sabar adalah  `bersama duduk dengan Allah` (julasa` Allah) pada hari kiamat. Yang demikian disabda oleh Baginda Rasulullah s.a.w..
Mengkhabarkan kami oleh Al-Shaykh `Abdul Rahman al-Sulami berekata, aku mendengar Ibrahim bin Ahmad bin Muhammad bin Raja` al-Qazari berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Ja`far bin Ahmad bin Khashish al-Baghdadi berkata, bercakap kepada kami `Uthman bin Sa`id berkata,, bercakap kepada kami `Umar bin Rashid daripada Malik daripada Nafi` daripada Ibn `Umar daripada  `Umar bin al-Khattab r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Bagi setiap sesuatu ada kunci, dan kunci syurga ialah mengasihi orang-orang miskin, para fuqara` kerana sabar mereka itu `duduk bersama Allah Ta`ala` pada hari kiamat.`` (Hadith Ibn Laal daripada Ibn `Umar).
Diceritakan seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham dengan sepuluh ribu dirham, maka dia enggan daripada menerimanya  dan berkata, Engkau mau menghapuskan  namaku daripada `dewan fuqara`` dengan sepuluh ribu dirham, aku tidak mau melakukannya !``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar `Abd al-Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar Aba Bakr bin Sam`an berkata, aku mendengar Aba Bakr bin Mas`ud berkata, disoal Yahya bin Mu`adz tentang `faqr`, maka katanya:
``Hakikatnya dia tidak memerlukan melainkan kepada Allah, untuk mencatat tiada asbab.``
Aku mendengarnya berkata, aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata,, aku mendengar Ibrahim bin al-Qassar berkata, ``Faqir adalah pakaian yang mewarisi redha, apabila tahqiq hamba padanya.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar `Ali bin Bundar al-S*ayrafi berkata, aku mendengar Mahfuz*an berkata, aku mendengar Aba Hafs* berkata,
``Sebaik-baik jalan yang boleh menyampaikan hamba kepada tuannya, ialah dengan berterusan faqr kepadanya di dalam semua hal dan melazimkan Sunnah pada segala perbuatan dan berusaha mendapat makanan secara halal.``
Demikianlah kefaqiran dianggap mulia kerana kemuliaan hatinya. Dia tidak menyatakan kefaqiran kepada orang, bahkan menyembunyikan dirinya dari diketahui. Kemuliaan hati sedemikian  menyebabkan ianya dipuji.

Sekian.

June 21, 2017

DO`A BUKAN SEKADAR MEMINTA, TETAPI `UBUDIYYAH HAMBA


BBB, 25 Ramadhan 1438H. = 20 Jun 2017M. (Selasa):
Do`a bererti permohonan dari pihak hamba kepada pihak Tertinggi, iaitu Allah mengenai sesuatu permohonan. Ianya merupakan penglahiran harap yang diharapkan mustajab (dikabulkan). Ianya juga merupakan pengluahan rasa dan hajat yang secara psikologi memberi kekuatan dalaman dan keyakinan serta berperanan menghilangkan sifat dan perasaan putus asa.
Orang yang berdo`a  merasa lebih mendekati Tuhan dan tentulah untuk mendo`a dan mendekati Tuhan,  ada adab-adabnya. Antaranya:
Berkelakuan baik seperti mematuhi perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Berdzikir atau mengingati Allah terlebih dahulu seperti membaca ayat-ayat Al-Qur`an, khususnya Yasin dan sebagainya.
Beristighfar, membaca isti`dzah, basmalah, memuji Allah dan bersolawat kepada Rasulullah dan ratib.
Walau bagaimana, untuk berdo`a, tidak semestinya di dalam keadaan formal, dia berlaku  bila-bila masa, khususnya di dalam keadaan tertekan, berlaku kecemasan dan benar-benar mengharapkan. Di dalam situasi berkenaan, bahkan do`a dan harapan menjadi ingatan sepanjang sebagaimana harapan terus dipohonkan.  Do`a adalah sebahagian daripada ibadat, bahkan dia menjadi inti ibadat (Al-Do`a mukhkhu al-``badat).
Al-Qushairi menjadikan do`a satu dari bab-bab dari segi pembicaraan.
Beliau bertolak dari ayat Al-Qur`an  yang bermaksu:
``Berdo`alah kepada Tuhan kamu dalam keadaan merendah diri dan dalam keadaan kerahsiaan.`` Al-A`raf: 55).
Juga  firman Allah bermaksud:
``Berdo`alah  kepadaKu’ nescaya aku mustajabkan do`amu.`` (Al-Mu`min: 60).
Dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kepada kami `Ali bin Ahmad Ibn `Abdan berkata, mengkhabarkan kami Abu al-Hasan al-Saffar al-Bas*ri berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Ahmad al-`Audi berkata, bercakap kepada kami Kamil berkata, bercakap kepada kami Ibn Lahi`ah berkata, bercakap kepada kami Khalid bin Yazid  daripada Sa`id bin Abi Hilal, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
``Al-Do`a mukhkhu al-`ibadah`` Bermaksud: Do`a ialah inti inadat.``
Dan berkata Al-Ustadz (Abu `Ali al-Daqqaq):
``Do`a ialah kunci hajat. Dia adalah tempat  rihat bagi  mereka yang tertekan, tempat berlindung bagi mereka yang di dalam memerlukan, keringanan bagi yang mempunyai tujuan. Allah mengeji siapa yang meninggalkan do`a dengan firmanNya bermaksud:
``Mereka menggenggam tangan-tangan mereka itu.`` (Al-Taubah: 67).
Dikatakan, mereka tidak memanjangkannya kepada `Kami` dengan permohonan.
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq berkata,  kata Sahl bin `Abdullah,
``Sedekat-dekat do`a untuk dimustajabkan ialah do`a yang semasa (al-hal), do`a  semasa bahawa pendo`anya dalam keadaan terdesak, yang dia tidak menghina dan tidak membesar dirinya.
Berselisih pendapat tentang mana yang lebih afdhal dengan berdo`a, atau diam dengan redha.
Pendapat jelas, bahawa do`a dengan dirinya (do`a) adalah ibadat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.  bermaksud, ``Al-do`a ialah inti badat.`` Maka dengan membawa datang dan melakukan do`a adalah lebih aula  daripada meninggalkannya, dan dia adalah haqq Allah Ta`ala. Kalaupun tidak sampai apa yang didoakan, maka dia telah mendirikan haqq Tuhannya dan melahirkan sifat `ubudiyyah. Namun ada yang berpendapat diam dan berada di bawah hukum lebih sempurna dan melambangkan keredhaan.
Dan dicatat oleh Al-Qushairy, bahawa daripada adab-adab do`a, iaitu:
Hadhir hati dan janganlah dia lalai. Sesungguhnya diriwayatkan  daripada Nabi s.a.w. bersabda (bermaksud):
``Sesungguhnya Allah Ta`ala tidak memustajabkan  do`a ham ba yang hatinya lalai.`` (Dikeluarkan oleh Al-Tirmidzi darpada Abi Hurairah).
Dan daripada syarat untuk berdo`a:
Adalah makan minumnya adalah halal. Nabi bersabda kepada Sa`ad, (bermaksud:
``Perbaikilah usaha kamu, nescaya dimustajabkan do`a  kamu.`` (Dikeluarkan oleh Al-T*abrani daripada Sa`ad in Abi Waqqas*).
Adalah dikatakan bahawa, ``Do`a adalah kunci hajat dan hendaklah memastikan makanan adalah halal.``
Dan adalah Yahya bin Mu`adhz berkata,
``Tuhanku, ``Bagaimanakah aku mau mendo`akan kepada Engkau, sedangkan aku orang yang berdosa dan bagaimana aku tidak  mendo`akan sedangkan Engkau Maha Karim (Mulia).
Do`a sebenarnya bukan sekaar mohonan, tetapi adalah penglahiran kehambaan, mengusahakan pendekatan dan mohon perhatian dan keredhaan.

Sekian.

June 20, 2017

WALI - KURNIAAN BUKAN PENCARIAN


BBB, 24 Ramadhan 1438H. = 19 Jun 2017M. (Isnin):
Wali aalah istilah atau konsep popular di dalam tasawuf. Ianya merujuk kepada orang yang mempunyai kedudukan tinggi dari segi kerohanian. Wali  ertinya, menguasai, memerintah, mempunyai ruang dan kawasan seperti diistilah juga dari pecahannya kepada istilah wilayah.  Wali di sini lebih kepada mempunyai kelebihan dan kemampuan dari segi rohani.
Al-Qushairy merujuk istilah ini kepada maksud ayat Al-Qur`an, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Ingatlah bahawa wali-wali Allah, mereka tidak takut dan mereka tidak berdukacita.`` (Yunus:  52).
Adapun dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami Hamzah bin Yusof al-Sahmi berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin `Adiyy al-Hafiz* berkata, bercakap kepada kami Abu Bakar Muhammad bin Harun bin Hamid berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Harun al-Maqri, berkata, bercakap kepada kami Hammad al-Khayyat* daripada `Abd al-Wahid bin Maimun Maula `Urwah daripada `Urwah daripada A`ishah r. `anha, bahawa Nabi s.a.,w. bersabda (bermaksud):
``Berfirman Allah Ta`ala, Siapa yang menyakiti bagiku akan seorang wali, maka sesungguhnya dia membuka jalan (menghalalkan) memerangiku. Dan tidaklah mendekatiku seorang hamba dengan seperti menunaikan apa yang aku fardhukan ke atasnya dan sentiasalah hamba itu mendekati kepadaKu dengan amalan nawafil sehingga aku mengasihinya dan tidak aku ragukan pada sesuatu yang aku lakukan seperti ku teragak-agak untuk mengambil roh hambaku yang mu`min, kerana dia membenci mati dan aku membenci apa yang tidak disukainya dan maut itu tidak dapat tidak daripadanya.`` (Hadith riwayat Ahmad, Hakim dan Tirmidzi).
Berkata Al-Ustadz Abu al-Qasim, ``Wali ada dua makna, salah satu daripadanya wali sebagai ism fa`il bermaksud maf`ul, iaitu seorang yang ditauliahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta`ala apa yang disuruhnya. Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:  `` Dialah yang mentauliahkan kepada orang-orang salih.`` (Al-A`raf: 196). Maka tidaklah menyusahkannya dalam urusan dengan makhlukNya haq Allah Subhanahu wa Ta`ala.
Keduanya, bermakna fa`il  daripada ism fa`il, iaitu Dia mentauliahkan hamba Allah Ta`ala dengan ketaatan kehambaannya berlaku secara berturut-turut dengan tidak diselang seli oleh sebarang perlakuan maksiat.  Kedua yang disifatkan adalah wajib, hingga adalah wali itu wali yang wajib melakukan hak-hak Allah Ta`ala atas  penunaian dan penafian dan dia berterusan dipelihara oleh Allah Ta`ala kepadanya sama ada pada masa senang dan juga masa susah.
Dan daripada syarat wali, bahawa dia memelihara diri, sebagaimana syarat bagi Nabi ialah ma`s*um.. Tiap  apa yang ditentu shara`, jika ada tentangan bererti dia ghurur dan tertipu daya.
Sebagai contoh, aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq berkata, dikatakan Abu Yazid berkunjung ke satu tempat yang dikatakan di sana ada kalangan wali, beliau menuju ke masjid di situ, tetapi bila dia berdepan dengan seorang lelaki daripada mereka itu, dia keciwa  dan tidak jadi menemui mereka. Katanya jika seorang lelaki dianggap wali tidak menepati dengan kehendak shari`at, bagaimana boleh diharap dia menepati kehendak  asrar hakikat.
 Berssalahan pendapat di kalangan sufi adakah wajar seorang wali diketahui oleh dirinya dan orang lain. Mereka berpendapat tidak wajar, kerana ianya boleh membawa kepada sifat ghurur dan fitnah. Wali hanya diketahui oleh orang yang layak mengetahuinya dan lebih baik  yang mempunyai kriteria wali, tidak mengetahui yang dirinya ada ciri-ciri kewaliyan. Namun  Al-Imam Abu Bakar bin Furik berpendapat, bahawa harus mengetahui seorang wali, bahawa dia adalah wali dan tidak semestinya kewalian berlaku dalam hal segera dan semasa. Walau bagaimana seorang tidak mungkin mengakui dirinya wali , namun dianya diketahui atau tidak diketahui, bahkan tidak penting untuk diketahui. Bahawa ahlu haqiqat itu mereka ini kata Al-Qushairy, mereka bukan pada tahap khalayak biasa, bahkan terhapus dari disifatkan sebagai kalangan mereka.
Berkata Yahya bin Mu`adz r.a.:
``Wali itu adalah wangian Allah Ta`ala di muka bumi, wangiannya tercium oleh para siddiqun, bahkan wangian ini semerbak di taman-taman hati mereka, bahkan menjadi rinduan mereka kepada pohon-pohon kewalian yang mengeluarkan wangi-wangian berkenaan.
Dikatakan alamat wali itu tiga: Sentiasa sebok dirinya dalam hubungan dengan Allah Ta`ala, taqrirnya kepada Allah Ta`ala dan  himmahnya kepada Allah Ta`ala.
Berkata Al-Kharraz, ``Apabila Allah Ta`ala menghendaki mewalikan seorang hamba daripada hambanya, maka terbuka baginya pintu dzikir, maka bila dia lazat dengan dzikirnya maka terbuka baginya pintu qurb, kemudian diangkat dalam Majlis al-Uns, kemudian didudukkan di atas kerusi tauhid, kemudian diangkat darinya hijab dan dia tiba pada `Dar al-Fardaniyyah, dan terbuka baginya tentang perkara-perkara halal dan dikurnia dengan kelebihan-kelebihan tanpa dakwaan-dakwaan dari dirinya.
Demikian gambaran secara intutif proses kewalian yang pastinya bukan tahap yang boleh dicapai manusia biasa.
Pendek kata, kewalian wujud, tetapi bukan dia sebagai pencarian. Ia adalah kurniaan Allah terhadap seorang dipilihnya, dirinya  diberi kelebihan-kelebihan, antaranya diistilahkan sebagai karamah. Namun kewalian bukan dakwaan, siapa yang mengakui wali menandakan dia bukan wali.  Kurniaan terhadap individu pilihan tidak disedari, khususnya bagi yang dianggap wali, tetapi ianya mungkin diketahui wali atau mungkin tidak diketahui. Dia berada pada tahap tersendiri sebagai `Wali`.
Wali bukan pencarian, tetapi kurniaan.

Sekian. Terima kasih.

June 19, 2017

GHIRAH: BURUK DAN BAIK


BBB, 23 Ramadhan 1438H. = 18 Jun 2017M. (Ahad):
Ghirah dapat difahami perasaan atau kemahuan yang timbul diakibatkan oleh sesuatu rangsangan yang mendorong kepada  perkara yang tidak baik seperti bersifat  nafsu atau rangsangan yang bersifat baik yang mendorong kepada perbuatan yang baik. Ghirah juga ditrerjemahkan sebagai cemburu.
Tanpa memberi keterangan terhadap istilah ghirah berkenaan yang juga digunakan di sini secara langsung, bukan terjemahan, Al-Qushairi mengambil bukti daripada ayat Al-Qur`an  yang bermaksud:
``Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melarang daripada perkara-perkara yang keji sama ada secara lahir daripadanya atau batin.`` (Al-A`raf: 33).
Dan dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin `Abdus al-Muzakki berkata, mengkhabarkan kami Abu Ahmad Hamzah bin al-`Abbas al-Bazzar di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Ghalib ibn H*arb, bercakap kepada kami `Abdullah bin Muslim berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Furat daripada Ibrahim al-Hijri daripada  Abi al-Ah*was* daripada `Abdullah berkata, bersaba Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tiada seseorang yang lebih ghirah daripada Allah Ta`ala dan daripada ghirahnya Dia mengharamkan perkara-perkara yang keji , sama ada yang zahir daripadanya dan apa yang batin.`` (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari daripada A`ishah. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Tirmidzi).
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad al-Ahwazi, berkata mengkhabarkan kami ahmad bin `Ubaid al-S*affar berkata, bercakap kepada kami `Ali bin al-Hasan bin Bannan berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Raja` berkata, mengkhabarkan kami H*arb Ibn Shaddad, berkata, bercakap kepada kami Yahya bin Abi Kathir daripada Abi Salamah, bahawa Aba Hurairah bercakap kepada mereka itu, bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda bermaksud:
``Bahawa Allah Ta`ala ghirah dan orang mu`min juga ghirah dan ghirah Allah Ta`ala apabila seorang mu`min melakukan apa yang diharamkan Allah Ta`ala ke atasnya.``
Nerkata Al-Ustadz Abu `Ali al-Daqqaq r.h.a. bahawa orang malas di dalam ibadat, mereka bertempat dalam keadaan jauh dan terlambat.
Aku mendengar  Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman  r.h.a.  berkata, Aku mendengar Aba `Uthman al-Maghibi :
``Al-Ghirah adalah amalan murid-murid, tetapi tidak dari kalangan ahlu al-haqiqah.``
Katanya, aku mendengar Aba Nasr al-Asbahani berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Al-Ghirah ada dua jenis. Ghirah manusia (al-bashariyyah) di atas diri dan ghirah al-Ilahiyyah di dalam hati.``
Berkata Shibli juga bahawa ghirah al-Ilahiyyah di atas diri (nufus), bahawa engkau abaikan segala perkara yang lain daripada Allah.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman berkata, berkata Al-Nasr Abadzi,
``Haqq Ta`ala tentang ghirah, daripada ghirahNya Dia tidak menjadikan baginya jalan yang lain dari kebenaran.``
Dari pembicaraan-pembicaraan di atas bahawa ghirah adalah semacam rasa tidak senang dari  berlakunya sesuatu yang bercanggah dengan apa yang disuruh oleh Allah. Ghirah di dalam maksud sedemikian adalah sesuatu yang positif dan mempunyai kewaspadaan dari berlakunya sesuatu yang tidak diingini.
Dikatakan sifat ini bisa berlaku pada diri manusia yang biasa. Lantaran pada diri manusia ada kecenderungan kepada yang bersifat nafsu dan juga pengabaian terhadap apa yang dituntut oleh agama. Ghirah pada tahap manusia biasa ini adalah berbaur dengan sifat nafsu jahat dan baik. Dan kebiasaan nafsu terdorong kepada yang jahat sebagaimana tuntutan agama adalah ghirah dari berlakunya amalan-amalan yang tidak baik bagi diri. Ghirah diri (nafsu) adalah perkara normal berlaku kepada diri yang hidup di tengah masyarakat. Apa yang mau ditekankan, bahawa kesedaran terhadap ghirah diri (nafs) adalah merupakan tahap kewaspadaan yang membuat diri sentiasa sedar dan prehatin dari berlakunya kepada diri aspek-aspek yang tdak baik.
Sebagaimana kata Shibli, kita digesa kepada Ghirah terpuji, iaitu ghirah Ilahi,  dengan meningkat kualiti diri kepada berada di atas garis yang dituntut oleh agama dan nilai-nilai positif.
Persoalan ghirah ini agak asing dari pembicaraan biasa di dalam tasawuf dan terasa agak canggung di dalam pembicaraan. Sebenarnya lebih jelas dan biasa dibicarakan apa yang diketengahkan oleh Al-Qushairy ini sepatutnya cukup diletak dibawah persoalan `Amar Ma`ruf da Nahi munkar.

Sekian.

June 18, 2017

DERMAWAN DAN YANG MURAH HATI


BBB,  22 Ramadhan 1438H. =  17 Jun 2017M. (Sabtu):
Mencerminkan watak seseorang yang tidak lokek dan tidak seperti diibaratkan sebagai tangkai jering. Dia mudah memberi pertolongan terutamanya dari segi kewangan dan barangan. Dia tidak semestinya seorang yang kaya.  Sifat sedemikian bukan dibuat-buat, tetapi adalah timbul dari didikan dan kesedaran sosial dan kemasyarakatan yang tinggi. Watak mulia ini wujud di dalam masyarakat, bahkan menjadi identiti bagi individu dalam masyarakat dan menjadi legenda. Contoh tokoh seperti Hatim  Al-T*a`i yang menjadi legenda  - pemurah, dalam masyarakat `Arab.
Membicarakan tentang dermawan dan pemurah hati ini Al-Qushairy bertolak dari firman Allah yang bermaksaud:
``Dan mereka mengutamakan orang-orang muhajirin ke atas diri mereka itu, walaupun mereka sebenarnya memerlukan apa yang mereka berikan itu.`` (Al-Hashr: 9).
Dari segi Hadith: Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad bin `Abdan, berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin  `Ubaid, berkata, bercakap kepada kami Al-Hasan bin al-`Abbas, berkata, bercakap kepada kami Sahl, berkata, bercakap kepada kami Sa`id bin Muslim daripada Yahya bin Sa`id daripada Muhammad bin Ibrahim daripada `Alqamah daripada A`ishah r.`anha berkata, bersabda Rasulullah s.a.w., ``Pemurah dekat dengan Allah Ta`ala, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. Dan bakhil adalah jauh daripada Allah Ta`ala, jauh daripada manusia, jauh daripada syurga dan dekat dengan neraka. Dan orang jahil yang pemurah lebih dikasihi Allah Ta`ala daripada hamba (`abid) yang bakhil.`` (Hadith riwayat Al-Tirmidzi, Al-Bayhaqi dan Al-T*abrani).
Berkata Al-Ustadz, ``Tidak ada beza di atas lisan keilmuan antara sifat menderma dan pemurah dan tidak disifat oleh Al-Haqq Subhanahu wa Ta`ala di antara pemurah dan terbuka (samahah) kerana tiada hentinya (tauqif). Dan hakikat dermawan bahawa tidak payah baginya untuk menderma. Dan di kalangan kaum ada yang berpendapat, pemurah (al-sakha`) berada pada susun yang pertama, kemudian baru diikuti dermawan selepasnya dan kemudian terkesan mudah memberi (al-ithar).
Siapa yang memberi setengah dan mengekalkan setengah dia adalah orang yang pemurah.
Siapa yang membelanjakan lebih banyak dan mengekalkan bagi dirinya sesuatu, maka dia adalah dermawan. Dan siapa yang terkesan oleh situasi dharurah mendorongnya menderma, maka dia adalah orang yang terkesan.
Dari segi terdorong kepada sifat dermawan juga dipengaruhi oleh sekitaran. Masyarakat yang berpendidikan agama dan menyedari tentang pahala menderma dan murah hati lebih terdorong bagi membuat kebajikan dari masyarakat yang tidak terdedah kepada pendidikan dan suasana hidup keislaman. Mereka mudah menderma bila ada keperluan-keperluan seperti membina masjid, surau, mendirikan madrasah, membantu pelajar miskin dan anak-nak yatim.
Tanpa pendidikan dan kesedaran, maka agak sukar untuk memupuk jiwa sebagai orang yang suka menderma.
Sesungguhnya firman Allah bermaksud:
``Diumpamakan orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah ialah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya. Dan Allah Amat Luas Rahmat KurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah: 261).
 Bagi orang bakhil pula hatinya ibarat tanah yang kering kontang yang tidak menerima tumbuhan.. Berkata Bishr bin al-Harith,
``Menunggu dari orang bakhil  yang kontang hatinya, mengeraskan hati dan jiwa yang mengharapkan.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tidak mendapat Al-Ustaz Abu Sahl ditangannya yang dia berinteraksi dengan orang lain, melainkan apa yang didapat dihamburkan ke bumi untuk dipungut oleh orang yang berhajat kepadanya dan dia berkata, ``Dunia lebih bahaya dari semata melihatnya, lantaran tangan kita lebih baik berada di atasnya, lantaran sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.``
Adalah dikatakan, menangis Amirul Mu`nin  `Ali bin Abi Talib, r.a. pada satu hari. Maka ditanya mengapa sebab dia menangis, maka katanya, ``Sudah seminggu aku tidak didatangai tetamu, maka aku takut bahawa Allah Ta`ala menghina aku.``
Dan berkata Ibrahim bin al-Junayd, ada empat perkara yang tidak sayugia bagi yang mulia melupakannya, walaupun dihadapan seorang amir, iaitu berdiri dalam majlis bagi menghormati bapanya, khidmat kepada tetamu, khidmat kepada orang alim yang dia  belajar darinya dan  bertanya apa yang dia tidak tahu.``
Contoh sifat pemurah dapat dihayati dari cerita Hatim al-T*a`i.
Diceritakan tentang sifat pemurah Hatim sampai kepada salah seorang Raja Rum (Qaisar). Raja ini ingin mengetahui sendiri sifat pemurahnya. Raja mengetahui Hatim mempunyai kuda tunggangan yang baik. Raja menghantar perutusan untuk meminta Hatim menghadiahkan kudanya ini kepada raja. Tiba perutusan disambut oleh Hatim, tetapi pada masa itu kebetulan tiada pembantunya untuk keluar mencari makanan bagi meraikan perutusan yang belum dikenalinya siapa dia. Oleh kerana mau meraikan tamu ini, Hatim meyembelih kuda yang disayangi itu bagi jamuan perutusan.
Setelah makan, Hatim bertanya tujuan perutusan yang datang. Perutusan itu memberitahu, bahawa dia adalah  orang suruhan Raja Rum untuk kemungkinan mendapat kuda Hatim.
Hatim dengan agak keciwa menyatakan. Kalau dia ketahui tujuan kedatangan, sudah pasti tidak di sembelih kuda berkenaan. Dan menggantikan dengan binatang yang lain.
Dengan peristiwa perutusan itu memahami dan menyaksikan sendiri betapa pemurahnya Hatim dan perkara ini diceritakan kepada raja yang mengutusnya berjumpa dengan Hatim.  (Diwan Hatim al-T*a`i. Dar Sadir, 1401H./1981M.: 24).
Kata `Abdullah al-Mubarak, ``Pemurah diri lebih baik tidak menghendaki apa yang ada pada tangan orang lain daripada membelanjakan apa yang ditangan sendiri.``
Aku mendengar al-Shauykh Aba `Abd al-Rahman berkata, aku mendengar  Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Al-Daqqaq berkata,  ``Tidaklah pemurah dengan memberi kepada yang tidak cukupan keperluan, tetapi pemurah ialah dengan memberi kepada yang ketiadaan dan memerlukan.
Demikian berbagai pendapat mengenai dermawan dan yang murah hati.

Sekian.

June 17, 2017

AKHLAK : RASULULLAH S.A.W. CONTOH IKUTAN


BBB, 21`Ramadhan 1438H. = 16 Jun 2017M. (Juma`at):
Persoalan akhlak adalah persoalan penting dari segi tasawuf. Bahkan akhlak itu hampir sinonem dengan erti tasawuf. Pendekatan awal berhubung dengan akhlak ini dilakukan oleh Al-Muhasibi yang mana amat terkesan dengan Hadith Nabi s.a.w. yang dia menjadi salah  satu rantai sanad bagi Hadith:
``Athqalu ma yudha`u fi al-mizan h*usnu al-khuluq.`` (Al-Ri`ayat li Huquq Allah: 3).
Bermaksud:  ``Yang lebih berat diletakkan di dalam timbangan ialah elok akhlak.``
Pendekatan akhlak ini menjadi motto bagi pendekatan al-Muhasibi sebagai pendekatan karya-karya tasawufnya seperti Al-Ri`ayah` dan A`mal al-Qulub wa al-Jawarih`.
Dapatlah dikatakan Al-Muhasibi adalah pembuka jalan bagi yang datang selepasnya terutama Al-Ghazali dengan pendekatan akhlak (berindukkan hati), khususnya di dalam karyanya berjudul Ihya` `Ulum al-Din.
Adapun Al-Qushairy di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyat yang terus dibicarakan ini, lebih mengambil pendekatan mengenai senarai tokoh-tokoh sufi, istilah-istilah yang digunakan mereka dan konsep-konsep  di dalam tasawuf itu sendiri. Sekali pandang ianya seolah-olah `Ensiklopadia Ringkas` mengenai tasawuf. Ini termasuklah `Akhlak` dibicarakan sebagai satu bab dari konsep-konsep tasawuf. Dapat dikatakan tiada percubaan membuat pendekatan yang merumuskan bagi kandungan Al-Risalat Al-Qushairiyyat itu.
Al-Akhlak sebagai isu besar tasawuf di dekati Al-Qushairy sebagai satu topik bagi bab-bab pembicaraannya.
Sebagaimana biasa bagi bertolak kepada pembicaraan bagi topik akhlak ini Al-Qushairy  memetik  ayat Al-Qur`an yang berhubung dengan akhlak ayat bermaksud:
``Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yan agung.`` (Al-Qalam: 4).
Seterusnya ayat mengenai  akhlak, firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya  pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). ( Al-Ahzab: 21).
Berhubung dengan Hadith:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad al-Ahwazi, berkata, mengkhabarkan kami Abu al-Hasan al-Saffar al-Basri berkata,, bercakap kepada kami Hisham bin Muhammad bin Ghalib berkata, bercakap kepada kami `Ali bin Mahdi, berkata, bercakap kepada kami Bashshar Ibn Ibrahim al-Namiri, berkata, bercakap kepada kami Ghaylan bin Jarir daripada Anas berkata,
``Dikatakan kepada Rasulullah, Mana satu mu`minin yang lebih afdhal dari segi iman ?
Maka bersabda Baginda, ``Yang lebih baik dari kalangan mereka itu dari segi akhlak.``
Berkata Ustadz, ``Akhlak yang baik lebih afdhal  manaqib hamba dan dengannya zahir permata kelakian dan manusia itu tertutup dengan kejadiannya, tetapi disaksikan dengan akhlaknya.``
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq r.h.a. berkata, bahawa Allah Ta`ala mengkhaskan NabiNya s.a.w dengan apa yang diistimewakannya dengannya dan tidak mengganggu dengannya oleh sesuatu dari sifatnya dengan apa yang dipuji kepadanya sebagaimana dia diciptakan.
Dan berkata termulia daripada yang berkata, ``Dan bahawasanya engkau mempunyai akhlak yang agung,``
Berkata Al-Wasiti, dia disifatkan dengan makhluk agung, kerana dialah yang terbaik di dalam dua kejadian (langit dan bumi – dunia akhirat) dan Allah Ta`ala  `iktafa`  dengannya.``
Dan berkata Al-Wasiti  lagi, ``Manusia Agung tidak ada yang menentang atau ditentang daripada bersangatan ma`rifatnya tentang Allah Ta`ala.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar Al-Husain bin Ahmad bin Ja`far berkata, aku mendengar Al-Kattani berkata,
``Tasawuf semuanya akhlak, siapa yang bertambah akhlaknya, maka bertambahlah ke atasnya tasawuf.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Razi, berkata, aku mendengar  Aba Muhammad al-Jariri berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata, aku mendengar Al-Harith al-Muhasibi berkata, tiga perkara keakhlakan terpuji,
Berwajah manis beserta menjaga pembawaan,
Elok perkataan beserta amanah, dan
Elok persaudraan serta menunaikan janji.
Disoal Abu Hafs* tentang akhlak, maka katanya, ``Apa yang dipilih oleh Allah `Azza wa Jalla kepada Nabinya s.a.w. sebagaimana firmanNya ``Khudz al-`afwa ... al-ayat.`(Al-A`raf: 199).
Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Hasan `Ali  Ibn Ahmad al-Ahwazi berkata bercakap kepada kami Abu al-Hasan al-Saffar al-Bas*ari berkata, bercakap kepada kami Mu`adz bin al-Muthanna berkata, bercakap kepada kami Yahya bin Muin berkata, bercakap kepada kami Marwan al-Qazari berkata, bercakap kepada kami Yazid bin Kisan daripada Abi Hazim daripada Abi Hurairah r.a. berkata,
``Dikatakan, wahai Rasulallah, do`akan kepada Allah Ta`ala ke atas orang mushrikin, maka bersabda Baginda, ``Sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai rahmat dan tidak aku dbangkitkan untuk keazaban.`` (Riwayat Muslim daripada Abi Hurairah).
Rasulullah s.a.w. adalah contoh keakhlakan ummah.``.

 Sekian.

June 16, 2017

FIRASAT : DARI KETAJAMAN MATA BATIN


BBB, 20 Ramadhan 1438H. = 15 Jun 2016M. (Khamis):
Secara lahir, seorang yang berilmu dan berpengalaman dapat melihat dan menjangkakan seorang anak remaja yang cergas, pintar dan petah bercakap  mempunyai potensi untuk  berkembang pada masa hadapan sebagai anak muda, jika dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, menjadi anak muda yang berkemampuan memimpin dan sebagainya pada masa hadapan. Ini merupakan tilikan lahiri, berdasarkan bukti-bukti lahir yang dapat dibuat jangkaan akan kemungkinan-kemungkinannya pada masa hadapan.
Lebih dari itu, ada tilikan dan jangkaan di samping petanda-petanda lahir ditambah dengan pertanda-pertanda  rohani  -  mata lahir dan mata batin dapat dikenali oleh yang mendalam akan perwatakan dan kemampuan batin dan dibuat jangkaan oleh yang arif akan kebolehan dan potensi sesuatu. Penelitian sedemikian dikenali dengan `Firasat`.
Di dalam membicarakan tentang firasat ini, Al-Qushairy bertolak dari firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi mereka yang memperhatikan tanda-tanda  bagi yang mutawassimin ` (Al-Hijr:  75)– Maksud menurut Al-Qushairy, al-Mutawassimin  adalah mereka yang mendalam dari segi firasat (al-mutafarrisin).
Dari segi Hadith Al-Qushairy mengangkat riwayat secara bersanad:
Mengkhabarkan kami Al-Shaykh  Abu  `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a., katanya mengkhabarkan kami Ahmad bin  `Ali bin al-Husain al-Razi berkata,, mengkhabarkan kami  Muhammad bin Ahmad  al-sakani berkata, bercakap kepada kami Musa bin Da`wud berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Kathir al-Kufi, berkata, bercakap kepada kami `Amru bin Qays daripada `It*iyyah daripada Abi Sa`id berkata,
Bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Takutlah kamu daripada firasat orang mu`min, kerana ia melihat dengan nur Allah Ta`ala.``
Berkata Al-Ustadz, ``Firasat ialah lintasan yang bertapak di dalam hati yang menafikan apa yang bertentangan dalam hati dengan hukum. Ia mencerminkan ketajaman firasat yang melihat secara firasat. Dia bergantung pada kekuatan iman, siapa yang kukuh dari segi keimanan semakin tajam dari segi firasatnya. Dan berkata Abu Sa`id al-Kharraz,
``Siapa yang melihat dengan cahaya firasat dia melihat dengan nur al-haqq.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah berkata, aku mendengar Al-Kattani berkata,
``Al-Firasah ialah mukashafah al-yaqin dan pertolongan ghaib. Dia adalah dari maqam-maqam iman .``
Aku mendengar Al-Shaykh `Abdul Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar Datukku Aba `Amrin bin Majid berkata, adalah Shah al-Karmani seorang yang tajam firasat dan tidak berlaku kesilapan. Dia berkata, ``Siapa yang merendahkan penglihatannya daripada perkara-perkara haram dan menahan nafsunya daripada syahwat, menjaga batin dengan berterusan muraqabah dan zahrnya mengikut Sunnah dan menjadi adat memakan makanan halal, maka dia tidak silap dari segi firasat.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar l-Khuldi berkata, aku mendengar Aba Ja`far al-Haddad berkata,
``Firasat ialah lintasan awal dengan tidak ada halangan yang menghalang dari haknya, dia adalah lintasan dan ungkapan.``
Berkata Abu Hafs* al-Naisaburi, ``Tidak ada seorang boleh mendakwa sebagai berkebolehan di dalam firasat, akan tetapi dia berlindung dan takut dari firasat daripada yang lain, kerana Nabi s.a.w. bersabda, ``Takut dari firasat orang mu`min, dan tidak dikatakan, hendaklah berfirasat, bagaimana sah dakwaan berfirasat bagi siapa yang sepatutnya berada di bawah lindungan dari takut kepada firasat (orang mu`min).
Firasat  adalah pemberian Allah terhadap seorang mu`min  yang berkelayakan dari segi kerohanian dan ditambah dengan keilmuan dan pengalaman yang dapat dia membuat jangkaan dan telahan terhadap seorang, terhadap sesuatu dan kemungkinan-kemungkinan sesuatu berdasarkan bukti, kenyataan dan persepsi batin  akan sesuatu kemungkinan. Dan perkara ini adalah realiti yang mungkin berlaku dan ada yang berkelayakan – di atas pemberian Allah.
Di dalam kehidupan moden konsep firasat ini diperkukuh dengan kaedah ilmiah dan pengukuran tertentu. Misalnya bagaimana mau memilih calon terbaik untuk diberi biasiswa bagi memasuki ke satu-satu pengajian yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ini dilakukan oleh pakar-pakar yang menginterview bagi memilih calon yang benar-benar layak. Pakar-pakar di dalam berbagai bidang ini melihat  misalnya dari segi minat, kelayakan, psikologi, ujian tertentu dengan berbagai kaedah sehingga mampu meilih dari kalangan terbaik dipilih yang paling terbaik dari kalangan mereka.
Walau bagaimana firasat bagi tokoh ilmu dan rohani adalah kelayakan dan pemberian dari Allah bagi mereka yang layak dan bagi yang ditelah juga ada pertanda dan kelayakan sehingga ia difirasatkan, tetapi sebagaimana  dikatakan oleh Abu Hafs* al-Naisaburi, firasat bukanlah bidang yang dicari dan diusahakan, tetapi adalah pemberian. Sebab itu katanya, tidak ada seorang yang boleh mendakwa bahawa dia berkelayakan apa lagi berkebolehan dari segi firasat, tetapi tidak menafikan dari wujudnya mereka yang berkelayakan. Kita hanya mohon perlindungan dari  elemen negatif dari firasat. Tetapi bukanlah menjadi tujuan untuk menjadi ahli firasat. Terpulang bagi yang berkelayakan dari segi kerohanian, keilmuan dan pengalaman.


Sekian.