June 17, 2017

AKHLAK : RASULULLAH S.A.W. CONTOH IKUTAN


BBB, 21`Ramadhan 1438H. = 16 Jun 2017M. (Juma`at):
Persoalan akhlak adalah persoalan penting dari segi tasawuf. Bahkan akhlak itu hampir sinonem dengan erti tasawuf. Pendekatan awal berhubung dengan akhlak ini dilakukan oleh Al-Muhasibi yang mana amat terkesan dengan Hadith Nabi s.a.w. yang dia menjadi salah  satu rantai sanad bagi Hadith:
``Athqalu ma yudha`u fi al-mizan h*usnu al-khuluq.`` (Al-Ri`ayat li Huquq Allah: 3).
Bermaksud:  ``Yang lebih berat diletakkan di dalam timbangan ialah elok akhlak.``
Pendekatan akhlak ini menjadi motto bagi pendekatan al-Muhasibi sebagai pendekatan karya-karya tasawufnya seperti Al-Ri`ayah` dan A`mal al-Qulub wa al-Jawarih`.
Dapatlah dikatakan Al-Muhasibi adalah pembuka jalan bagi yang datang selepasnya terutama Al-Ghazali dengan pendekatan akhlak (berindukkan hati), khususnya di dalam karyanya berjudul Ihya` `Ulum al-Din.
Adapun Al-Qushairy di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyat yang terus dibicarakan ini, lebih mengambil pendekatan mengenai senarai tokoh-tokoh sufi, istilah-istilah yang digunakan mereka dan konsep-konsep  di dalam tasawuf itu sendiri. Sekali pandang ianya seolah-olah `Ensiklopadia Ringkas` mengenai tasawuf. Ini termasuklah `Akhlak` dibicarakan sebagai satu bab dari konsep-konsep tasawuf. Dapat dikatakan tiada percubaan membuat pendekatan yang merumuskan bagi kandungan Al-Risalat Al-Qushairiyyat itu.
Al-Akhlak sebagai isu besar tasawuf di dekati Al-Qushairy sebagai satu topik bagi bab-bab pembicaraannya.
Sebagaimana biasa bagi bertolak kepada pembicaraan bagi topik akhlak ini Al-Qushairy  memetik  ayat Al-Qur`an yang berhubung dengan akhlak ayat bermaksud:
``Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yan agung.`` (Al-Qalam: 4).
Seterusnya ayat mengenai  akhlak, firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya  pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). ( Al-Ahzab: 21).
Berhubung dengan Hadith:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad al-Ahwazi, berkata, mengkhabarkan kami Abu al-Hasan al-Saffar al-Basri berkata,, bercakap kepada kami Hisham bin Muhammad bin Ghalib berkata, bercakap kepada kami `Ali bin Mahdi, berkata, bercakap kepada kami Bashshar Ibn Ibrahim al-Namiri, berkata, bercakap kepada kami Ghaylan bin Jarir daripada Anas berkata,
``Dikatakan kepada Rasulullah, Mana satu mu`minin yang lebih afdhal dari segi iman ?
Maka bersabda Baginda, ``Yang lebih baik dari kalangan mereka itu dari segi akhlak.``
Berkata Ustadz, ``Akhlak yang baik lebih afdhal  manaqib hamba dan dengannya zahir permata kelakian dan manusia itu tertutup dengan kejadiannya, tetapi disaksikan dengan akhlaknya.``
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq r.h.a. berkata, bahawa Allah Ta`ala mengkhaskan NabiNya s.a.w dengan apa yang diistimewakannya dengannya dan tidak mengganggu dengannya oleh sesuatu dari sifatnya dengan apa yang dipuji kepadanya sebagaimana dia diciptakan.
Dan berkata termulia daripada yang berkata, ``Dan bahawasanya engkau mempunyai akhlak yang agung,``
Berkata Al-Wasiti, dia disifatkan dengan makhluk agung, kerana dialah yang terbaik di dalam dua kejadian (langit dan bumi – dunia akhirat) dan Allah Ta`ala  `iktafa`  dengannya.``
Dan berkata Al-Wasiti  lagi, ``Manusia Agung tidak ada yang menentang atau ditentang daripada bersangatan ma`rifatnya tentang Allah Ta`ala.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar Al-Husain bin Ahmad bin Ja`far berkata, aku mendengar Al-Kattani berkata,
``Tasawuf semuanya akhlak, siapa yang bertambah akhlaknya, maka bertambahlah ke atasnya tasawuf.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Razi, berkata, aku mendengar  Aba Muhammad al-Jariri berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata, aku mendengar Al-Harith al-Muhasibi berkata, tiga perkara keakhlakan terpuji,
Berwajah manis beserta menjaga pembawaan,
Elok perkataan beserta amanah, dan
Elok persaudraan serta menunaikan janji.
Disoal Abu Hafs* tentang akhlak, maka katanya, ``Apa yang dipilih oleh Allah `Azza wa Jalla kepada Nabinya s.a.w. sebagaimana firmanNya ``Khudz al-`afwa ... al-ayat.`(Al-A`raf: 199).
Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Hasan `Ali  Ibn Ahmad al-Ahwazi berkata bercakap kepada kami Abu al-Hasan al-Saffar al-Bas*ari berkata, bercakap kepada kami Mu`adz bin al-Muthanna berkata, bercakap kepada kami Yahya bin Muin berkata, bercakap kepada kami Marwan al-Qazari berkata, bercakap kepada kami Yazid bin Kisan daripada Abi Hazim daripada Abi Hurairah r.a. berkata,
``Dikatakan, wahai Rasulallah, do`akan kepada Allah Ta`ala ke atas orang mushrikin, maka bersabda Baginda, ``Sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai rahmat dan tidak aku dbangkitkan untuk keazaban.`` (Riwayat Muslim daripada Abi Hurairah).
Rasulullah s.a.w. adalah contoh keakhlakan ummah.``.

 Sekian.

No comments:

Post a Comment