BBB, 18 Ramadhan 1438H. = 13 Jun 2017
(Selasa):
Dzikir
dapat diertikan sebagai, sebutan, ingatan dan ulangan yang menandakan
yang disebutkan itu sesuatu yang dekat, mesra dan didamba. Ingatan atau sebutan
yang diulang-ulang ini ialah kerana kesedaran bahawa kewujudan diri mempunyai
kaitan yang rapat dengan yang diingati. Ingatan dan sebutan juga disebabkan
memahami sifat Rahman dan RahimNya terhadap hamba dan diri dan banyak apa
yang dinikmati adalah rahmat dariNya,
sebab itu Dianya sewajar dimesrai, dikasihi dan dicintai, lantas sebutan dan dzikir terhadapNya keluar lancar
tanpa dibuat-buat bahkan luahan dalaman yang mengalir keluar bagai larian air dari
hulunya menuju ke kualanya. Dzikir
terhadap Ilahi seharusnya timbul dari kefahaman, kesetiaan dan ketaatan yang
tidak dibuat-buat bahkan ianya meluncur berlalu dengan penuh mesra.
Dzikir kepada Allah ini adalah manifestasi
ketaatan, kemesraan dan kecintaan terhadap Allah. Membicarakan tentang dzikir
ini Al-Qushairy memetik ayat Al-Qur`an yang berkaiatan dengannya yang
bermaksud:
``Wahai orang-orang beriman, berdzikirlah
kepada Allah dengan dzikir yang banyak.`` (Al-Ahzab: 41).
Dari segi yang lain, dzikir dan ingatan
lantaran gerun dan patuh terhadap
keagungan dan kekuasaan Allah, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
``Iaitu mereka yang apabila disebut nama
Allah, maka gerun gementarlah hati mereka itu.`` (Al-Hajj: 35).
Dari segi Hadith Al-Qushairy membawa sanad
dan Hadith bermaksud.
Mengkhabarkan kami Abu al-Husain bin
Muhammad bin `Abdullah bin Bashran di Baghdad, berkata, mengkhabarkan kami Abu
`Ali al-Husain bin S*afwan al-Barda`i berkata, bercakap kepada kami Abu Bakar
`Abdullah bin Muhammad bin Abi al-Dunya berkata, bercakap kepada kami Harun bin
Ma`ruf berkata, bercakap kepada kami Anas bin `Iyadh berkata, bercakap kepada
kami `Abdullah bin Sa`id bin Abi Hind daripada Ziyad bin Abi Ziyad daripada Abi
Bahriyyah daripada Abi al-Darda`berkata,
Bersabda Rasulullah s.a.w. ``Adakah tidak
mau aku memberitahu kamu dengan baiknya amal kamu dan lebih bersih di sisi
pemilikan kamu dan lebih tinggi dari harapan kamu dan lebih dari pemberian emas
dan perak dan kamu berdepan dengan seteru kamu maka kamu memenggal
tengkuk-tengkuk mereka dan mereka memenggal tengkuk-tengkuk kamu. Mereka
berkata, apakah itu ya Rasulallah, maka bersabda Baginda, ``Berdzikir kepada
Allah Ta`ala.``
Mengkhabarkan kami Abu Nu`aim `Abdul Malik
bin al-Hasan berkata, bercakap kepada kami Ya`kub bin Ishaq bin Ibrahim
berkata, bercakap kepada kami Al-Diri daripada `Abdul Razak daripada Mu`ammar daripada al-Zuhri daripada Thabit
daripada Anas berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.
``Tidak akan berlaku kiamat di atas seorang
yang berkata Allah, Allah.`` (Dikeluarkan oleh Muslim daripada Anas bin Malik).
Berkata Al-Ustadz, Dzikir adalah rukun yang
kuat pada jalan kebenaran Subhanahu wa Ta`ala, bahkan dia adalah tiang pada
jalan ini. Dan tidak sampai seseorang kepada Allah Ta`ala, melainkan dengan
berterusan dzikir. Dan dzikir ada dua minuman. Dzkir lisan dan dzikir hati.
Maka dengan dzikir lisan menyampaikan hamba kepada berterusan dzikir hati dan
kesan bagi dzikir hati. Apabila seorang hamba dalam keadaan dzikir lisan dan
hatinya, maka dialah kamil pada sifat
dan hal suluknya.
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abdul Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar `Abdullah bin al-Husain berkata, aku mendengar
Aba Muhammad al-Baladzawi berkata, aku mendengar `Abdul Rahman bin Bakar
berkata, aku mendengar Dzu al-Nun
al-Mis*ri berkata,
``Siapa yang berdzikir kepada Allah Ta`ala
dengan dzikir tertinggi hakikat, maka dia lupa dari keadaan di sampingnya dan
Allah menjaganya tentang segala sesuatu dan baginya gantian bagi segala
sesuatu.``
Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Hasan `Ali
bin Bashran di Baghdad, berkata, bercakap kepada kami Abu `Ali bin S*afwan di
Baghdad, berkata, bercakap kepada kami Al-Husain bin Abi al-Dunya, berkata,
bercakap kepada kami Al-Haitam bin al-Kharijah, berkata, bercakap kepada kami
Isma`il bin `Iyash daripada `Umar bin `Abdullah bahawa Khalid bin `Abdullah bin
S*afwan mengkhabarkannya daripada Jabir bin `Abdullah berkata, keluar kepada
kami Rasulullah s.a.w., maka Baginda bersabda (bermaksud):
``Wahai manusia, Bermesralah di dalam
kebun-kebun syurga. Maka kata kami , ``Ya Rasulallah, Apakah kebun syurga itu
?, Maka bersabda Baginda, ``Majlis-majlis dzikir.
Baginda bersabda, ``Berjalanlah pada pagi
dan petang dengan berdzikir. Siapa yang mau tahu kedudukannya di sisi Allah
s.n.w. hendaklah dia melihat pada darjat mana kedudukannya di sisi Allah s.n.w.
pada dirinya. Darjat yang diberi Allah Ta`ala kepada hambanya sesuai dengan darjat di mana hamba mendudukkan dalam dirinya.`` (Riwayat Abu Hurairah –
Hadith Al-Tirmidzi).
Dan aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Ahmad al-Qurra` berkata, aku mendengar Al-Shibli
berkata, ``Tidakkah Allah Ta`ala berkata, ``Aku duduk bersama dengan siapa yang
mendzikiriKu. Apa lagi yang engkau dapat faedah lebih daripada duduk tentang
Haqq Subhanahu wa Ta`ala ?.
Dan katanya, aku mendengar `Abdullah bin
Musa al-Sulami berkata, aku mendengar Al-Shibli bernasyid di dalam majlisnya:
Aku mendzikirkan Engkau, tidak kulupakan
walau sekejip mata
Lebih mudah apa yang didzikir , ialah
dengan lisan jua
Aku tanpa wajdan boleh mati oleh kekeringan rasa
Meliputi kalbu ku oleh gerak ingatan padanya
Apabila Dia memperlihatkan hadirNya secara
wajdan
Memperingatkan daku kehadirannya pada
setiap ruang
Aku berucap tentang kewujudan tanpa
kalam
Aku melihat tentang kehadiran tanpa
kelihatan !
Demikian sebahagian ungkapan tentang
kepentingan dzikir dan pengungkapan secara sedar, intuitif dan
wajdan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment