June 19, 2017

GHIRAH: BURUK DAN BAIK


BBB, 23 Ramadhan 1438H. = 18 Jun 2017M. (Ahad):
Ghirah dapat difahami perasaan atau kemahuan yang timbul diakibatkan oleh sesuatu rangsangan yang mendorong kepada  perkara yang tidak baik seperti bersifat  nafsu atau rangsangan yang bersifat baik yang mendorong kepada perbuatan yang baik. Ghirah juga ditrerjemahkan sebagai cemburu.
Tanpa memberi keterangan terhadap istilah ghirah berkenaan yang juga digunakan di sini secara langsung, bukan terjemahan, Al-Qushairi mengambil bukti daripada ayat Al-Qur`an  yang bermaksud:
``Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melarang daripada perkara-perkara yang keji sama ada secara lahir daripadanya atau batin.`` (Al-A`raf: 33).
Dan dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin `Abdus al-Muzakki berkata, mengkhabarkan kami Abu Ahmad Hamzah bin al-`Abbas al-Bazzar di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Ghalib ibn H*arb, bercakap kepada kami `Abdullah bin Muslim berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Furat daripada Ibrahim al-Hijri daripada  Abi al-Ah*was* daripada `Abdullah berkata, bersaba Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tiada seseorang yang lebih ghirah daripada Allah Ta`ala dan daripada ghirahnya Dia mengharamkan perkara-perkara yang keji , sama ada yang zahir daripadanya dan apa yang batin.`` (Dikeluarkan oleh Al-Bukhari daripada A`ishah. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Tirmidzi).
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad al-Ahwazi, berkata mengkhabarkan kami ahmad bin `Ubaid al-S*affar berkata, bercakap kepada kami `Ali bin al-Hasan bin Bannan berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Raja` berkata, mengkhabarkan kami H*arb Ibn Shaddad, berkata, bercakap kepada kami Yahya bin Abi Kathir daripada Abi Salamah, bahawa Aba Hurairah bercakap kepada mereka itu, bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda bermaksud:
``Bahawa Allah Ta`ala ghirah dan orang mu`min juga ghirah dan ghirah Allah Ta`ala apabila seorang mu`min melakukan apa yang diharamkan Allah Ta`ala ke atasnya.``
Nerkata Al-Ustadz Abu `Ali al-Daqqaq r.h.a. bahawa orang malas di dalam ibadat, mereka bertempat dalam keadaan jauh dan terlambat.
Aku mendengar  Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman  r.h.a.  berkata, Aku mendengar Aba `Uthman al-Maghibi :
``Al-Ghirah adalah amalan murid-murid, tetapi tidak dari kalangan ahlu al-haqiqah.``
Katanya, aku mendengar Aba Nasr al-Asbahani berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Al-Ghirah ada dua jenis. Ghirah manusia (al-bashariyyah) di atas diri dan ghirah al-Ilahiyyah di dalam hati.``
Berkata Shibli juga bahawa ghirah al-Ilahiyyah di atas diri (nufus), bahawa engkau abaikan segala perkara yang lain daripada Allah.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman berkata, berkata Al-Nasr Abadzi,
``Haqq Ta`ala tentang ghirah, daripada ghirahNya Dia tidak menjadikan baginya jalan yang lain dari kebenaran.``
Dari pembicaraan-pembicaraan di atas bahawa ghirah adalah semacam rasa tidak senang dari  berlakunya sesuatu yang bercanggah dengan apa yang disuruh oleh Allah. Ghirah di dalam maksud sedemikian adalah sesuatu yang positif dan mempunyai kewaspadaan dari berlakunya sesuatu yang tidak diingini.
Dikatakan sifat ini bisa berlaku pada diri manusia yang biasa. Lantaran pada diri manusia ada kecenderungan kepada yang bersifat nafsu dan juga pengabaian terhadap apa yang dituntut oleh agama. Ghirah pada tahap manusia biasa ini adalah berbaur dengan sifat nafsu jahat dan baik. Dan kebiasaan nafsu terdorong kepada yang jahat sebagaimana tuntutan agama adalah ghirah dari berlakunya amalan-amalan yang tidak baik bagi diri. Ghirah diri (nafsu) adalah perkara normal berlaku kepada diri yang hidup di tengah masyarakat. Apa yang mau ditekankan, bahawa kesedaran terhadap ghirah diri (nafs) adalah merupakan tahap kewaspadaan yang membuat diri sentiasa sedar dan prehatin dari berlakunya kepada diri aspek-aspek yang tdak baik.
Sebagaimana kata Shibli, kita digesa kepada Ghirah terpuji, iaitu ghirah Ilahi,  dengan meningkat kualiti diri kepada berada di atas garis yang dituntut oleh agama dan nilai-nilai positif.
Persoalan ghirah ini agak asing dari pembicaraan biasa di dalam tasawuf dan terasa agak canggung di dalam pembicaraan. Sebenarnya lebih jelas dan biasa dibicarakan apa yang diketengahkan oleh Al-Qushairy ini sepatutnya cukup diletak dibawah persoalan `Amar Ma`ruf da Nahi munkar.

Sekian.

No comments:

Post a Comment