BBB, 07 Ramadhan 1438H. = 02 Mei 2017M. (Juma`at):
Shukur adalah hal jiwa dan kesan luaran
daripadanya sebagai penglahiran terima kasih di atas kurniaan diberi Allah,
misalnya memahami ilmu yang dipelajari, mendapat rezeki halal dan nikmat
kesihatan. Maka sebagai pernyataan shukur digandakan amalan seperti dengan
meningkatkan sadakah dan meningkatkan ibadat solat dan sebagainya. Shukur
adalah kebalikan dari situasi atau hal seperti sabar di atas ujian-ujian yang
diterima. Sebagaimana shukur jalan bagi mendapat pahala, maka demikian juga
dengan sabar. Shukur dan sabar dua aspek kerohanian yang popular dibicarakan di
dalam ketasawufan.
Membicarakan persoalan shukur, Al-Qushairi
bertolak dengan memetik firman Allah bermaksud:
``Sekiranya kamu bershukur, nescaya
kutambahkan kepada kamu.`` (Ibrahim: 7).
Tentang Hadith, bahawa `Aishah r.`anha
menggambarkan Rasulullah seorang yang kuat ibadat dan bersolat, sehingga
`Aishah pernah menanyakan Baginda, yang menangis dalam ibadat (solat malam),
sedangkan, Allah telah mengampunkan
dosa-dosa Baginda yang dahulu dan akan datang. Baginda menjawab, ``Tidakkah
sepatutnya aku menjadi hamba bersyukur?``
Berkata Al-Ustadz, haqiqat shukur kepada
ahli al-tahqiq ialah i`tiraf dengan ni`mat kepada Pemberi Ni`mat di atas wajah
khdhu`. Berdasarkan qawl ini disifatkan Al-Haqq Subhanahu wa Ta`ala yang
benar-benar haq diberi kesyukuran secara luas dan maknanya Dia membalas kepada
hamba yang bersyukur. Maka dinamakan balasan shukur itu `keshukuran`.
Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan dibalas kejahatan dengan kejahatan
seumpamanya.`` (Al-Shura: 40).
Dan dikatakan `shukurnya, kerana
pemberiannya banyak daripada pahala. Di atas amalan yang sedikit.
Dan dipegang , bahawa haqiqat shukur ialah pujian terhadap yang membuat baik dengan
menyebut keihsanannya.
Maka shukur hamba kepada Allah Ta`ala ialah
memujinya kepadaNya dengan menyebut ihsanNya kepadaNya. Dan shukur yang haqq
Subhanahu wa Ta`ala kepada hamba ialah memujinya dengan menyebut ihsanNya
baginya.
Kemudian ihsan hamba ialah ta`atnya kepada
Allah Subhanahu wa Ta`ala dan ihsan Al-Haqq bersifat am kepada hamba dengan taufiq
dengan keshukuran kepadaNya. Dan shukur hamba dari segi haqiqat ialah dengan
menyebut melalui lisan dan iqrar dengan hati dengan am kepada Allah Ta`ala.
Dan shukur terbahagi kepada:
Shukur dengan lisan, iaitu mengi`tiraf
dengan menyebut ni`mat dengan secara
tenang, dan
Shukur dengan badan dan anggota, iaitu
bersifat secara bersamaan dengan khidmat, dan
Shukur dengan hati, iaitu i`tiqaf dengan
shuhud secara terbuka dengan berterusan menjaga kehormatan.
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar
al-Ustadz Ab Sahlal-S*a`luqi berkata, aku mendengar Al-Murta`ish berkata, aku
mendengar Al-Junayd berkata,, ``Adalah aku bersama Al-Sari bermain, umurku pada masa itu tujuh
tahun dan pada masa itu mereka bercakap
tentang shukur, maka dia berkata kepadaku, ``Wahai ghulam, apa itu shukur ?``
Maka kataku, ``Engkau tidak melakukan dosa
terhadap Allah dengan ni`matNya. Maka katanya, Ia adalah kurniaan dari Allah
akan kemampuan lisan engkau.
Berkata Al-Shibli, ``Shukur ialah melihat
kepada Yang Memberi Ni`mat dan bukan pada ni`mat.``
Aku mendengar Al-Sulami berkata, aku
mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Al-Husain bin Yahya
berkata, aku mendengar Ja`far berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata,
``Adalah Al-Sari apabila dia berkehendak daripadaku, dia bertanya. Pada satu
hari dia berkata kepadaku, ``Wahai Aba al-Qasim, ``Apakah itu shukur ? Maka
kataku, ``Bahawa engkau tidak memohon pertolongan daripada sesuatu daripada
ni`mat melainkan dari Allah. Maka kataku dari mana pendapat ini ?, Maka kataku, dari majlis Tuan.``
Satu rombongan berkunjung kepada `Umar bin
Abdil `Aziz, seorang dari peserta rombongan ialah seorang pemuda. Dia
berkhutbah, maka kata `Umar, Yang lebih tua ! Yang lebih tua. Maka kata Pemuda,
``Wahai Amir al-Mu`minin, ``Kalaulah dikira dari segi tua, mescaya lebih ramai
lagi dari kalangan mu`minin mereka yang lebih tua daripada engkau ! Maka kata
`Umar bercakaplah. Maka kata pemuda itu,
``
``Rombongan kami tidak membawa sebarang
permohonan dan tidak juga dari segi membawa sebarang ancaman. Adapun dari segi
keinginan, maka sesungguhnya telah disampaikan kepadsa kami adapun dari segi
tiada ancaman sesungguhnya kami telah menerima dari segi keadilan engkau. Maka
bertanya Khalifah, ``Siapa kamu semua ini ?`` ``Katanya, ``Kami adalah
rombongan keshukuran., kami datang bershukur dan kami berlalu.
Sesungguhnya shukur adalah istilah yang
banyak mempunyai prlapisan makna. Ianya adalah istilah tasawuf, ibadat, istilah
adab, akhlak dan sosial. Ianya digunakan di dalam situasi yang berbagai yang
mencerminkan suasana mesra dan berbagai
situasi.
Dari segi tasawuf penglahiran mesra kerohanian terhadap Pemberi ni`mat di
atas keni`matan dikurniakan. Shukur dari segi ibadat ialah rasa mesra kerana dapat melahirkan kepatuhan
terhadap suruhan Allah. Dari segi adab, bahawa antara ciri kemurniaan adab,
bahawa yang menerima kurnia, seharusnya dari segi adab melahirkan terima kasih kepada Pengkurnia dan lebih daripada itu,
adalah dikira berakhlak jika sesuatu kebaikan yang diterima dilahirkan shukur
dan terima kasih, bahkan di dalam kehidupan sosial, memberi, menolong dan apa
saja penerimaan yang baik diiktiraf oleh masyarakat sebagai amalan sosial yang
baik dan diberi pengiktirafan. Dengan segala pengiktirafan di dalam berbagai
lapisan ini kembali kebaikan kepada Allah dan insya Allah mendapat balasan dan
ganjaran.
Sekian.
No comments:
Post a Comment