BBB, 17 Ramadhan 1438H. = 12 Jun 2017M.
(Isnin):
Malu adalah sifat diri yang tidak suka dan
selesa melakukan sesuatu yang dianggap tidak `bermoral`. Ini menandakan ada di
dalam diri suatu benteng yang mencegah diri daripada melakukan perkara yang
tidak sopan, bererti ada batas maruah dijaga diri yang antaranya disempadankan
oleh rasa malu. Dari segi ini ia adalah nilai yang baik yang perlu dijaga di
dalam diri.
Tentang malu ini Al-Qushairy mengambil
firman Allah yang bermaksud:
``Apakah dia tidak tahu, bahawa Allah
melihat segala perbuatannya ?`` (Al-`Alaq: 14).
Berhubung dengan Hadith Nabi s.a.w.
Al-Qushairy memperturunkan sanad:
Mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin
Ahmad bin `Abdus al-Hiri al-Muzakki berkata, mengkhabarkan kami Abu Sahl Ahmad
bin Muhammad bin Ziyad al-Qas*wi di Baghdad berkata, bercakap kepada kami
Ibrahim bin Muhammad bin al-Haitham
berkata, bercakap kepada kami Musa bin Hayyan berkata, bercakap kepada kami
al-Maqdisi dari `Ubaidillah bin `Umar, daripada Nafi`, daripada Ibn `Umar
berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.
``Al-Haya`u min al-iman` bermaksud, ``Malu
adalah dari bukti keimanan.``
Mengkhabarkan kami Abu Sa`id Muhammad bin
Ibrahim al-Isma`ili berkata, bercakap kepada kami Abu `Uthman `Amru Ibn
`Abdillah al-Bas*ri berkata, bercakap kepada kami Abu Ahmad Muhammad bin `Abdul
Wahhab berkata, bercakap kepada kami Ya`la bin `Ubaid berkata bercakap kepada
kami Abban bin Ishaq daripada al-Sibah bin Muhammad daripada Murrah al-Hamadani
daripada Ibn Mas`ud, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda pada satu hari kepada
sahabat-sahabatnya,
``Malulah kamu daripada Allah sebenar-benar
malu.`` Maka berkata mereka itu,
``Sesungguhnya kami malu, wahai Nabi Allah
dan al-hamdulillah.``
Baginda bersabda, ``Tidak sedemikian, akan
tetapi siapa malu daripada Allah dengan malu sebenarnya, hendaklah dia menjaga
fikiran dan bisikan hati, dan hendaklah dia menjaga perut dan apa yang
dimakannya dan hendaklah dia ingat akan mati dan fitnah kubur. Siapa yang
maukan akhirat dia meninggalkan hiasan
dunia. Siapa yang melakukan sedemikian, maka dia malu daripada Allah
sebenar-benar malu.`` (Hadith riwayat Al-Tirmidzi dan al-Hakim).
Di dalam Al-Hadith al-Arba`in
al-Nawawiyyah:
Daripada Ibn Mas`ud `Uqbah bin `Amrin
al-Ans*ari al-Badri r.a. berkata,
Bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
``Bahawasanya setengah yang didapati
manusia dari perkataan nabi yang dahulu ialah, ``Apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang
engkau kehendaki.`` (Hadith, Riwayat al-Bukhari).
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abdil Rahman al-Sulami
berkata, mengkhabarkan kami Abu Nas*r
al-Waziri, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin `Abdullah bin Muhammad
berkata, bercakap kepada kami Al-Fulabi berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin
Mukhallad daripada bapanya berkata, ``Berkata setengah hukama`,
``Hidupkan rasa malu dengan duduk bersama orang
bersifat pemalu.``
Dan aku mendengarnya berkata, aku mendengar
Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ibn `At*a` berkata, ``Ilmu yang besar
ialah haibat dan malu, apabila hilang haibat dan malu tidak kekal padanya
kebaikan.``
Berkata Dzu al-Nun Al-Misri, ``Cinta bercakap, manakala malu diam
dan takut berdebar.``
Dan berkata Abu `Uthman, ``Siapa bercakap
tentang malu, dan dia tidak malu daripada Allah `Azza wa Jalla tentang apa yang
dia bercakap, sesungguhnya dia istidraj.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-Baghdadi berkata, aku mendengar Ahmad
bin Salih berkata, aku mendengar Ahmad bin `Abdun berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-Mu`addab berkata, berkata Sari:
``Bahawa malu dan al-uns berada di tepi
hati dan wujdan padanya zuhud dan wara`.
Sesungguhnya malu adalah nilai yang ditanam
di dalam hati – sebagai malu bersama dengan nilai-nilai akhlak yang lain
berasaskan prinsip-prinsip akhlak Islamiah . Dengannya terbina jati diri
sebagai orang yang berakhlak dan malu adalah benteng nilai dalaman yang
mengawal dan menilai sesuatu yang mau dilakukan, jika sesuatu perbuatan itu
dianggap tidak wajar dlakukan kerana bercanggah dengan nilai, maka malu menjadi
bentengnya . Sesuatu yang tidak wajar dan malu, maka ditolak oleh malu bagi
mempertahankan identiti diri. Malu seharusnya bersebab (menjaga nilai) di sana
ada malu yang dinamakan `Tidak bertempat dan bersebab` sehingga tertahan dari
melakukan kebaikan, maka malu sedemikian yang mengganggu tugas seseorang seharusnya tidak berlaku.
Malu biar bertempat dan bersebab dan
bernilai dan tidak sebaliknya, ianya membawa nilai negatif dan menghambat
nilai kehidupan yang wajar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment