BBB, 26 Ramadhan 1438H. = 21` Jun 2017M.
(Rabu).
Al-Faqr dari segi makna lahirnya ialah faqir, iaitu mereka
yang berada dari sumber pendapatannya lebih di bawah dari orang miskin. Tapi
faqir dimaksudkan bukan dari segi ukuran harta benda, tetapi adalah kekayaan
jiwa, sehingga walaupun dia dikategorikan sebagai faqir, tetapi dia
menyembunyikan kefakirannya,sehingga tidak diketahui dari segi kefakirannya.
Dan ada yang faqir jiwanya, walaupun dia seorang yang berkecukupan dari segi
material dan harta benda.
Membicarakan faqr sebagai satu bab,
Al-Qushairy mengambil hujah dari ayat Al-Qur`an yang bermaksud:
``Infaq itu adalah untuk kalangan fuqara`
yang berjihad pada jalan Allah, mereka tidak bekemampuan usaha di bumi. Orang
jahil menyangka mereka orang-orang kaya lantaran sifat `afif – Kamu mengetahui
mereka dengan melihat sifat-sifat dan keadaan masing-masing. Mereka tidak
meminta dari orang ramai dengan cara mendesak-desak. Dan apa yang engkau
menafkahkan, maka Allah dengannya Amat Mengetahui..`` (Al-Baqarah: 273).
Dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami Abu `Abdullah al-Husain
bin Shuja` bin al-Hasan bin Musa al-Bazzar di Baghdad berkata, mengkhabarkan
kami Abu Bakar Muhammad bin Ja`far bin Muhammad bin al-Haitham al-Anbari
berkata, bercakap kepada kami Ja`far bin Muhammad al-S*a`igh berkata, bercakap
kepada kami Qabis*at berkata, bercakap kepada kami Sufyan daripada Muhammad bin
`Amrin bin `Alqamah daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah daripada Nabi
s.a.w. bersabda bermaksud:
``Masuk syurga orang-orang faqir sebelum
orang-orang kaya lima ratus tahun sama dengan setengah hari syurga.`` (Riwayat
Al-Tirmidzi).
Dan Hadith yang lain:
Mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin
Ahmad bin `Abdus al-Hiri di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Abu Ahmad
Hamzah bin al-`Abbas al-Bazzar di Baghdad berkata, bercakap kepada kami
Muhammad bin Ghalib Ibn H*arb berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Musalmah berkata, bercakap kepada kami
Muhammad bin Abi al-Furat daripada Ibrahim al-Hijri daripada Abi al-Ah*was* daripada
`Abdullah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bemaksud):
``Bahawa bukanlah miskin dengan tawaf yang menghasilkan sesuap atau dua suap,
sebuah tamar atau dua buah tamar, katanya, maka dikatakan, ``Siapakah orang
miskin itu ya Rasulallah ?, maka bersabda Baginda, Dia ialah yang tidak
mendapat kepuasan yang dicari dari kekayaan dan dia malu meminta-minta dari
manusia.. Tidak pula orang ramai mengetahui hal mereka yang menyebabkan mereka
memberi sadaqah kepadanya.``(Riwayat Ahmad).
Menurut Al-Ustadz (Abu `Ali al-Daqqaq):
Maksud dia tidak memohon daripada manusia,
lantaran dia malu kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala memohon daripada manusia dan
bukan dia malu daripada manusia.
Menurut Al-Ustadz, faqir adalah shiar para
auliya`, hiasan para asfiya` (Yang Bersih), dan Pemilih al-Haqq Subhanahu wa
Ta`ala, kerana khususnya mereka dari kalangan atqiya` dan nabi-nabi. Orang yang bersih
adalah pilihan Allah Ta`ala dari kalangan hamba-hambaNya dan tempat rahsia dan
pemeliharaan makhlukNya dan dengan barakat mereka tersebarnya rezeki. Para
fuqara` yang sabar adalah `bersama duduk
dengan Allah` (julasa` Allah) pada hari kiamat. Yang demikian disabda oleh
Baginda Rasulullah s.a.w..
Mengkhabarkan kami oleh Al-Shaykh `Abdul
Rahman al-Sulami berekata, aku mendengar Ibrahim bin Ahmad bin Muhammad bin
Raja` al-Qazari berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Ja`far bin Ahmad
bin Khashish al-Baghdadi berkata, bercakap kepada kami `Uthman bin Sa`id
berkata,, bercakap kepada kami `Umar bin Rashid daripada Malik daripada Nafi`
daripada Ibn `Umar daripada `Umar bin
al-Khattab r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Bagi setiap sesuatu ada kunci, dan kunci
syurga ialah mengasihi orang-orang miskin, para fuqara` kerana sabar mereka itu
`duduk bersama Allah Ta`ala` pada hari kiamat.`` (Hadith Ibn Laal daripada Ibn
`Umar).
Diceritakan seorang lelaki datang kepada
Ibrahim bin Adham dengan sepuluh ribu dirham, maka dia enggan daripada menerimanya
dan berkata, Engkau mau
menghapuskan namaku daripada `dewan
fuqara`` dengan sepuluh ribu dirham, aku tidak mau melakukannya !``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar `Abd al-Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar
Aba Bakr bin Sam`an berkata, aku mendengar Aba Bakr bin Mas`ud berkata, disoal
Yahya bin Mu`adz tentang `faqr`, maka katanya:
``Hakikatnya dia tidak memerlukan melainkan
kepada Allah, untuk mencatat tiada asbab.``
Aku mendengarnya berkata, aku mendengar Mansur
bin `Abdullah berkata,, aku mendengar Ibrahim bin al-Qassar berkata, ``Faqir
adalah pakaian yang mewarisi redha, apabila tahqiq hamba padanya.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar `Ali bin Bundar al-S*ayrafi berkata, aku
mendengar Mahfuz*an berkata, aku mendengar Aba Hafs* berkata,
``Sebaik-baik jalan yang boleh menyampaikan
hamba kepada tuannya, ialah dengan berterusan faqr kepadanya di dalam semua hal
dan melazimkan Sunnah pada segala perbuatan dan berusaha mendapat makanan
secara halal.``
Demikianlah kefaqiran dianggap mulia kerana
kemuliaan hatinya. Dia tidak menyatakan kefaqiran kepada orang, bahkan
menyembunyikan dirinya dari diketahui. Kemuliaan hati sedemikian menyebabkan ianya dipuji.
Sekian.
No comments:
Post a Comment