BBB, 25 Ramadhan 1438H. = 20 Jun 2017M.
(Selasa):
Do`a bererti permohonan dari pihak hamba
kepada pihak Tertinggi, iaitu Allah mengenai sesuatu permohonan. Ianya
merupakan penglahiran harap yang diharapkan mustajab (dikabulkan). Ianya juga merupakan
pengluahan rasa dan hajat yang secara psikologi memberi kekuatan dalaman dan
keyakinan serta berperanan menghilangkan sifat dan perasaan putus asa.
Orang yang berdo`a merasa lebih mendekati Tuhan dan tentulah
untuk mendo`a dan mendekati Tuhan, ada
adab-adabnya. Antaranya:
Berkelakuan baik seperti mematuhi perintah
Allah dan menjauhi segala laranganNya. Berdzikir atau mengingati Allah terlebih
dahulu seperti membaca ayat-ayat Al-Qur`an, khususnya Yasin dan sebagainya.
Beristighfar, membaca isti`dzah, basmalah,
memuji Allah dan bersolawat kepada Rasulullah dan ratib.
Walau bagaimana, untuk berdo`a, tidak
semestinya di dalam keadaan formal, dia berlaku
bila-bila masa, khususnya di dalam keadaan tertekan, berlaku kecemasan
dan benar-benar mengharapkan. Di dalam situasi berkenaan, bahkan do`a dan
harapan menjadi ingatan sepanjang sebagaimana harapan terus dipohonkan. Do`a adalah sebahagian daripada ibadat,
bahkan dia menjadi inti ibadat (Al-Do`a mukhkhu al-``badat).
Al-Qushairi menjadikan do`a satu dari
bab-bab dari segi pembicaraan.
Beliau bertolak dari ayat Al-Qur`an yang bermaksu:
``Berdo`alah kepada Tuhan kamu dalam
keadaan merendah diri dan dalam keadaan kerahsiaan.`` Al-A`raf: 55).
Juga
firman Allah bermaksud:
``Berdo`alah kepadaKu’ nescaya aku mustajabkan do`amu.``
(Al-Mu`min: 60).
Dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kepada kami `Ali bin Ahmad
Ibn `Abdan berkata, mengkhabarkan kami Abu al-Hasan al-Saffar al-Bas*ri
berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Ahmad al-`Audi berkata, bercakap
kepada kami Kamil berkata, bercakap kepada kami Ibn Lahi`ah berkata, bercakap
kepada kami Khalid bin Yazid daripada
Sa`id bin Abi Hilal, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
``Al-Do`a mukhkhu al-`ibadah`` Bermaksud:
Do`a ialah inti inadat.``
Dan berkata Al-Ustadz (Abu `Ali al-Daqqaq):
``Do`a ialah kunci hajat. Dia adalah tempat rihat bagi
mereka yang tertekan, tempat berlindung bagi mereka yang di dalam
memerlukan, keringanan bagi yang mempunyai tujuan. Allah mengeji siapa yang
meninggalkan do`a dengan firmanNya bermaksud:
``Mereka menggenggam tangan-tangan mereka
itu.`` (Al-Taubah: 67).
Dikatakan, mereka tidak memanjangkannya
kepada `Kami` dengan permohonan.
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq
berkata, kata Sahl bin `Abdullah,
``Sedekat-dekat do`a untuk dimustajabkan
ialah do`a yang semasa (al-hal), do`a semasa bahawa pendo`anya dalam keadaan
terdesak, yang dia tidak menghina dan tidak membesar dirinya.
Berselisih pendapat tentang mana yang lebih
afdhal dengan berdo`a, atau diam dengan redha.
Pendapat jelas, bahawa do`a dengan dirinya
(do`a) adalah ibadat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, ``Al-do`a ialah inti badat.`` Maka
dengan membawa datang dan melakukan do`a adalah lebih aula daripada meninggalkannya, dan dia adalah haqq
Allah Ta`ala. Kalaupun tidak sampai apa yang didoakan, maka dia telah
mendirikan haqq Tuhannya dan melahirkan sifat `ubudiyyah. Namun ada yang
berpendapat diam dan berada di bawah hukum lebih sempurna dan melambangkan keredhaan.
Dan dicatat oleh Al-Qushairy, bahawa
daripada adab-adab do`a, iaitu:
Hadhir hati dan janganlah dia lalai.
Sesungguhnya diriwayatkan daripada Nabi
s.a.w. bersabda (bermaksud):
``Sesungguhnya Allah Ta`ala tidak
memustajabkan do`a ham ba yang hatinya
lalai.`` (Dikeluarkan oleh Al-Tirmidzi darpada Abi Hurairah).
Dan daripada syarat untuk berdo`a:
Adalah makan minumnya adalah halal. Nabi
bersabda kepada Sa`ad, (bermaksud:
``Perbaikilah usaha kamu, nescaya
dimustajabkan do`a kamu.`` (Dikeluarkan
oleh Al-T*abrani daripada Sa`ad in Abi Waqqas*).
Adalah dikatakan bahawa, ``Do`a adalah
kunci hajat dan hendaklah memastikan makanan adalah halal.``
Dan adalah Yahya bin Mu`adhz berkata,
``Tuhanku, ``Bagaimanakah aku mau
mendo`akan kepada Engkau, sedangkan aku orang yang berdosa dan bagaimana aku
tidak mendo`akan sedangkan Engkau Maha
Karim (Mulia).
Do`a sebenarnya bukan sekaar mohonan,
tetapi adalah penglahiran kehambaan, mengusahakan pendekatan dan mohon
perhatian dan keredhaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment