BBB,
22 Ramadhan 1438H. = 17 Jun
2017M. (Sabtu):
Mencerminkan watak seseorang yang tidak
lokek dan tidak seperti diibaratkan sebagai tangkai jering. Dia mudah memberi
pertolongan terutamanya dari segi kewangan dan barangan. Dia tidak semestinya
seorang yang kaya. Sifat sedemikian
bukan dibuat-buat, tetapi adalah timbul dari didikan dan kesedaran sosial dan
kemasyarakatan yang tinggi. Watak mulia ini wujud di dalam masyarakat, bahkan
menjadi identiti bagi individu dalam masyarakat dan menjadi legenda. Contoh
tokoh seperti Hatim Al-T*a`i yang
menjadi legenda - pemurah, dalam
masyarakat `Arab.
Membicarakan tentang dermawan dan pemurah
hati ini Al-Qushairy bertolak dari firman Allah yang bermaksaud:
``Dan mereka mengutamakan orang-orang
muhajirin ke atas diri mereka itu, walaupun mereka sebenarnya memerlukan apa
yang mereka berikan itu.`` (Al-Hashr: 9).
Dari segi Hadith: Mengkhabarkan kami `Ali
bin Ahmad bin `Abdan, berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin `Ubaid, berkata, bercakap kepada kami Al-Hasan
bin al-`Abbas, berkata, bercakap kepada kami Sahl, berkata, bercakap kepada
kami Sa`id bin Muslim daripada Yahya bin Sa`id daripada Muhammad bin Ibrahim
daripada `Alqamah daripada A`ishah r.`anha berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.,
``Pemurah dekat dengan Allah Ta`ala, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga
dan jauh daripada neraka. Dan bakhil adalah jauh daripada Allah Ta`ala, jauh
daripada manusia, jauh daripada syurga dan dekat dengan neraka. Dan orang jahil
yang pemurah lebih dikasihi Allah Ta`ala daripada hamba (`abid) yang bakhil.``
(Hadith riwayat Al-Tirmidzi, Al-Bayhaqi dan Al-T*abrani).
Berkata Al-Ustadz, ``Tidak ada beza di atas
lisan keilmuan antara sifat menderma dan pemurah dan tidak disifat oleh Al-Haqq
Subhanahu wa Ta`ala di antara pemurah dan terbuka (samahah) kerana tiada
hentinya (tauqif). Dan hakikat dermawan bahawa tidak payah baginya untuk
menderma. Dan di kalangan kaum ada yang berpendapat, pemurah (al-sakha`) berada
pada susun yang pertama, kemudian baru diikuti dermawan selepasnya dan kemudian
terkesan mudah memberi (al-ithar).
Siapa yang memberi setengah dan mengekalkan
setengah dia adalah orang yang pemurah.
Siapa yang membelanjakan lebih banyak dan
mengekalkan bagi dirinya sesuatu, maka dia adalah dermawan. Dan siapa yang
terkesan oleh situasi dharurah mendorongnya menderma, maka dia adalah orang
yang terkesan.
Dari segi terdorong kepada sifat dermawan
juga dipengaruhi oleh sekitaran. Masyarakat yang berpendidikan agama dan menyedari
tentang pahala menderma dan murah hati lebih terdorong bagi membuat kebajikan
dari masyarakat yang tidak terdedah kepada pendidikan dan suasana hidup
keislaman. Mereka mudah menderma bila ada keperluan-keperluan seperti membina
masjid, surau, mendirikan madrasah, membantu pelajar miskin dan anak-nak yatim.
Tanpa pendidikan dan kesedaran, maka agak
sukar untuk memupuk jiwa sebagai orang yang suka menderma.
Sesungguhnya firman Allah bermaksud:
``Diumpamakan orang yang menafkahkan
hartanya pada jalan Allah ialah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan
tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.. Dan
ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya.
Dan Allah Amat Luas Rahmat KurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al-Baqarah: 261).
Bagi
orang bakhil pula hatinya ibarat tanah yang kering kontang yang tidak menerima
tumbuhan.. Berkata Bishr bin al-Harith,
``Menunggu dari orang bakhil yang kontang hatinya, mengeraskan hati dan
jiwa yang mengharapkan.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tidak
mendapat Al-Ustaz Abu Sahl ditangannya yang dia berinteraksi dengan orang lain,
melainkan apa yang didapat dihamburkan ke bumi untuk dipungut oleh orang yang
berhajat kepadanya dan dia berkata, ``Dunia lebih bahaya dari semata
melihatnya, lantaran tangan kita lebih baik berada di atasnya, lantaran sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tangan yang di atas lebih baik dari
tangan yang di bawah.``
Adalah dikatakan, menangis Amirul
Mu`nin `Ali bin Abi Talib, r.a. pada satu
hari. Maka ditanya mengapa sebab dia menangis, maka katanya, ``Sudah seminggu
aku tidak didatangai tetamu, maka aku takut bahawa Allah Ta`ala menghina aku.``
Dan berkata Ibrahim bin al-Junayd, ada
empat perkara yang tidak sayugia bagi yang mulia melupakannya, walaupun
dihadapan seorang amir, iaitu berdiri dalam majlis bagi menghormati bapanya,
khidmat kepada tetamu, khidmat kepada orang alim yang dia belajar darinya dan bertanya apa yang dia tidak tahu.``
Contoh sifat pemurah dapat dihayati dari cerita
Hatim al-T*a`i.
Diceritakan tentang sifat pemurah Hatim
sampai kepada salah seorang Raja Rum (Qaisar). Raja ini ingin mengetahui
sendiri sifat pemurahnya. Raja mengetahui Hatim mempunyai kuda tunggangan yang
baik. Raja menghantar perutusan untuk meminta Hatim menghadiahkan kudanya ini
kepada raja. Tiba perutusan disambut oleh Hatim, tetapi pada masa itu kebetulan
tiada pembantunya untuk keluar mencari makanan bagi meraikan perutusan yang
belum dikenalinya siapa dia. Oleh kerana mau meraikan tamu ini, Hatim
meyembelih kuda yang disayangi itu bagi jamuan perutusan.
Setelah makan, Hatim bertanya tujuan
perutusan yang datang. Perutusan itu memberitahu, bahawa dia adalah orang suruhan Raja Rum untuk kemungkinan
mendapat kuda Hatim.
Hatim dengan agak keciwa menyatakan. Kalau
dia ketahui tujuan kedatangan, sudah pasti tidak di sembelih kuda berkenaan.
Dan menggantikan dengan binatang yang lain.
Dengan peristiwa perutusan itu memahami dan
menyaksikan sendiri betapa pemurahnya Hatim dan perkara ini diceritakan kepada
raja yang mengutusnya berjumpa dengan Hatim.
(Diwan Hatim al-T*a`i. Dar Sadir, 1401H./1981M.: 24).
Kata `Abdullah al-Mubarak, ``Pemurah diri
lebih baik tidak menghendaki apa yang ada pada tangan orang lain daripada
membelanjakan apa yang ditangan sendiri.``
Aku mendengar al-Shauykh Aba `Abd al-Rahman
berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Razi
berkata, aku mendengar Al-Daqqaq berkata, ``Tidaklah pemurah dengan memberi kepada yang tidak
cukupan keperluan, tetapi pemurah ialah dengan memberi kepada yang ketiadaan
dan memerlukan.
Demikian berbagai pendapat mengenai
dermawan dan yang murah hati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment