BBB, 06 Ramadhan 1438H. = 01 Jun 2017M.
(Khamis):
Apa yang dibicarakan oleh Al-Qushairy seterusnya, termasuk selepas membicarakan
tentang nafsu, ialah mengenai konsep-konsep tasawuf. Termasuk berhubung dengan
konsep ini ialah `Tawakkal`. Konsep ini dibicarakan oleh semua kitab tasawuf
termasuk oleh Al-Sarraj di dalam Al-Luma` dan oleh Al-Kalabadzi di dalam Al-Ta`arruf.
Sebagaimana telah dibicarakan. Namun bagi melihat pendekatan atau
sekurang-kurangnya cara pembicaraan bagi setiap kitab, maka ianya dibicarakan.
Bagi memulakan pembicaraan tentang tawakkal
Al-Qushairy bertolak dari ayat Al-Qur`an yang bermaksud:
``Dan siapa yang bertawakkal kepada Allah,
maka Dia akan mencukupkan keperluannya.`` (Al-T*alaq: 3).
Dan firman Allah lagi bermaksud:
``Dan kepada Allahlah bertawakkal
orang-orang yang beriman.`` (Ali `Imran: 160).
Dan firman Allah lagi bermaksud:
``Dan kepada Allahlah mereka bertawakkal,
sekiranya mereka orang-orang beriman.`` (Al-Ma`idah: 23).
Tawakkal adalah pancaran keyakinan seorang
mukmin terhadap ketentuan Allah dan di atas keyakinan ini apa yang dilakukan
dengan sepenuh ikhtiar diserah kepada Allah, kerana dialah Penentu dan pemilih
terbaik terhadap apa yang kita lakukan. Tidak ada kekhilapan di sisi Allah dan
apa yang dianggap tidak tepat dengan kehendak itu adalah tidak tepat dari kita.
Hujah dari Hadith Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami Al-Imam Abu Bakar
Muhammad bin al-Hasan bin Furik berkata, mengkhbarkan kami `Abdullah bin Ja`far
bin Ahmad al-As*bahani berkata, bercakap kepada kami Yunus bin Habib bin `Abd
al-Qahir berkata, bercakap kepada kami Abu Da`wud al-T*ayalisi berkata,
bercakap kepada kami Hammad bin Salamah daripada `As*im bin Bahdalah daripada
Razin Hubaysh daripada `Abdullah bin Mas`ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
``Adakah kamu tidak melihat umat-umat dalam
pertukaran musim, maka engkau melihat umatku mereka memenuhi lembah dan bukit,
maka mereka menghairankandaku dengan banyaknya mereka dan kepelbagaian keadaan
mereka, maka dikatakan kepadaku, ``Adakah Tuan redha ?``, Maka kataku ``Ya``.
Dan Baginda bersabda, ``Bersama dengan mereka tujuh puluh ribu yang masuk
syurga tanpa hisab. Mereka tidak pernah mencari obat, tidak menilik dan tidak
mencuri dan kepada Tuhan mereka bertawakkal.
Maka berdiri `Akashah bin Muhs*in al-Asadi,
maka katanya, Ya Rasulallah, ``Doakan kepada Allah menjadikan daku salah
seorang daripada mereka itu. Maka bersabda Rasulullah s.a.w. ``Wahai Allah
jadikan dia salah seorang daripada mereka. Maka berdiri yang lain, maka
katanya, ``Mohonkan kepada Allah supaya menjadikan daku salah seorang daripada
mereka itu. Maka bersabda Rasulullah s.a.w. akan dijadikan dengannya `Akashah.
Aku mendengar `Abdullah bin Yusuf
al-As*bahani berkata, aku mendengar Aba Nas*r al-Sarraj berkata, bercakap
kepadaku Abu Bakar al-Wajihi berkata, kata Abu `Ali al-Rudzbari, ``Aku berkata
bagi `Amrin bin Sinan, ``Hikayatkan kepadaku tentang Sahl bin `Abdullah satu
hikayat, maka katanya, bahawasanya
berkata, ``Alamat orang yang bertawakkal tiga, ``Dia tidak memohon, dia tidak
menolak dan tidak menyekat.``
Aku mendengar Al-Shaykh `Aba `Abdil Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar
Aba `Abdillah al-Shiradzi berkata, aku mendengar, Aba
Musa al-Dailami berkata, ``Dikatakan kepada Abi Yazid, ``Apa itu
tawakkal ?`` Maka katanya kepadaku, ``Apa pendapat engkau ? Katanya, bahawa
sahabat-sahabat kita berkata,
``Kalau binatang buas dan ular-ular berbisa
di kanan dan di kiri engkau, maka tidak berubah yang demikian sirr engkau. Maka
berkata Abu Yazid, ya ini daripada yang dekat, akan tetapi kalau bahawa ahli
al-jannah di dalam syurga menikmati dan ahli neraka di dalam neraka kena azab,
kemudian jatuh kepada engkau perbezaan antara keduanya, maka dia tidak
terkeluar dari jumlah tawakkal.``
Dan berkata Sahl bin `Abdullah, ``Seawal
maqam bagi tawakkal ialah, bahawa hamba berdepan dengan Allah `Azza wa Jalla,
seperti mayat berdepan dengan pengurusan yang dia boleh membalik-baliknya
mengikut dikehendaki dan tiada baginya gerak dan tadbir. Dan berkata Hamdun,
tawakkal ia bergantung kepada Allah sepenuhnya.``.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Ahmad al-Sulami berkata, aku
mendengan Muhammad bin Hamid berkata, aku mendengar Ahmad bin Khadhrawaih berkata,
berkata seorang lelaki kepada Hatim
al-As*amm. ``Daripada mana engkau
mendapat makan. Maka dijawab dengan ayat Al-Qur`an, bermaksud:
``Dan bagi Allah itu khazanah di langit dan
di bumi. Tetapi orang-orang munafik tidak memahami.`` (Al-Munafiqun: 7).
Kata Al-Qushairy, ``Ketahuilah bahawa tempat
bagi tawakkal ialah hati. Dan gerak pada zahir tidak menafikan tentang tawakkal
selepas tahqiq hamba bahawa taqdir ialah daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala.
Dan jika kesukaran dengan sesuatu, maka dengan taqdir dan jika bermuafakat
dengan maka adalah kemudahan.``
Demikianlah persoalan tawakkal bukan saja
persoalan tasawuf, tetapi ianya adalah persoalan akidah, persoalan yang
berhubung dengan iman. Ia berkait dengan persoalan taqdir, qadha` dan qadar.
Bagi akidah Islam, bahawa, walaupun hamba mempunyai daya ikhtiar dan membuat
pilihan, tetapi perbuatan manusia adalah terhad. Yang menentu sebenar dan yang
berhak hanya Allah Subhanahu wa Ta`ala semata-mata. Pada manusia hanya ikhtiar.
Tidak ada perbezaan antara aqidah dan
tasawuf mengenai persoalan tawakkal.
Sekian
No comments:
Post a Comment