BBB,
08 Ramadhan 1438H. = 03 Mei 2017M. (Sabtu):
Yaqin adalah istilah yang penting dari
segi akidah, tasawuf, keilmuan, bahkan
di dalam kehidupan. Ianya merupakan tahap tertinggi maklumat, kepercayaan dan
kebenaran. Yaqin berada pada tahap tertinggi dan tidak sama dengan waham, syak
dan z*ann yang ketiga-ketiganya tidak boleh diterima sebagai ilmu. Pegangan
akidah misalnya hendaklah `Yakin.``
Tentang keyakinan ini, memulakan
pembicaraan mengenainya Al-Qushairi bertolak dari ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Dan mereka itu beriman dengan apa yang
diturunkan kepada engkau dan apa yang diturunkan daripada sebelum engkau dan
dengan akhirat mereka yakin.`` (Al-Baqarah: 4).
Bersabda Nabi s.a.w. bermaksud:
``Mohonlah kepada Allah keampunan, afiyah,
dan yakin di dunia dan akhirat (al-Luma`: 102).
Yakin ialah terserlah (mukashafah) yakin,
sama ada dilihat secara ilmu al-yaqin, `ayn al-yaqin dan haqq al-yaqin`.
Ditanyai Al-Junayd tentang yakin, maka
katanya, ``Yaqin yang tiada padanya sebarang syak.``
Berkata Abu Bakar bin T*ahir, Ilmu sebelum
terbukti mungkin berdepan dengan ragu (syak), tetapi `Yaqin` tiada sebarang
syak padanya.
Bahawa `Yaqin` adalah solid keyakinan tanpa
sebarang kekurangan atau pengurangan. Berlaku penggunaan istilah ke arah
keyakinan adalah penilaian luaran dan bukan pada keyakinan dan apa yang
diyakinkan.
Katanya, aku mendengar Muhammad bin
al-Husain berkata, kata setengah daripada mereka:
Seawal maqamat ialah ma`rifat, kemudian
yakin (ma`rifat dan perkara yang diyakin seharusnya sama), kemudian tas*diq,
kemudian ikhlas, kemudian shahadah, kemudian taat dan iman, kata Al-Qushairi,
adalah nama yang menghimpun semua ini seluruhnya
Yaqin tiada perubahan adapun berlaku
perubahan istilah adalah proses luaran bukan perubahan keyakinan. Mengisyarat
dengan kata ini bahawa,
Seawal-awal yang wajibat ialah ma`rifat
dengan Allah Subhanahu wa Ta`ala. Dan ma`rifat tidak terhasil melainkan
didahului oleh syarat-syaratnya, iaitu kaedah penelitian yang betul, kemudian
apabila diikuti dengan dalil-dalil yang menghasilkan bayan, menjadikan
pencerahan dan penglihatan sehingga tidak perlu kepada penelitian burhan. Dan
dia adalah hal yang yaqin, kemudian tas*diq dengan Haqq Subhanahu wa Ta`ala.
Penghuraian tentang sifat dan af`al yang mengukuhkan tas*diq shahadah, taat dan
ikhlas.
Berkata Dzu al-Nun al-Misri, tiga bukti
yaqin dengan yaqin, bahawa,
Melihat hanya kepada Al;lah Ta`ala pada
tiap-tiap sesuatu dan kemali kepadaNya pada tiap-tiap perkara dan memohon
permohonan pada tiap-tiap hal.
Berkata Al-Junayd, `Al-Yaqin ialah
berterusan ilmu yang tidak berubah dan tidak bertukar dari yang asal.``
Kata Al-Junayd lagi, ``Al-Yaqin ialah
terangkatnya keraguan oleh penyaksian yang ghaib (sebelumnya).
Katanya, aku mendengar `Abdullah bin `Ali berkata,
aku mendengar Aba Ja`far al-As*bahani berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl
berkata,
``Hadhir (mendepani kenyataan) adalah lebih
afdhal daripada yaqin, kerana ia lebih dari yaqin, kerana hadhir ialah
berdepan. Sedangkan yaqin ialah lintasan-lintasan (khat*arat).
Berkata Al-Nuri, ``Al-Yaqin ialah
al-mushahadah.``
Katanya, aku mendengar Mansur bin `Abdullah
berkata,, aku mendengar Al-Nahrajuri berkata,
``Apabila sempurna hamba dengan haqiqat
al-yaqin, jadilah apa yang dianggap bala sebagai ni`mat dan kelawasan sebagai
musibah.``
Berkata Abu Bakar al-Warraq, ``Yaqin ada tiga wajah, yaqin khabar, yaqin
dalalah (dalil) dan yaqin mushahadah.``
Berkata Abu Turab, ``Aku melihat seorang
bermusafir tanpa bekalan, maka kataku, ``Wahai
yang bermusafir, bagaimana engkau musafir tanpa bekalan.
Maka kata lelaki itu, ``Angkatlah kepala dan pandang kelilingan, apakah
yang engkau saksikan secara yaqin pada kelilingan.
Dialah yang meyakinkan daku dalam persafiran.
Yaqin adalah kebenaran dan kebenaran adalah
kekuatan yang mengalahkan segala kebatilan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment