BBB, 11 Ramadhan 1438H. = 06Jun 2017M.
(Selasa):
Tahap jiwa yang tiba pada kerelaan di atas
yang ditentukan Allah dan baginya penyerahan tanpa kekesalan. Redha adalah
berada di bawah kategori maqam.
Berhubung dengan redha ini Al-Qushairy
memetik firman Allah bermaksud:
``Allah meredha mereka itu dan mereka itu
meredhakanNya.`` (Al-Ma`idah : 119 & Al-Bayyinah: 8).
Berhubung dengan Hadith Nabi berkait dengan redha:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad al-Ahwazi
berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin `Ubaid al-Basri berkata bercakap kepada
kami al-Karimi berkata, bercakap kepada kami Ya`kub bin Isma`il al-Salali
berkata, bercakap kepada kami Abu `As*im al-`Ibadati daripada al-Fudhail bin
`Isa al-Ruqashi daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabirah berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w.: ``Dalam keadaan ahlu al-jannah di dalam satu
majlis memancar ke atas mereka itu
cahaya dari pintu syurga. Maka mereka mengangkat kepala mereka. Tiba Allah
Ta`ala mengangkat ke atas mereka. Maka berfirman , Wahai ahlu al-Jannah.
Pohonlah apa yang kamu mahu, Mereka berkata, kami mohonkan keredhaan kepada
kami. Maka berfirman Allah Ta`ala, KeredhaanKu aku telah menempatkan kamu di
dalam rumahKU dan bagi kamu kemuliaanku ini dan peralatan. Berkata mereka itu,
``Kami mohon pertambahan. ... (hingga akhir maksud Hadith) (Hadith Riwayat Ibn
al-Najjar dan al-Bazzar).
Berbagai pendapat tentang redha,
``Redha menurut Al-Sarraj, ialah pintu
Allah yang besar. Syurga di dunia, dia adalah hati hamba tenang di bawah hukum
Allah Ta`ala.``
Ditanya Al-Junayd r.a. tentang redha, maka
katanya, ``Mengangkat ikhtiar.``
Disoal Al-Qanad r.h.a tentang al-redha,
maka katanya,
``Tenang hati dengan laluan qadha`.``
Demikian kata Ibn `At*a` r.a. ``Redha ialah
melihat hati kepada qadim ikhtiar Allah Ta`ala kepada hamba. Kerana dia
mengetahui Dialah yang memilih baginya dengan perkara yang lebih afdhal, maka
dia redha dengannya dan meninggalkan
andaian.
Dan berkata Abu Bakar al-Wasit*i r.h.a.
Gunakan redha sebagai kesungguhan engkau
dan jangan jadikan redha menggugat engkau dia boleh menutup engkau daripada
melihat hakikat.
Aku mendengar Al-Ustadz `Ali al-Daqqaq
berkata,, berkata seorang murid kepada ustaznaya, ``Adakah seorang hamba yang
Allah meredhakannya ? Maka katanya, ``Tidak !`` Bagaimana dia tahu sedang
persoalan redha adalah ghaib. Maka kata murid, ``Al-Waliyy mengetahui yang
sedemikian. Bagaimana dia tahu hati aku redha daripada Allah Ta`ala dan
mengetahui aku bahawa Ia redha daripadaku. Maka kata ustadz, engkau bagus. !
Mengkhabarkan kami Al-Shaykh `Abdul Rahman
al-Sulami r.h.a. berkata, mengkhabarkan kami Abu Ja`far al-Razi, berkata, bercakap kepada kami
al-`Abbas bin Hamzah berkata,, bercakap kepada kami Ibn Abi al-Hawari, katanya,
aku mendengar Aba Sulaiman al-Darani berkata,, ``Apabila seorang hamba membebaskan dirinya ingatan
terhadap hawa nafsu, maka dia adalah dalam redha.
Dan aku mendengarnya berkata, aku mendengar
Al-Nas*r Abadzi berkata:
``Siapa yang berkehendak sampai kepada
tempat redha, maka hendaklah melazimkan diri yang menjadikan Allah meredhainya.
Berkata Al-Harith al-Muhasibi, ``Redha
ialah tenang hati di bawah larian hukum.``
Dan berkata Dhu al-Nun al-Misri, ``Redha
ialah gembira hati dengan larian takdir.``
Dan berkata Ruym. ``Redha ialah menerima hukum-hukum dengan gembira.``
Berkata Sufyan ketika bersama Rabi`ah,
``Wahai Tuhanku redhalah daripadaku.``
Maka kata Rabi`ah, ``Adakah engkau tidak
malu memohon redha dari yang belum pasti meredhakan engkau ?
Berkata Sahl bin `Abdullah, ``Apabila berhubung jiwa dengan keredhaan, maka datanglah
ketenangan, maka bahagianlah mereka dan baik perkembalian.
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq
berkata,
``Jalan bagi salikin lebih panjang, dia
adalah tariq al-riyadhah dan jalan khawass lebih dekat akan tetapi lebih payah,
dia hendaklah amalan engkau bergantung pada redha dan redha engkau dengan
qadar.
Redha adalah perkara yang berkait dengan
dalaman dan tidak mudah menerima sesuatu dengan kerelaan, tanpa didikan jiwa
yang panjang yang memahami tentang kemahuan diri yang dapat diserap dan
diserahkan kepada ketentuan Ilahi dan menerimanya dengan kerelaan hati. Dia
tidak mungkin terjadi tanpa kekuatan akidah dan percaya dengan kehendakNya
adalah mengatasi segala kehendak, maka
apakah yang lebih baik menerima ketentuan yang tidak boleh ditolak, maka redha adalah penerimaan terbaik
dan perlu pula dari jiwa yang ikhlas.
Sekian.
No comments:
Post a Comment