BBB,
28 Ramadhan 1438H.. = 23 Jun
2017M. (Juma`at):
Adab adalah sebahagian dari akhlak, tetapi
lebih halus dari akhlak, ianya mencerminkan nilai yang halus yang menjadikan
seorang yang beradad itu dipandang lebih
sopan. Nilai-nilai murni meningkatkan manusia pada pencapaian peradaban yang
tinggi. Biasanya kemajuan peradaban disertainya dengan peningkatan tamadun.
Kemajuan sering berganding antara tamadun dan peradaban. Tamadun lebih ketara
dari segi fizikal, manakala peradaban ketara dari segi nilai. Peradaban dan
tamadun adalah berlaku pada manusia dengan kehidupan kelilingannya.
Al-Qushairy dalam membicarakan tentang adab
ini merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:
``Penglihatannya tidak berpaling dari apa
yang dilihatnya dan tidak melampauinya.`` (Al-Najm: 17).
Ditafsirkan Nabi beradad berdepan dengan
Allah.``
Juga firman Allah yang bermaksud:
``Wahai orang-orang beriman kawallah diri kamu dan keluarga kamu dari api
neraka yang bahan bakrnya adalah manusia dan batu-batu.`` (Al-Tahrim: 6).
Menurut tafsir Ibn `Abbas bahawa ``Quu anfusakum`
bererti, `Beri kefahaman kepada mereka
dan peradabkan mereka.
Dan dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad al-Ahwazi
berkata, mengkhabarkan kami Abu al-Hasan al-Saffar al-Basri berkata, bercakap
kepada kami Ghanam berkata, bercakap kepada kami `Abd al-Samad bin al-Nu`man
berkata, bercakap kepada kami `Abdul Malik bin `Umair daripada Mus*`ab bin
Shaibah daripada A`ishah daripada Nabi s.a.w. bahawasanya Baginda bersabda
(bermaksud):
``Haqq anak terhadap ububapa dengan
memberinya nama yang baik an elok tempat susuan (makan minum) dan memperelokkan
adabnya.``
Dan dihikayatkan daripada Sa`id bin
al-Musayyab bahawasanya dia berkata, ``Siapa yang tidak kenal dengan Allah
`Azza wa Jalla pada dirinya dan tidak beradab dengan suruhanNya dan laranganNya
adalah tidak beradab sebagaimana sepatutnya.``
Dan adalah diriwayatkan daripada Nabi
s.a.w., bahawasanya Baginda bersabda bermaksudL:
``Bahawasanya Allah `Azza wa Jalla
mengadabkan daku, maka eloklah adabku.``(Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi).
Dan hakikat
adab ialah perhimpunan berbagai jenis kebajikan, maka adab ialah
perhimpunan sifat-sifat kebaikan dan menjadi tempat-tempat adab, iaitu nama
bagi kesemua.
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq berkata, ``Hamba sampai dengan
ketaatannya ke syurga dan dengan adabnya pada ketaatan kepada Allah Subhanahu
wa Ta`ala.
Aku mendengar Aba Hatim al-Sijistani,
berkata, aku mendengar Aba Nas*r al-Sarraj
berkata, aku mendengar Ahmad bin Muhammad al-Bas*ri berkata, aku mendengar
Al-Jalajili al-Bas*ri berkata mewajibkan
kepada kewajipan iman, maka siapa yang
tidak ada iman, maka tiada tauhid baginya dan beriman mewajibkan kewajipan
shari`ah, siapa yang tidak ada shari`ah baginya, maka tiada iman baginya dan
tidak ada tauhid. Dan shari`ah kewajiban yang mewajibkan adab. Siapa yang tiada
adab baginya tiada shari`ah baginya dan
tidak beriman dan tidak ada tauhid.``
Berkata Ibn `At*a`, ``Adab adalah himpunan
segala keindahan dan kebaikan. Maka dikatakan apa maknanya ? Iaitu engkau
beramal kepada Allah Ta`ala dengan adab-adab sama ada secara sembunyi atau
nyata. Dan jika engkau sedemikian engkau adalah seorang beradab (adib).
Diriwayatkan oleh Ibn Sirin, bahawasanya
dia disoal, manakah satu adab yang lebih mendekatkan diri kepada Allah Ta`ala,
maka katanya, ma`rifat dengan RububiyyahNya, beramal dengan taat kepadaNya dan
bersyukur di atas segala yang menyenangkan dan sabar di atas segtala kesusahan.
Dan berkata Yahya bin Mu`adz, ``Orang yang
mengetahui tentang adab, tetapi dia meninggalkannya, maka dia menempah
kecelakaan. Dan katanya (Yahya), siapa beradab dengan adab Allah Ta`ala, maka
jadilah dia ahli mahabbah Allah Ta`ala
Berpuisi
Al-Shaykh Abu `Abdullah r.a. tentang kepentingan adab, khususnya bagi
anak dagang:
Berhias
anak dagang bila bertandang
Tiga adab bila mendekati seseorang
Pertamanya elok adab kedua baik akhlak
Ketiga di tempat orang perkara ragu dielak.
Dapatlah disimpulkan, bahawa adab adalah pelengkap bagi akhlak. Jikalah
diibaratkan membina rumah perlu ada aturan yang membolehkan bangunan didirikan,
maka selepas sempurna keperluan
bangunan, maka ianya perlu dihiasi pada bahagian luar dan dalam yang
menyempurnakan bangunan. Demikianlah ibarat diri seseorang perlu berakhlak
dengan akhlak-akhlak yang baik yang
mengukuhkan keberadaan seseorang itu, tetapi untuk lebih sempurna ianya
perlu dihiasi dengan nilai-nila murni
dan baik yang dimaksudkan ialah adab.
Dengan akhlak dan adab menyempurnakan diri
an shakhsiah seseorangt.
Sekian.
No comments:
Post a Comment