June 23, 2017

TENTANG TASAWUF - PELBAGAI PENDAPAT


BBB, 27 Ramadhan 1438H. = 22 Jun 2017M. (Khamia):
Dari susunan persoalan, agak ganjil tasawuf ini dibicarakan pada bahagian agak akhir di alam kitab tasawuf. Sepatutnya topik ini berada pada bahagian awal dari kitab – Al-Risalat al-Qushairiyyat, iaitu sebagai pembuka jalan bagi bidang-bidang dan aspek-aspek tasawuf. Persoalan tasawuf ini tidak juga dibincangkan pada bahagian istilah-istilah.
Sebagaimana maklum, bahawa orang yang terawal dan dengan sedar membicarakan tentang siapa sufi, pperingkat permulaan penggunaan istilah tasawuf dan pecahan darinya, huraian mengenai ciri dan sifat-sifat tasawuf dan sufi adalah mula dibicarakan oleh Abu Nasr al-Sarraj  (m. 378H.) di dalam kitabnya yang berjudul Al-Luma` pada bahagian permulaan dari kitabnya ini. (Al-Luma`, 1380H./1960M: 40-48). Berikutnya dibicarakan oleh pengarang-pengarang kitab-kitab tasawuf seterusnya.
Al-Qushairy bertolak membicarakan tentang tasawuf ini, mengatakan tasawuf berasal dari akar kata `safa`, iaitu bersih yang bersih adalah menjadi pujian bagi setiap lisan. Bersih adalah lawan bagi istilah `kotor` - `al-kadur`, iaitu sesuatu yang dikeji. Jadi dapatlah difahami, bahawa tasawuf ialah berhubung dengan kebersihan jiwa, bahkan zahir  dan batin bagi sufi.
Rujukan terhadap Al-Qur`an berhubung dengan `Bersih` seperti firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan menyukai orang yang bersifat bersih (al-mutat*ahhirin. (Al-Baqarah: 222).
Dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami `Abdullah bin Yusuf al-As*bahani berkata, mengkhabarkan kami `Abdullah bin Yahya al-T*alami berkata, bercakap kepada kami  Al-Husain bin Ja`far berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Naufal berkata, bercakap kepada  kami Abu Bakar bin `Iyash daripada Yazid bin Abi Ziyad daripada Abi Juhaifah berkata, keluar kepada kami Rasulullah s.a.w. dengan wajah yang berubah dan Baginda bersabda (bermaksud):
``Hilang kebersihan dunia yang tinggal adalah kekotoran, maka kematuan hari ini adalah penghargaan kepada setiap muslim.``  (Dikeluarkan oleh Al-Darruqutni daripada Jabir).
Berkata Al-Ustadz `Ali al-Daqqaq nama ini dominan di kalangan sufi, maka dikatakan bagi seorang sufi, ``Lelaki Sufi`` dan bagi jama`ah dikatakan `Jama`ah Sufiyah``. Siapa yang tiba kepada tahap ketasawufan, maka dikatakan, `Mutasawwif` dan bagi jama`ah , `Al-Mutasawwifah``.
Menurut Al-Ustadz `Ali al-Daqq               aq, istilah tasawuf ini tidak menurut normal dari pecahan akar kata `Arab. Beliau juga menyebut tentang tasawuf berasal dari pecahan kata `suf` bereti `bulu` dan baju bulu juga berasal dari kata suffah, semuanya adalah sekadar  kesesuaian pendapat yang tidak berasaskan kepada ketetapan. Begitu juga kaitan dengan safa, sifat dan saff adalah mencerminkan kepelbagaian pendapat yang tidak ditetapkan..
Aku mendengar  Muhammad bin Ahmad bin Yahya al-Sufi berkata, aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-Tamimi berkata, disoal Abu Muhammad al-Jariri tentang tasawuf, maka katanya,
``Masuk ke dalam akhlak yang terpuji dan keluar dari akhlak yang keji.``.
Aku mendengar `Abul Rahman bin Yusof al-As*bahani berkata, aku mendengar Aba `Abdillah Muhammad bin `Ammar al-Hamadani berkata, aku mendengar Aba Muhammad al-Mar`ashiyy berkata, disoal guru tentang tasawuf, maka katanya, aku mendengar Al-Junayd, seseungguhnmya dia disoal tentang tasawuf, maka katanya.
``Tasawuf dia mematikan engkau oleh Haqq dan menghidupkan engkau dengannya.``
Aku mendengar Aba `Abd al-Rahman al-Sulami  berkata, aku mendengar `Abd al-Wahid bin Muhammad al-Farisi berkata, aku mendengar Aba Al-Fatik berkata, aku mendengar Al-Husain bin Mansur, dia ditanya tentang sufi, maka katanya,
``Mengesakan Dzat yang tidak menerima akannya oleh sesuatu dan Dia tidak menerima akan sesuatu.``
Aku mendengarnya berkata,  aku mendengar `Abdullah bin Muhammad berkata,, aku mendengar Ja`far ibn Muhammad bin Nusair berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Warraq berkata, aku mendengar Aba Hamzah al-Baghdadi berkata:
``Alamat sufi ialah oang yang benar, bahawa dia faqir selepas kaya, dan hina selepas mulia,, sunyi selepas masyhur. Dan alamat sufi dusta ialah mencari kekayaan selepas faqr dan mencari kemuliaan selepas hina dan mencari kemasyhuran selepas keasingan.``
Dan disoal `Umar bin `Uthman al-Makki tentang tasawuf, maka katanya, bahawa adalah seorang hamba berada pada setiap waktu berada pada yang awla (baik) dari waktu lalu.
Dan berkata Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab,
``Tasawuf ialah akhlak yang mulia, zahir pada zaman yang mulia daripada lelaki yang mulia bersama kaum yang mulia.``
Disoal Samnun daripada tasawuf, maka katanya, ``Engkau tidak memiliki sesuatu dan engkau tidak dimiliki oleh sesuatu.``
Demikian  disoal Ruym tentang tasawuf, maka katanya, ``Menghantarkan diri engkau bersama Allah Ta`ala menurut hukum yang Dia kehendak.``
Dan disoal Al-Junayd tentang tasawuf, maka katanya, bahawa engkau bersama Allah tanpa `ilaqah.``
Demikianlah berbagai  pendapat tentang apa itu tasawuf dan siapa itu sufi yang pendapat adalah berpebagaian yang jumlahnya adalah ratusan dan kadang-kadang ta`rif diberi oleh  seorang sufi berlainan  dari  sebelumnya. Ianya  dipengaruhi oleh situasi, keberadaan di tempat berlainan dan dipengaruhi oleh mood berlaiaan. Pendapat-pendapat berkenaan pernah diperturunkan sebelumnya .

Sekian.

No comments:

Post a Comment