BBB, 02 Syawal 1`438H. = 26 Jun
2017M. (Isnin):
Tajuk bagi bab seterusnya yang disusun oleh
Al-Qushairy ialah `Al-Tauhid`. Persoalan tauhid ini adalah persoalan yang besar
dan utama, ianya sepatutnya menjadi induk, inti, bahkan falsafah bagi pembicaraan, termasuk tasawuf. Menyebut
tauhid mengingatkan kita kepada falsafah, prinsip, bahkan inti agama Islam
yang menjadi pegangan Islam sejak dari
Nabi Adam membawalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. , bahkan hingga sekarang.
Kesegalaan baik ilmu, amalan dan pembawaan tidak boleh bercanggah dengan
tauhid. Sebarang percanggahan dengan tauhid, bererti batil dan salah.
Al-Qushairy di dalam membicarakan persoalan
tauhid ini memang bertolak dari prinsip Islam, bahawa Tuhan adalah Tuhan Yang
Esa (Tunggal) sebagaimana firmanNya (Wa Ilahukum ilahun Wahid) bermaksud:
``Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Esa
(Tunggal) – ( ``Al-Baqarah: 163).
Dan dari segi Hadith:
Mengkhabarkan kami Al-Imam Abu Bakar
Muhammad bin al-Husain bin Burik r.h.a.t.
berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin Mahmud bin Kharzadz berkata,
bercakap kepada kami Masih bin Hatim al-`Akali berkata, A`la Abdullah bin
`Abdul Wahhab berkata bercakap kepada kami Hammad bin Yazid daripada Sa`id bin
Sa`id bin H*atim al-`Atakiyy daripada Ibn Abi S*adaqah daripada Muhammad bin
Sirin daripada Abi Hurairah berkata bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Ada seorang lelaki yang dia adalah
sebelum daripada kamu,, dia tidak pernah melakukan kebaikan, melainkan dia
berpegang pada tauhid, maka dia berkata kepada keluarganya, apabila aku mati,
maka bakarkanlah aku dan hancurkan diriku, kemudian taburkanlah separuh tubuhku
di darat dan separuh lagi di laut pada hari berangin, maka dilakukanlah
sebagaimana disuruh. Maka Allah berkata kepada angin, bawalah kemari apa yang
engkau ambil, maka dia berdepan Allah. Maka Allah bertanya apa yang dilakukan lelaki itu, ia menjawab ,
kerana malu kepadaMu. Kemudian Allah mengampunkannya.`` (Riwayat Bukhari).
Berkata Al-Ustadz, ``Al-tauhid ialah hukum
bahawasanya Allah Ta`ala adalah Esa. Dan ilmu tentang sesuatu itu satu juga
adalah tauhid. Dan dikatakan wahdah apabila engkau sifatkan sesuatu itu satu.
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abdul Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah bin Shadhan berkata,
aku mendengar Yusof bin al-Husain berkata,, aku mendengar Dzu al-Nun al-Mis*ri berkata,. Sesungguhnya
dia disoal tentang tauhid, maka katanya,
``Engkau mengetahui bahawa qudrat Allah
Ta`ala pada sesuatu tidak bercampur, dan perbuatanNya tentang sesuatu tidak ada
`ilaj (kerana) dan `illah. Tiap-tiap suatu Dia yang membuatnya dan tanpa `illah
perbuatanNya. Apa jua engkau tas*awwur pada diri engkau tentang sesuatu, maka
Allah Ta`ala berlainan daripadanya.
Disoal Al-Junayd tentang tauhid, maka
katanya, ``Mengesakan yang mentauhidkanNya dengan tahqiq wahdaniyyatNya dengan
sempurna keesaanNya, bahawa Dialah yang Esa, yang dia tidak beranak dan tidak
memperanakkan dengan menafikan lawan dan kawan dan tiap-tiap suatu tiada yang
seumpama, tiada bagaimana, tiada gambaran dan tiada seumpama – Tiada sepertinya
sesuatu dan Dia Amat Mendengar lagi Amat Melihat.
Dan berkata Al-Junayd, ``Apabila mengakhiri
akal mereka yang berakal tentang tauhid, berakhirlah tentang kehairanan.``
Dan katanya, aku mendengar Muhammad bin
al-Husain berkata,aku mendengar Aba al-Husain bin Muqsim berkata, aku mendengat
Ja`far bin Muhammad berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata,, demikian
contoh Al-Junayd disoal tentang tauhid, maka katanya, bahawa
dia hilang dalam garisan dan tenggelam dalam keilmuan, dan Allah Ta`ala tetap
berterusan.
Berkata Al-Has*ri, ``Asal kami tentang
tauhid lima perkara,
Mengangkat hadath, menunggalkan yang
Qidam,, hijrah dari kawan, berpisah dari
negara, dan lupa pada yang tahu dan tidak tahu.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Aba Bakr bin Shadzan berkata, aku mendengar Al-Shibli
berkata, `Tauhid adalah sifat Yang di Esakan. Dia adalah hakikat dan hilyah
Yang di Esakan.
Disoal Al-Junayd daripada hakikat tauhid
yang khas, maka katanya, bahawa hamba adalah bayangan (shabhan) berdepan dengan
Allah Subhanahu wa Ta`ala. Berlaku di atasnya larian tadbir dan berlari hukum
qudratNya di dalam gelombang laut tauhidNya. Fana diri dan dakwa kemakhlukan dan
daripada istijabah dengan hakikat-hakikat wujudNya dan keesaanNya pada hakikat
kedekatanNya dengan hilang rasa dan hakikat bagi mendirikan haqq Subhanahu wa
Ta`ala dengan apa yang dikehendaki darinya. Dia adalah kembali akhir hamba
kepada awalnya dan dia adalah sebaggaimana adalah ia `kana` sebelum adanya ia.``
Dan disoal Al-Bushanji daripada tauhid,
maka katanya, ``Tanpa penyerupaan dari segi Dzat dan tidak menafikan sifat.``
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar
Aba al-Hasan al-`Anbari berkata, aku mendengar Sahl bin `Abdullah berkata, dan
dia disoal tentang Dzat Allah Ta`ala `Azza wa Jalla, maka katanya,
``Dzat Allah Ta`ala disifatkan secara
ilmu,, tidak didapati secara ihat*ah (kelilingan) dan tidak secara hulul, tidak
dilihat secara mata, di dalam dunia dan
dia wujud dengan hakikat iman tanpa had dan ih*at*ah dan hulul. Dilihat oleh
mata di akhirat(wujuhun yauma`idzin nadhrah
ila Rabbiha naz*irah , Al-Qiyamah: 22-23)) sebagai akibat bagi menzahirkan diri
pada milikNya dan kekuasaanNya.
Sesungguhnya terlindung manusia dari ma`rifat `Kunhi DzatNya dan memberi dalil kepada mereka itu dengan ayat-ayatNya dengan
hati secara ma`rifat dan akal tidak mendapatinya secara penglihatan oleh orang
mu`minun tanpa ih*at*ah dan tanpa idrak ke puncak.
Dan banyak lagi pendapat tentang tauhid
sama ada yang dungkapkan secara rasional atau intuitif.
Sekian.
No comments:
Post a Comment