September 30, 2017

ABU AL-QASIM BIN `ALI AL-JURJANI DAN MURIDNYA


BBB, 09 Muharram 1439H. = 29 Septembr 2017M. (Juma`at):
Antara sufi mutaakhir yang dikira terkenal oleh Al-Hujwiri ialah Abu al-Qasim bin `Ali  bin `Abdullah Al-Jurjani.  Melihat kepada nisbah  Abu al-Qasim bin `Ali  dengan `Al-Jurjani`  kita dapat memahami, bahawa ia berasal atau berketurunan Georgia, iaitu negara Asia Tengah yang pernah menerima Islam. Menurut Al-Hujwiri Abu  al-Qasim  bin `Ali  adalah seorang yang alim di dalam berbagai ilmu dan tiada tandingnya.
Dia adalah `ulama` yang  mengimbangi antara tasawuf dan shari`at. Dia adalah seorang tokoh berkarisma dan dikagumi.  Dia mempunyai pengikut-pengkut yang ramai dari kalangan pemuda.  Abu al-Qasim menyampaikan pengajaran dan ungkapan-ungkapannya kepada pemuda-pemuda – pengikut-pengikutnya.
Abu al-Qasim mempunyai seorang murid yang menjadi penggantinya, iaitu Abu `Ali al-Fadhl bin Muhammad al-Farmadzi yang menjalankan tugas dengan  penuh setia kepada gurunya.
Huraian seterusnya adalah hubungan antara murid dengan guru ini. Diceritakan bahawa murid ini menceritakan pengalaman rohani yang dialami kepada gurunya untuk dinilai, tapi murid merasa bimbang dengan sikap yang ditunjuk gurunya bagai tidak memberi perhatian. Tiba gurunya menyatakan apa yang dibimbanginya, bagaikan dia dapat membaca apa yang difikirkannya. Gurunya mengingatkan agar dia tidak terikut-ikut dengan sangkaan yang menjadi kebiasaan bagi peringkat permulaan bagi murid.
Adalah difahami, murid dikehendaki mempelajari dan terus beramal kepada peringkat mempertingkatkan hubungan kerohanian dengan Tuhan dengan bimbingan guru  dan tidak  membiar diri berimaginasi dan berangan-anagn.

Sekian.

September 29, 2017

AHMAD AL-ASHQANI : SUKAR MENELUSURI PENDEKATANNYA


BBB, 08 Muharram  1439H. =  28 September 2017M. (Khamis):
Mendepani tokoh Ahmad al-Ashqani yang nama lengkapnya ialah Abu al-`Abbas  Ahmad bin Muhammad al-Ashqani adalah mendepani kesukaran. Menurut Al-Hujwiri – agak bombastik, bahawa tokoh ini adalah imam bagi setiap ilmu pokok dan cabang dan sempurna dari semua segi !  Dikatakan dia pernah menemui beberapa sufi terkemuka, tetapi tidak disebut sufi-sufi berkenaan.
Kesukaran bahawa  watak  Abu al-`Abbas adalah agak asing dari bidang tasawuf dan namanya tidak ada disenaraikan di dalam kitab-kitab tabaqat sufi atau kitab-kitab yang sebahagiannya membicarakan tentang sufi.
Sebagaimana kata Al-Hujwiri, cara berfikir dan ungkapan-ungkpan Ahmad al-Ashqani, sukar untuk diikuti dan juga sukar difahami. Menurut Al-Hujwiri, dia adalah gurunya.
Ahmad al-Ashqani  mengingatkan bahawa,  tanpa kefahaman, seseorang itu  seharusnya tidak mengambil ungkapan-ungkapan yang tidak difahami, lantaran ia lebih mengelirukan. Pengambilan sedemikian menurut Ahmad al-Ashqani, sebagai tindakan orang bodoh ! Agak kasar.
Menurut Al-Hujwiri Ahmad  al-Ashqani mempunyai pandangan dan doktrin yang disebut  `fana` (melenyaokan diri). Pegangan ini adalah selari dengan pegangan akidah yang melihat kesegalaan adalah dicipta Allah dan  fana`, melainkan Allah.
Menurut al-Hujwiri,  Ahmad al-Ashqani  adalah seorang yang teguh berpegang menurut madzhabnya, bahawa segala benda adalah dicipta dan tertakluk kepada fana.
Menurut Ahmad al-Ashqani, setiap orang mempunyai keinginan yang tidak mungkin dicapai (sepenuhnya ?).
Menurutnya maqam-maqam dan karamah adalah halangan-halangan yang menabiri manusia dari mencapai peringkat puncak. Dia berpegang pada konsep karamah.
Tapi, baginya, lebih baik keinginan yang tidak kesampaian dan adanya halangan-halangan. Ianya dapat melemahkan ego manusia dan dalam waktu yang lain mencabarnya terus berusaha – ikhtiar.

Sekian.

September 28, 2017

AL-RISALAT AL-QUSHAIRIYYAT KARYA BESAR AL-QUSHAIRY


BBB,   07 Muharram 1439H. = 27 September 2017M. (Rabu):
Daripada sepuluh tokoh sufi mutaakhir yang dianggap Al-Hujwiri  sebagai terkemuka, maka tokoh ke tujuh dalam susunannya, iaitu Al-Qushairy  adalah merupakan tokoh paling terkenal, sekurang-kurangnya bagi penulis. Namun Al-Qushairy  yang nama penuhnya ialah Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin al-Qushairy  tidaklah diberi penerangan dengan secara  lebih lengkap. Penampilan tentangnya dari aspek-aspek khusus, iaitu lebih kepada kedudukannya di dalam tasawuf yang dianggap tinggi dari segi rohani. Karyanya – tanpa menyebut judulnya, dianggap tinggi mutunya dan ungkapan-ungkapan adalah tinggi dan bernilai.
Dia dikatakan oleh Al-Hujwiri terpelihara dari mengungkapkan sesuatu yang berhubung dengan Tuhan secara  `antropomorfisme` (memperorangkan). Dan Al-Qushairy  dikira tokoh yang mempertahankan kemurnian dari segi akidah.
Sebenarnya sumber yang boleh dirujuk tentang Al-Qushairy, ialah dari karangan utamanya, iaitu `Al-Risalat al-Qushayriyyah` yang karya ini telah kita bicarakan sebelum kitab Kashf al-Mahjub oleh Al-Hujwiri.
Sebenarnya Al-Qushairy adalah tokoh sufi mutaakhir, khususnya dilihat dari zaman keberadaannya.
Al-Qushayri hidup dan meninggal di Naisaburi (376H. -465H.), iaitu kawasan terkenal dengan tokoh-tokoh dan keilmuan kerohanian. Dia digelar sebagai  `ulama` al-Jami` bayn al-Shari`at wa al-Haqiqat, iaitu `ulama` yang menghimpunkan antara shari`at dan haqiqat.
Dia menulis sebagai muqaddimah bagi kitab Al-Risalat al-Qushayriyyatnya, katanya:
``Aku tujukan tulisanku (al-Risalat al-Qushayriyyah) kepada jama`ah sufi di negera-negara Islam.`` Menurut Al-Qushairy,
``Kalangan sufi adalah t*a`ifah  -  kalangan pimpinan yang bersih dan diberi kelebihan kepada mereka dari kalangan manusia selepas rasul-rasul dan para nabi-nabiNya.``
Tambah Al-Qushairy,
``Allah menjadikan hati kalangan sufi logam-logam kerahsiaanNya dan menistimewakan mereka dari kalangan umat dengan menjenguh cahaya-cahaya. Bersih hati mereka dari kekeruhan manusia dan ditajalli kepada mereka `Haqiqat Keesaan`. Dan wajah-wajah mereka tertumpu kepada mendirikan adab-adab `ubudiyyah dan memperlihatkan kepada mereka larian hukum-hukum Rububiyyah.``
Melihat kandungan  Al-Risalat Al-Qushayriyyat ada mirip kesamaan sumber yang sama dengan apa yang terkandung di dalam Tabaqat al-Sufiyyat. Mereka berada dalam masa berdekatan – Al-Sulami (m.412H.)  dan Al-Qushayri (m. 465H.). In bererti mereka berada di dalam suasana keilmuan yang sama, maka sumber ambilan mungkin sama, di samping dari yang lain. Kedua-duanya menulis menurut gaya Hadith. Bermaksud setiap maklumat disampaikan secara riwayat yang ada rawi bersanad.
Perbezaannya bahawa bagi  Al-Sulami seluruh kandungan di dalam Tabaqat al-Sufiyyat adalah tentang tokoh-tokoh yang berjumlah 103 orang yang dikelompokkan kepada 5 kelompok yang setiap kelompok adalah 20 orang, kecuali kelompok kelima 23 orang.
Berbanding dengan  Kashf al-Mahjub oleh Al-Hujwiri (m. 456) ketokohan sebagaimana Al-Qushairy adalah sebahagian daripada kandungan kitab, iaitu berjumlah 81 orang. Tumpuan lebih kepada inti pandangan tokoh dan tidak diberi  perhatan kepada latar. Karangan adalah menurut gaya prosa bahasa dan tidak menurut gaya Hadith. Ada kesamaan sumber sebahagian dari apa yang diungkapkan oleh tokoh-tokoh. Ini bererti ada kesamaan sumber ambilan dilakukan oleh ketiga-tiga pengarang berkenaan, walaupun tidak keseluruhan sama.
Dari segi pendekatan kitab Al-Risalat al-Qushayriyyah yang merupakan sumber paling utama bagi Al-Qushairy, bahawa kitabnya terbahagi kepada dua bahagian.
 Bahagian pertama bermula dengan membicarakan tentang tokoh, iaitu seramai 83 orang. Setiap tokoh dimulakan dengan maklumat berhubung dengan latar tokoh dan riwayat secara Hadith terhadap matan yang mau disampaikan. Contoh begitu banyak sebagaimana telah dibicarakan tentang  Al-Risalat al-Qushayriyyat sebelum ini.
Bahagian kedua ialah membicrakan tentang istilah-istilah yang diungkap dan dibicarakan oleh kalangan sufi. Ianya merupakan sebagai ensiklopedia kecil yang boleh dirujuk tentang istilah-istilah kesufian. Al-Qushairy  tidak mengkategorikan misalnya apa yang terletak di bawah maqam dan apa yang terletak di bawah hal. Sebaliknya disekalikan kesemuanya.
Antara perkara yang dibicarakan ialah seperti:
Waktu, maqam, hal, al-qabdh dan al-bast*,  haibat dan al-uns,tawajud alwajd dan al-wujud, al-jama` dan al-farq, jam` al-jama`, al-fana` dan al-baqa` dan seterusnya hingga kepada ratusan istilah-istilah yang lain.
Bagi penerangan bagi istilah-istilah ini juga  dihuraikan dengan cara gaya Hadith. Yang agak istimewa permulaan keterangan bagi setiap istilah ini dimulakan dengan ayat Al-Qur`an yang ada hubungan dengan istilah. Misalnya berhubung dengan sahabat diambil ayat Al-Qur`an dari persahabatan di dalam Surah al-Kahfi,
Misalnya berhubung dengan menjaga hati guru (shaykh), maka diambil kisah berhubung dengan Nabi Musa dan Khidhir yang Nabi Musa  tidak mengikuti peringatan Nabi Khidhir.
Kekuatan Al-Risalat al-Qushayriyyah  ialah pada bahagaian yang menerangkan istilah-istilah kesufian ini sehingga ianya menjadi panduan dan rujukan bagi mereka yang tidak faham berkenaan istilah-istilah kesufian atau yang ingin memperdalamkan maklumat yang berhubung dengan istilah-istlah kesufian.
Al-Risalat al-Qushayriyyah  adalah karya besar tasawuf yang dihasilkan oleh Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin  yang mencerminkan pandangan dan pendapatnya berhubung dengan tasawuf, ianya dapat disejajarkan dengan Al-Luma` oleh Abu Nas*r al-Sarraj al-T*usi,  Al-Ri`ayat oleh Al-Muhasibi membawalah kepada Ihya` oleh Al-Ghazali.

Sekian.

September 27, 2017

SIKAP DAN KEYAKINAN MUHAMMAD BIN AL-HASAN AL-KHAT*T*ALI


BBB, 06 Muharram 1439H. =  26 Septembr 2017M. (Selasa):
Muhammad al-Khat*t*ali  adalah sufi yang mendalam di dalam tasawuf, juga mendalam di dalam tafsir Al-Qur`an dan di dalam keilmuan Hadith. Di dalam tasawuf dia adalah pengikut Al-Junayd. Dia berguru dengan H*usri, dan bersahabat dengan Sirawani. Dia adalah sezaman dengan `Amr Qazwini dan dengan Abu al-Hasan bin Saliba. Dia mengambil sikap mengasingkan diri dari masyarakat dan bersendiri  selma enam puluh tahun, sebahagian besar masanya  dipergunungan Lukam.
Namun Muhammad al-Khat*t*ali tidak mementingkan imej luaran. Dia tidak memakai jubah kesufian dan tidak menekan dan tidak mementingkan kewalian. Dia berpendapat hidup amat pendek, bahkan masa yang dihabiskan adalah sehari dalam kehidupan. Umur diri berbanding dengan umur wujud alam yang fana, amat sedikit – tidak sampai sedetik. Kita menghabiskan hari yang kita lalui dengan berpuasa – bermaksud kita tidak mendapat apa-apa, apa lagi tanpa pengisian.
Muhammad al-Khat*t*ali amat berpegang dengan ketentuan Tuhan – qadha` dan qadarnya, segala ketentaun tidak dapat dihendarkan. Di samping berpegang dengan ketentuan, seharusnya ianya mengukuhkan jiwa seorang hamba. Dia seharusnya tenang menerima ketentuan. Sepatutnya tidak ada kedukaan bagi seorang, bahkan ianya satu ketenangan yang diterima dengan ketentuan. Ini adalah sesuatu yang hakikat. Beliau tidak membicarakan soal ikhtiar, bahkan tidak timbul baginya soal ikhtiar, biarpun ianya dilakukan oleh seseorang, lantaran ianya soal luaran yang tidak mengubah soal hakikat dan ketentuan.
Al-Hujwiri membawa contoh yang mencerminkan pegangan  Muhammad al-Khat*t*ali tentang ketentuan Tuhan, bahawa Muhammad al-Khat*t*ali meninggal di Bayt al-Jinn di puncak gunung bertentang dengan kawasan Baniyas yang berdekatan sungai di Damshiq. Dinyatakan, bahawa sebagaimana biasa apabila seseorang yang dikasihi, termasuk Muhammad al-Khat*t*ali, hampir mati, dia ditangisi oleh yang hadhir, tetapi Muhammad al-Khat*t*ali dengan tenang dan bagai biasa menasihati yang berduka dengan keadaannya, bahawa,
``Kematian adalah suatu  ketentuan dari Ilahi. Tiba masanya kita dijemput pergi.``
Katanya,  ``Kita sepatutnya tidak menentang ketentuan Ilahi, bahkan sepatutnya dengan rela dan penuh bersedia menyambut kehadhiran ketentaun dengan tenang dan penuh kerelaan. Katanya,
``Jangan menentang kehendak Ilahi dan terimalah ketentaun dengan tenang.``
Demikianlah amanat terakhirnya dan dia kembali ke rahmatullah dengan tenang.
Pengajaran yang dapat diambil dari watak dan pesanan Muhammad al-Khat*t*ali bahawa,
Kehidupan menuntut keinsafan, bahawa usia diberi Allah kepada kita teramat pendek, maka dengan tempoh yang amat pendek ini perlulah digunakan sebaik mungkin dengan mengisikan dengan amalan-amalan kebaikan. Perkara dalaman dan jati diri yang dibina dan diguna adalah hakikat diri, penampilan luaran tidak memberi erti apa-apa.  Kita hendaklah menerima ketentuan Tuhan tanpa penentangan. Dengan penerimaan kita seharusnya berada di dalam ketenangan. Kehidupan, perjalanan dan kematian adalah penentuan Tuhan, maka terimalah dia dengan penuh kerelaan. Demikian sikap pegangan dan keyakinan Muhammad al-Khat*t*ali.

Sekian.

September 26, 2017

ABU SA`ID AL-MAYHANI : ANEKDOT PERBETULKAN DIRI


BBB,  05 Muharram 1439H. =  25 September 2017M. (Isnin):
Tokoh yang boleh disifatkan asing, tetapi dianggap  tokoh sufi mutaakhir terkemuka oleh Al-Hujwiri, ialah Abu Sa`id Fadhlullah bin Muhammad al-Mayhani. Ini bererti Abu Sa`id berasal dari Mayhani,  tempat yang agak asing dan datang ke Surakha untuk belajar.
Antara guru yang menjadi tarikan baginya ialah `Abu `Ali  Z*ahiri yang dia belajar daripadanya tiga mata  kuliah dan selebihnya  ditumpukan kepada beribadat.
Abu Sa`id al-Mayhani, `alim di dalam berbagai ilmu, mendalam  dalam bidang keagamaan dan mampu membaca perkara-perkara rahsia. Bahkan dia disifatkan sebagai `Sultan al-`Arifin`  pada  zamannya. Namun dia masih memperbaiki diri dari kesalahan-kesalahan melalui pengalaman-pengalaman yang dilaluinya.
Secara bombastik Al-Hujwiri menggambarkan  Abu Sa`id al-Mayhani bahawa,
Semua orang bergantung kepadanya, tetapi tentang apa tidak dijelaskan dan agak tergantung dari apa  yang dikatakan semua orang bergantung padanya.
Cuma dikatakan pengetahuan keagamaannya menakjubkan dan dikatakan kekuatan luar biasanya dalam membaca soal-soal kerahsiaan.
Dan mejadi trend bagi Al-Hujwiri bagi menunjukkan ketokohan seorang sufi ialah dengan menceritakan perkara-perkara yang menandakan sebagai karamatnya. Berhubung dengan Abu Sa`id dibawa beberapa cerita atau anekdot dikaitkan dengannya:
·         Pada satu hari Abu Sa`id berjalan di tepi sungai Sarakha, dia menemui seorang sufi  yang memberi nasihat kepadanya, bahawa jalan yang dilalui (diikuti) itu katanya,  bukan jalannya, menurutnya, ambillah jalanmu yang betul. Kata-kata ini memberi kesan kepada Abu Sa`id di dalam perkembangan lanjutnya.
·         Dikatakan Abu Sa`id  memperlekeh seorang darwish (sufi) yang memakai pakaian yang kotor dan tidak teratur. Dia ditegur oleh darwish supaya lebih menumpukan pada pembaikan diri dari mencela orang lain. Abu Sa`id terperasan seolah-olah darwish itu dapat membaca apa yang berlegar di dalam fikirannya sebelumnya.
·         Abu Sa`id dalam perjalanan ke Naisabur untuk ke T*us. Dalam perjalanan itu kakinya kebas, ia dinasihatkan oleh seorang darwish menyertainya supaya membalut kakinya dengan mencaritkan kain yang ada padanya, tapi Abu Sa`id  menyayangi kain berkenaan, dianggap baru dan mahal. Perkara ini menyedarkannya kemudian, dengan sebab kasihnya pada harta banyak mengganggu diri, termasuk kesempurnaan ibadat. Juga menyedarkan diri bahawa ia belum mampu  menundukkan nafsu dirinya.
Apa yang digambarkan di atas menunjukkan jalan kehidupan yang dilalui oleh Abu Sa`id, masih bukan di atas jalan yang betul, dia harus memperbaiki diri dan memilih jalan yang betul dari segi kerohanian. Dirinya masih kecamuk antara nafsu dan pelepasan darinya.
Kita perlu memperbaiki  diri dengan  memilih jalan yang betul.

Sekian.

September 25, 2017

ABU `ABDULLAH AL-DASTANI : ANEKDOT SASTERA SUFI ?


BBB,  04 Muharram 1439H. = 24 September 2017M. (Ahad):
`Abdullah al-Dastani atau lebih lengkap Abu `Abdullah Muhammad bin `Ali al-Dastani adalah satu lagi tokoh yang dianggap oleh Al-Hujwiri sebagai sufi terkenal pada peringkat mutaakhir, tapi keadaan sebenarnya bukan sebagaimana dianggap oleh Al-Hujwiri. Sebagaimana tiga tokoh sebelumnya tidak terdapat di dalam tabaqat dan kitab-kitab tasawuf yang membicarakan tentang tokoh, maka demikianlah dengan `Abdullah al-Dastani.
`Abdullah al-Dastani  -  Dari namanya diketahui bahawa beliau adalah berasal dan Dastan, iaitu satu kawasan yang berada di Bistam, iaitu satu kawasan bagi tokoh sufi Abu Yazid al-Bist*ami yang beliau berasal dari sana. `Abdullah al-Dastani, menurut Al-Hujwiri adalah seorang yang alim di dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Kealimannya di dalam banyak bidang ilmu pengetahuan menurut Al-Hujwiri membolehkanya  menghuraikan tentang keilmuan yang berkenaan secara cemerlang. Beliau juga mendalam bidang tasawuf dan mampu membicarakan aspek-aspek kerohanian secara halus dan mendalam.  Di samping itu beliau juga mendalam dalam bahagian akidah.
Al-Hujwiri mengaitkan  `Abdullah al-Dastani dengan tokoh tempatan yang terkenal pada zamannya, iaitu Shaykh Sahlagi, dikatakan,
``Dia menemukan pengganti utama dalam diri Shaykh Sahlagi.``
Dari watak Sahlagi ini diungkapkan pandangan akidah bahawa,
``Pengesaan terhadap Allah yang datang darimu adalah benar dan  adalah wujud, tetapi dirimu yang mengesakan pada hakikatnya tidak wujud.``
Ungkapan sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu dan memang sedemikianlah kebenarannnya, kerana yang Esa wujud ialah Allah, dan diri yang mengungkap, bahkan seluruh yang lain dari Allah adalah wujud yang nisbi, akan binasa, bahkan hakikatnya tidak wujud.``
Penyangkalan terhadap dirimu menurut `Abdullah al-Dastani, sebagaimana dikatakan oleh Al-Hujwiri adalah peringkat rendah. Pada peringkat tinggi ialah penyerahan mutlak segalanya kepada Allah.``
Sebagaimana biasa, antara ciri tokoh sufi ialah wujudnya keanihan pada diri seorang tokoh yang disifatkan sebagai karamat – yang sebenarnya tidak semestinya, kerana keilmuan dan peribadi sufi sudah  cukup melambangkan kesufian dan tidak perlu memperlihatkan kelebihan-kelebihan lain sama ada benar atau tidak benar berlaku, tetapi bagi Shaykh `Abdullah al-Dastani ini dan Shaykh Sahlagi dibawa cerita yang tujuannya adalah bagi menunjukkan kelebihan dan perkaitan dua tokoh berkenaan.
Kononnya, pada satu hari kawasan Bistam diserang dengan kehadiran banyak belalang. Semua kawasan, sama ada pokok, permukaan padang, rumah dan di mana saja dilitupi dengan belalang. Orang ramai di samping tertanya-tanya merasa takut dengan keadaan yang terjadi. Mereka berharap ada pihak yang mengambil tindakan bagi mengatasi serangan belalang berkenaan. Akhirnya menurut al-Dastani sebagaimana dilaporkan oleh Al-Hujwiri diberitahu kepada Shaykh Sahlagi. Beliau diminta mengatasi kegawatan yang terjadi.
Dikatakan Shaykh berkenaan naik ke tempat tinggi, dan memandang ke langit sambil berdo`a. Kononnya menjelang waktu asar, belalang-belalang berkenaan semakin berkurang dan pada waktru asar, gerombolan belalang berkenaan menghilang.``
Kononnya ini menandakan keramat shaykh, bahkan kedua-dua shaykh berkenaan.
Ini menurut Al-Hujwiri membuktikan dia antara tokoh sufi mutaakhir. Namun yang kita lihat dia adalah lebih merupakan anekdot sastera sufi  lebih dari kesufian.

Sekian.

September 24, 2017

ABU AL-HASAN BIN AHMAD AL-KHARQANI : MENCARI ISTIMEWA


BBB, 03 Muharram `1439H. = 23 September 201`7M. (Sabtu):
Berbanding dengan dua tokoh yang lepas – iaitu  Ahmad bin Muhammad al-Qas*s*ab dan Abu `Ali Hasan  al-Daqqaq yang dianggap sebagai sufi terkenal pada masa mutaakhir, maka Abu al-Hasan Ahmad al-Kharqani adalah lebih tidak diketahui  dan sukar  mendapat maklumat dari kitab tabaqat atau kitab tasawuf yang membicarakan tentang tokoh-tokoh. Sebagaimana dinisbahkan kepada Abu al-Hasan dengan al-Kharqani, bererti dia adalah dari Kharqan, iaitu tempat yang kurang diketahui.
Menurut Al-Hujwiri ia adalah tokoh pada zamannya – tapi terhad kepada zaman dan tempatnya dan tidak sampai naklumat yang selayaknya disenaraikan di dalam tabaqat.
Menurut Al-Hujwiri Abu al-Hasan al-Kharqani adalah shaykh besar dan diterima sama oleh auliya` Allah.  Menurut Al-Hujwiri Shaykh Abu Sa`id sering mengujunginya dan berbincang berbagai keilmuan, termasuk bidang kerohanian. Menurut Abu Sa`id dari perbincangan dan pengajaran yang disampaikan didapati bahawa  Abu al-Hasan adalah seorang yang berkelayakan dan layak memimpin keilmuan sebagaimana dilakukan oleh Abu Sa`id.
Kebolehan Abu al-Hasan bin Ahmad al-Kharqani diakui sama oleh Maulana Abu al-Qasim al-Qushairy. Beliau menyebut tentang kelancaran percakapan dan huraian yang disampaikan oleh Abu al-Hasan yang membuatnya lebih terdiam dari berbicara lantaran mendengar huraian keilmuan rohani yang disampaikan oleh Abu al-Hasan al-Kharqani.
Al-Hujwiri menampilkan apa yang dibicarakan oleh Abu al-Hasan tentang dua perkara, iaitu:
Konsep  al-wus*ul ila Allah, ianya sebenarnya  adalah pendekatan  semua kesufian dan ianya adalah relatif.
Pada hakikatnya, tiada kesampaian mutlak kepada Tuhan dan yang berlaku adalah pendekatan di dalam, menuju kepada Tuhan. Ianya merupakan  kepelbagaian pendekatan di dalam penujuan yang satu.
Mungkin ada yang mengatakan ada penyampaian yang sebenarnya adalah relatif . Ianya  bersifat intuitif dan wijdan dan bukan hakikat penyampaian.
Al-Hujwiri juga  menyebut persoalan `keselamatan` yang boleh diistilah sebagai `al-najat`. Ianya bukan hak kehambaan. Bagi hamba ialah pilihan  perjalanan dan yang menentukan adalah Tuhan. Di sini significantnya hamba, harus berusaha mempastikan jalan yang dilalui dan ditempuh adalah benar baik dari segi pendekatan dan amalan dan soal keselamatan terserah kepada Tuhan.
Sebagai rumusan apa yang disifatkan keistimewaan yang mau ditampilkan oleh Al-Hujwiri tentang Abu al-Hasan bin Ahmad al-Kharqani tidaklah suatu kelainan yang  dapat disifatkan sebagai istimewa.

Sekian.

September 23, 2017

ABU `ALI HASAN AL-DAQQAQ: TOKOH MUTAAKHIR


BBB, 02 Muharram 1439H. = 22 September   2017M. (Juma`at):
Sebagaimana  disenaraikan oleh Al-Hujwiri, bahawa Abu `Ali Hasan bin Muhammad al-Daqqaq adalah sebagai salah seorang tokoh sufi terkemuka pada peringkat mutaakhir. Maka sebagai tokoh pertama, iaitu Abu al-`Abbas  Ahmad bin Muhammad al-Qassab tidak tersenarai di dalam kitab-kitab Tabaqat, atau kitab-kitab tasawuf yang membicarakan tentang tokoh-tokoh, maka demikianlah dengan Abu `Ali Hasan bin Muhammad al-Daqqaq, walaupun nama kedua ini memang tersua di dalam pembicaraan tasawuf, tetapi tidak menjadi senarai pembicaraan tokoh sufi, sebagaimana dilakukan oleh Al-Hujwiri.
Menurut Al-Hujwiri Abu `Ali Hasan al-Daqqaq ialah seorang tokoh di dalam ilmu pengetahuan dan tiada setanding dengannya pada zamannya. Dia dikatakan fasih berbicara tentang jalan meningkat diri kepada Tuhan.
Dia mengenal  ramai shaykh-shaykh pada zamannya dan bergabung dengan mereka.
Dia adalah murid kepada  Nas*r Abadzi.
Lantaran beliau mendalam di dalam bidang berhubung dengan Tuhan, beliau dikatakan berkata,
``Barangsiapa yang memberi tumpuan selain dari Tuhan,  maka katanya, ``Lemah Keadaan Rohaninya.`` Tambahnya,
``Barangsiapa membicarakan tentang sesuatu lain dari Tuhan,  lantaran tidak mengenal Tuhan secara memadai dan kedekatan dengannya, maka  dia ibarat tidak mempunyai persahabatan, bagaimana seorang mau bercakap tentang sahabat, sedang dia tidak bersahabat dan tidak mengenalinya.``
Dalam erti kata yang lain, seseorang yang mesra dan bercakap tentang apa yang dia mesra dengannya, lantaran ia mengenali, bahkan mengasihinya, lantaran itu ia lebih mesra membicarakannya.``
Sebagaimana tokoh-tokoh sufi lain, untuk mengistimewakannya, sering diceritakan tentang keanihan-keanihannya, sebagai membuktikan keistimewqaannya, lebih daripada itu disifatkan sebagai keramatnya yang sebenarnya tidak semestinya ada pada seseorang, tapi Al-Hujwiri memperlihatkan sebagai anekdot kecil kepada  Abu `Ali Hasan al-Daqqaq, bahawa pada satu hari ia didatangi seorang tua ke majlis pertemuannya, sedang dia memakai serban nipis buatan T*abaristan. Orang tua yang datang itu ingin memiliki serban yang baginya amat menarik. Pencerita mau menunjukkan bahawa seolah-olah shaykh mengetahui apa yang diingini oleh orang tua yang datang itu, maka dalam majlis itu Abu `Ali Hasan al-Daqqaq mencampakkan serbannya kepada orang tua itu.
Sebenarnya apa yang mengistimewakan seorang tokoh sufi, bukan anekdot-anekdot yang diceritakan tentang seorang tokoh sufi yang tidak semestinya berlaku, tetapi jika ada menambahkan daya tariakan. Yang mengistimewakan sufi seharusnya keilmuan yang ada padanya sama ada ilmu zahir, lebih-lebih lagi ilmu yang berkait dengan kerohanian yang dapat diikuti pengikut, lebih-lebih lagi jika ianya dikukuhkan dengan amalan,  pandangan, doktrin  atau falsafah yang dipegang. Misalnya berhubung dengan ketentuan Allah dan kehendak dan ikhtiar manusia. Berhubung dengan niat dan ikhlas dan sebagainya. Lebih menarik jika perkra ini dibuktikan dengan praktik  dan amalan sufi itu sendiri yang menyerlahkan ketokohannya seperti yang berlaku misalnya pada Al-Junayd yang menyerlahkan antara kata dan perbuatannya.
Keistimewaan dan penyerlahan tentang  tokoh-tokoh ini hendaklah bukan dibuat-buat – disengajakan, tetapi adalah secara spontan yang menunjukkan keistimewaannya. Ini antara yang mau dikemukakan oleh Al-Hujwiri tentang  Abu `Ali Hasan al-Daqqaq. Namun dapatlah dibuat penilaian terhadap tokoh yang dikatakan sufi terkemuka pada peringkat mutaakhir itu berdasarkan maklumat yang ditampilkan.

Sekian.

September 22, 2017

AHMAD BIN MUHAMMAD AL-QAS*S*AB SUFI MUTAAKHIR


BBB, 01 Muharram 1439H. = 21 September 2017M. (Khamis):
Ahmad al-Qassab, ialah nama penuh bagi Ahmad bin Muhammad al-Qassab yang kunyahnya ialah Abu al-`Abbas.
Ahmad al-Qassab adalah salah seorang yang dikelompok dan dikategorikan oleh Al-Hujwiri sebagai sufi-sufi terkemuka pada masa  mutakhir. Konsep mutakhir yang dimaksudkan oleh Al-Hujwiri, ialah golongan sufi selepas kelompok utama yang dibicarakan, iaitu sebanyak 64 orang itu. Tempoh keberadaan golongan sufi berkenaan kebiasaannya ialah selepas abad ke 2H., iaitu tempoh keilmuan tasawuf mula berkembang dan mencapai puncak dari segi prolifik ialah sekitar abad ke 3H. dan meklebihi sedikit dari pempoh nerkenaan – biasanya hingga suku terawal awal abad ke 4H ( hingga 325H. dan sekitarnya).
Namun semakan yang dibuat terhadap sepuluh nama tersebut sebagai sufi terkemuka pada masa mutakhir,  kebanyakannya sukar di dapati di dalam kitab-kitab tabaqat dan yang membicarakan tentang tokoh-tokoh. Ini menghadkan sumber-sumber rujukan yang dapat dibuat. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya;
Tokoh-tokoh popular dikatakan oleh Al-Hujwiri adalah tokoh-tokoh setempat pada masanya, walaupun dikatakan oleh Al-Hujwiri  tokoh popular, tetapi dia tidak meningkat kepada  tahap umat. Tokoh-tokoh berkenaan selain dari baharu, adalah relatifnya bertempat di bawah wilayah Parsi dan mereka biasanya kurang diterima pada peringkat umat. Kepopularan mereka tidak setara dengan tokoh lain yang sama dari kawasan Parsi, namun  dianya diterima sebagai salah seorang sufi yang dikatakan terkenal.
Kembali kepada Ahmad al-Qas*s*ab, dia dikatakan oleh Al-Hujwiri,  adalah seorang yang buta huruf. Yakni tidak pandai menulis dan membaca  yang menjadi kunci ilmu pengetahuan. Namun dikatakan tokoh dari Transoxamania, dikatakan seorang yang mendalam bidang kerohanian, bahkan dia dianggap seorang yang terkenal di dalam bidang rohani. Dia dikatakan mengangkat darjah keohanian kepada  peringkat tertinggi dan kelohoran jiwa.  Namun disebut kelemahan  Ahmad  al-Qas*s*ab bahawa dia buta huruf dan mampu menulis dan membaca.
Meskipun Ahmad bin Muhammad al-Qasswab  tidak tau menulis dan membaca, tetapi jiwanya terbuka mendalami  bidang-bidang keilmuan akali dan rohani melalui pembelajaran dan amalan kesufian hingga menjadikan dia seorang mendalam bidang `aqidah dan juga ilmu-ilmu  zahir dan riyadhiat, sebagaimana dia juga mendalam bidang kerohanian.
Al-Hujwiri memetik pendapat Abu `Abdullah Khayyat Imam Masjid di Taburstan katanya,
``Dia adalah salah seorang dikurniai Tuhan keilmuan dan dapat menjawab persoalan-persoalan berhubung rohani dan akidah dengan baik.``
Walau bagaimana Al-Hujwiri tidak mengemukakan apakah pendapat Ahmad al-Qassab di dalam bidang keilmuan tertentu yang mengistimewakannya, misalnya hujah keilmuan akidah yang dia dikatakan mendalam di dalam bidang berkenaan atau sebarang konsep tasawuf yang dibawa oleh Ahmad al-Qas*s*ab.
Sebaliknya Al-Hujwiri cenderung memperlihatkan keistimewaan tokoh dari segi kekeramatannya (?) yang sebenarnya bukan merupakan syarat kesufian.
Beliau menceritakan bahawa pada satu hari seekor unta  yang sarat dengan muatan bersama dengan pengembalanya – seorang pemuda melalui sebuah kawasan penempatan, tiba-tiba unta itu terjatuh oleh beratnya barang-barang yang dibawa. Pemuda tersebut menurunkan barang-barang muatan sambil berdoa keselamatan unta dan barangan yang dibawa. Pada masa itu  melewati unta berkenaan Ahmad al-Qassab. Dia bertanya hal yang berlaku. Pemuda berkenaan menceritakan keadaan untuknya yang jatuh itu. Dia memohon kepada Ahmad al-Qas*s*ab mendoakan kebaikan bagi mereka. Kononnya selepas dido`akan oleh Ahmad Al-Qas*s*ab, maka unta yang dikatakan patah kaki  itu bangkit dan meneruskan perjalanan.  Peristiwa ini ditunjukkan oleh Al-Hujwiri sebagai karamat Ahmad al-Qas*s*ab ! Namun logiknya unta letih keberatan, maka apabila rehat dan diturunkan berat barang, maka ianya dapat meneruskan perjalanan.
Peristiwa ini tidaklah sangat menunjukkan konsep Kashfu  al-mahjub yang mau ditunjukkan oleh Al-Hujwiri.
Antara pendapat Ahmad al-Qas*s*ab yang mau ditunjukkan, bahawa manusia, dapat mengatasi kerisauan dan kegundahan, jika ia berpegang kepada hakikat, segala sesuatu ditentukan oleh Tuhan dan berpegang dengan qadha` dan qadar Tuhan sebagai dipegang di dalam akidah.  Ahmad al-Qas*s*ab adalah mengukuhkan dari segi pegangan akidah yang seharusnya dipegang oleh seorang Islam berdasrkan pegangan Ahlu al-Sunnah yang betul.
Ahmad al-Qassab adalah seorang sufi sebagaimana sufi yang lain.

Sekian.

September 21, 2017

PENGKATEGORIAN TOKOH SUFI SECARA TERBUKA


BBB, 29 Dzul-Kaedah 1438H. = 20 September 2017M. (Rabu):
Antara pendekatan pembicaraan tentang tasawuf, selain dari membicarakan tentang konsep, pendekatan perjalanan kerohanian, doktrin dan kehalusan kerohanian, satu pendekatan popular yang sebenarnya telah kita bicara dan sedang membicarakan ialah pendekatan membicarakan tokoh-tokoh sufi dan pandangan-pandangan kesufian mereka.
Pendekatan membicarakan tentang tokoh yang paling lengkap ialah dlakukan  oleh `Abdul Rahman al-Sulamiyy  (m. 412H.) dengan kitabnya yang berjudu: Al-Tabaqat al-Sufiyyat. Kitab ini dirujuk oleh mereka yang membicarakan tentang tokoh sufi yang datang selepasnaya.
Abdul Rahman al-Sulamiyy membicarakan tentang 103 orang sufi yang dipecahkan kepada lima tabaqat (generasi) setiap generasi terdiri dari  20 orang, kecuali generasi kelima terdiri dari 23 orang. Pendekatannya dianggap paling sempurna kerana bagi setiap tokoh dibicarakan dari segi latar belakang, pengajian, keterlibatan di dalam kesufian,  guru-guru dan murid-murid  mereka.. Sebahagian besar dari tokoh yang dibicarakan menjadi sanad di dalam meriwayatkan Hadith. Kemudian dibicarakan tentang pendapat-pendapat tokoh-tokoh sufi berkenaan yang diriwayatkan secara gaya Hadith.
Pendekatan ketokohan adalah menjadi sebahagaian dari kandungan al-Risalat al-Qushaiyyat oleh  Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (m. 465H.). Al-Qushairy membicarakan tentang 83 tokoh sufi – tanpa pengkategorian. Pendekatan dari segi pembicaraan adalah sebagaimana dilakukan oleh al-Sulami. Bermaksud riwayat dilakukan terhadap setiap tokoh ialah menuut gaya Hadith. Banyak berlaku persamaan  antara Al-Sulami dan al-Qushairy, sehingga dapat diambil antara kesimpulan, bahawa kedua-kedua tokoh ini mendapat maklumnat tentang tokoh-tokoh sufi adalah sebahagiannya dari smber yang sama.
Al-Hujwiri dengan karyanya, iaitu Kashf al-Mahjub, sebahagian besar karangannya ini membicarakan tentang tokoh-tokoh sufi yang dipecahkan kepada:
·         Para sahabat Nabi yang menjadi Imam, iaitu Khulafa` al-Rashidin yang empat, iaitu Abu Bakar, `Umar,  `Uthman dan `Ali.
·         Para Imam dari Ahl al-Bayt, iaitu Husin Bin `Ali, Hasan bin `Ali, `Ali bin Husain bin `Ali  (Zaial `Abidin), Abu Ja`far Muhammad bin `Ali bin Husain al-Baqir. Dan Abu Muhammad Ja`far bin Muhammad al-S*adiq.
·         Para Ahli al-Suffah yang jumlah mereka lebih dari 300 orang, tetapi tidak dibicarakan semuanya.
·         Para Imam dari kalangan tabi`in, iaitu , Uways al-Qarni, Harim bin Hayyan, Hasan Basari dan Sa`id bin al-Musayyab.
·         Para Imam dari generasi  sesudah tabi`in hingga masa kini, iaitu sejumlah 64  orang dan baru sudah dibicarakan.
·         Sufi-sufi terkemuka pada masa mutaakhir, iaitu sebanyak 10 orang iaitu.
Abu al-`Abbas Ahmad bin Muhammad al-Qas*s*ab.
Abu `Ali Hasan bin Muhammad al-Daqqaq
Abu Hasan bin Muhammad al-Khurqani.
Abu `Abdullah Muhammad bin `Ali al-Dastani
Abu Said Fadhlullah bin Muhammad al-Mayhani
Abu al-Fadhl Muhammad bin Hasan al-Khuttali
Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin al-Qushairy
Abu `Abbas Ahmad bin Muhammad al-Ashqani
Abu al-Qasim bin `Ali bin `Abdullah al-Gurgani
Abu Ahmad al-Muz*affar bin Ahmad bin Hamdan
Kategori  ini  akan dibicarakan/
·         Para Sufi Mutakhir pelbagai negeri
Maksud pelbagai negeri itu adalah terhad kepada negeri-negeri Asia Tengah yang antaranya  di bawah pengaruh Parsi (Pada masa Al-Hujwiri) seperti Syria, `Iraq, Parsi,  Qubistan, Azarbaijan, T*abaristan, Kisy, Kirman, Khurasan, Transoxania dan Ghazna.
Nampaknya tidak termasuk negara-negara atau negeri-negeri d Timur jauh yang mungkin pada masa di luar dari maklumat penulis Al-Hujwiri.

Pendekatan di atas adalah terarah kepada tokoh-tokoh sufi khusus yang menekankan ciri-ciri rohani khusus yang takrif dan definisi diberi oleh mereka yang di dalam kalangan sufi mereka.
Pendekatan yang lebih terbuka dan praktikal, ialah seperti yang dilakukan oleh seperti: yang dilakukan oleh Al-Sayyid Mahmud abu al-Faydh al-Manufi al-Hasani dengan judul karya iaitu Jamharat al-Awliya`. Pendekatan adalah bermula dari Rasulullah s.a.w. kepada sahabat empat, Ahlu al-Suffah, sahabat-sahabat terkenal, kalangan tabi`in dan kalangan pendukung Islam terkemuka – termasuklah kalangan sufi khusus yang dibicarakan oleh kalangan sufi khusus. Pendekatan terbuka adalah wajar dan ciri-ciri kesufian tidak terhad kepada kalangan sufi khusus yang berada di dalam alam mereka, tetapi adalah termasuk berbagai tokoh Islam yang hidup dalam alam biasa biasa, tetapi mendukung Islam secara murni dengan meneruskan kegiatan seperti manusia biasa dan bersifat praktikal.
Meneruskan pendekatan sebagaimana di dalam Jamharat al-Awliya ialah pendekatan yang dilakukan oleh `Abdul Wahab al-Sha`rani dengan karyanya Al-Tabaqat al-Kubra (dua jilid)  Pendekatan secara terbuka yang merangkumi semua tolkoh Islam yang mendukung nilai-nilai Islam yang tertentunya melibatkan aspek kerohanian. Jumlah mereka yang dibicarakan menghampiri 400 orang. Walau bagaimana tokoh-tokoh dari alam Melayu masih di luar maklumat pengarang. Walau bagaimana pendekatan terbuka melibatkan ramai tokoh, ciri dan definisi tasawuf lebih terbuka dan tidak dimonopoli yang mengkhususkan kalangan sufi tertentu sebagaimana  ciri kesufian khusus mereka.

Sekian.

September 20, 2017

PENDAPAT AL-HAS*RI SUKAR DIFAHAMI


BBB, 28 Dzul-Hijjah 1438H. = 19 September 2017M. (Selasa):
Tokoh terakhir  kalangan sufi yang dianggap awal ialah Al-Hus*ri. Beliau  adalah Abu al-Hasan,  `Ali bin Ibrahim yang berasal dari Bas*rah dan tinggal di Baghdad. Dia adalah shaykh `Iraq dan lisannya. Kata Al-Sulami, Kita tidak melihat seorang shaykh yang lebih sempurna dari segi hal darinya dan tidak ada seindah lisan bersamanya dan tiada yang lebih tinggi kalam daripadanya. Namun mengikuti kata-katanya sukar difahami.
Memujinya lagi Al-Sulami, bahawa dia satu-satunya shaykh, lidah waktu dan satu-satu yang mengikut tariqatnya. Dia daripada ahli shaykh yang tinggi kedudukan, mesra dan lembut. Dia bercakap tentang tauhid yang dia istimewa dengannya  dan maqam pada tafrid dan tajrid yang tidak disyarikat oleh yang lain tentangnya.
Dia adalah ustadz bagi kedua belah pihak dan dengannya beradab siapa yang beradab dari kalangan mereka itu. Dia bersahabat dengan Aba Bakr al-Shibli dan lain-lain daripada shaykh. Dia meninggal di Baghdad Juma`at pada bulan Dzil-Hijjah tahun 371H.
Antara riwayat tentangnya:
``Aku mendengar `Abd al-Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar `Ali bin Ibrahim berkata,
``Sufi ialah yang tidak digoncang oleh goncangan  dan tidak tetap oleh penerusannya.``
Aku mendengar Shaykh Aba al-Hasan al-Has*ri berkata, ``Adam pada tempatnya,, adalah tempat bagi berbagai `illah, maka dikhitabkan berdasarkan amal. Firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya engkau tidak lapar padanya (syurga) dan tidak bertelanjang.`` (T*aha: 118).
Dan jikalau tidak apakah maqam muhawarah yang memberi kesan lapar  dan telanjang.``
Aku mendengarnya di dalam al-jami`,  ``Menyeruku dn balaku, Bawa datanglah apa yang ada pada kamu, Kamu daripada anak-anak Adam yang dicipta Allah dengan tangannya, dan ditiup padanya dari rohnya dan sujud kepadanya oleh mala`ikat dan diperintah dengan perintah, maka dia menmyalahinya ? Kalau diawal ada pertentangan, bagaimana dengan pengakhiran ?
Katanya aku mendengarnya berkata,
``Siapa yang mendakwa sesuatu tentang hakikat, didusta oleh penyaksian yang didedahkan oleh barahin.``
Aku mendengar Aba Nas*r `Abdullah bin `Ali al-T*usi berkata, aku mendengar l-Has*ri berkata,
``Aku melihat kehinaan pada setiap kehinaan, maka bertambah hina dengan kehinaan mereka. Maka aku melihat kemuliaan di atas setiap kemuliaan, maka bertambah kemuliaan di atas kemuliaan mereka.. Kemudian dia membaca firman Allah bermaksud:
``Siapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah kemuliaan semua.`` (Fat*ir: 10).
Aku mendengar Aba al-Farj al-Warthaniyyah berkata, aku mendengar Al-Has*ri berkata:
``Sufi yang tidak mendapati selepas ketiadaannya, maka tidak ditiadakan selepas wujudnya.``
Katanya, aku mendengarnya berkata, ``Sufi dari segi wajdan adalah wujudnya dan sifatnya menghijabkannya.``
Katanya dan berkata Al-Has*ri, ``Takut daripada Allah dan hijab, kerana apabila  takut tidak menghilangkan kehendaknya padaKu. Dan raja` tidak menyampaikan kepada kehendakku daripadanya., maka terhenti padaku daripada takut dan raja` yang tahqiq.  Adapun dari segi kesan dan keilmuan, maka wajib ke atas mereka melazimkan adab.``
Katanya, dan berkata Al-Has*ri,
``Adalah aku beberapa zaman apabila aku membaca Al-Qur`an aku tidak berlindung daripada syaitan dan aku berkata;
``Daripada syaitan sehingga dia hadhir terhadap Kalam yang Benar `Azza wa jalla.
Aku mendengar `Abdallah bin `Ali berkata, disoal Al-Hasri, ``Adakah yang cinta mesra atau gerun ?`` Maka katanya, ``Yang bercinta binasa, tidak kekal bersamanya sifat, maka dia berpuisi:
Memuncak, sungguhnya soalan tidak bermanfaat,
Engkau mengetuk pintu, yang pintunya tertutup rapat
Apakah yang meragukan engkau terus  mengetuk
Kataku gelora yang bangkit oleh rasa tamak tertutup
Engkau seumurku seseungguhnya lintasan
Bila kesampaian di luar dari tumpuan pemerhatian
Dia tidak lain dari pembunuhan atau kejayaan
Daripada apa yang hilang tanpa sebarang bimbang.
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar al-Has*ri berkata,
``Sempit diriku oleh waktu dan nafasku, aku tidak berihat melainkan detik nafas zikirku yang berlalu denganku sama ada bast, al-wudd dan kekeruhan dilalui, lalu dia berpuisi:
Masa berlalu segala dalam lipatan,
Di dalam zaman mengharapkan ihsan.
Demikian pendapat Ibrahim al-Has`ri yang tidak licin dan sukar difahami.
Sekian.

September 19, 2017

UJARAN ABU AL-QASIM IBRAHIM BIN MUHAMMAD AL-NAS*R ABADZI UNTUK DITELITI


BBB,  27 Dzul- Hijjah 1438H. = 18 September 2017M. Isnin):
Seterusnya nama yang ditampilkan oleh Al-Hujwiri ialah  Abu al-Qasim al-Nas*r Abadzi. Nama lengkapnya ialah Ibrahim bin Muhammad bin Mahbubah – Shaykh Khurasan pada zamannya. Beliau berasal dari Naisaburi, dilahir dan mendapat pendidikan di sini.
Abu al-Qasim menguasai banyak bidang ilmu. Dia menghafal sirah dan menghimpunkannya, juga menguasai bidang sejarah (tawarikh). Menguasai terutama bidang hakikat. Dia disifatkan satu-satu shaykh yang utama pada zamannya, sama ada dari segi ilmu dan hal.
Dia bersahabat dengan Ab Bakr al-Shibli,  Abi `Ali al-Rudzbari dan Abi Muhammad al-Murta`ish dan yang lain dari kalangan shaykh-shaykh. Dia tinggal di Naisabur dan pada akhir hayatnya dia ke Makkah dan menunaikan haji tahun 336H. Dia tinggal hampir dengan Tanah Haram dan meninggal tahun 367H.
Dia banyak menulis Hadith dan meriwayatkannya. Dia adalah seorang yang dipercayai (thiqah).
Bercakap kepada kami Muhammad bin Mahmawayh, al-Nas*r Abadzi al-Sufi, berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Fadhalah al-T*usi berkata, bercakap kepada kami, Ahmad bin Thaqif, bercakap kepada kami H*afs* bin Yahya daripada Kharijah bin Mus*`ab, daripada Ayyub daripada Yahya bin Abi Kathir daripada `Aishah binti Qays daripada Nabi s.a.w. (Hadith sekedudukan dan nafaqah).
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi berkata, ``Apabila nyata bagi engkau sesuatu daripada tanda-tanda kebenaran, maka jangan engkau berpaling dari bersamanya kepada syurga dan tidak kepada neraka. Dan jangan terlintas dengan keduanya di hati engkau dan apabila  engkau menyimpang  daripada yang demikian, maka tidak membesarnya oleh Allah Ta`ala.``
Aku mendengar Al-Nas*r  Abadzi berkata, ``Apabila dikhabarkan tentang Adam – dengan sifat Adam, katanya,  - Maksud firman Allah bermaksud: ``Dan berdosa Adam kepada Tuhannya, dan dia tersalah jalan.`` (Taha: 121). Dan apabila dikhabarkan tentangnya dengan kelebihannya ke atasnya, maka katanya – Firman Allah bermaksud:  ``Allah memilih Adam (Ali `Imran: 33).
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi berkata, ``Muwafakat dengan athar adalah elok, dan muwafakat suruhan adalah lebih elok dan siapa yang muwafakat dengan `al-haqq` - pada satu lahz*ah atau satu lintasan, maka sesungguhnya tidak berlaku ke atasnya selepas itu apa yang menyalahi hal.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi  berkata, ``Siapa yang beramal kerana mau melihat balasan, maka amalannya dengan bilangan dan kiraan, dan siapa beramal untuk mushahadah dia menjangkakan  jumlah  perhitungan dan bilangan. Siapa yang bekerja kerana bilangan, maka pahalanya dengan bilangan. Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Siapa yang datang dengan lima, maka baginya sepuluh gandaan seumpamanya.`` (Al-An`am: 160).
Dan siapa beramal secara mushahadah, maka balasannya tidak terbilang. Firman Allah `Azza wa Jalla bermaksud:  ``Sesungguhnya dibalas orang yang sabar itu pahala mereka itu, tanpa terhisab.``
(Al-Zumar: 10).
Dan aku mendengar Al-Nas*r Abadzi berkata, ``Rahah adalah bekas yang dipenuhi dengan celaan.``
Dan aku mendengar Al-Nas*r  Abdzi berkata, ``Yang menggemar memberi tiada kadar hitungan baginya dan yang gemar kepada yang memberi adalah mulia.``
Aku mendengar Al-Nas*r Abadzi berkata, ``Engkau berada di antara dua perkara, nisbah kepada haqq dan nisbah kepada Adam.. Apabila dinisbahkan kepada al-haqq, engkau berpindah dari segi maqam al-kashaf, kenyataan dan kebesaran. Dan adalah  dinisbahkan kepada tahaqquq `ubudiyyah. Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Dan hamba Al-Rahman yang berjalan di atas muka bumi secara bersopan santun   (Al-Furqan: 63). Dan firmannya bermaksud:
``Dan hambaku tidak adalah bagi engkau ke atas mereka itu kekuasaan untuk menyesatkan mereka.`` (Al-Hijr: 42). Dan firmanNya bermaksud: ``Maka keduanya mendapati hamba dari hamba-hambaKu. [Kami datangkan kepadanya rahmat daripada kami dan mengajarnya dari sisi kami ilmu.`` (Al-Kahfi: 65). Dan apabila dinisbahkan kepada Adam, dia masuk pada maqam-maqam ilmu dan jahil. Firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Dan ianya ditanggung oleh manusia, sesungguhnya dia adalah zalim lagi jahil.`` (Al-Ah*zab: 72).
Al-Hujwiri memberi tekanan dari segi tafsiran terhadap riwayat ini. Dengan melihat bahawa konsep Adam adalah lambang hawa nafsu dan kerosakan, lantaran itu hubungan hendaklah dengan yang tertinggi, iaitu Tuhan bagi keselamatan..
Dan aku mendengar Aba Al-Qasim berkata, ``Ibadat menuntut `al-s*afh` - permohonan dan kemaafan adalah dari ketaksirannya, derdekat dengannya ialah menuntut gantian dan balasan daripadanya.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim berkata,
``Ahlu al-mahabbah  berdiri bersama yang haqq di atas maqam, jika mereka mendekati dikenali dan jika dia lambat terhijab.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim berkata, `` Beratnya kebenaran tidak tertanggung melainkan oleh yang memacu haqq.``
Dan aku mendengar Aba al-Qasim al-Nas*r Abadzi berkata, ``Asal tasawuf adalah melazimkan kitab dan al-Sunnah, meninggalkan hawa nafsu dan perkara bid`ah, membesarkan kehormatan shaykh-shaykh, melihat kelemahan makhluk dan keelokan bersahabat dengan teman-teman dan rela memberi khidmat kepada mereka,  mengamalkan akhlak yang indah melakukan aurad, meninggalkan dari terlibat perkara rukhs*ah dan ta`wil. Tidak sesat seorang pada jalan ini, melainkan dengan kerosakan permulaan, kerana apa yang dilakukan pada permulaan memberi kesan pada pengakhiran.
Demikian pendapat Abu al-Qasim Ibrahim bin Muhammad bin Mahmud al-Nas*r Abadzi untuk diteliti.

Sekian.

September 18, 2017

PENDAPAT BERNAS ABU `UTHMAN AL-MAGHRIBI DAPAT DIHAYATI


BBB, 26 Dzul-Hijjah 1438H. =  17 September 2017M. (Ahad):
Tokoh seterusnya yang dikemukakan oleh Al-Hujwiri ialah Abu `Uthman al-Maghribi. Beliau adalah Sa`id bin Sallam berasal dari bahagian dari Qayrawan daripada kampung yang dipanggil  Karkint, iaitu di  Utara Afrika.
Pernah tinggal di Tanah Haram, Makkah beberapa masa dan menjadi shaykh di sana. Bersahabat dengan Abi `Ali al-Katib dan Habiban al-Maghribi dan Abi `Umar al-Zujaji dan bertemu dengan Abi Ya`kub al-Nahrajuri dan Abi al-Hasan al-S*aigh al-Dinuri dan lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh. Dia adalah satu-satunya dengan t*ariqatnya dan terkenal zuhud. Dia dibaratkan sebagai kubah dari kalangan shaykh-shaykh. Tidak dilihat sebagainya dari segi ketinggian hal, menjaga waktu, ketinggian hikam dan ketepatan firasat. Dia datang ke Naisabur dan meninggal di sana pada tahun 373H.
Riwayat-riwayat berkenaan Abu `Uthman al-Maghribi:
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``I`tikaf ialah menjaga anggota menurut suruhan.``
Dan aku mendengarnya berkata, ``Tidak dikenal sesuatu siapa yang tidak mengenal lawannya. Yang demikian tidak sah bagi orang yang dikatakan ikhlas akan ikhlasnya, melainkan selepas  mengenal akan riya` dan yang bertentang dengannya.``
Dan aku mendengarnya, dikatakan baginya, bahawa fulan itu musafir, maka katanya, wajib dia musafir dari segi hawa nafsunya dan syahwatnya, dan kehendaknya. Kerana bermusafir ialah dalam keadaan dagang, dan dagang adalah hina dan tidak wajar bagi orang mu`min menghinakan dirinya.``
Dan aku mendengarnya berkata, dan dia menyebutnya antaranya kata al-Shafi`e r.a.,
Ilmu ada dua, iaitu ilmu berhubung dengan agama dan ilmu yang berhubung dengan badan. Maka berkata r.h.a. al-Shafi`e, alangkah indah apa yang dikatakan.
Ilmu agama ialah ilmu yang berhubung dengan hakikat dan ma`rifat, dan
Ilmu badan ialah ilmu yang berhubung dengan siasat, riadhat dan mujahadah.``
Dan aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi berkata, ``Yang berdosa lebih baik daripada yang mendakwa !  Kerana yang berdosa –selama-lama, menuntut jalan kepada taubat dan yang mendakwa, kecamuk di dalam ikatan dakwanya.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata,  ``Siapa yang memanjangkan tangannya kepada makanan orang kaya, dengan kejahatan dan syahwat, dia tidak layak selama-lamanya dan tidak ada uzur baginya, melainkan dalam keadaan terpaksa.``
Dan aku mendengar Aba `Uthman berkata, `` Sufi ialah yang memiliki sesuatu sekadar keperluan dan tidak memiliki secara paksaan.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Siapa yang sebok dengan ahwal orang lain, maka terabailah halnya.``
Aku mendengar Aba `Uthman, Sa`id bin Sallam al-Maghribi berkata, ``Taqwa ialah berdiri di atas hudud (had-had). Dia tidak taqsir padanya dan tidak melampauinya, sebagaimana firman Allah bermaksud: ``Siapa yang melampaui had-had Allah, maka dia menzalimi dirinya.`` (Al-Talaq: 1 ).
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Siapa yang terganggu (dikesan) oleh sesuatu  yang lain akan menghilangkan daripadanya lazat taqwa.``
Dan aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Siapa yang tahqiq dari segi `ubudiyyah, maka zahir rahsianya dengan menyaksikan keaiban dan dimustajab baginya apa yang dikehendakinya.``
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Hendaklah engkau jadikan tadabbur engkau tentang ciptaan ialah tadabbur `ibrah, dan tadabbur engkau tentang diri engkau tadabbur mau`iz*ah, dan tadabbur engkau tentang Al-Qur`an ialah tadabbur hakikat dan mukashafah. Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman bermaksud:
``Apakah mereka tidak bertadabbur tentang Al-Qur`an ?`` (Muhammad: 24 & Al-Nisa`: 82).
Semoga dibalas engkau dengan membaca kandungan dan kalau tidak demikian akan kurang kefahaman dari tilawahnya.
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Yang diam – berilmu lebih baik dari yang bercakap secara jahil.``
Aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi berkata, ``Jangan bersahabat melainkan dengan orang yang amanah atau yang dapat memberi bantuan, kerana yang amanah membawa engkau kepada kebenaran dan yang memberi pertolongan dapat mendorong engkau kepada taat.``
Dan aku mendengar Abdullah al-Mu`allim berkata, aku bertanya Aba `Uthman, ``Apakah simpulan wara` ?`` Maka katanya, ``Shari`ah menyuruh engkau dan melarangnya, maka hendaklah ikut dan jangan menyalahi.``.
Aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Tatkala menyungguh orang yang cinta dengan kesungguhan mereka, pada ketaatan kepada Tuhan mereka, melembut mereka oleh haqq dan ihsan sekali selepas sekali sehingga dia dikasihi. Diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w. bahawa Baginda bersabda – bermaksud: ``Menjadi kebiasaan terpaut hati-hati  mengasihi orang yang membuat baik kepadanya.``
Dan aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``Hati ahlu al-haqq hati yang hadhir dan pendengaran mereka adalah pendengaran yang terbuka.``
Demikian sebahagian daripada pendapat-pendapat bernas Abu `Uthman al-Maghribi yang dapat dihayati.

Sekian.

September 17, 2017

ISTILAH-ISTILAH KESUFIAN DARI MUHAMMAD BIN KHAFIF


BBB, 25 Dzul-Hijjah 1438H. = 18 September 2017M. (Sabtu):
Antara nama sufi yang ditampilkan oleh Al-Hujwiri ialah Abu `Abdillah [Ibn Khafif]. Namanya ialah Muhammad bin Khafif bin Ispakshaz al-S*ubyu yang menetap di Shiraz dan adalah emaknya dari Naisaburi. Dia adalah berketurunan raja dan memisah diri dari kerabat di raja dan memilih kehidupan sufi. Adalah ia ketua shaykh-shaykh pada zamannya. Dia bersahabat dengan Ruwaym, Al-Jariri, Abi al-`Abbas bin `At*a`, Tahir al-Maqdisi dan Abi `Amrin al-Dimashqi dan dia bertemu dengan Al-Husain bin Mansur. Adalah dia alim dalam ilmu-ilmu zahir dan hakikat. Dia meninggal pada tahun 371H.
Dia juga disanad dengan Hadith:
Mengkhabarkan kami Abu `Abdillah Muhammad bin Khafif – ijazah, berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin Sam`an, katanya bercakap kepada kami Al-Fadhl  bin Hammad, berkata, bercakap kepada kami `Abdul Karim daripada Ma`ali  bin `Aman berkata, bercakap kepada kami Salih bin Musa al-T*alji daripada Abi H*azim daripada Sabl daripada Ma`ad berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Kalau dunia berharga di sisi Allah sesayap nyamuk, dia tidak akan memberi kepada orang  kafir seteguk minuman.``
Mengkhabarkan kami Muhammad bin Khafif [sebagai ijazah bahawa] dia disoal tentang tasawuf. Maka katanya, ``Membersih hati daripada muwafakat manusia, dan menjauhi dakwa yang bersifat nafsu dan daripada menurunnya sifat kerohanian, dan ta`alluq              dengan ilmu hakikat dan mengikut Rasul s.a.w. dari segi shari`ah.``
Dan berkata Ibn Khafif, tatkala Allah menciptakan  malaikat, jin dan manusia, Dia juga mencipta dari segi penjagaan (al-`Is*mah), keperluan (al-kifayah)  dan helah  (al-hilah). Maka berkata mala`ikat pilihlah, maka mereka memilih penjagaan. Kemudian dikatakan kepada jin, pilihlah, maka mereka memilih penjagaan, maka katanya, ada mendahului kamu., maka mereka memilih keperluan.
Kemudian dikatakan kepada manusia, pilihlah kamu, maka katanya kami memilih penjagaan, maka katanya telah mendahului kamu. Maka katanya, kami memilih keperluan, maka katanya telah mendahului kami. Maka mereka memilih helah. Maka adalah anak Adam terikat dengan janji mereka.``
Dan berkata Muhammad bin Khafif, `al-sakr ialah gelora hati ketika mengalami dzikr kepada yang dikasihi.``
Dan berkata Ibn Khafif, ``Riyadhah ialah memecahkan nafsu dengan berkhidmat dan menegahnya daripada fatrah.``
Dan berkata Ibn Khafif, ``al-Inbisat* ialah menghilanhgkan kelebihan ketika menyoal.``
Dan berkata Muhammad bin Khafif, ``Iman ialah membenarkan dengan hati daripada apa yang diberitahu sebenar daripada perkara yang ghaib.``
Dan berkata Muhammad bin Khafif, ``Takut ialah kegoncangan hati daripada apa yang dia tahu apa yang dialami dari al-ma`bud.``
Dan berkata Muhammad bin Khafif, ``Taqwa ialah menjauhi apa yang menjauhkan engkau daripada Allah.``
Dan kata Muhammad bin Khafif, ``Tawakkal ialah cukup dengan jaminan dan membuang sebarang tohmah dengan qadha`Nya.``
Dan berkata Abu `Abdillah Muhammad bin Khafif, ``Hakikat iradah ialah berterusan usaha dan meninggalkan rahah.``
Dan berkata Abu `Abdillah tuntutan berbagai-bagai:
Tuntutan iman ialah apa yang mengukuhkan engkau daripada sihat tas*diq dengan wa`ad dan wa`idNya.
Tuntutan ilmu apa yang menerang dengannya akan hukum-hukum, maka lahirlah dalil-dalil, maka dituntut dari segi haqq ialah mengamalkannya,
Dan tuntutan Haq, ia adalah yang apabila lahir tuntutan dan tarikan kepada melaksanakan.
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Tiada satu yang lebih mudharat dari melebihkan musamahah  nafsu menunggangi rukhs*ah dan menerima pentakwilan-pentakwilan.``
Dan berkata Abu `Abdillah bin Khafif, ``Yaqin ialah mengukuhkan asrar dengan hukum-hukum perkara-perkara  yang  ghaib.``
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Mushahadah ialah penjenguhan hati dengan kemurnian yakin kepada apa yang dikhabarkan oleh hak daripada perkara-perkara yang ghaib.
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Al-qurb ialah melipatkan kejauhan dengan kelembutan pendekatan.``
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Kesampaian ialah  berhubung dengan yang dikasihi dengan tidak ada sesuatu selain darinya.  Dan ghaib tiap suatu selain dariNya.``
Dan berkata `Abdullah, `Al-Danif ialah terbakar dalam kesenduan dan dalam berulang aduan.``
Dan berkata Abu `Abdillah, ``Himmah ialah tarikan perhatian apa yang ditumpu dengan pergi kepadanya.``
Dan ditanya Muhammad bin Khafif, Kenapa bala yang bercinta lebih besar daripada segala ahwal ? Maka katanya, kerana roh mereka terkesan, maka bala dengan cinta mereka, maka katanya (Dia kasihkan mereka –Yuhibbuhum). Dan siapa yang kuasa mendengar kalam ini, melainkan ternyata baginya hakikat-hakikat.
(Apa yang dihikayatkan di atas, mengkhabarkan daku oleh Abu `Abdillah, Muhammad bin Khafif, r.a. sebagai ijazah kepadaku dengan tulisan tangannya sendiri).
Demikianlah penjelasan berbagai istilah kesufian oleh Abu `Abdillah Muhammad bin Khafif.

Sekian

September 16, 2017

ABU AL-`ABBAS AL-QASIM AL-SAYYARI : BEBERAPA PENDAPATNYA


BBB, 24 Dzul-Hijjah 1438H. =  15  September 2017M. (Juma`at):
Nama lengkap bagi  Abu al-`Abbas al-Sayyari ialah Al-Qasim bin al-Qasim bin  Mahdi Ibn Binti Ahmad bin Sayyar. Dia adalah dari ahli Marwe dan menjadi shaykh mereka  itu. Dia dikatakan orang yang mula bercakap berkenaan hakikat ahwal di kalangan penduduk negeri mereka.
Dia bersahabat dengan Aba Bakr, Muhammad bin Musa, al-Farghani, al-Wasiti. Kepadanya dinisbahkan ilmu kepada golongan mereka. Dia dikenali seorang yang elok percakapan. Dia bercakap tentang ilmu tauhid yang menurut pendekatan sunnah yang dapat difahami oleh sahabat-sahabatnya. Beliau juga terkenal sebagai faqih yang alim  dan banyak menulis Hadith. Dia meninggal pada tahun 342H.
Beliau juga terdapat di dalam  sanad Hadith:
Mengkhabarkan kepada kami `Abdul Wahid bin `Ali al-Sayyari berkata, bercakap kepada kami Abu al-`Abbas al-Qasim bin al-Qasim al-Sayyari, bercakap kepada kami Abu al-Muwajjah, mengkhabarkan kami `Abdullah bin `Uthman berkata,
``Aku membaca daripada Abi Jamrah, daripada Al-A`mash daripada Abi Salih, daripada Abi Hurairah r.a. berkata:
``Bersabda Rasulullah  s.a.w. ``Sebaik percakapan ada empat. Tidak memudharatkan engkau dengan mana satu yang engkau mulai, iaitu:
`Subhanallah, dan al-hamdulillah, dan lailaha illa Allah dan Allahu akbar.``
Riwayat dikaitkan dengan Abu al-`Abbas al-Qasim al-Sayyari:
Sebuah sanad yang panjang sehingga sanad sebeluam akhir kepada `Uwais al-Qarni daripada `Ali  bin Abi Talib yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang kandungan intisarinya, bahawa Allah mempunyai 99 nama. Disebut semuanya – tapi tidak diperturunkan di sini,kerana ia melibatkan ruang yang panjang, hampir dua halaman.
Aku mendengar `Abdul Wahid bin `Ali al-Sayyari berkata, aku mendengar  (bapa saudaraku sebelah ibu) Aba al-`Abbas al-Sayyari berkata, ``Bagaimana jalan kepada meninggalkan dosa di atas engkau – di lauh mahfuz*, atau menghilangkan apa yang pada qadha` yang hamba padanya  terikat ?
Katanya, aku mendengar  pada satu hari, dikatakan kepadanya, bagaimana menghadapi kehidupan seorang murid ? Dan bagaimana mengharunginya ? Maka katanya,
``Dengan bersabar dengan segala suruhan,menjauhi segala larangan, dan bersahabat dengan orang-orang salih, khidmat kepada kawan-kawan, duduk bersama para fuqara`, seseorang hendaklah menyesuaikan diri dengan keadaan., kemudian dia bertamsil dan berpuisi:
Sabar engkau dari kelazatan dan berpaling
Melazimkan diri engkau berpindah berterusan
Tidaklah diri melainkan mengikut apa yang diacuan
Jika diberi  bantuan makan diterima tanpa berlebihan
Dalam laluan masa diri hendaklah menjaga sopan
Jangan sekali gelincir pendirian hilang kehormatan.
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, ``Orang kaya ada empat jenis:
``Kaya  Allah, dan kaya dengan kaya Allah, kerana Nabi s.a.w/ bersabda  `Kafa bi al-yaqin ghinan` bermaksud, ``Memada dengan yakin, kekayaan`
Dan kaya yang tidak disebut kaya, dan tidak faqir dengan apa yang datang secara rahsia, dari kehaibatan kekuasaan.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin `Ali berkata, ditanya Abu al-`Abbas tentang ma`rifat, maka katanya,
``Hakikat ma`rifat ialah keluar daripada ma`arif.``
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas juga, ``Hakikat ma`rifat tidak terlintas di hati apa yang selain daripadaNya.``
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, `` Apa yang dicakapkan oleh seseorang tentang kebenaran, melainkan   seorang itu terlindung `mahjub`.``
Katanya, dan berkata Abu al-`Abbas, `` Siapa yang memelihara hatinya bersama Allah dari segi kebenaran, Allah mengeluarkan dari lidahnya hikmat-hikmat.``
Katanya, aku mendengar Aba al-`Abbas berkata tentang firman Allah Ta`ala:
``Kulla yaumin Huwa fi sha`n``  bermaksud, ``Tiap hari Dia dengan tugas.``
Katanye bermaksud: ``Menz*ahirkan yang ghaib dan mengghaibkan yang z*ahir.``
Katanya, berkata Abu al-`Abbas, ``Pakaian hidayah bagi orang awam, dan pakaian haibat bagi al`arifin, dan palaian hiasan bagi ahli dunia,, dan pakaian pertemuan bagi para auliya`, dan pakaian taqwa bagi ahli al-hudhur. Firman Allah Ta`ala: ``Wa libasu al-taqwa dzalika (al-A`raf: 26). Bermaksud ``Dan pakaian taqwa adalah demikian.``
Katanya dan berkata Abu al-`Abbas, ``Dari mana keperluan kehidupan engkau ?, Katanya,  ``Daripada orang yang menyempitkan penghidupan kepada siapa yang dikehendaki tanpa `illah dan meluaskan kepada yang dikehendaki dengan tanpa `illah.``
Demikian pandangan Abu al-`Abbas al-Qasim al-Sayyari mengenai beberapa  perkara.

Sekian.

September 15, 2017

LATAR DAN BIDANG ABU `ALI AL-RUDZBARI


BBB, 23 Dzul-Hijjah 1438H. =  14 September 2017M. (Khamis):
Nama  lengkap bagi Abu `Ali al-Rudzbari, ialah Ahmad bin Muhammad bin al-Qasim bin Mansur
{Ibn Shahriyar bin Muharzdadar bin Furghudud bin Kisara}, yakni berketurunan Raja Parsi.
Demikianlah menyebutnya kepadaku oleh `Abdullah bin `Ali.
Katanya, aku mendengar Aba `Abdillah Ahmad bin `At*a` al-Rudzbari berkata sedemikian.  Dari  ahli  Baghdad dan tinggal di Mesir dan menjadi Shaykh dan mati di sana, iaitu pada tahun 322H. Demikianlah sebagaimana disebut oleh  Husain bin Ahmad al-Razi.
Abu `Ali bersahabat dengan Abi al-Qasim al-Junayd, Abi al-Husain al-Nuri, Abi Hamzah dan Hasan al-Sanuji. Generasinya dari `ulama` Baghdad dan bersahabat dengan Ibn al-Jala` dari Sham.
Abu `Ali al-Rudzbari adalah seorang yang `alim, faqih dan mendalam dalam  ilmu tariqat. Beliau juga banyak menghafal Hadit-Hadith.
Beliau berada di dalam sanad Hadith:
Mengkhabarkan kepada kami Abu al-Fadhl, Nas*r bin Muhammad bin Ya`kub al-T*usiberkata, bercakap kepada kami Qusaim bin Ahmad, Ghulam al-Zaqqaq, bercakap kepada kami Abu `Ali al-Rudzbari al-Sufi, bercakap kepada kami Yusof, bercakap kepada kami Husain bin Nas*r daripada Waraqa` daripada Ibn Abi Nuh*aih* daripada Mujahid daripada Ibn `Abbas pada firman Allah Ta`ala
`Yakhafun Rabbahum min fauqihim`` (Al-Nahl: 50).
Bermaksud:
``Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka.``
Maksud takut di sini menurut Al-Sulami, ialah bagi meninggikan (al-Ijlal)).

Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad al-Dimashqi, berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari,  disoal tentang  isyarat. Maka katanya isyarat menggantikan apa yang mengandunginya  daripada wujdan daripada apa yang diisyaratkan kepadanya, tidak yang lain, pada hakikatnya, bahawa isyarat disertai  `illah-`illah dan `illah-`illah jauh dari `ayn hakikat.
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari disoal tentang maksud `murid dan murad`. Maka katanya `al-murid` yang tidak dikehendaki bagi dirinya, melainkan apa yang dikehendaki Allah baginya. Dan `al-murad` pula  tidak dikehendaki dari `al-kaun`  sesuatu yang lain daripadanya.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah  berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari disoal, tentang tasawuf. Dia berkata, ``Ini adalah madzhab seluruhnya bersungguh, maka jangan engkau mencemarinya  dengan  sesuatu yang bersifat gurauan.``
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Kazaruniyy berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari berkata,
``Tidak ada keredhaan bagi yang tidak bersabar, dan tidak ada kesempurnaan bagi yang tidak bersyukur. Dengan Allah sampai orang `arif kepada kekasihnya, Dan mereka bersyukur di atas nematNya.``
Aku mendengar Aba  al-`Abbas al-Nasawiyy berkata, aku mendengar Ahmad bin `At*a` berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Zaqqaq, katanya, aku bertanya Aba `Ali al-Rudzbari tentang taubat,  maka katantanya, ``I`tiraf,, kesal dan mencabut sama sekali.``
Dengan sanad Mansur bin `Abdullah berkata, berkata `Ali al-Rudzbari:
``Mushahadah ialah bagi hati, mukashafah bagi asrar, mu`ayanah bagi abs*ar (penglihatan) dan mura`at bagi yang mempunyi mata.``
Dengan sanad di atas, berkata Abu `Ali, ``Siapa yang melihat dirinya (dengan ghurur) sekali, dia buta daripada melihat secara iktibar daripada sesuatu  daripada kejadian kejadian alam.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu `Ali al-Rudzbari, ``Siapa yang mendakwa dengan dirinya sesuatu, terlepas darinya hakikat. Jikalau dia tahqiq dengan sesuatu, maka hakikat bercakap dan tidak berlaku dakwa-dakwi.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari berkata,
``Memberi manfaat kepada keyakinan dengan  kebesaran yang hak pada mata engkau dan kecil yang lainnya di sisi engkau dan tetap khauf dan raja` pada hati engkau.``
Katanya aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari bekata;
``Apa yang lahir daipada ne`mat itu dalil disebalik sifat karamNya.``
Dengan sanad Mansur bin `Abdullah, katanya, berkata Abu `Ali al-Rudzbari:
``Lahirnya kebenaran tertinggi dinyatakan kepada makhluk ialah sebagai penenangan bagi mesra yang mencintaiNya dan jinak dengan hati para `arifin.``
Dengan sanad di atas berkata Abu `Ali al-Rudzbari,
Guruku bagi bidang tasawuf ialah Al-Junayd,
Ustadzku di dalam fiqh ialah Abu al-`Abbas bin Suraij
Ustadzku di dalam sastera  (al-adab) ialah Tha`lab,
Dan ustadzku bidang Hadith ialah Ibrahim al-Harbi.`
Demikian latar  dan bidang `Ali al-Rudzbari.


Sekian.

September 14, 2017

PENDAPAT JA`FAR AL-KHULDI YANG MEMIKAT


BBB, 22 Dzul-Hijjah 1438H. =  13 September 2017M. (Rabu):
Antara tokoh yang ditampilkan oleh Al-Hujwiri ialah Ja`far bin Muhammad al-Khuldi. Beliau ialah Ja`far bin Muhammad bin Nus*air,  Abu Muhammad al-Khawas*s*.  Lahir di Baghdad dan mula mendapat pendidikan di sana, terkenal persahabatannya dengan  Al-Junayd, sebagaimana dia juga bersahabat dengan Abi al-Husain al-Nuri, Ruwaym, Samnun dan Abi Muhammad al-Jariri dan lain-lain daripada shaykh-shaykh semasa. Dia menjadi rujukan  ilmu-ilmu bagi kaumnya. Dia dari kalangan shaykh yang memberi fatwa, berkedudukan, elok kata. Dia  menunaikan haji lebih kurang 60 kali  !
Dia meninggal di Baghdad tahun 348H. dan kuburnya di Shuniziyyah berdekatan dengan kubur Sari Saqati dan Al-Junayd al-Baghdadi. Adalah didengar dari Ja`fa bin Nus*air mengatakan bahawa, ``Aku mempunyai 130 diwan daripada diwan-diwan sufi.``
Menurut Al-Hujwiri, Ja`far al-Khuldi adalah pemula yang meriwayatkan  tentang tokoh-tokoh sufi. Dikatakan untuk mengelak dari merasa bangga, beliau sengaja menisbahkan setengah riwayat kepada orang lain. Menurut Al-Hujwiri, Ja`far al-Khuldi memberi penekanan tentang tawakkal. Menurutnya,
``Tawakkal memberi ketenangan kepada seseorang, kerana mengetahui hakikat ketentuan adalah pada Allah, sama ada dapat atau tidak.  Semuanya milik dan ketentuan dari Allah. Sebagai mengukuhkan pendapatnya beliau menceritakan,  ``Pada satu hari Ja`far datang menemui Al-Junayd. Beliau mendapati Al-Junayd sedang demam. Ja`far mendo`akan kepada Tuhan agar menyembuhnya.
Kata Al-Junayd, ``Aku juga memohon sepertimu, tapi aku mendengar suara ghaib, ``Tubuhmu adalah milikku, siapa sebenarnya dirimu ?
Antara riwayat tentang Ja`far al-Khuldi:
Aku mendengar Aba al-Fath al-Qawwas al-Zahid di Baghdad berkata,  aku mendengar Ja`far bin Muhammad al-Khuldi berkata,
``Seorang hamba tidak mendapat lazat muamalah bersama lazat nafsu, kerana ahli hakikat memutuskan hubungan dengan yang boleh memutuskan mereka daripada Haqq sebelum diputuskan hubungan dengan orang ramai.``
Katanya, berkata Ja`far, ``Perbezaan antara riya` dan ikhlas, bahawa orang yang riya` bekerja untuk  dilihat, sedang  yang ikhlas bekerja sebagai menyampaikan.``
Katanya, berkata Ja`far, ``Orang bijak menghinakan nafsu dan mementingkan kehormatan orang Islam.``
Katanya, aku mendengar Ja`far  al-Khuldi berkata,
``Jadilah hamba kepada Allah secara ikhlas dan bebas dari segala yang lain.
Aku mendengar Husain bin Yahya al-Shafi`e berkata, aku mendengar Ja`far al-Khuldi disoal tentang tawakkal, maka katanya, ``Mengimbangi hati ketika wujud dan `adam (tiada), bahkan rentak ketika tiada dan campuran wujud, bahkan istiqamah beserta Allah di atas kedua hal.``
Katanya, aku mendengar setengah sahabat Ja`far berkata, aku bersamanya di perkuburan Al-Suniriyyah sedang seorang perempuan menangis tangisan yang memilukan dan dia menepuk-nepuk di atas kubur, maka berkata Ja`far kepadanya, Apakah hal ?``, maka kata perempuan itu. Dukaku kematian anak lelakiku. Maka berpuisi Ja`far dengan ungkapan berikut:
Mereka berkata, dukaku, siapa yang tidak merasa
Perpisahan begitu berat  dengan yang amat dicinta
Dia memberi kesan mendalam oleh perpisahan
Pahitnya  rasa meminum berair dari jadam.
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Hallal di Marwe berkata, aku mendengar Ja`far berkata kepada seorang lelaki, ``Jadilah berhemah mulia, kerana hemah dicapai oleh lelaki bercita-cita, tidak lain dari mujahadah.``
Aku mendengar Ja`far berkata, ``Usaha pembebasan bagi semua dan bukan untuk persendirian !``
Katanya, berkata Ja`far  kepada setengah sahabatnya, ``Jauhi daripada dakwa-dakwi, hendaklah melazimi dengan apa yang disuruh. Sering kali  aku mendengar sayyidina Al-Junayd berkata,
``Siapa  yang melazimi tariqat mu`amalah dengan ikhlas, Allah menjaganya daripada dakwa-dakwi yang dusta.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan berkata, ``Aku mendengar  Ja`far al-Khuldi berkata, ``Sesungguhnya antara langit dan antara  kewujudan beradanya hati yang taqwa, apabila  hati bertapak taqwa, maka turunlah barakat ilmu dan tertolak daripada kehendak dunia padanya.``
Katanya, disoal Ja`far tentang akal, katanya, ``Akal menjauh engkau dari terjebak didalam kebinasaan.``
Katanya disoal Ja`far berhubung dengan firman Allah bernmaksud:
``Wa man yakfur bi al-iman faqad h*abit*a `amaluh`` (Al-Ma`idah: 5).
``Siapa yang kufur dari beriman,  maka binasalah amalannya.``
Maka katanya, ``Barangsiapa tidak bersungguh di dalam ma`rifatnya, maka tidak diterima khidmatnya.``
Dan katanya, berkata Ja`far, ``Siapa yang dikurniai  roh s`olah,  maka melazimi dia menghormati makhluk, dan siapa yang dikurniai roh s*iddiqiyyah menuntut dirinya benar pada segala ahwalnya,, dan siapa yang dikurniai  kepadanya  roh ma`rifat  dia tahu  tibanya perkara-perkara dan sumber-sumbernya dan siapa yang dikurniai  kepadanya roh  mushahadah, dimuliakan dengan ilmu al-ladunni.``
Demikianlah pendapat-pendapat Ja`far al-Khuldi yang memikat.

Sekian.