BBB, 13 Jamadil-Awwal 1439H. = 30 Januari
2018M. (Selasa):
Antara kegiatan selepas ditubuhkan
jawatankuasa Pembangunan Masjid al-Umm pada 4 Februari 2010, maka melalui Mesyuarat
Jawatankuasa pada 11 Mac 2019 ialah antaranya bersetuju mau mengadakan gotong
royong membersihkan tapak masjid di Jalan ¼
Bandar Baru Bangi.
Tapak masjid pada masa itu adalah dipenuhi
dengan hutan dan semak sekunder. Ianya dibiarkan sejak kerja melandscapekan
kawasan itu pada tahun 1975. Sebelah kiri berhampiran padang awam di tanah
tinggi daripada padang tumbuh subur pokok-pokok gelam Australia (akasia).
Pokok-pokok gelam ini juga lebih tebal pada
bahagian tepi sebelah kanan jalan ke sekolah. Hutan gelam ini tidak dipotong dan meninggi
mendominasi pokok-pokok yang lain. Pada bahagian jalan ke Dewan Orang Ramai,
terdapat juga pokok-pokok gelam, tetapi lebih nipis. Dari sini biasanya orang
masuk ke tengah mencari kayu api atau memikat burung. Manakala pada bahagian
tepi bersempadan perumahan semi D (lama) diguna oleh setengah tuan rumah untuk
bertanam pokok-pokok buah-buahan dan
setengahnya membina ruang permainan (badminton), khususnya untuk keluarga.
Gotong royong pada kawasan tersebut dilakukan pada 28 Mac 2010. Seramai
lebihkurang tiga puluh peserta datang dengan membawa peralatan memotong seperti
gergaji, parang dan pemotong kayu.
Mereka menebas ruang yang agak
semak itu. Terdapat pokok-pokok besar yang dikekalkan oleh pihak pembersih di bawah
PKNS dahulu tidak mampu dibersihkan. Walau bagaimana tidaklah banyak dan luas
yang dapat dilakukan oleh petugas-petugas yang bergotong royong dengan
alat-alat pomotong yang menggunakan tangan. Sampah-sampah yang dipotong dilonggok bersama sampah-sampah
yang sedia ada. Berikutnya pada 7 Mei
2010, pihak jawatankuasa mengupah pekerja memasang zinc putih pada kawasan
tapak masjid, tapi tidak menyeluruh.
Selepas gotong royong di atas, sebenarnya usaha membersih kawasan tapak dilakukan lagi
oleh kontrektor (seorang AJK) dan
kawan-kawannya. Pembersihan kali ini adalah dengan menggunakan peralatan
seperti boldozar yang menjatuhkan pokok-pokok besar dan meratakan tanah yang
berhutan. Walau bagaimana hanya sebahagian daripada hutan tapak masjid tersebut
dapat dibersihkan.
Namun pada mesyuarat Jawatakuasa Pembangunan
pada 28 Julai 2010 mempersoalkan tindakan pembersih dan kawan-kawannya membersih kawasan
berkenaan, dengan tidak merujuk terlebih
dahulu kepada AJK, lagi pula tuntutan kerja
pembersihan agak tinggi, iaitu RM7,000
yang dianggap mahal pada masa itu.
Satu yang disedari pada masa itu dan menjadi
pertanyaan, ialah wajarkan seorang AJK
menjadi kontrektor bagi pembesihan, sedangkan ia seorang ahli jawatankuasa.
Tidakkah ianya boleh membawa kepada `conflict of interest ?`
Berdepan dengan situasi begini, kita
bertentang dengan aspek nilai Islam yang juga menjadi nilai Takmilah dan
universal, iaitu adalah tidak manis kita sebagai jawatankuasa pembangunan mengambil kontrek, walaupun tidak salah, jika
jujur, tetapi kurang manis dari segi amalan, kerana dilihat boleh bersifat
sebagai mementingkan kroni. Adalah lebih baik jangan libatkan diri bagi kontrek
yang dianggap boleh bersifat ada kepentingan diri. Lebih baik mencari peluang
pada tempat lain. Dan jika hendak dilakukan sepatutnya secara sukarela dan
percuma. Dengan cara sedemikian meyerlahkan imej yang baik jawatankuasa dengan
melakukan kebajikan secara sukarela. Sebenarnya perkara ini tidaklah menimbulkan
masalah besar dan menyedari situasi sedemikian, maka ianya diperbaiki.
Dilihat dari segi takmilah pengajaran yang
sepatutnya diambil, jangan diambil kesempatan apabila kita berada di dalam
satu-satu organisasi yang memungkinkan kita mendapat faedah dan keuntungan
bersifat peribadi, kerana ianya boleh merosakkan imej diri dan hilang dari
keikhlasan. Lebih baik elak dari terlibat dan berilah kesempatan yang
sedemikian kepada orang luar yang tidak berkenaan, dengan demikian kegiatan
dilihat lebih telus dan terbuka.
Sekian.