BBB, 04
Jamadil Awwal 1439H. = 21 Januari 2018 (Ahad):
Sebagaimana disebutkan seseorang atau
ahli sesebuah kariah, jikapun berhasrat
untuk mendirikan masjid, bahkan surau, walaupun sudah ada tanah persendirian
atau yang diwaqafkan seseorang untuk mendirikan masjid atau surau, maka dia
atau ahli kariah tidak boleh bertindak mendirikan begitu saja, misalnya masjid,
walaupun katakan sudah ada peruntukan yang mencukupi.
Untuk mendirikan masjid perlu ada
mesyuarat di kalangan penduduk sama ada
mereka bersetuju atau tidak, jika bersetuju, semestinya diketahui tentang tapak
dan kedudukan jaraknya dengan masjid yang lain agar tidak menimbulkan konflik
antara jama`ah. Cukupkah jama`ah bila didirikan masjid, khususnya untuk solat Juma`at
, adakah jamaah berlebihan pada masjid berjiran hingga memerlukan kepada
mendirikan masjid yang lain.
Untuk mendapat jawapan, memerlukan kepada
pandangan, ulasan dan sokongan pihak berkenaan seperti ulasan nazir dari masjid
berjiran, ketua kampung, penghulu mukim, pegawai tadbir agama daerah, ulasan ADUN
setempat dan ulasan Orang Besar Daerah.
Semua maklumat di atas perlu didapati untuk
mengelak dari konflik dan pertentangan. Dengan itu ianya dapat ditadbir dengan
baik, khususnya dari JAIS-MAIS yang
mengawal masjid dan surau. Melalui maklumat yang diketahui dapat disalurkan
maklumat dan kegiatan yang wajar dijalankan di sesebuah masjid. Juga untuk
disalurkan peruntukan dan bantuan.
Syarat dan keperluan ini diberi perhatian dari
awal oleh AJK Masjid Al-Umm. Selepas tapak dan tanah bagi Masjid Al-Umm digezet
dan mendapat persetujuan JAIS-MAIS, maka borang bagi permohonan dikemukakan.
Surat dan borang permohonan bertarikh 21.03. 2011 dihantar oleh Setiausaha
Jawatankuasa Pembinaan Masjid al-Umm, BBB pada masa itu, iaitu Tuan Hussin bin
Hj. Yunos kepada :
Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah,
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat,
Jalan Low Tikok,
43000 Kajang.
Surat menyebut dua tujuan.
1) Mohon kebenaran Bina Masjid Al-Umm di Seksyen Satu
Bandar Baru Bangi
2) Mohon Kebenaran Memungut Dana Bagi Masjid Al-Umm
Bandar Baru Bangi.
Disebutkan bahawa:
Borang Kebenaran Mendirikan Masjid Al-Umm
beserta dengan dokumen yang berkaitan disertakan sebagaimana yang disenaraikan.
Dan Borang Kebenaran Memungut derma bagi
masjid yang sama beserta dengan dokumen berkenaan juga disertakan.
Pihak Setiausaha berharap mendapat kelulusan
yang sewajarnya bagi kedua-dua permohonan di atas.
Butir-butir permohonan Pembinaan Masjid di
Negeri Selangor Tahun 2011M/1432H. yang perlu dipenuhkan ialah:
1. Nama Masjid:
Masjid al-Umm
2. Alamat Masjid: Lot 51177, Jalan 1/4A, Seksyen
Satu, 43650, Bandar Baru Bangi.
3. Daerah: Hulu Langat
4. Mukim:
Kajang
5. Status Tanah:
Wakaf
6. Keluasan Tapak:
1.93 ekar
7. Jumlah Penduduk: 30,000 orang
8. Nama Masjid Kariah: Masjid Jamik Al-Hasanah
9. Jarak Masjid Terdekat: 3.5
km.
10. Sokongan
1) Nama Masjid: Masjid Al-Hasanah
2) ADUN:
Kawasan Bangi
3) YDH Orang Besar Daerah Hulu Langat
4) Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat
5) Ketua Penghulu Daerah Hulu Langat.
Bersambung ...
Sekian.
No comments:
Post a Comment