BBB, 11
Jamadil Awwal 1439H. = 28 Januari 2018M. (Ahad):
Derma yang didapati dari Majlis Pelancaran
Tabung Masjid Al-Umm pada Sabtu 27 Jamadil-Akhir 1433H. bersamaan 19 Mei 2012
jam 10.00 pagi itu adalah merupakan induk bagi `Dana Masjid Al-Umm`.
Sebelum dari pelancaran derma tersebut iklan
telah dibuat kepada surau-surau, iklan secara terbuka dan kepada tokoh-tokoh
telah dibuat dan dijemput mereka hadir sama ke Majlis Pelancaran Tabung Masjid Al-Umm.
Cara menderma pada pagi itu dilakukan secara:
·
Pihak masjid-surau yang telah memungut derma
terlebih dahulu menyampaikan jumlah yang didapati kepada Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm dan dikumpulkan ke dalam Tabung.
·
Orang
perseorangan juga menyerahkan derma secara langsung kepada Pengerusi Pembinaan
Masjid.
·
Dengan
memasukkan derma secara langsung ke dalam tabung-tabung derma yang disediakan.
Apa yang menyentuh hati bahawa pada pagi itu
seorang muslimah (sengaja tidak disebut namanya) berjumpa dengan Penulis selaku
Pengerusi Pembinaan Masjid menyerahkan cek sebanyak RM100,000 atas nama ibunya
yang telah meninggal sebagai derma bagi Tabung Masjid Al-Umm. Derma ini memberi
makna:
·
Kasih sayang
seorang anak terhadap ibunya dan sanggup menyerahkan derma sejumlah RM100,000
tersebut atas nama ibunya. Dari caranya, dia bukanlah dari orang yang kaya,
tetapi orang biasa, tetapi sanggup menderma dengan sejumlah tersebut.
·
Melambangkan
kemurnian jiwa dan keikhlasan hati penyampai derma tersebut.
·
Melambangkan
konsep Takmilah kejiwaan penyerah derma yang memilih tempat yang paling sesuai,
iaitu derma untuk masjid.
Dengan harapan tinggi itu menambahkan azam dan
komitmen kami mencari derma dan berazam mendirikan masjid yang diharapkan di
dalam masa yang terdekat.
Derma yang di dapat pada hari itu ialah:
Cek bernilai RM100,000
Derma tunai RM
40,000
Iklan 10 syarikat dlm. Buku program RM10,800
Ini bererti dapatan derma pada hari pelancaran
itu ialah RM150,800. Iaitu satu jumlah yang menggembirakan kami. Perbelanjaan
bagi pelancaran ialah RM9,694.00 yang dapat digunakan dari pendapatan dari
iklan syarikat-syarikat.
Bermula dari itu usaha-usaha memungut derma
dilakukan melalui tabung-tabung yang diletak di masjid-masjid, surau-surau,
dari individu-individu dan berbagai institusi.
Kami mengharapkan dalam masa setengah tahun
dari pelancaran derma berkenaan, pembinaan dapat dimulakan. Insha Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment