January 31, 2018

ELAK TIDAK WAJAR, BIAR TELUS DAN TERBUKA - NILAI TAKMILAH


BBB, 13 Jamadil-Awwal 1439H. = 30 Januari 2018M. (Selasa):
Antara kegiatan selepas ditubuhkan jawatankuasa Pembangunan Masjid al-Umm pada 4 Februari 2010, maka melalui Mesyuarat Jawatankuasa pada 11 Mac 2019 ialah antaranya bersetuju mau mengadakan gotong royong membersihkan tapak masjid di Jalan ¼  Bandar Baru Bangi.
Tapak masjid pada masa itu adalah dipenuhi dengan hutan dan semak sekunder. Ianya dibiarkan sejak kerja melandscapekan kawasan itu pada tahun 1975. Sebelah kiri berhampiran padang awam di tanah tinggi daripada padang tumbuh subur  pokok-pokok gelam Australia (akasia). Pokok-pokok gelam ini juga lebih tebal pada  bahagian tepi sebelah kanan jalan ke sekolah.  Hutan gelam ini tidak dipotong dan meninggi mendominasi pokok-pokok yang lain. Pada bahagian jalan ke Dewan Orang Ramai, terdapat juga pokok-pokok gelam, tetapi lebih nipis. Dari sini biasanya orang masuk ke tengah mencari kayu api atau memikat burung. Manakala pada bahagian tepi bersempadan perumahan semi D (lama) diguna oleh setengah tuan rumah untuk bertanam  pokok-pokok buah-buahan dan setengahnya membina ruang permainan (badminton), khususnya untuk keluarga.
Gotong royong  pada kawasan tersebut  dilakukan pada 28 Mac 2010. Seramai lebihkurang tiga puluh peserta datang dengan membawa peralatan memotong seperti gergaji, parang dan pemotong kayu.  Mereka  menebas ruang yang agak semak itu. Terdapat pokok-pokok besar  yang dikekalkan oleh pihak pembersih di bawah PKNS dahulu tidak mampu dibersihkan. Walau bagaimana tidaklah banyak dan luas yang dapat dilakukan oleh petugas-petugas yang bergotong royong dengan alat-alat pomotong yang menggunakan tangan. Sampah-sampah  yang dipotong dilonggok bersama sampah-sampah yang sedia ada. Berikutnya pada  7 Mei 2010, pihak jawatankuasa mengupah pekerja memasang zinc putih pada kawasan tapak masjid, tapi tidak menyeluruh.
Selepas gotong royong di atas, sebenarnya  usaha membersih kawasan tapak dilakukan lagi oleh kontrektor  (seorang AJK) dan kawan-kawannya. Pembersihan kali ini adalah dengan menggunakan peralatan seperti boldozar yang menjatuhkan pokok-pokok besar dan meratakan tanah yang berhutan. Walau bagaimana hanya sebahagian daripada hutan tapak masjid  tersebut  dapat dibersihkan.
Namun pada mesyuarat Jawatakuasa Pembangunan pada 28 Julai 2010 mempersoalkan tindakan pembersih  dan kawan-kawannya membersih kawasan berkenaan, dengan tidak  merujuk terlebih dahulu kepada  AJK, lagi pula tuntutan kerja pembersihan agak tinggi, iaitu RM7,000  yang dianggap mahal pada masa itu.
Satu yang disedari pada masa itu dan menjadi pertanyaan, ialah wajarkan seorang  AJK menjadi kontrektor bagi pembesihan, sedangkan ia seorang ahli jawatankuasa. Tidakkah ianya boleh membawa kepada `conflict of interest ?`
Berdepan dengan situasi begini, kita bertentang dengan aspek nilai Islam yang juga menjadi nilai Takmilah dan universal, iaitu adalah tidak manis kita sebagai jawatankuasa pembangunan  mengambil kontrek, walaupun tidak salah, jika jujur, tetapi kurang manis dari segi amalan, kerana dilihat boleh bersifat sebagai mementingkan kroni. Adalah lebih baik jangan libatkan diri bagi kontrek yang dianggap boleh bersifat ada kepentingan diri. Lebih baik mencari peluang pada tempat lain. Dan jika hendak dilakukan sepatutnya secara sukarela dan percuma. Dengan cara sedemikian meyerlahkan imej yang baik jawatankuasa dengan melakukan kebajikan secara sukarela. Sebenarnya perkara ini tidaklah menimbulkan masalah besar dan menyedari situasi sedemikian, maka ianya  diperbaiki.
Dilihat dari segi takmilah pengajaran yang sepatutnya diambil, jangan diambil kesempatan apabila kita berada di dalam satu-satu organisasi yang memungkinkan kita mendapat faedah dan keuntungan bersifat peribadi, kerana ianya boleh merosakkan imej diri dan hilang dari keikhlasan. Lebih baik elak dari terlibat dan berilah kesempatan yang sedemikian kepada orang luar yang tidak berkenaan, dengan demikian kegiatan dilihat  lebih telus dan terbuka.

Sekian.

No comments:

Post a Comment