BBB, 14 Rabi`ul-Akhir 1439H. = 2 Januari 2018
(Selasa):
Pandangan wujud bermaksud ialah menerima
bahawa wujudnya kewujudan, tanpa menerimanya, bererti menafikan yang wujud,
jika demikian, bagaimana dia boleh berbicara di dalam keadaan menolak dirinya
(wujud) untuk menyatakan yang `tidak wujud`, jika demikian tentulah sesuatu
yang anih menafikan dirinya wujud untuk membicarakan yang tidak wujud ?
Diri dan yang lain adalah wujud. Yang perlu
ialah untuk mengetahui tentang yang wujud itu dengan kedudukan sebenar, supaya
tidak saja berlaku kesilapan tanggap, lantaran akibat dari kesilapan ini
mengakibatkan kesilapan dari `tindakan` dan seterusnya berantai dan berkesinambungan
kesilapan. Lantaran itu betul `Pandangan wujud` adalah penting, supaya dari awal pegangan adalah
jelas, `Pandangan Wujud` yang jelas, membuka ruang, jalan dan arah yang jelas.
Wujud adalah sesuatu yang `realiti` dan dapat
dilihat dari keberadaan, keteraturan, perlangsungan dan yang menanggapi wujud
itu terlibat sama dalam penerusan wujud ini. Namun baik secara sedar atau di
bawah sedar ada siri-siri pertanyaan.
Adakah wujud setakat yang diperhati ?
Bagaimana berlaku proses penerusan, misalnya
kelangsungannya secara teratur seperti berlakunya pergerakan matahari, bulan
dan juga planet-planet yang lain secara
teratur, demikian pertukaran siang dan malam. Turun kepada yang lebih dekat,
fenomena di bumi, misalnya panas dan hujan, trumbuh tumbuhan yang mewujudkan
makanan dan manusia berkembang dengan zuriat keturunan dan mengendalikan
kehidupan dengan berbagai kaedah dan cara tadbiran. Apakah semuanya ini setakat
luaran ini ? Kesimpulan ada pengatur yang menagtur, ada yang menguasai segala
yang wujud ini. Dan wujud ini selain dari yang lahir yang dapat dilihat dengan
mata kepala yang terhad ini ada yang tidak kelihatan secara lahiri. Dalam kata
lain ada yang ghaib, yang berkemahuan
yang mengendalikan kewujudan, yang berkuasa, yang mentadbir secara jelas, halus
dan seni. Puncaknya ada yang dikenali dengan Tuhan atau dikenali sebagai Allah.
Memandang dengan bentul kewujudan terhadap
yang lahir dan ghaib secara betul membetulkan
pandangan wujud, menjelaskan kelilingan, arah dan jalan bagi pergerakan
lahiri – jasmani, mental dan rohani dan dalaman diri.
Banyak natijah yang dapat ditarik dari `Pandangan
wujud` yang benar. Antaranya:
Pengwujud tentang kewujudan yang sempurna ini
adalah `Wujud Yang Maha Kamil (Sempurna)
Pengwujud tentang kewujudan yang sempurna ini
adalah Yang Maha Tahu tentang ghaib dan shahadah.
Pengwujud tentang kewujudan yang indah adalah Maha Indah yang
memancarkan keindahan pada segala yang wujud.
Ciri dan sifat unggul pada pengwujud itu,
bukan setakat tiga perkara yang disebut
di atas, tetapi padanya terhimpun segala kesempurnaan, maka:
Dialah Tuhan yang menjadi induk kepercayaan.
Dialah Tuhan yang mengarah kepadaNya segala
permohonan dan harapan.
Dialah menjadi sumber kesegalaan yang mampu
mengurnia tanpa had atau menyekat.
Dialah menjadi `Pancang Nilai dan Etika` yang
dikenali baik dan jahat.
Dialah yang menjadi sumber ilham, seni,
kreativiti dan inovasi.
Dan berbagai-bagai kesedaran.
Apabila kesedaran tentang kewujudan dan
Pandangan Wujud yang betul, menjadikannya bergerak dengan kesegalaan dengan
cara yang betul, bahkan pandangan wujud memandu terhadap tindakan yang betul,
bahkan mencari yang betul dan mengakibatkan terhasilnya sesuatu yang betul.
Sekian.
No comments:
Post a Comment