BBB, 02
Jamadil Awwal 1439H. = 18 Januari 2018M. (Juma`at):
Tugas utama bagi AJK yang dilantik ialah
menyediakan keperluan-keperluan persediaan bagi tahap pemnbinaan fizikal
masjid. Mereka yang dilantik dilihat memenuhi keperluan yang diperlukan.
Misalnya Pengerusi sebagai orang politik dan terlibat dengan tadbiran
masjid-masjid pada peringkat negeri dan mempunyai hubungan baik dengan pihak
atasan baik dari peringkat kerajaan negeri dan JAIS-MAIS diharap memudahkan
urusan bagi mendapat kebenaran mendirikan masjid.
Adanya YDP Persatuan Penduduk BBB Dr. Tajul
Ariffin Noordin di dalam AJK mengukuhkan sokongan dan memudahkan hubungan
dengan pihak jabatan-jabatan terutama pada peringkat Daerah. Sokongan Persatuan
Penduduk BBB adalah penting, ianya mencerminkan sokongan penduduk.
Adanya Tuan Haji Mohd. Ghazali Abas adalah
sebagai aset penting bagi masjid. Beliau seorang yang aktif memimpin surau al-Umm
dari peringkat permulaan surau itu diwujudkan. Beliaulah kemudiannya memimpin
Surau al-Nur sehingga menjadi surau yang aktif dengan berbagai-bagai kegiatan.
Bahkan beliau juga mula memimpan pada peringkat penggunaan awal Masjid
al-Hasanah. Kewujudan beliau dalam AJK Masjid al-Umm diharap dapat menggerakkan
keperluan-keperluan peringkat persediaan bagi mendirikan Masjid al-Umm dan
seterusnya berperanan di dalam pembinaan dan pengimarahan.
Demikian adanya saudara Haji Hussin Yunus yang
telah berpuluh tahun menjadi setiausaha surau berkenaan dan kini menjadi
setiausaha Pembinaan Masjid al-Umm diharapkan kecemerlangannya menjadi
setiausaha selama ini dapat diguna pengelaman sebagai setiausaha bagi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid al-Umm. Adanya Tuan Haji Mohd. Nor bin Haji Yasin
sebagai bekas pegawai kanan diplomatik diharap dengan pengalamannya dapat
membantu terutama dari segi menjanakan kewangan bagi Masjid al-Umm, lantaran
itu beliau dilantik menjadi Bendahari. Ustaz Ahmad Hasbullah adalah bekas
seorang pendidik dan turut memimpin Surau Damai. Dengan pengalamannya diharap
dapat digunakan dalam membangunkan Masjid al-Umm.
Tuan Imam Supaat adalah guru yang lulus
pengajian di Mesir dan pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Islam di
Bangi sebelum bersara dan aktif di surau al-Umm, apabila Masjid al-Hasanah
siap, beliau juga berkhidmat sebagai Imam dan guru di Masjid tersebut.
Menurut Tuan Haji Hussin Yunus, Setiausaha
Surau al-Umm, Tuan Imam Supaat tidak kekal dalam ahli jawatankuasa dan tepaksa
menarik diri, kerana masalah kesihatan, Tuan Haji Abdul Rahman Daud menawarkan
dirinya mengambil tempat Tuan Haji Imam Supaat bin Abdul Rahman. Pengerusi Surau
al-Umm yang dipilih menggantikan Tuan Haji Imam Supaat ialah Dato` Dr. Abdul
Wahid Shamsuddin. Dr. Abdul Rahim Samsuddin pula adalah wakil dari Surau
al-Ihsan yang dengan kepimpinannya di Surau al-Ehsan diharap dapat memberi
sumbangan kepada pembinaan Masjid al-Umm. Manakala Mohd. Said Mohd Yunos
seorang kontrektor adalah diharap dengan pengalaman kontrektornya dapat
membantu pihak masjid di dalam bidang pembinaan. Beliau memang dilantik sebagai
Setiausaha bagi Plan, Pembinaan dan Landscape.
Terdapat beberapa kalangan pemuda yang dipilih
yang dengan tenaga muda mereka diharap
dapat memberi kekuatan kepada jawatankuasa. Mereka ialah seperti Fahdee bin
Faisal, Mohd. Hafiz bin Suib, Mohd Nazar Othman dan Amin bin Othman sebagaimana
Fahdee dilantik menjadi Setiausaha bagi bidang
Pendidikan.
Walau bagaimana ada beberapa masalah yag
dihadapi. Misalnya En. Nasai yang dilantik mengetuai bahagian plan, pembinaan
dan landscape tanpa hadir, tidak pernah datang bila bermesyuarat, lantaran itu
bidang yang penting bagi pembinaan agak terganggu (Beliau adalah penderma bagi
Masjid al-Umm). Bidang pendidikan agak berjalan lancar. Antara tenaga yang
dibawa ke dalam bidang pendidikan ialah Dr. Azimi bin Hamzah seorang pensyarah dalam
bidang pendidikan di UPM. Beliau membuat perancangan berkertaskerja bagi bidang
pendidikan di Masjid al-Umm. Manakala bidang pemuda yang dilantik tidak hadir
mesyuarat dan tidak bergerak.
Tumpuan yang lebih diberi pada peringkat permulaan
ialah kepada persiapan-persiapan pada peringkat permulaan sebelum masuk kepada
fasa pembinaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment