BBB, 03 Jamadil-Awwal 1439H. = 20 Januari
2018M. (Sabtu):
Dalam apa jua amalan perlu patuhi
syarat-syarat bagi kesempurnaan, sebagai contoh dalam ibadat seperti solat
perlu ada air sembahyang, mengadap kiblat dan sebagainya, kalau tidak solat
tidak sah. Mematuhi syarat-syarat adalah merupakan ciri-ciri Takmilah. Untuk
mendirikan masjid perlu patuhi pada syarat-syarat. Misalnya ada syarat-syarat
pada peringkat persediaan sebelum mendirikan bangunan fizikal masjid, juga
syarat-syarat pembinaan fizikal dan sebagainya.
Tahap persediaan adalah merupakan tahap
permulaan. Bermaksud untuk mendirikan masjid tidak boleh terus didirikan begitu
saja di mana-mana tapak yang dikehendaki. Semuanya tertakluk pada syarat, aturan
dan undang-undang. Sesebuah dikatakan tapak masjid tidak dapat dijadikan tapak
sebelum mendapat kepastian tentang status tanah, kalau tidak ada pemilik,
bermaksud tanah kerajaan atau tanah diwaqaf oleh pemiliknya perlu dimaklumkan
kepada pihak JAIS-MAIS dan perlu memohon dari Pejabat Tanah dan kebenaran
kerajaan negeri untuk menjadikannya tapak masjid, bahkan perlu mendapat
kebenaran dari pihak JAIS-MAIS keizinan dan kebenaran mendirikan masjid dan
untuk mendirikan masjid perlu membuat permohonan dengan menggunakan borang khas
yang ditentukan. Permohonan biasanya
dari Jawatankuasa dan mesti mendapat sokongan
beberapa pihak misalnya ketua kampung, Pejabat Agama Daerah, penghulu,
Orang Besar Daerah dan keperluan-keperluan lain bagi melengkapi borang. Permohonan dinilai
sebelum mendapat kelulusan atau ditolak, jika tidak dapat memenuhi
syarat-syarat dan keperluan.
Proses berkenaan adalah proses yang dilalui
oleh AJK Masjid al-Umm yang mula ditubuhkan pada 4 Fabruari 2010M. itu.
(Mesyuarat sebelumnya 14 Januari 2010
Penulis diamanah selaku Pengerusi bagi memanggil mesyuarat pada 4 Februari 2010
berkenaan).
Sebagaimana disebut mendirikan masjid adalah
secara berjamaah dan apa-apa keputusan adalah diambil melalui mesyuarat. Sejak
jawatankuasa ditubuh, ianya mengadakan mesyuarat secara bulanan mulai
mesyuarat pada 4 Februari 2010 (Khamis
malam Juma`at).
Antara tindakan awal, bahawa untuk bergerak
jawatankuasa memerlukan wang dan perlu membuka akaun bank bagi menabung
kewangan sekurang-kurangnya untuk pengurusan terlebih dahulu. Tindakan awal
yang diambil ialah membuka akaun bank Masjid di Maybank Islamic pada 19
Februari 2010 di atas nama pengerusi, bendahari dan setiausaha.
Perkara yang penting dilakukan ialah memohon
melalui Pejabat Daerah Hulu Langat diwartakan Tanah Tapak Masjid Lot 51177,
Jalan 1/4A, 43650 BBB yang disediakan untuk masjid sebagai tapak Masjid (A-Umm)
bakal didirikan. Permohonan itu dilakukan melalui JAIS membuat permohonan ke Pejabat Tanah. Tanah
digezetkan untuk masjid dan diwartakan dalam Kerajaan Negeri Selangor pada 16
September 2010 – 2677 dengan ditandatangani oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul
Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor. Dengan kelulusan ini diiringi
sekali lagi pihak JAIS menjawab keizinan bagi mendirikan masjid bertarikh 8 Jun
2011/6 Rejab 1432, berikut dari surat Jawatankuasa pembinaan Masjid bagi
memohon kebenaran membina masjid dan memohon kebenaran memungut derma beserta
borang permohonan dan sokongan. Sebenarnya tanah ini telah digezetkan selepas diurus
ADUN Bangi berikut dengan kemenangannya
di DUN tersebut (Mac 2008) di atas nama urusan
pihak Surau al-Umm untuk mendirikan masjid
(Surat rujukan PTD UL 16/3/5.2008(3) bertarikh
24 Mei 2008). Permohonan kedua adalah sebagai memperbaharui jawapan bagi gezet
yang telah dilakukan sebelumnya. Surat dari Pejabat Tanah Hulu Langat ditujukan
kepada JAIS Bil. PTD UL.16/3/194-21006(9) bertarikh 1 September 2009 meluluskan
permohonan.
Berikutnya jawapan positif diterima dari JAIS
terhadap permohonan pembinaan. JAIS Bil. (16) dlm. JAL. SEL. BKP/03/016/5/22
bertarikh 17 hb. November 2009 dengan jawapan, ``Tiada halangan tapak bagi
mendirikan masjid dengan pewartaan tanah yang dipohon.
Dengan mengurus segala syarat-syarat dan
keperluan bagi mendirikan masjid itulah, maka Penulis yang merupakan ADUN Bangi
pada masa itu menjemput pengerusi-pengerusi dan wakil-wakil mengadakan
mesyuarat di Surau al-Umm pada 4
Februari 2010.
Sekian.
No comments:
Post a Comment