January 24, 2018

DERMA KEPERLUAN PENTING - PELENGKAP TAKMILAH


BBB,  7 Jamadil-Awwal 1439H. = 24 Januari 2018M. (Rabu):
Kewangan bukan setakat memenuhi syarat permohonan mendirikan masjid sebagaimana
Butir 8 & 9  yang bertanya pemohon yang mau tahu anggaran kos, sumber kewangan dan jumlah yang butir-butir ini tidak dapat diberi jawapan tepat – terutama jangkaan dapatan. Butir 8 dapat diberi jangkaan kos iaitu RM19.7 juta (hampir-hampir tepat dengan realiti), tetapi jumlah yang dijangka boleh didapati melalui derma orang ramai sukar diramal. Misalnya derma masih diperlu dari orang ramai bagi melunaskan bayaran-bayaran yang tertonggak. Tetapi adalah diakui seperti Masjid al-Umm yang bukan masjid yang dibiayai oleh kerajaan atau bukan disponsor oleh mana-mana pihak, maka ianya bergantung sepenuhnya pada derma orang ramai. Namun dalam butir 9, dibiarkan kosong dari jangkaan.
Oleh kerana Masjid al-Umm bergantung dan berharap pada derma orang ramai, maka sejak awal lagi bersama dengan borang permohonan mendirikan masjid disertakan sama permohonan (21.3.2011) dipohon sama kebenaran memungut derma dari pihak MAIS. Pihak JAIS-MAIS sebagaimana maklum telah meluluskan permohonan mendirikan masjid dan juga kebenaran memungut derma dari orang ramai dalam tempoh dua tahun:
Kebenaran pungut derma MAIS:  MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/34.
Yang berakhir tempohnya, iaitu 28 Oktober 2013M.  = 23 Zul-Hijjah 1434H.
Mereka yang diberi kebenaran memungut derma ialah 10 orang.
               Nama                                                 Telefon
1.       YB. Dr. Shafie Abu Bakar               019 387  4002
2.       Mohd Ghazali Abas                        016 972  2556
3.       Hussin  Yunos                                  019 667  7501
4.       Mohd Nor Haji Mohd Yasin          019 238  3944
5.       Ahmad Haji Hasbullah                   019 271  1943
6.       Omar  Jaafar                                   012 202   6496
7.       Mohd Kalok A. Latif                       012 678  0024
8.       Mohd Said Mohd Yunus               013 336  1111
9.       Dr. Tajul Ariffin Noordin               019 316  4151
10.   Abdul Rahman Daud                     012 684  7906
Bahkan bagi mereka yang mau derma secara terus boleh menderma melalui akaun:
MayBank Islamic Bandar Baru Bangi (5628-3460-7208) `Tabung Masjid Al-Umm``
Bagi penderma  berhak  mendapat perlepasan cukai pendapatan dari LHDN berkuatkuasa dari 1 Mac 2014 sehingga 28 Februari 2017.
No. Rujukan:  LHDN 01/35/42//51/179-67271.
Sebenarnya di atas derma orang ramai Masjid al-Umm dapat didirikan  yang hingga kini kosnya yang telah dibelanjakan lebihkurang RM20 juta dan masih lagi berhutang  kadar RM1.2 juta.
Dapatlah dikatakan bahawa dari jumlah kos yang telah dibelanjakan 80% daripadanya adalah merupakan derma orang ramai.  Selebihnya dari kerajaan Negeri Selangor dan beberapa institusi.
Sesugguhnya tanpa derma Masjid al-Umm tidak menjadi kenyataan seperti kini. Terima kasih kepada para dermawan. Derma  lebih dari pra-syarat bagi pembangunan tetapi adalah penjelmaan bangunan dan bagi Takmilah ia adalah Takmilah bangunan dan pengimarahan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment