August 17, 2021
August 4, 2021
July 3, 2021
UJIAN WABAK COVIC-19 BERTERUSAN
(Fikrah
Bangi: 906 }
BBB:
22 Zulkaedah 1442H. = 03 Julai 2021M. (Sabtu).
Sejak
pertama kali disedari rakyat Malaysia dijangkiti covid-19 mulai awal Februari
2020 dan diisytiharkan sebagai wabak di negara ini mulai 18 Mac 2020, nampaknya
setelah setahun setengah wabak berkenaan
berkembang di negara ini sebagaimana berlaku di negara-negara lain di dunia,
wabak ini masih tidak menurun (kecuali Julai 2020) dan kembali meningkat.
Peringkat
dunia, USA, India dan Brazil adalah negara-negara yang tinggi dari segi jangkitan
dan kematian, manakala pada peringkat negara kita Malaysia hingga hari ini (Sabtu
3 Julai 2021), lapor Akhbar Sinar Harian, ``Rakyat Letih``, ``Selama 473 hari PKP sejak 1 Mac 2020 rakyat berada di
dalam kesukaran, sedangkan kes wabak-19 tidak menurun.``
Lapor
akhbar itu, ``Rakyat kecewa SPD gagal turunkan kes positif covid-19. Kes
terbaru + 6,982 dengan kematian 5,327.
Ikhtiar
yang sedang dilakukan ialah memvaksinkan rakyat negara ini seramai yang mungkin
– sehingga 80% daripada mereka. Beberapa jenis vaksin sedang digunakan seperti
Pfizer, Astra zanica, Sinovax dan beberapa jenama yang lain dalam pertimbangan.
Setakat
kelmarin, BH melaporkan (3.7.2021).
Pemberian
dose pertama kepada rakyat Malaysia
5,952,815 orang
Pemberian
dose kedua kepada rakyat Malaysia 2,393,882 orang
Jumlah
yang sudah divaksinkan ialah 8,346,697 orang.
Walaupun
kesan dari penggunaan vaksin sebagaimana yang berlaku di negara-negara Barat
seperti UK, Itali dan beberapa negara yang lain menunjukkan penurunan kes,
tetapi keadaan tidak menunjukkan pengurangan di Malaysia. Berbagai pihak
melahirkan kehairanan, mengapa dengan pertambahan mereka yang menerima vaksin,
wabak nampaknya masih bertahan dalam lingkungan antara 5,000 hingga 7,000 kes
harian. Hasrat agar kes menurun kepada jumlah di bawah 4,000 masih belum
tercapai.
Melihat
kepada pola wabak adalah lebih berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu
kawasan paling padat di negara ini yang dihuni lebih dari 6 juta penduduk dan di sini banyak berlaku
aktiviti ekonomi seperti perkilangan dan perniagaan yang banyak menyumbang
kepada jangkitan wabak covid-19, maka strategi terbaru ialah dengan memfokuskna sekatan PKPD terhadap kawasan tertentu di
Selangor dan Kuala Lumpur. Tempoh dua minggu dikenakan PKPD terhadap kawasan
berkenaan.
Adalah
diharapkan penumpuan khusus secara PKPD terhadap penduduk di Selangor dan Kuala
Lumpur dan PKP secara menyeluruh di negara, diharap akan memberi kesan positif
yang akan menurunkan jumlah wabak covid-19 dan dapat menurunkan emosi rakyat
yang tertekan dan tidak stabil akibat dari wabak covid-19 yang selama ini
dianggap di luar kawalan.
Semoga
kebimbangan dan kerisauan rakyat dapat diredakan dan situasi normal dapat
dikembalikan – Insya Allah.
Sekian.
May 12, 2021
RAMADHAN YANG PERGI
DIRI
YANG KEKURANGAN
INGIN KUGAPAINYA
LAGI
Kehadiran Ramadhan musim
ini
Diterima
dengan
segala kekurangan
Covid-19
gejala global di luar pandangan
Mengakibatkan
berbagai halangan
Seluruh
dunia menerima ancaman
Jerih
pedih marhain kesusahan.
Di
tengah kesusahan ini
Diri diuji
kemalapan cahaya
Namun
dengan kepakaran rawatan
Universiti
Malaya institusi terkenal
Cahaya
itu kembali dipinjam
Mampu
membaca dan mengarang
Meneruskan
kegiatan.
Patuh
pada SOP ditentukan.
Namun diri
jentera tua
Baiki
di sini rosak di sana
Dan serangan
pada jantung itu
Impak
ketara pada diri ini
Meski
tiga saluran dibersihkan
Termasuk
dua pada Ramadhan
Tapi
tiada secergas pra-ingiogram
Terganggu
ibadat kerja terencat
Berterusan
makan ubat.
Pemergian
Ramadhan petang ini
Harapan
bukan lambaian terakhir
Banyak
kerja yang masih tertinggal
Perlu
terus diurus seperti dijadual
Biarpun diri makin tertinggal
Ingin
Ramadhan terus kugapai.
Kudusnya
Ramadhan diharap
Berulang
datang lebih sempurna
Tanpa
lagi gangguan Covid-19
Mengisi
Ramadhan lebih berkat.
(Fikrah
Bangi: 905),
BBB:
30 Ramadhan 1442H.
12
Mei 2021M.
May 11, 2021
CAHAYA ITU
DIKEMBALIKAN: KESEMPATAN
Tentang cahaya
makin padam
Tidak
lain dari isyarat kefanaan
Menyedarkan
lalainya diri selama ini
Dari
mengambil segera tindakan
Tercetusnya
dari perbincangan keluarga
Mencontohi
seorang bapa mertua anakanda
Sama
masalah bertindak berjaya
Lantas
keputusan membuat temujanji
Melalui
siri pemeriksaan dari 2 Julai 2020
Ke akhir
tahun berkenaan.
Puncak
dari pemeriksaan
Dengan
kepakaran Doktor mata
Di institusi
terkenal Universiti Malaya
Pada
19 Ogos mata kiri paling bermasalah
Dengan
tebalnya katarak selamat dibedah
Dan cahaya
kembali menyerlah
Di atas
kejayaan itu temujanji seterusnya
Dilaku
kurang dari dua bulan berlalu
Melalui
tangan Dr. yang sama
Mata
kanan yang kelabu
Pada
28 Oktober 2020 di musim Covid itu
Selesai
mata kanan dibedah atasi masalah.
Dengan
kembalinya cahaya kedua mata
Memberi
peluang diri aktif membaca
Menulis
dengan lebih terang
Berkomunikasi
dengan kelilingan
Menghayati
indahnya ciptaan Tuhan.
Sudah
pasti kurniaan bersifat sementara
Bahkan
ujian sejauh mana dimanfaatkan
Permohonan
dipanjatkan kepada Tuhan
Semoga
tubuh badan dalam kesihatan
Masih
waras akal fikiran
Lantaran
siri
tugas di hadapan
Begitu
banyak perlu diselesaikan
Ke titik
akhir itu, biarlah iman dan aman
Tidak
membebankan.
(Fikrah
Bangi: 904),
29
Ramadhan 1442H.
11
Mei 2021M.
May 10, 2021
CAHAYA YANG
MAKIN HILANG
Antara anugerah
tak ternilai
Kurniaan
Ilahi pada diri
Dan pada
yang lain lagi
`mata` penyuluh
maya.
Nikmat
melaluinya
Menghayati
panorama kewujudan
Mendepani
wajah pembelajaran
Komunikasi
kehidupan
Cinta
dan kasih sayang.
Aku seni serpihan
kejadian
Satu
daripada penerima nikmat itu
Sempurna
sejak permulaan
Mengukur
semampu kehidupan
Menjadi
seaku
kini
Tiada
harga bandingan.
Mendaki
usia ke tujuh siri
Mulai
menyedari sesuatu menghilang
Nikmat
penglihatan itu ditarik perlahan
Pandangan
mulai terhad perlu bantuan
Pada
power
cermin mata meningkat
Menaip
perlu pada saiz huruf pembesaran
Lama
merenung pada penting pembacaan
Kadang
perlu pada kanta dalam pengajaran.
Ada kesedaran
Nikmat
kehidupan berkurang
Menuntut
tindakan.
28
Ramadhan 1442H.
10
Mei 2021.
(Fikrah
Bangi 903).
May 8, 2021
BERTERUSAN DIPANTAU
(Fikrah
Bangi: 902).
BBB:
26 Ramadhan 1442H. = 8 Mei 2021M. (Sabtu).
Sebagaimana
Penulis sebut sejak pembedahan mata pertama – kiri, Penulis dapati urusan
rawatan mata dan mungkin bidang-bidang yang lain dilakukan dengan teliti dan
sistematik. Bagi pembedahan mata kiri
Penulis bagi kali pertama, sebanyak lima
kali Penulis berulang alik bagi pemeriksaan mata kiri tersebut. Ini tidak masuk
urusan melalui telefon. Bagi mata kanan ini juga keadaan yang sama berlaku.
Untuk
makluman selepas hari pembedahan Rabu (19.8.2020) keesokan harinya, ialah hari
tutup pejabat, Khamis (1 Muharram 1442) sempena dengan awal tahun baru Islam. Walaupun
hari tutup pejabat, tetapi bagi setengah bidang, bahagian tertentu, seperti pemeriksaan
mata selepas dibedah adalah dibuka dan pesakit datang untuk dicheck
perkembangan.
Demikian
juga dengan perkembangan bagi pembedahan mata kedua Penulis – mata kanan, hari
selepas pembedahan, keesokannya 29.10.2020, ialah 12 Rabi`ul-Awwal 1442, tutup
pejabat sempena dengan Maulid al-Rasul, sebagaimana keadaan sehari selepas
pembedahan mata kiri Penulis dulu, keesokan hari tutup awal Muharram, maka
selepas pembedahan mata kanan Rabu
28.10.2020, esoknya tutup pejabat sempenan Maulid al-Rasul, nampaknya
bagi setengah bidang, pejabat dibuka secara terhad. Bermaksud pada keesokan
hari Penulis dikehendaki ke Klinik Mata
Universiti Malaya bagi pemeriksaan mata yang dibedah sehari sebelumnya dan
pejabat bahagian pemeriksaan dibuka.
Untuk
pemeriksaan selepas pembedahan mata kanan ini, kali ini Penulis pertama kali
pergi dengan dihantar oleh cucu – Nazih bin Fadhlullah, cucu bagi anak sulung
Penulis – Najiah. Sebagaimana biasa kami berdua bercucu bertolak dari
Bandar-Baru Bangi, 29.10.2020 jam 8.00
pagi – tidak perlu terlampau pagi, kerana hari tidak kerja.
Sebagaimana
yang lepas juga, tidak perlu mendaftar terlebih dahulu sebagaimana biasa,
sebaliknya diminta terus naik ke tingkat 7, Menara Timur, kemudian Ahmad Zakir
dari Bukit Jelutung, Shah Alam tiba sama menyertai ke tempat pemeriksaan.
Pemeriksaan yang dilalui ditingkat tujuh ini, ialah pembacaan huruf-huruf dari
besar kepada kecil, melalui dua mata.
Ada yang tidak dapat dibaca pada peringkat kecil. Selepas pembacaan
huruf, melalui alat seperti teleskop itu diperiksa mata, terutama yang baru
dibedah semalam (kelmarin) berkali-kali dan nampaknya Dr Pemeriksa, lelaki,
berpuashati dan tidak ada komplikasi. Selepas itu kami bertiga turun dan
pulang. Tidak ada masalah parkir dan tidak jem, kerana hari tutup pejabat.
Seminggu
selepas pemergian kedua selepas bedah mata kanan, Penulis dikehendaki pergi
lagi Khamis (5.11.2020) bagi kali ketiga. Kali ini Penulis
pergi dengan cucu sahaja, iaitu Nazih. Pemergian pada hari kerja ini perlu
menurut procedure biasa. Kena mendaftar dan tunggu agak lama untuk mendapat
giliran (Tingkat dua ) Menara Selatan. Proses yang dilalui ialah pembacaan
huruf (tidak semua dapat dibaca, khususnya yang kecil) dan kemudian tunggu no.
panggilan bagi pemeriksaan mata. Masalah
mata yang tidak dapat digerakkan secara normal menurut bearingnya timbul
kembali dan nampaknya belum ada penyelesaian. Berhubung dengan perkara ini
sejak pemergian pertama bagi pemeriksaan mata kanan, pihak Dr. (Dr. Jonne Shalm
A/P Chewa Raja mencadangkan supaya Penulis memakai cermin mata, bahkan beliau
mengeluarkan surat tentang power cermin mata untuk dibeli dari mana-mana kedai.
Sebenarnya,
bagi Penulis dari rawatan yang diberi terhadap kedua-dua mata, sudah lebih dari
sempurna dan tidak perlu perfect 100%, kerana selepas pembedahan kedua-dua
mata, Penulis berpendapat sudah kembali normal. Boleh membaca, menulis, memandu
dan melakukan berbagai-bagai kegiatan melibatkan mata. Cuma dalam tempoh dua
belas minggu, Penulis terus mengikuti
arahan dan berpantang dari apa yang dilarang. Hingga kini Penulis tidak lagi
bercermin mata. Surat yang diberi oleh Dr. Itu tidak Penulis ambil tindakan
membeli sebarang cermin mata. Penulis merasa
selesa tanpa bercermin mata hingga setakat ini.
Pemantauan
terhadap mata Penulis tidak terhenti, bahkan Penulis dikehendaki pergi bagi
pemeriksaan seterusnya ialah pada akhir tahun (bagi kali keempat), iaitu
pada Khamis 21 Disember 2020. Kali ini
pergi juga diiringi cucu – Nazih. Pemeriksaan dilakukan adalah biasa. Tapi
dapat dikatakan, bahawa masalah melihat
dengan dua pandangan selepas kedua-dua mata dibedah sudah hilang dan pandangan
bagi kedua-dua mata telah normal.
Walau
bagaimana Penulis diberi lagi appoinment untuk pemeriksaan seterusnya (kelima),
iaitu pada Khamis 01 Julai 2021. Mungkin selepas itu akan ada temujanji lagi ?.
Pihak Jabatan yang berhubung dengan mata ini nampaknya begitu teliti di dalam memberi rawatan. Setakat ini
nampaknya berterusan ! Penulis amat berpuashati dengan rawatan.
Sekian.