SUMBER
ILMU DI UNIVERSITI TERABAI ?
(Fikrah
Bangi: 778),
BBB: 29 Safar 1442H. = 17 Oktober 2020M. (Sabtu).
Satu
tradisi yang baik bagi pelajar-pelajar
di universiti, bahawa setiap pelajar
yang bakal keluar dari universiti bagi
ijazah pertama, baik dari mana jabatan dan fakulti diwajibkan menulis sebuah latihan
ilmiah yang dinilai dengan unit yang lebih tinggi dari kursus yang lain
diikuti. Sebahagian besar markah adalah dinilai dari latihan ilmiah ini untuk
melayakkannya mendapat ijazah sama ada kepujian atau lulus biasa, bahkan gagal.
Laihan ilmiah ini adalah merupakan
intisari dari keilmuan yang dipelajari pelajar hingga melayakkannya
menerima ijazah.
Bagi
ijazah yang lebih tinggi, contoh ijazah sarjana, sama ada ianya sebahagian dari keperluan di dalam mengikuti
ijazah sarjana, atau tesis sepenuhnya, maka kelulusan bergantung kepada tesis
sarjana. Pelajar ijazah sarjana perlu menghasilkan tesis yang baik dan bermutu untuk
melayakkannya mendapat ijazah secara kepujian. Bagi pelajar ijazah Doktor
Falsafah, sama seperti ijazah sarjana, tesis sebahagian dari penilaian yang
mengikuti ijazah secara kursus atau sepenhnya menulis tesis Doktor Falsafah.
Perlu diingat bagi setiap kerja sama ada latihan ilmiah bagi ijazah pertama, sarjana
dan Doktor Falsafat, setiap penulis ada penyelia, seorang bagi ijazah pertama
dan seorang dan lebih bagi ijazah
sarjana dan demikian juga bagi ijazah Doktor Falsafah. Apa yang mahu
ditekankan, bahawa setiap pelajar bagi semua peringkat dengan penyelia
masing-masing berusaha menghasilkan kajian dan penulisan yang terbaik. Bagi
penyelia juga kerja menyelia adalah
sebahagian keperluan bagi kenaikan pangkat. Pendek kata kerja menghasilkan
latihan ilmiah dan tesis adalah kerja bersungguh-sungguh agar ianya merupakan
satu hasil kerja bermutu sebagai bukti kejayaan dalam pelajaran.
Apa
yang hendak ditarik perhatian, kerja-kerja
bermutu ini pada kebiasaan selepas tamat pengajian tersimpan dan tidak dimanfaatkan, kecuali
bagi yang berusaha, biasanya dengan inisiatif sendiri berusaha menerbitkan.
Penulisan
bersifat akademik sedemikian adalah sumber ilmu yang dihasilkan di universiti.
Banyak sumber ilmu yang dapat dimanfaatkan. Bayangkan jika jumlah
Lulusan
Doktor Falsafa (Ph. D.) seluruh negara, termasuk yang belajar di luar negara
seramai:
Lulusan Doktor Falsafah 1,500 orang
Lulusan Sarjana 3,500 orang
Latihan
Ilmiah 15,000 orang
Bererti ada
20,000 penulisan (tentu lebih
banyak lagi) tersimpan di universiti).
Sudah
tentu sebahagian besar dari tulisan-tulisan ilmiah di atas ada yang bermutu dan
wajar disebar dan diketahui, bahkan dijadikan bahan pengajian dan rujukan
pelajar-pelajar dan mereka yang berminat. Pertanyaan kita apakah perkara ini
tidak dlihat oleh pihak pengajian tinggi untuk mewujudkan satu sekretariat bagi
meneliti bahan-bahan yang terbaik, diwujudkan penerbit-penerbit khas dan
dipasarkan. Ianya memberi faedah.
1)
Memperkayakan sumber keilmuan di
dalam berbagai bidang, dimanfaatkan.
2)
Merancakkan penerbitan buku atau
bentuk baru sesuai dengan perkembangan
teknologi.
3)
Menjadikan sumber industri dan perniagaan buku
4)
Menjadi sumber kewangan bagi universiti.
5)
Penulis mendapat royalti dari
penerbitan bahan penulisan yang dihasilkan.
6)
Penulis dapat melunaskan hutang
pengajian.
7)
Bagi hasil penulisan bermutu dan
diterbitkan mengagkat nama penulis dan memudahkan mendapat pekerjaan dan
kenaikan pangkat.
8)
Dengan mutu penulisan yang dihasilkan
menggalakkan penulis untuk menulis hasil penulisan yang lain.
9)
Dengan banyaknya sesuatu universiti
menerbitkan bahan-bahan penulisan bermutu meningkatkan nilai universiti sebagai
universiti berprestage.
10)
Negara yang banyak menghasilkan buku
yang bermutu menandakan ianya adalah negara berilmu – contohnya negara jepun.
Negara yang mementingkan ilmu adalah negara yang maju.
Oleh
kerana penulisan ilmiah, sarjana dan Dr. Falsafah mencerminkan tingkat dan
tahap ilmu yang dicapai seorang pelajar, maka tradisi mewajibkan pelajar
menghasilkan tahap-tahap penulisan sedemikian terus dikekalkan, ditambah baik
dan diangkat di dalam penilaian. Pihak universiti dan pengajian tinggi perlu
memberi perhatian dan galakan. Misalnya secara tahunan dianugerahkan tesis
terbaik di dalam bidang-bidang tertentu dan diterbitkan.
Pihak
kementerian dan universiti perlu mengadakan acara tahunan konvensyen, pameran
dan penjualan buku-buku serta menggalakkan pelajar r dan orang ramai berminat
dan terus membudayakan masyarakat membeli dan membaca buku. Dengan demikian universiti rancak dengan ilmu dan penerbitan
buku. Orang ramai menjadi masyarakat yang menghargai buku dan ilmu dan negara
pula menjadi negara buku dan berilmu.
Sekian.