OTONOMI Dan Akta Universiti
(Fikrah
Bangi: 780).
BBB: 03 Rabi`ul-Awal 1442H. = 20 Oktober 2020M.
(Selasa).
Istilah
`Otonomi Universiti` popular pada pertengahan
1970an, iaitu menjelang Dr.Mahathir
menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada
awal 1070an universiti adalah bebas dan berotonomi. Sindrom menunjuk perasaan
menjadi-jadi di universiti, khususnya di
universiti Malaya. Kegiatan politik kampus, baik di kalangan tenaga akademik
atau di kalangan mahasiswa dapat
dikatakan bebas.
Di
universiti Malaya pada masa itu, kalangan tenaga pengajar antara mereka bergiat
di dalam gerakan sosialis – gerakan kiri yang dianggap gerakan radikal pada
masa itu. Beberapa tenaga pengajar pada masa itu seperti Syed Hamid, Sanusi
Osman, Syed Husin Ali dan beberapa lagi lantang
berjuang membela rakyat marhain, selari dengan perjuangan parti di
kalangan pemimpin politik kiri tanahair
pada masa itu seperti Boestamam, Kassim Ahmad, Ishak Haji Muhammad dan beberapa
yang lain. Satu kelompok memperjuangkan
bagi menegakkan bahasa kebangsaan seperti Abdul Razak, Salleh Yusof dan
beberapa lagi selari dengan perjuangan pejuang-pejuang bahasa Melayu pada masa
itu seperti Hasan Ahmad, Syed Nasir dan Osman Awang. Satu golongan lagi memperjuangkan
Islam seperti pemimpin-pemimpin PKPIM seperti Ramli Ibrahim, pemimpin ABIM
seperti Anuar Ibrahim dan Fadzil Noor selari
dengan pejuang-pejuang politik tanahair seperti Asri Muda, Muhammad Nasir dan ramai lagi.
Pada
masa itu suasana politik tanahair adalah hangat dan memberangsangkan, turut menghangatkan
ialah suasana politik kampus. Pimpinan mahasiswa selalu mencetuskan isu-isu
hangat yang membawa mereka sering mengadakan tunjuk perasaan. Tunjuk perasaan
membantah kerajaan kerana konon tidak membela rakyat marhain yang dianjur oleh
mereka yang berfaham sosialis. Tunjuk perasaan bagi menegakkan bahasa
kebangsaan, terutama dari Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan
disertai pimpinan Mahasiswa UKM yang baru ditubuh. Perjuangan yang bersifat
Islam mau mendaulatkan Islam selari dengan parti politik Islam pada masa itu
Di
dalam hal menunjuk perasaan ini, semua pimpinan mahasiswa bersatu mengenai
isu-isu tertentu. Misalnya menuntut perlaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan di
dalam berbagai bidang. Mereka menentang kehadiran Thanom Kiti Kachong melawat
Malaysia, kerana Perdana Menteri dan regimnya yang memerintah Thailand pada masaa itu
menekan pejuang-pejuang Melayu-Islam di Selatan Thailand yang mau menuntut
kemerdekaan. Mereka mengadakan tunjuk perasaan menyebabkan tersekat perjalanan
pemimpin itu. Bulatan universiti menjadi lokasi tunjuk perasaan dan ramai
pimpinan mahasiswa cedera dipukul dan ada yang ditangkap. Mereka bersama
menunjuk perasaan menentang perlantikan Naib Canselor di UKM yang mereka tidak
suka (Abdullah Ayob). Mereka mengadakan tunjuk perasaan hingga ke tengah bandar
ke Jalan Dato` Onn dan berlindung di Masjid Negara. Pemimpin mahasiswa ini
tidak saja sering turun padang, tetapi membuat kenyataan-kenyataan akhbar yang
mengkritik pemerintah.
Pada
masa yang sama wujudnya kebebasan bersuara. Di UM dan UKM sering diadakan debat
mahasiswa yang dihadiri pelajar dari kedua universiti, orang ramai dan juga
pelajar ITM yang baru dibuka. Ketua pimpinan mahasiswa ITM Shah Alam pada masa itu ialah Ibrahim Ali.
Pimpinan pelajar dari pengajian-pengajian tinggi adalah lantang bersuara dan pandangan mereka diberi tempat
di dalam media. Mereka sendiri mempunyai akhbar misalnya mahasiswa universiti Malaya mengeluarkan akhbar
Mahasiswa Negara dan Mahasiswa UKM mengeluarkan akhbar Gema Siswa yang mendapat
sambutan di kampus dan di luar kampus (bebas dijual).
Di
universiti Malaya dan di universiti Kebangsaan sering diadakan ceamah dan forum
yang panelnya dari dalam dan di luar
kampus, selalu dari kalangan yang berfaham sosialis, kebangsaan dan Islam dan
mendapat sambutan dan kehadiran ramai dan mendapat liputan akhbar. Biasanya
wakil-wakil pihak kerajaan yang menjadi panel perbincanbgan forum dan
sebagainya tidak menarik minat, tetapi sering di boo oleh mahasiswa. Oleh itu
wakil politik kerajaan jarang datang.
Siri
forum yang terkenal dan hangat mendapat sambutan ialah `Debat Agung` yang
dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Topik-topik yang menjadi isu
dalam debat agung ini adalah isu-isu semasa seperti, masalah
kemiskinan rakyat, isu bahasa, ekonomi bumiputera, kekurangan professional di kalangan
bumiputera, isu pejuang-pejuang Melayu
Selatan Thailand, isu Palestin dan berbagai-bagai lagi. Setengah-setengah apa
yang diperkatakan oleh kalangan tenaga pengajar di universiti dan di kalangan
mahasiswa ini tidak menyenangkan kerajaan, bahkan boleh mengurangkan pengaruh
parti pemerintah. Sebagai akibat ada di kalangan pemimpin parti, terutama yang
kiri ditangkap seperti Syed Husin Ali, Boestamam, Burhanuddin Hilmi, Ishak Haji
Muhammad dan beberapa lagi.
Gerakan
mahasiswa yang agak hangat sekitar 1970am juga terbantut, khusus apabila pada
tahun1974 pada zaman Dr. Mahadhir Mohammad menjadi Menteri Pelajaran diadakan Akta
Universiti dan Universiti Kolej. Akta ini dianggap melumpuhkan gerakan
kemahasiswaan di universiti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment