TABURAN PENUBUHAN UNIVERSTI DI MALAYSIA
(Fikrah
Bangi: 768),
BBB:
18 Safar 1442H. = 06 Oktober 2020M.
(Selasa).
Berbagai
cara penubuhan universiti di Malaysia.
Apa yang dapat dikatakan bahawa
penubuhan bukan dari perancangan asal diatur dan diikuti perancangan
awal dari induk yang telah dirangka.
Sebagaimana dikatakan, bila Malaya merdeka pada tahun
1957 tidak ada universiti di Malaysia. Keperluan kepada wujudnya universiti
disedari. Selama ini, bagi menyambung pengajian bagi pelajar di Malaya
berkelayakan, maka tempatnya ialah di Singapura. Dari kesedaran kepada
keperluan, maka pecahan dari Universiti di Singapura diwujudkan di Malaya pada
tahun 1959 di Lembah Pantai, di Kuala Lumpur. Pelajar peringkat menengah sudah
wujud di Malaya melalui kelulusan MCE dan HSC. Naib Canselor pertama yang
mengetuai Universiti Malaya ialah Profesor Openheimph pakar dalam bidang
matematik.
Manakala
universiti ditubuh di atas desakan, ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak
NGO. rakyat dan berbagai organisasi
mendesak supaya ditubuhkan UKM sebagai saluran bagi Dasar Pelajaran yang
dirangka sejak 1956 itu, maka akhirnya kerajaan akur dan UKM ditubuhkan pada
18.5.1970 bermula dengan kampus di Jalan Pantai, berhampiran dengan Universiti
Malaya dan kemudian berpindah ke kampus tetap di Bangi (1977). Ada yang
ditubuhkan di atas cadangan, msalnya Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan
atas cadangan menaikkan taraf Kolej
Pertanian di Serdang dan dipersetujui, maka pada tahun 1973 Kolej Pertanian
Serdang dinaikkan kepada taraf
universiti, maka Tan Sri Rashdan Baba yang menjadi Naib Canselor di UKM
dikembalikan ke UPM sebagai Naib Canselor di UPM, kerana sebelum ke UKM beliau
adalah Pengetua di Kolej berkenaan. Manakala USM, memang dirancangkan untuk
ditubuhkan sebelum timbulnya desakan menubuhkan UKM, penubuhan USM dilakukan
pada tahun 1973.
Ada
beberapa universiti ditubuhkan di atas cadangan, misalnya beberapa tenaga dari UKM
mencadangkan agar ditubuhkan Universiti Utara Malaysia, tenaga-tenaga
dari UKM pada peringkat awal berusaha
mewujudkan universiti di sana dan antara Naib Canselor awal adalah dari
UKM seperti Profesor Dr. Nik Rashid Ismail dari UKM, juga kemudiannya Prof. Dr.
Awang Had Salleh. Keadaan yang sama berlaku bagi penubuhan Universiti Malaysia
Sabah, tenaga-tenaga dari UKM merangka
keperluan penubuhan Universiti Malaya Sabah dan Naib Canselor pertamanya juga dari
UKM. Penubuhan Universiti Malaya Sarawak ialah hasil dari uasaha tenaga
pengajar dari UPM. Kolej Pertanian di situ diangkat ke taraf universiti dan
pengaruh UPM ketara peringkat awal.
Penubuhan
Universiti Islam Antarabangsa adalah atas cadangan dan usaha dari tenaga-tenaga
akademik dari UKM pada masa Anuar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran.
Tenaga-tenaga berkenaan seperti Dr. Kamal Hassan, Ghazali Nawawi, Dr. Syed `Arabi dan beberapa lagi, maka usaha yang
dilakukan sejak 1980an itu terlaksana dan UIAM bertempat di Kampus utamanya di
Gombak dan kemudian bercawangan di Kuantan Pahang.
Peningkatan
taraf dari kolej juga berlaku kepada Kolej Teknik di Jalan Semarak Kuala Lumpur
menjadi Universiti Teknologi Malaysia yang kemudian kampus utamanya berpindak
ke Skudai Johor dengan Ainuddin Wahid menjadi Naib Canselor pertamanya,
manakala kampus awalnya masih kekal di
Jalan Semarak,Kuala Lumpur.
Selepas
tahun 2000 ditubuhkan universiti-universiti negeri-negeri. Antaranya ialah
Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia
Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan
dan Universiti Malaysia Johor di Pagoh, Johor yang kemudian dikenali dengan
Universiti Tun Hussein Onn, manakala MARA meningkatkan taraf institutnya kepada
universiti menjadi Universiti ITM dan kemudian mempunyai cawangannya di
berbagai tempat di berbagai negeri.
Institut diasas secara kerjasama seperti dengan Perancis di Bangi diangkat
menjadi Universiti Kuala Lumpur, manakala Institut German Malaysia yang juga di
Bangi masih kekal di Bangi.
Selepas
2000 sebahagian dari universiti diasas oleh Badan Koperat bagi mengeluarkan
pelajarnya sendiri yang sesuai dengan keperluan badan berkenaan seperti Uniten
di Bangi diasas oleh Tenaga Nasional, Universiti Infra Struktur diasas oleh
Kerjaraya, manakala Universiti Petronas diasas oleh Petronas di Tronoh Perak.
Sebahagian dari universiti diasas oleh negeri seperti Universiti Darul Iman
yang bertukar kepada nama Universiti Sultan Zainal Abidin di Terengganu, Universiti
Sultan Azlan di Perak dan Universiti Teknikal, Melaka. Beberapa universiti
diasaskan secara swasta seperti Universiti Multi Media seperti di Cyber Jaya,
Selangor, Universiti Selangor (Unisel) oleh Kerajaan Negeri Selangor, Universiti Management, Kuala Lumpur dan beberapa yang lain.
Sebahagian
dari penubuhan universiti di negara ini
adalah bersifat cawangan bagi universiti
di luar negara seperti Universiti Nottingham, di Semenyih Selangor, Taylor
University, Manipal University di Nilai, Negeri Sembilan, Reading University di
Kuala Lumpur dan beberapa cawangan universiti lagi.
Sebagai
kesimpulan berbagai cara penubuhan universiti di negara ini dan kebanyakannya
bukan dari inisiatif asal dari kerajaan. Dari segi taburan,
universiti-universiti berkenaan banyak tertumpu di Kuala Lumpur sebagai ibu
negara dan pusat komersil, di sini juga menjadi pusat keilmuan yang menjadi
tumpuan pelajar bukan saja di dalam negara, bahkan dari luar negara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment