November 29, 2008

BANJIR LAGI DI KG BANGI


Hujan semenjak petang semalam(28.11.08) sekali lagi membanjiri 30 penempatan di Kampong Bangi. Air setinggi satu meter mula memenuhi kediaman mereka bermula pukul 4 pagi dan kemuncaknya jam 6 pagi. Aduan diterima jam 9 pagi sewaktu program kulaih ilmu oleh Ust. Mokhtar Senik sedang berjalan di pasar Bandar Baru Bangi. Hadir segera ketempat kejadian ialah Ust Shafie Ngah, ahli majlis MPKj merangkap TYDP PAS Serdang.
YB Dr. Shafie bergegas ketempat kejadian selepas program kuliah ilmu berakhir jam 10.30 pagi. Bantuan segera berupa makanan untuk minum pagi dan makan tengah hari dihulurkan pada mangsa banjir. Pihak bomba dan pertahanan awam dari Bangi turut membantu dan memantau kejadian dikhuatiri banjir semakin buruk berikutan musim hujan yang melanda sekarang. Air mula surut sekitar jam 12 tengah hari. Beberapa perbincangan diadakan bersama JKKK dan mangsa banjir. Sebelum beredar balik YB Dr. Shafie menambah lagi bantuan untuk makan malam.
MEDIA

November 27, 2008

BUKAN MEREMPIT

BUKAN MEREMPIT JUGA BUKAN MEREMPAT BAHKAN ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MENYERTAINYA. SILA HUBUNGI MAKLUMAT TERTERA

November 21, 2008

HARGA BARANG TETAP NAIK WALAUPUN HARGA MINYAK TURUN


Harakah 20 Nov :Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.- Mahfuz Omar

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Sementara itu hasil tinjauan yang dibuat mendapati langkah kerajaan menurunkan harga minyak secara perlahan dengan kadar yang amat minima berbanding penurunan harga di peringkat global menjadi punca kepada kemelut harga barangan di pasaran tempatan yang tidak menurun sebagaimana yang diharapkan.

Walaupun kerajaan menurunkan harga minyak buat kali kelima sejak Ogos lalu namun kadar itu masih jauh daripada kadar sekali kenaikan yang dibuat sehingga mempengaruhi kenaikan harga barangan di pasaran pada ketika itu.

November 17, 2008

KEBENARAN YANG TERTUTUP

Pakatan Rakyat pertahan Islam dan hak istimewa Melayu
Nov 17, 08 12:30pm
Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
(Ehsan: Malaysiakini)

(Semestinya berita ini tidak keluar di media perdana. Haruskah kita bergantung pada media perdana sebagai sumber berita? – MEDIA)

November 16, 2008

RESOLUSI MUNAQASYAH



RESOLUSI MUNQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN.

Bilik Cempaka PKNS Bangi
17 Zulkaedah 1429/15 November 2008

1.Menginsafi bahawa kemenangan dalam PRU12 yang dikecapi adalah satu ujian dan cabaran pada PAS Serdang.
2.Berusaha menghindari dari sifat takabur dengan menerapkan sifat tawaduk dalam diri ahli parti dan pemimpin.
3.Menumpukan pada pembinaan peribadi pemimpin dan ahli PAS.
4.Memperkasakan dakwah pada remaja, masyarakat Islam dan pegawai kerajaan.
5.Menyedari wajibnya memperkuatkan parti dan tenaga kerja yang istiqamah dengan menyusun pengurusan tarbiah organisasi parti.
6.Memperkasakan organisasi parti dalam menghadapi cabaran senario politik semasa.
7.Menjunjungi tahlul siasi siasiyah seperti diperturunkan kepimpinan.
8.Meneruskan tradisi infak dikalangan ahli jemaah.
9.Memberikan khidmat masyarakat yang terbaik dengan mebawa nilai Islam yang unggul.
10.Memupuk semangat kerja sama dan setia kawan dalam Pakatan Rakyat.
11.Mengujudkan sekoalh rendah Islam sebagai meneruskan kesinambungan PASTI(Pusat asuhan tunas Islam).

November 11, 2008

SEMINAR PASKAD


Seminar Pemantapan Organisasi dan Pengurusan DUN
8 November 2008
Dewan Pusat Sumber Pendidikan JAIS
Jalan Bukit Jati, Kg. Jawa Kelang

Objetif:
Ke Arah Pengurusan DUN Yang Mantap dan Efektif

November 7, 2008

BERITA RINGKAS PAKATAN RAKYAT

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) -- Elaun bagi guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM, 5 November - Tarikh 11 Januari tahun depan ditetapkan untuk menjayakan program pembersihan longkang secara besar-besaran serentak di seluruh Selangor.