MENENTANG PENJAJAHAN PERINGKAT PERMULAAN
(Fikrah Bangi: 302),
BBB: 28 Zulkaedah 1440H. = 31 Julai 2019M.
(Rabu).
Sebelum dari penerimaan kemerdekaan Tanah
Melayu (Malaya) pada 31 Ogos 1957, sudah ada kebangkitan menentang penjajahan
dilakukan oleh kalangan yang tidak puashati terhadap penjajahan British di
Tanah Melayu. Penentangan ini berlaku sejak awal dari penjajahan.. Misalnya
apabila Terengganu mulai dijajah, khususnya selepas kemangkatan Sultan Zainal
Abidi III (1918 dan juga kematian Ulama yang menjadi Shaykh Islam di
Terengganu, iaitu Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad yang lebih terkenal
dengan gelaran Tuan Paloh – Beliau merakamkan di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri
Terengganu, Itqan al-Muluk bi Ta`dil
al-Suluk, bahawa haram menyerahkan sebarang tanah kepada pihak penjajah.
Walau bagaimana pengganti Sultan Zainal
Abidin seorang yang lemah, menyebabkan Terengganu mulai dinaungi (dijajah oleh
British). Apabila British mulai mengenakan cukai terhadap tanah, khususnya terhadap tanah-tanah Petani di Hulu
Terengganu, maka berlakulah pemberontakan yang dinamakan `Pemberontakan Tani`
terhadap British, antaranya dari pengaruh pimpinan ulama` Tuan Haji Abdul
Rahman Limbong pada tahun 1920an. Pihak British terpaksa membawa tentera upahan
bagi memadamkan pemberontakan tani tersebut dan Haji Abdul Rahman Limbung
diasingkan ke Makkah.
Situasi yang sama juga berlaku di Kelantan
dalam mana kehadiran penjajah British tidak disenangi rakyat. Cukai yang
dikenakan dianggap pemerasan dilakukan
penjajah British terhadap rakyat menyebabkan juga berlaku penentangan yang
antaranya diketuai Tok Janggut di Pasir Putih, Kelantan. . Pemberontakan ini dipadamkan
secara kejam oleh British, antaranya dengan menggantung mayat Tok Janggut di
persimpangan jalan bagi menggerunkan mana-mana pihak yang cuba bangkit
menentang penjajah British.
Penentangan tidak saja berlaku di kalangan
rakyat, tetapi juga dari kalangan pemerintah. Berikutan dari kemasukan British
ke Perak berlaku penentangan dari Raja
Abdullah yang memerintah Perak. Beliau dengan pembesar antaranya Dato` Sagor
telah mengatur strategi membunuh Residen British G.W. Birch. Raja Abdullah diasing di Pulau Sechyles di Lautan Hindi yang dikuasai British.
Pejuang-pejuang berkenaan dan yang lain
seharusnya dikenangi dalam sejarah negara. Mereka merupakan pejuang-pejuang
yang mempunyai kesedaran peringkat awal di dalam menentang penjajahan.
Penentangan yang lebih teratur adalah dari
pengaruh perjuangan yang dilakukan oleh Jamaluddin al-Afghani mulai akhir abad
ke 19 ke awal abad 20 dan mempengaruhi pejuang-pejuang di Mesir seperti
Muhammad Abduh pada awal abad ke 20 dan juga Muhammad Rashid Redha, pengikut
Muhammad Abduh. Muhammad `Abduh lebih bersifat politik secara redikal,. Manakala Muhammad Rashid mengambil pendekatan
penyedaran melalui pendidikan. Pengaruh mereka sampai ke Semenanjung melalui
pelajar yang belajar di Mesir sepeti Shaykh Tahir Jalaluddin. Beliau adalah
antara pelajar Melayu yang awal belajar di Mesir dan menggerakkan gerakan Islah
di Tanah Melayu. Sebagaimana perjuangan
di Mesir, juga menentang British, mereka mengeluarkan majalah `Al-Manar`
sebagai media dakwah dan perjuangan, maka di Tanah Melayu pejuang-pejuang Islah
seperti Syeikh Tahir Jalaluddin bersama pendukung=pendukuing mengeluarkan
Majalah Al-Imam sebagai medium Islah dan
Dakwah. Majalah ini amat mempengaruhi kesedaran politik dan dakwah.
Hasil dari pengaruh dari Muhammad Rashid
Redha yang mengambil pendidikan sebagai kesedaran
dakwah dan pendidikan. Di Tanah Melayu sejak tahun-tahun 1920an dan seterusnya
lahir sistem persekolahan yang dikenali sebagai `Sekolah Arab`. Sekolah-sekolah
sedemikian lahir di Pulau Pinang dengan dikenali Madrasah Al-Mashhur, di
Terengganu lahir Madrasah Sultan Zainal
Abidin, di Kedah Madrasah Mahmudiah, di Kelantan Madrasah Ma`had Muhammadi, di
Johor Madrasah Al-`Attas, Maktab Sultan Abu Bakar di Pahang, Madrasah
`A;lawiyah di Perlis dan beberapa sekolah yang lain di negeri Yang lain.
Sekolah-sekolah sedemikian selain dari menyampaikan pengajaran Islam banyak
melahirkan pejuang—pejuang politik pada peringkat permulaan.
Mereka adalah kalangan yang mula sedar dari
segi perjuangan politik yang membawa kepada gerakan kemerdekaan.
Sekian.