July 14, 2019

WILAYAH MELAYU-NUSANTARA DAN ISLAM


WILAYAH MELAYU-NUSANTARA & ISLAM
(Fikrah Bang: 285):
Wilayahnya diketahui sejak bahari
Antaranya terakam dalam Qur`an
Terkenal keluaran `Kapur Barus`
Bahan ramuan untuk ubatan
Di  Wilayah Melayu-Nusantara itu
Terkenal dengan rempah tumbuhan
Berbagai logam keluaran
Dan sejak bahari zaman fitrah
Tegak  Kerajaan Melayu-Nusantara
Langkasuka, Sriwijaya di Sumatera
Kedah Tua ke Segenting Kra dan Campa
Ke selatan Singapura ke Tanah Jawa
Ke utaranya hingga terkeatas Manila
Bahkan hingga ke Cina
Sudah punya hubungan.
Surat perutusan sejak  zaman Uthman
Membuka ruang dan peluang
Dakwah bersama perniagaan
Beberapa gelombang dakwah perniagaan
Sejak abad kelapan ke dua belas
Pertapakan kehadiran berlaku
Hingga menyerlah beberapa pertapakan
Sriwijaya melahirkan Pasai
Langkasuka menjelma Patani Terengganu Tua
Ke Selatan  Singapura Melaka
Lebih jauh ke Tanah Jawa
Rangkaian  menjulang Melaka
`Malqa` tempat pertemuan peniaga-peniaga Islam
Berniaga dan mendakwah Islam
Berwajah baru beridentiti maju
Bintang Timur menyerlahkan  Islam.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
11 Zulkaedah 1440H.
14 Julai 2019M.

No comments:

Post a Comment