July 21, 2019

BERSATU BAGI JENAMA BARU ?


BERSATU BAGI JENAMA BARU ?
(Fikrah Bangi: 292),
BBB:  18 Zulhijjah 1440H. = 21 Julai 2019M. (Ahad).
Jika semalam (Sabtu 20 Julai) kita dikejutkan dengan pertentangan terbuka di dalam PKR hingga melahirkan dua lem – Kem Anwar Ibrahim dan Kem Azmin, semalam juga kita dikejutkan dan tidak kurang dari tandatanya, iaitu  `Penyatuan Pas dan Umno bagi diberi jenama baru. (Utusan Malaysia, 20.7.2-19: 8).
 Pertanyaan yang timbul di dalam pemikiran, Pas akan `Bersatu` dengan Umno ?  Dengan bersatu, maka akan dijenamakan ?  Apakah ini bererti nama Pas akan ditiadakan, termasuk Umno dan akan dikenali dengan nama baru yang akan dinamakan ? Jika, demikian sampai dihilangkan nama Pas yang sudah berusia 70 tahun itu, mungkin tidak bijaksana. Jika demikian ianya sudah pasti mengundang penentangan baik dari kalangan sebahagian dari pendukung Pas dan orang awam yang bukan dari ahli Pas dan bukan orang politik pun. Jika penjenamaan yang menghilangkan nama Pas dan juga Umno, akan lahir mereka yang mempertahankan nama Pas dan Umno atau sekurang-kurangnya penentangan dari parti sedia ada atau yang bakal lahir menentang penjenamaan yang menghilangkan nama Pas dan juga Umno.
Kita berharap apa yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Preiden Pas itu ialah tentang penggunaan istilah. Kita harap ianya bermaksud penggabungan dalam mana jenama yang yang akan digunakan kelak adalah sebagai jenama yang di dalamnya tergabung Pas, Umno dan beberapa parti yang lain atau NGO-NGO. Jika apa yang diistilahkan sebagai penyatuan itu sebagai gabungan bagi parti-parti yang menjadi komponan bagi penjenamaan baru itu, maka ianya bakal dialu-alukan, sebaliknya jika menghilangkan nama parti Pas dan Umno, maka kita percaya akan lahir penentangan-penentangan. Sebab itu, jika demikian, diharap saebelum tindakan diambil, maka hendaklah dinilai semasak-masaknya. Sepatutnya kenyataan tentang `Penyatuan` tidak harus dikeluarkan. Sebaliknya hendaklah menggunakan istilah `Penggabungan yang mencerminkan kerjasama.
Perlu dingat dalam, masa `Pertunangan` ini semuanya kelihatan indah. Pastilah selepas `Penyatuan dan Penjenamaan` akan lahir perselisihan pendapat. Jika tiba pada tahap kritikal bagi Pas dan Umno tiada lagi jalan untuk kembali, jika sudah dihilangkan nama asal Pas dan Umno. Contoh yang jelas dapat dilihat, PKR yang bersifat satu parti mengalami keretakan dan melahirkan kem-kem, keadaan ini boleh berlaklu kepada Pas dan Umno bila bersatu dan berjenama baru. Sebaik-baiknya jenama kedua parti dikekalkan, sebaliknya ia bersifat kerjasama dalam gabungan  dengan jenama baru. Pas dan Umno seharusnya bersifat komponen di dalam jenama baru yang bakal diberi. Oleh kerana isu ini telah terbuka, ada baiknya diberi masa bagi ahli-ahli parti dan mereka yang berminat membincangkan baik dan buruk penjenamaan yang menghilangkan nama Pas dan Umni dan lain-lain dan perkara sepenting ini patut dibincangkan di dalam muktamar atau diadakan perhimpunan khas bagi membincangkan isu berkenaan dan konsep penjenamaan adakah secara penyatuan, penggabungan atau kerjasama.
Satu konsep penyatuan – harapnya penggabungan, ialah demi  `Penyauan Ummah` Jika demikian Penjenamaan adalah bermaksud terdiri dari parti-parti dan Ngo- Ngo muslim semata-mata. Kita berharap penjenamaan baru tidak bersifat parti muslim yang akan menentang parti-parti lain. Sempena penjenamaan semula, konsep Malaysia berbilamg kaum dan agama perlu diambil kira, jika parti penjemaan semula itu mau disifatkan releven bagi semua rakyat Malassia. Kita harap bagi nama bagi penjenamaan baru itu membolehkan berbagai-bagai parti dan kaum  dapat berada bersama di dalam parti atau penjenamaan semula itu. Jika tidak sukar bagi rakyat yang buklan Islam mau menerima parti penjenamaan semula, jika ianya terhad kepada umat Islam sahaja.
Banyak perkara perlu dibincangkan. Tapi peda peringkat permulaan kita mau kepastian penjenamaan itu apakah akan menghilangkan nama Pas atau Umno atau bagaimana ?
Sekian.

No comments:

Post a Comment