MENILAI KEMAMPUAN PERTAHAN PERADABAN MELAYU
(Fikrah Bangi: 281),
BBB: 07 Zulkaedah 1440H. = 10 Julai 2019M.
(Rabu).
Selama BN memerintah negara, secara tidak
tertulis dan tersirat, bahawa kepimpinan di dalam parti adalah Melayu. Banyak
buktinya dengan kedudukan ini. Dalam BN
diterima bahawa Umnolah yang meneraju kepimpinan parti BN dan dalam perlantikan kabinet, maka Perdana
Menteri adalah Melayu. Secara tersirat juga bahawa Melayu adalah memimpin. Atas
kedudukan yang diterima oleh semua parti komponan di dalam BN mereka bekerja
membina tamadun negara yang dapat dilihat dari kemajuan fizikal dari berbagai
pembangunan di ibu negera, kota, bandar dan ibu-ibu negeri. Mereka membina rangkaian komunikasi dari jalan-jalan dan
berbagai-bagai kemudahan pergerakan. Mereka juga membina infra-struktur bagi
peradaban bangsa Malaysia, baik dari segi pelajaran, bahasa, nilai budaya,
toleransi dari segi keagamaan. Mereka
juga menerima susah gembira yang dialami negara. Semua dapat dikatakan
`berpuashati`, kecualilah pihak pembangkang. Bagi mempertahankan Melayu dan
nilai keislaman, maka BN, khususnya Pas selalu bertembung dari segi hasrat dan
kemahuan. Pas mau keislaman menjadi dasar pemerintahan dan kehidupan, manakala
Umno lebih bersifat kebangsaan Melayu di samping Islam yang dikira lebih mesra bagi semua kaum.
Walau apapun wadah perjuangan ini dalam mana BN memerintah, Pas dari satu pihak
yang dianggap kanan, dan Dap yang dianggap kiri bagi perjuangan Melayu, negara
bergerak di dalam pembinaan tamadun dan peradaban negara Malaysia. Keilmuan dianggap faktor penting di atas perubahan dan
kemajuan yang dicapai.
Perubahan dan kejutan besar berlaku dengan
keputusan pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018. Oleh kerana kemelut yang berlaku
pada pemerintahan BN, maka rakyat telah berubah fikiran dengan memberi mandat
kepada Kerajaan Baru yang dikenali dengan Pakattan Harapan. Pola politik
sebenarnya tidak berbeza, yang berubah ialah suara Melayu yang berpecah dari
dua parti Melayu menjadi empat. Dari
Umno , keluar daripadanya ialah Parti Bumiputra Bersatu yang sama wadah
perjuangan dengan Umno, manakala belahan dari Pas ialah Amanah yang katanya
juga sebagaimana Pas mau memprjuangkan Islam. Dalam pilihanraya ke 14 Melayu
yang keluar dari Umno bersama dengan PKR dan DAP serta Melayu dari Pas (Amanah)
menyokong PH yang menyebabkan Umno dan
BN kehilangan kekuasaan.
Setelah PH memerintah lebih dari setahun
Melayu dari berbagai parti, khususnya
Pas dan Umno, merasa banyak kehilanganm bukan saja politik, tetapi juga dari
segi kedudukan, ketuanan, budaya, bahasa, imej dan keunggulan. Dengan keadaan
sedemikian selepas enam bulan berlaku `arus balik` di kalangan Melayu. Dari saki
baki Melayu yang ada di dalam Umno dan Pas dan sebahagian Melayu dari kalangan
yang berkuasa bersatu mempertahankan Melayu dan menang dalam tiga pilihanraya kecil secara bersiri dala separuh
pertama tahun 2019.
Dalam keadaan sekarang berlaku usaha
menarik kepercayaan Melayu. Kedua pihak mempoercayai penyatuan dan sokongan
Melayu menjad penentu kemenangan dalam pilihanraya akan datang. Lantaran itu
Tun Mahathir dalam Mesyuarat Bersatu baru-baru ini membuat tawaran kepada Umno,
bagi mempertahankan Melayu agar Umno menyertai Bersatu. Jika Umno bersama
Bersatu, maka Melayu di dalam Pas tidak mampu mengatasi Melayu di luar Pas.
Namun Zahid Hamidi dan Tok Mat, dengan tegas menjawab, ``Umno tidak perlu masuk
Bersatu`` (Sinar, 7 Julai 2019: 1).
Umno menyedari bahawa kerjasama yang
berlaku dengan Pas sejak awal tahun 2019 dapat memperkasakan suara Melayu. Zahid
dan Tok Mat menegaskan, ``Umno membina
kekuatan sendiri bersama Pas``.
Ketegasan pihak Umno dan Pas membawa kepada perlumbaan terbuka bagi kedua
pihak.
PH sudah tentulah berusaha dalam tempoh
berbaki lebih dari tiga tahun ini untuk menunaikan janji dan melakukan berbagai
pendekatan dan kemajuan yang dapat
menarik kepercayaan Melayu. Mereka tidak bimbang dari sokongan kaum-kaun yang
lain.
Manakala dalam tempoh berkenaan Umno dan
Pas akan berusaha berkerjasama bagi menarik sokongan terutama Melayu dan
kaum-kaum yang lain melalui BN bagi mendapat kembali kuasa yang terlepas itu.
Dalam tempoh tersebut berbagai-bagai
kemungkinan akan berlaku.
Sekian.
No comments:
Post a Comment