July 30, 2019

MENGHARGAI TOKOH_TOKOH SILAM


MENGHARGAI TOKOH-TOKOH SILAM
(Fikrah Bangi: 301),
BBB:  27 Zulkaedah 1440H. = 30 Julai 2019M. (Selasa).
Wujudnya satu bangsa ialah kerana ada sejarah yang telah terbina. Iaitu dengan wujudnya tanahair yang menjadi ruang mereka hidup dan menjalankan kegiatan dan lahirnya pemimpin-pemimpin yang  memimpin mereka. Sejauh mana dapat disusur galur tentang sejarah kewujudan bangsa berkenaan, maka ianya menjadi penyaksian tentang kewujudan dan sejarah yang dilalui yang menjadi kemegahan turunan dan menjadi aspirasi kepada kelangsungan mereka. Bangsa yang besar adalah bangsa yang mempunyai gunung-gunung peristiwa yang dilalui dan menjadi kemegahan turunan.
Yang jelas kita mempunyai ruang latar negara yang kita huni yang diwarisi dari turunan berzaman silam, iaitu dari zaman pra-sejarah, sejarah, zaman fitrah dan selepas fitrah. Ruang latar yang kita warisi dapat dilihat dan disaksikan hingga kini. Kita mempunyai latar  kedudukan ditanah Semenanjung dari Segenting Kra, sebagai jantung di dada Asia dan masuk ke Samudera Lautan Nusantara bersempadan dengan Madagaskar di Lautan Pasific melebar ke Taiwan dan Hawai di Lautan Pasifik, manakala ke selatan hingga ke Australia. Keluasan ruang bangsa yang di kenali dengan  bangsa Nusantara ini terbukti dari kajian linguistik terhadap penduduk di kawasan tersebut.
Penyebaran bansa tersebut bermula dari dada Asia Selatan yang dikenali dengan Funan dan lebih jelas negara-negara yang melahirkan bangsa usantara ini ialah kerajaan Langkasuka, dan Sriwijaya  yang wujud sejak zaman fitrah. Kemudian Semenanjung dikenali dengan `Semenanjung Enas` yang melahirkan kerajaan yang dikenali dengan Kerajaan Melayu dari Bukit Seguntang, Patani, Terengganu, Johor, Temasik, Melaka dan Majapahit. Watak Melayu dari segi individu dikenali dari zaman ini dari Sri Tribuana membawa kepada Nila Utama yang memerintah Singapura dan Sultan Iskandar  yang memerintah Melaka yang menandakan permulaan Islam.
Pengislaman Melaka adalah lanjutan dari sejarah keislaman yang berlaku di Pasai pada akhir abad ke 13 yang selari dengan pengislaman Terengganu sezaman denga Pasai, iaitu pada akhir abad ke 13. Raja yang memerintah Terengganu pada zaman ketibaan Islam ini ialah Raja Mandalika. Dengan pengislaman Pasai, Teregganu dan Melaka memperluaskan Islam ke seluruh Nusantara.
Pada zaman sebelum Islam, khususnya zaman fitrah kita tidak mempunyai nama individu yang dikenali, kecuali tentang raja-raja. Walau bagaimana dengan adanya rentetan sejarah bangsa Nusantara dan Melayu ini sudah cukup bagi kita mengenali susur galur nenek moyang kita pada zaman silam. Kita mempunyai sejarah yang gemilang, lebih gemilang dari negara-negara Barat. Jika pada zaman sebelum Islam, kerajaan Rum dan Parsi terkenal di Barat dan Asia Barat, maka keajaam yang terkenal di Timur ialah Sri-wijaya, Langkasuka dan kerajaan Tua di Jawa dan di Borneo. Jika dikatakan 10,000 tahun sebelum Masihi peradaban lahir di Babylon dengan adanya catatan perundagan, maka bagi kerajaan Nusantara, banyak catatan pada batu bersurat yang terdapar di sekitar Bukit Seguntang dan puncak ialah catatan pada Burobudur dan rantaian catatan sezaman dengannya.

Bangsa Nusantara  ialah bangsa yang berada pada laluan samudera penting yang menghubungkan tradisi –tradisi besar yang mengalir dari Barat melalui Lautan Hindi ke Kepulauan Melayu hingga ke Cina. Lantaran itu pengaruh Hindu, Parsi, Cina, dan Islam terasimilisasi dengan budaya tempatan. Tokoh-toloh mulai dikenali terutama selepas Islam. Mereka seperti Sultan Malikul Salih dari Pasai, Raja Mandalika dari Terengganu,  Nila Utama dari Singapura, Sultan Muammad atau Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah dan Tun Perak di Melaka, Alauddin dan Iskandar Thani di Aceh, Mangkubuwonn dan Gajah Mada di Jawa, Sultan Sulaiman di Manila dan ramai lagi.
Mereka harus dikenalpasti dan dihargai sebagai tokoh-tokoh silam yang gemilang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment