July 11, 2019

PENYATUAN MELAYU MELALUI PARTI: PRO DAN KONTRA


PENYATUAN MELAYU MELALUI PARTI: PRO DAN KONTRA
(Fikrah Bangi: 282),
BBB:  08 Zulkaedah 1440H. =  11 Julai 2019M. (Khamis).
Dalam  pilihanraya ke 14 yang lepas, terdapat empat parti Melayu yang bertanding, iaitu Umno dan Pas serta Parti Bumiputra Bersatu (Bersatu) dan Amanah. Dalam pilihanraya itu PH menang yang di dalamnya Bersatu dan Amanah mewakili parti Melayu, manakala Umno dan Pas berada pada pihak pembangkang. Bersatu sebenarnya  adalah mengambil tempat Umno dalam pemerintahan, manakala Amanah adalah mengambil tempat Pas.
Pada hujung minggu lepas dalam mesyuarat parti itu  (Bersatu) Tun Dr. Mahathir menawarkan parti-parti pembangkan itu untuk menyertai PH, khususnya Bersatu. Tujuan pada lahirnya ialah bagi penyatuan suara Melayu. Secara tersirat dapat difahami, tawaran itu mencerminkan kebimbangan pihak PH terhadap kerjasama Umno dan Pas boleh menggugat kedudukan PH yang memerintah.
Ada pro dan kontra terhadap implikasi penyatuan. Selapis pandangan ianya akan menyatukan suara Melayu. Dengan penyatuan pada hakikatnya akan menenggelamkan kedua-dua parti itu. Bukti dapat dilihat mereka yang melompat dari Umno selepas pilihanraya yang lepas ke dalam Bersatu atau yang lain dari parti pemerintah adalah dipinggirkan. Mereka tidak diberi peranan dan dibiarkan. Mereka tidak disenangi. Keadaan sedemikian akan berlaku jika umno dan Pas menyeberang ke pihak pemerintah.
 Kita bersetuju dengan pendapat Zahid Hamidi dan Tok Mat Presiden dan Timbalan Presiden Umno, bahawa Umno tidak akan menyertai Pakatan. Kekalahan kali pertama tidak bererti kalah selama-lamanya. Umno lebih jauh gemilang dari parti-parti di dalam PH. Umno adalah parti utama dalam sejrah perjuangan kemerdekaan dan telah berperanan memajukan Malaysia sejak kemerdekaan hingga kepda pilihanraya ke 14.,  Bersatu ditubuhkan kerana  menentang pihak yang memecat pengasas Bersatu. Peranannya amat baharu. Umno tidak seharusnya mengotori sejarahnya, apalagi membunuh parti itu. Umno sebenarnya mempunyai kekuatan akar umbi dengan jumlah cawangan dan ahli yang ramai. Kemarahan rakyat yang tidak mengundi Umno dalam pilihanraya ke 14, kerana isu semasa  yang ditimbul dan dapat mempengaruhi rakyat. Sebaliknya selepas setahun memerintah, keyakinan rekyat terhadap pemerintah semasa menurun dan mereka kembali kepada Umno, kepercayaan rakyat ini tidak sepatutnya diabaikan. Umno mempunyai peluang yang cerah untuk bangkit.
Peluang cerah ini ternyata dengan kerjasama Umno dengan Pas,  Kerjasama dapat menarik penyokong yang memberi undi dalam beberapa PRK  seperti di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau. Kepercayaan ini hendaklah dihargai dan kerjasama harus diteruskan, di samping berusaha mendapat sokongan bukan Melayu.
Pas sebenarnya lebih keras menolak pelawaan PH, Pas tidak mau bersama dengan Dap  dan juga Amanah yang merupakan belahan darinya. Dari pengalaman yang lepas masuk bersama kerajaan yang memerintah melemahkan Pas. Pas mempunyai kekuatan tersendiri dan kekuatan ini lebih meningkat denganb kerjasama dengan Umno. Kedua-dua parti ini tidak seharusnya mengabaikan kerjasama serta sokongan rakyat dan tidak sewajarnya menyertai PH.
Pada hakikatnya di dalam Melayu sendiri perlu ada pembangkang, jika ditakdirkan  Umno dan Pas bersama pemerintah, akan lahir  suara pembangkang Melayu . Dalam keadaan sekarang kedudukan suara Melayu sudah seimbang dari segi alternatifl jika tidak bersetuju dengan Bersatu Melayu PH, maka alternatifnya ialah Melayu Umno. Demikian juga tidak setuju dengan Islam Amanah, maka alternatifnya ialah Pas. Untuk mewakili suara Melayu sudah cukup dengan empat parti yang ada sebagai pilihan.
Apa yang perlu kedua-dua pihak Umno dan Pas dan Bersatu dengan Amanah perlu menunjukkan kebolehan dan kelebihan masing-masing yang boleh menarik sokongan rakyat untuk memerintah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment