July 22, 2019

ISU VIDEO SEKS: ANTI KLIMEKS


ISU VIDEO SEKS:   ANTI KLIMEKS
(Fikrah Bang: 293),
BBB:  19  Zulkaedah 1440H. = 22 Julai 20`19M. (Isnin).
Selepas Anwar Ibrahim bertelagah secara terbuka dan menyatakan bahawa, ``Jika video tulen, Azmin perlu letak jawatan.``
Manakala Azmin Ali menjawab, ``Cermin diri dulu.`` (Sinar 18.7.2018: 1).
Berikutnya,  kenyataan berita, bahawa PKR telah pecah kepada dua kem. Kem Anwar Ibrahim dan Kem Azmin Ali.
Kem Anwar menghimpun penyokong-penyokong di Petaling Jaya dan meminta Menteri-Menteri Besar yang menjadi Ketua PKR Negeri membuat pengakuan sokongan dan dikatakan bahawa enam daripada Menteri Besar memberi sokongan kepada Anwar. Manakala berita yang lain bahawa 15 daripada 25 ahli Parlimen tidak hadir, menandakan mereka tidak menyokong Anwar ?
Isu klisye yang timbul di dalam PKR itu benar-benar menjengkel dan memuakkan. Ia mencerminkan `rendah maruah` dan tidak berperadaban. Ketua Polis Negara menempelak, bahawa parti politik (yang matang) tidak sepatutnya menimbulkan isu remeh temeh yang menghabiskan tenaga pihak polis memberi perhatian bagi menyelesaikan isu yang timbul. Mereka diminta bertindak secara matang dan jangan melempahkan masalah kepada rakyat. Bertindaklah dalam ruang lingkup politik secara bijaksana !
Pada peringkat permulaan, Azmin dilihat sebagai pihak yang dipersalahkan, tetapi kemudian diperjelaskan bahawa `Imej di dalam Video itu bukan Azmin !`.
Di dalam masa orang ramai ingin tahu, siapa sebenarnya yang membuat video berkenaan dan watak di dalamnya, kita tiba-tiba disogok  dengan berita `Peleraian lakonan` yang anti klimeks, mendadak dan tidak kreatif dan sebenarnya lebih banyak menimbulkan tandatanya.
Ungkapan anti klimeks dan tidak kreatif (pura-pura ?) timbul dari Anwar,
``Saya dsn Azmin satu pasukan.`` dan diperkukuhkan dengan ungkapan bahawa,
``Anwar akan terus bekerjasama dengan timbalannya untuk gerakkan parti.`` Dengan tambahan penyokong kuatnya, ``Kedudukan Anwar semakin kukuh.`` (Sinar, 22.7.2019: 2).
Mengapa tiba-tiba watak wira dalam episod perbalahan itu tidak bertindak wira ?
Sebaliknya Azmin dengan berani mengungkapkan,
``Saya tahu siapa dalang !``. Tambah Azmin., ``Saya amat tahu ! Saudara saudari hendak tahu siapa dia ?, ``Kita serah kepada pihak yang berkuasalah !`` Jawapan disampaikan kepada kira-kira tiga ribu penyokong di rumah Kediaman resmi Menteri Besar Selangor semalam (UM, 22.7.2019: 1).
Saudara Azmin nampaknya menyuarakan pandangannnya dengan penuh konfiden.
Drama yang diperesembahkan bukan atas permintaan itu memang mengundang rasa ingin tahu rakyat, tapi langsung tidak mendapat simpati mereka. Sebagaimana kata Ketua Polis Negara, ``Kerja sia-sia.``
Yang mau diketahui sekarang, ``Siapakah yang mereka-mereka naskhah cerita klisye  itu ?, siapa pengarahnya ?
Simpati nanti akan diberi kepada pihak yang menjadi mangsa dan teraniaya.
Kita tunggu episod terakhir yang akan didedahkan oleh pihak Polis !.
Sekian.

No comments:

Post a Comment