July 26, 2019

AGENSI PENDIDIKAN: FUNGSI DAN PERTANYAAN


AGENSI PENDIDIKAN: FUNGSI DAN PERTANYAAN
(Fikrah Bangi: 297),
BBB:   23 Zulkaedah 1440H. =  26 Julai 2019M. (Juma`at).
Banyak agensi yang terlibat dengan pendidikan di Malatysia. Antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), berbagai institusi  pendidikan swasta dan berbagai lagi.  Agensi-agensi pendidikan ini ditubuhkan untuk menyampaikan pendidikan menurut objektif masing-masing. Misalnya kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan menyampaikan pendidikan kepada rakyat berdasarkan dasar dan akta pendidikan  menurut taraf dan level pendidikan yang ditawarkan, JAKIM dari aspek pendidikan lebih kepada pendidkan agama Islam, begitu juga pada peringkat negeri lebih berfokus kepada agama, di samping ada yang bersifat  pengajian tinggi secara terbuka. Pendidikan oleh pihak swasta disediakan menurut keperluan semasa sebagai alternatif pengajian.
Agensi yang paling utama dai segi pendidikan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sudah tentulah kementerian ini berfungsi dan berperanan bagi mendidik rakyat Malaysia. Tetapi dari segi praktiknya, fokus pendidikannya adalah terhadap pengajian yang dikategorikan kepada beberapa level pengajian, iaitu pengajian rendah, menengah, kolej dan universiti.
Kementerian ini adalah kementerian yang besar dan mempunyai tugas yang besar dan mendapat bajet terbesar antara berbagai kementerian. Bajet terbaru yang dibentangkan di Parlimen kementerian ini mendapat lebih dari RM30 bilion.
Bagi menjalankan tadbir secara efektif kementerian ini pernah dipecahkan (semasa BN) kepada dua pecahan, iaitu Kementerian Pendidikan (Rendah dan Menengah - termasuk Kolej)   dan Kementerian Pengajian Tinggi (khususnya universiti-universiti ).
Tujuan pengajian pada semua peringkat ialah mendidik rakyat dengan keilmuan yang diajar agar mereka menjadi rakyat yang berpelajaran.  Dengan berpelajaran mereka dapat menjalankan penghidupan dengan berbagai pekerjaan yang layak bagi mereka – Mereka berkhidmat kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.
Pendidikan adalah fenomena yang menyeluruh di tanah air, sekolah-sekolah terdapat di mana ada penduduk sehingga ke kawasan-kawasan terpencil, turut didirikan sekolah. Dapatlah dikatakan pendidikan asas terutama rendah dan menengah menyeluruh di tengah masyarakat. Pendidikan hingga ke tahap menengah adalah pendidikan umum dicapai oleh masyarakat. Sebagai kesannya pendidikan telah menaikkan taraf masyarakat. Sekurang-kurangnya pendidikan menjadi alat  bagi memudahkan kehidupan dan komunikasi mereka di tengah masyarakat.
Walau bagaimana pengajian pada tahap tinggi, khususnya universiti adalah dianggap pengajian pada tahap elit. Mereka yang berkelayakan sahaja yang layak memasuki pengajian tinggi berkenaan. Namun mereka yang berkelayakan makin bertambah sehingga pengajain pada tahap ini kini bukan lagi sebagai tahap elit. Kemajuan pendidikan mengubah taraf kehidupan rakyat negara ini. Namun tidak terlepas dari gejala-gejala yang dihadapi masyarakat.,
Dengan suasana pendidkan yang ada di negara ini dapatlah dinilai berdasarkan pertanyaam-pertanyaan berikut:
1)      Dapatkah dikatakan negara kita telah dapat mengatasi masalah `buta huruf` ?
2)      Adakah dengan tawaran pendidika yang ada rakyat menikmati kemudahan dari segi komunikasi dan urusan hidup seharian ?
3)      Adakah pendidikan menjadi faktor penyatu rakyat ?
4)      Adakah pendidikan kini sudah cukup menjadikan rakyat bertanggungjawab dan amanah ?
5)      Dapatkah dikatakan Malaysia  mengamalkan  `demokrasi  pendidikan` ?
6)      Dapatkah dikatakan dengan pendidikan Negara Malaysia negara yang bersih dari gejala moral ?
7)      Dengan pendidikan apatkah dikatakan situasi politik  di Malaysia lebih matang ?
8)      Apakah prioriti perubahan pendidikan yang patut dilakukan di Malaysia ?
9)      Ideal bagi menjadikan rakyat Malaysia bahagia.
10)   Standard Maju Malaysia berbanding dengan negara-negara di  dunia.
Bersambung.
Sekian

No comments:

Post a Comment