July 15, 2019

DENDAM DIBAWA DALAM PENJARAHAN: KESAN


DENDAM DIBAWA DALAM PENJARAHAN: KESAN
(Fikrah Bangi: 286),
Selama penguasaan Islam terhadap Barat
Di tanah Andalusia ke Sempadan Perancis
Menghampiri lapan abad kekuasaan
Cukup bagi mereka mempelajari
kelemahan dan kekuatan umat
bertindak kembali atas kelemahan
mengeluarkan mereka  dari kekuasaan
dendam mereka tidak terhenti
bahkan dibawa menjejaki kemajuan umat
tektik pelayaran dan penempatan
menyertai Sepanyol portugis Belanda British
menguasai penempatan hingga ke Timur Jauh
bermula dengan pengusaan Portugis di Melaka
British di Pulau Pinang dan Singapura
Belanda di Indonesia dan Spanyol di Manila
Perlumbaan bukan saja menguasai dagangan
Rempah dan berbagai keluaran tempatan
Untuk diangkut kembali ke Barat
Tetapi di dalam menyebar dakwah
Antara Islam dan Kristian
Atas kekuatan akidah Islam awal bertapak
Kekal di Alam Melayu kecuali Manila
Dikuasai cara paksaan secara perang
Diikuti siri penjajahan dan penentangan
Dari umat bersemangat Islam
Dengan lima abad penjajahan
Lebih dari cukup pengaruh ditanam
Mengorientasi fikiran dan sudut pandangan.

Dengan warisan kepelbagaian
Kita masih lagi terhimpit
Dalam membuat penentuan
Membina identiti dan jati diri
Amtara warisan pragmatis masa depan.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
12 Zulkaedah 1440H.
15 Julai 2019M.

No comments:

Post a Comment