Sepang-Jakarta-Palembang, 2 - 5 Zulkaedah 1433 = 18 -21
September 2012 (Selasa- Jumaat):
Palembang
menjadi tempat kunjungan ialah kerana ia adalah negeri Melayu, bahkan dalam
leginda dan metos dari sini berasalnya raja-raja Melayu. Dari segi permuziuman Palembang amat kaya dengan bahan-bahan arkeologi dan
permuziuman dan dari segi seni budaya di Palembang
kaya dengan perusahaan songket dan batik – termasuk penghasilan telepok dan
kelingkang yang menjadi salah satu fokus kajian Muzium Sultan Alam Shah, di
Shah Alam.
Di atas tujuan tersebut misi kami mengunjungi Palembang yang sebelumnya
telah dibuat hubungan dengan pihak Wali Kota Palembang dan mendapat
persetujuan. Kami ke Palembang
hanya tiga orang Adun sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan
Negeriu Selangor (PADAT) sebagai peneliti permulaan secara umum bagi semua
aspek di atas. Intan Salina Kurator PADAT, khusus untuk membuat penyelidikan
tentang Telepok Dan Kelingkang, manakala pembantunya Encik Hisham turut
menyertainya.
Kami bertolak dan diambil dari Bangi oleh saudara Anas jam
11.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang LCC Sepang dan terus berurus untuk
perlepasan jam 3.00, tetapi pada peringkat akhir boarding Kapal Terbang Air
Asia – kami tidak diterima bertolak, kerana dikatakan lewat. Berbagai usaha
dilakukan, kami tidak juga diterima. Kami menghubungi
Palembang, meminta maaf
dan sambutan ketibaan dibatalkan. Walau bagaimana program esoknya jam 10.00 di
Pejabat Wali
Kota Palembang telah diatur dan disusun. Pada
asalnya kami bercadang untuk pulang untuk datang pagi esok, tapi tidak ada
penerbangan pagi ke
Palembang.
Yang ada sekali sehari jam 3.00 seperti hari ini. Hisham yang agak cekap dan
biasa mengurus penerbangan berusaha mendapat penerbangan alternatif, iaitu
melalui
Jakarta – Kami berjaya mendapat tiket
Air Asia ke
Jakarta
dan bertolak jam 8.00 malam. Di Jakarta kami bermalam di Hotel Lapangan Terbang,
Sukarno-Hatta. Pada pagi esoknya jam 9.00 pagi bertolak dengan kapal terbang
Garuda dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II disambut oleh
Puan Elyana Pegawai Muzium Palembang (Lulusan Sarja UKM, Bangi). Kami dibawa
dengan kenderaan Wali
Kota
ke Pejabat Wali Kota dan disambut oleh Pak Tabrani.
Majlis sambutan diadakan di Dewan Pejabat Wali Kota. Sebelumnya kerana
kehadiran kami juga berhubung dengan Adat dan Budaya, dari Jakarta Adun
berpakaian baju Melayu bersamping dan bersongkok hitam. Majlis sambutan juga
adalah berciri Adat dan Warisan. Majlis atas nama Wali Kota (Yang Terhormat Haji Eddy Santana Putra
yang kini sebok berkempen untuk bertanding bagi jawatan Governor Sumatera
Selatan) diwakili oleh Drs. Haji Mohd Hosni Setiausaha Pejabat Wali Kota. Hadir
sama ialah Ketua Dewan Pembinaan Adat Negeri Palembang, Ketua Dewan Pembangunan
Adat, Kepala-Kepala Dinas (Ketua-Ketua Jabatan), Camat Sekota Palembang (Ahli
Dewan Pemangku Adat Kota Palembang – jumlah 107 ahli) yang keseluruhan berjumalh
lebih kurang 200 orang. Mereka berpakaian adat Baju Sikap (Kilaman bercoat),
setengah berbaju Melayu seperti Adun. Sebahagian yang hadir adalah wanita.
Majlis sambutan bermula dengan ucapan dari Adun yang
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sambutan yang diberi. Adun
menceritakan tentang PADAT dan tujuan kehadiran bagi memahami Adat Budaya,
Sejarah dan Warisan di Palembang yang amat rapat dengan negeri Melayu Malaysia
yang raja-rajanya berasal dari Bukit Seguntang, bahasanya bahasa Melayu dan
pakaian sebagaimana disaksikan pada pagi ini ada kesamaan. Adalah menjadi
harapan PADAT jika berkemungkinan dapat menjalin hubungan dan kerjasama melalui
MOU antara kedua pihak yang kelak boleh diadakan kerjasama dua hala di dalam
bidang seni, budaya, sejarah, arkeologi dan persuratan.
Dalam ucapan balasnya Bapak Drs. Hj. Mohd Hosni amat senang
sekali di atas tujuan kehadiran kami dan menyampaikan salam Bapak Wali Kota yang keluar dan sibuk dengan
program kempennya. Bapak Hj. Mohd Hosni menerangkan kepada kami tentang hiraki
pentadbir di Kota Palembang sambil menunjukkan pakaian budaya yang sengaja
dipakai oleh pentadbir dan wakil-wakil daerah. Bapak juga menerangkan tentang
bahan arkeologi, sejarah, seni dan budaya di Palembang. Secara bergurau beliau juga
mnenunggu jemputan dari kami untuk berkunjung balas ke Malaysia, khususnya ke Muzium di Shah Alam. Tawaran berkenaan kami balas
dengan jemputan. Beriukut dari ucapan diadakan soalan, cadangan dan
perbincangan. Antara perkara ditimbulkan ialah mengenai permuziuman, adat dan
pakaian, bahasa dan peranan tokoh ulama` Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan
karya-karya beliau. Pada pertemuan ini juga Intan Salina menayangkan kepada
tetamu yang hadir berhubung dengan Telepok dan Kelingkang.
Selepas check in di Hotel Aryana Duta di sini kami dibawa
makan tengahari di Restoran Nasi Padang, kemudian membuat lawatan di Muzium
Sultan Mahmud Badaruddin II yang diberi penerangan oleh Pak Ali dan berikutnya
melawat Bukit Seguntang yang banyak menyimpan artifek, khususnya pada zaman
Kerajaan Seriwijaya yang diberi penerangan oleh Pak Fitri Ketua Jabatan
Arkeologi. Selepas dari lawatan ini yang diiringi Pak Tabrani dan beberapa lagi
kami dihantar pulang ke Hotel berehat. Pada malamnya pula kami diraikan – Makan
Malam di Pinggir Sungai Musi yang pandangan gemerlap dengan cahaya.Hadir sama
pegawai negeri dan camat dan ketua-ketua kawasan. Malam ini juga ada majlis
ucapan yang dimulai Pak Hosni bercakap tentang konsep adat ialah orang
berakhlak dan orang tak beradab bererti orang `kurang ajar`. Beliau juga secara
santai bercakap tentang makanan, pakaian dan bahasa. Adun Bangi dalam ucapan
balas juga bercakap secara santai, dalam pencarian ini kita sering mencari
persamaan baik dalam budaya, adat resam dan kesenian, tapi jika semua sama
tidak ada erti untuk dicari dan dikaji. Dalam hal ini kehadiran kami bukan saja
mencari persamaan, tetapi juga kelainan-kelainan yang membeza dan menjadi identiti
bagi kita. Inilah ruang lingkup menjadi skop penelitian kami yang kami harap
menghasilkan dapatan-dapatan yang menarik bagi kita yang mencerminkan kesamaan,
kelainan, pengaruh dan identiti kukuh masing-masing. Adun juga membawa pantun
Pisang Emas Di bawa Belayar melahirkan rasa terhutang budi terhadap layanan
yang diberi oleh pihak Wali Kota Palembang.
Pada pagi hari kedua (Khamis), kami memulakan lawatan ke
Muzium Negeri yang penerangan diberi Pak Sufyan dan kemudian ke Muzium
Arkeologi dibimbing oleh Pak Fitri yang semalam mengiringi kami ke Bukit
Seguntang.
Selepas dari lawatan-lawatan di atas kami tumpukan perhatian
kepada busana Telepok dan Kelingkang yang diberi perhatian oleh Puan Intan
Salina. Adun, Sham dan Intan diiringi oleh Elyana ke Perusahaan tangan Puan
Zainab menghasilkan Busana Kelingkang yang bermacam jenis baik bagi pakaian
anak-anak, bagi pengantin, selepas berkahwin, pakaian kelingkan untuk tunaikan
haji dan selepas pulang dari haji. Kami turut membeli bahan berkenaan. Sebelum
dari itu kami ke Toko Kain Ramayana mencari songket, baju, telekong dan mekana.
Pada tengahari hari ini kami meraikan Pak Tabrani, pegawai-pegawai dan
pengiring-pengiring kepada kami, makan tengahari di Kedai Makan Melayu dan
selepas ke Toko Ramayana kami kembali rehat di Hotel.
Pada pagi Jumaat sebelum pulang ke Malaysia, kami sekali
lagi mengunjungai Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II dan ke Toko Ramayana
membeli songket di Toko Ibu Ana Kumari dan pulang terus dirai oleh Pak
Tabrai dan Elyana ke Lapangan Terbang berangkat pulang. Sesungguhnya layanan
diberi di luar dugaan kami. Kami amat terhutang budi di atas layanan yang
diberi, bahkan pertemuan dan Majlis Keraian Makan Malam yang diberi oleh Wali Kota diberi liputan dalam
TV Republic Indonesia – satu penghormatan diluar dari dugaan kami.
Terima kasih.
Sekian.