September 30, 2012

Menerima Kunjungan Pelajar Monash University Sunway Campus

Pusat Khidmat Adun Bangi, 11 Zulkaedah 1433 = 27 September 2012 (Khamis):

Jam 3.00 petang ini tiga pelajar dari Monash University Sunway Campus datang mengunjungi Adun. Mereka telah membuat temu janji sejak 19 September lepas. Tiga pelajar berkenaan ialah Muhammad Hafiz bin Mohd Yazid, Ily Mumtaz bt.Iskandar yang kedua-duanya dari Selangor dan Maggie Sudo Pui San berasal dari Sabah.


 Mereka bertiga mengunjungi Adun adalah bertujuan untuk menemuramah Adun sebagai memenuhi satu syarat untuk unit Pengajian Malaysia bagi semester ini. Mereka adalah pelajar-pelajar Tahun Satu yang mengambil Kursus School of Science. Kursus Pengajian Malaysia adalah Kursus Pengajian Umum yang diwajibkan bagi semua universiti di Malaysia sama ada IPTA atau IPTS menawarkan kursus berkenaan bagi semua pelajar. Setiap pelajar pula diwajib ambil dan lulus kursus berkenaan. Menurut Muhammad Hafiz sebagai Ketua bagi tiga pelajar berkenaan, ``Kami juga wajib lulus bahasa Malaysia pada peringkat SPM, sekiranya kami tidak lulus, maka diwajibkan ambil masa di Monash University dan mesti lulus.`

Soalan-soalan yang dikemukakan kepada Adun (dalam bahasa Inggeris), nampaknya mengenai politik bersesuaian Adun sebagai seorang ahli politik dan Adun Bangi. Soalan telah dibuat melalui e-mel sebelumnya. Mereka nampaknya tidak mengetahui yang Adun adalah Bekas Tenaga Pengajar di UKM, tetapi bila mereka mengetahui fakta berkenaan, nampaknya mereka lebih gembira dan lebih mesra. Soalan-soalan mereka ialah:

  1. Can you tell us your experience joining PAS? How long have you`ve been joining PAS and why did you choose PAS instead of other parties?
  2. If Pakatan Rakyat were to win the upcoming General Election, how do you intend to implement the Islamic Law and how will it effect the non-Muslims in Malaysia?
  3. What changes have PAS implemented acting as a state govermennt they`ve won during the last General Election that was different than its predecessor?
  4. What is the aim of PAS joining the Pakatan Rakyat? Will it effect PAS`s ambition to implement the Islamic Law?


Sungguhpun soalan yang dikemukakan ringkas, tetapi jawapan (bercampur English-Melayu) dibuat secara bualan dan meluas yang memakan masa lebih kurang satu jam.

Pelajar-pelajar berkenaan amat bergembira, apabila pada akhir sesi Temu Ramah berkenaan Adun menghadiahkan kepada setiap orang daripada mereka buku `Bangi Bandar Ilmu` (2012). Muhammad Hafiz pula memohon sebuah lagi buku berkenaan untuk diberi kepada Pensyarahnya. Adun tidak saja mengirim sebuah daripada buku berkenaan kepada pensyarahnya, tetapi mengirim juga tiga buku berkenaan kepada Perpustakaan Monash University Sunway Campus. Mereka memohon diri setelah bergambar.

Sekian.

No comments:

Post a Comment