September 20, 2012

Berhariraya Di Surau An-Naim, Bukit Mewah – Ambil Kesempatan Ziarah Mangsa Rumah Terbakar

Bukit Mewah, 01 Zulkaedah 1433 = 17 September 2012 (Isnin):


Hari ini walaupun sudah di luar dari bulan Syawal, masih ada yang mngambil kesempatan merayakan Hariraya Eidul Fitri yang secara kebetulan hari ini masih tutup pejabat, kerana hari ini cuti ganti Hari Malaysia yang tarikh 16 September jatuh pada hari kelmarin dan hari ini tutup ganti bagi Hari Malaysia semalam. Salah satu tempat yang menyambut hari Eidul Fitri pada hari ini ialah Surau An-Naim, Bukit Mewah, Kajang.


Tengahari ini, setelah menghadiri program sebelumnya Adun menghadirkan diri ke Jamuan Hariraya Eidul Fitri yang diadakan oleh AJK Surau An-Naim, Bukit Mewah, berikutnya turut hadir sama YB Puan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Sedang. Oleh kerana kesampaian Adun hampir pada hujung waktu – berakhir jamuan jam 12.00 tengahari, sebab itu sebelum makan Adun diminta bercakap sedikit, antaranya ucap tahniah diatas usaha pihak surau yang diketuai Tuan Haji Shubli dapat mengadakan sambutan Eidul Fitri pada kali ini begitu meriah sekali. Adun mengatakan kedudukan Negeri Selangor amat mantap. Namun pihak BN, tetap mau menggugat, misalnya soal air di rumah pangsa yang kita minta pihak Syabas supaya menukarkan meter beramai (secara Pukal) kepada meter berasingan yang melayakkan pengguna menikmati air percuma, tapi tidak diikuti, walau macam mana kita sekarang membantu bagi pengguna air secara pukal dengan m,engeluarkan kopun sebagai subsidi bayaran.


Adun juga memaklumkan peruntukan 2 juta untuk memperbaiki jalan-jalan negeri di Dun Bangi, Adun percaya para hadirin dapat menyaksikan banyak jalan yang dibaiki. Dari peruntukan Merakyatkan Ekonomi ramai dari kalangan warga emas mendapat kesempatan skim ini dan mengikuti Jom Shopping. Selain daripada itu peluang melalui Tawas, bantuan masuk universiti dan berbagai lagi. YB Teo Nie Ching yang sampai berikut dari kesampaian Adun turut diminta bercakap. Beliau memaklumkan ramai lagi dari kalangan anak muda yang layak mengundi, tetapi tidak mendaftar mengundi. YB Teo Nie Ching berharap mereka yang telah layak mengundi agar mendaftar mengundi agar dapat mengundi dan menentukan masa hadapan Negara. Beliau juga meminta rakyat membanding dan menilai antara pemerintah dahulu dan kini Perbezaan antara kita dengan Kerajaan BN, bahawa kita mementingkan ketelusan dan menjauhi rasuah, sebab itu hasil Negara makin bertambah. Kalau pada masa BN reserve Negara Cuma 1.3 bilion, tetapi kini berjumlah 2.9 bilion. Pertambahan ini sebab tiada kebocoran dan tiada rasuah.
Selepas ucapan kami menjamu selera hariraya dan kemudian melawat gerai-gerai yang menyediakan makanan-makanan kepada pengunjung.


Selepas itu kami mengambil kesempatan menziarah mangsa kebakaran di Taman Jasmin., iaitu keluarga Ibu Tunggal beranak dua yang mengalami kesusahan kerana rumahnya – bahagian satu bilik atas terbakar. Rumah tidak boleh digunakan.. Keluarga malang ini ialah Puan Begum Aminah ibu tunggal bersama dua anak. Puan Begum adalah penyewa dan diminta keluar dari rumah. Msalahnya Puan Geun tidak dapat mencari rumah sewa yang baru. Beliau juga tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Adun meminta Ketua Cawangan di Bukit Mewah ini dapat mencari kediaman yang sesuai untuk disewa. Sebelum berpisah Adun Bangi dan Ahli Parlimen Serdang menyampaikan bantuan kewangan kepada keluarga Ibu Tunggal Puan Amina Begum.


Sekian.

No comments:

Post a Comment