October 31, 2018

SAMBUTAN MAULID AL-RASUL : SETAHUN MASJID DIGUNAKAN


SAMBUTAN MAULID AL-RASUL: SETAHUN MASJID DIGUNAKAN
(Fikrah Bangi: 43):
BBB, 21 Safar 1440H. = 30 Oktober 2018M. (Selasa):
Sambutan Maulid al-Rasul mempunyai keisatimewaan pensejarahan bagi Masjid Al-Umm, kerana sambutan yang demikian pertama kali diadakan di Masjid Al-Umm selepas mendapat CPC (14.12.2017). Sambutan Maulid pada tahun itu, iaitu pada 16 Disember 2017 bermulanya penggunaan Masjid Al-Umm, bermula dengan solat zohor dan berterusan solat di masjid ini (kecuali solat Juma`at (bermula 12 Oktober 2018). Jadi sambutan Maulid al-Rasul yang bakal di adakan pada tahun ini adalah merupakan setahun penggunaan Masjid Al-Umm. Dengan sambutan Maulid al-Rasul pada tahun ini  juga sebagai pernyataan syukur terhadap Allah bahawa Masjid Al-Umm mendapat CCC (4 Oktober 2018), seterusnya didaftarkan di JAIS (10 Oltober 2018) dan Masjid memulakan solat Juma`at pada 12 Oktober 2018.
Bagi menyambut Maulid Al-Rasul pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dalam mesyuaratnya pada Selasa 23 Oktober bersetuju untuk mengadakan sambutan Maulid al-Rasul dengan cara yang lebih meriah. Dengan kelulusan itu Pengerusi memanggil Mesyuarat Perlaksanaan  melibatkan 35 orang  yang difikirkan dapat diamanahkan dengan tugas-tugas yang bakal diagihkan. Adalah dicadangkan  pada awalnya sambutan akan diadakan pada Sabtu 16 Rabi`ul Awwal 1440 bersamaan 24 November 2018 mulai dari pagi hingga ke malam. Majlis dijangka diisi dengan gotong royong melapah sembelihan dan memasak, peraduan membaca dan menghafal Al-Qur`an, peraduan menulis khat yang melibatkan anak-anak sekolah. Selepas zohor ialah solawat,  berrzanji dan nasyid, manakala pada sebelah malam ialah ceramah atau forum.
Namun pada permulaan mesyuarat diadakan saudara Ah Feisal Ketua Pemuda Jawatankuasa Masjid memaklumkan bahawa beliau baru mendapat maklumat bahawa pihak  ADUN Sungai Ramal menawarkan  seekor lembu dan sedia membiayai Forum Maulid al-Rasul dan berharap supaya majlis diadakan pada Khamis (malam Juma`at 22 November 2018). Tawaran itu meringankan beban, terutama cadangan awal yang memang berhasrat untuk mendapatkan lembu bagi jamuan  sambutan. AJK bersetuju menerima tawaran dan tarikh dicadangkan.
Timbul persoalan adalah program asal yang mau dimesyuaratkan mau diikuti dengan forum yang ditawarkan diterima. Akhirnya persetujuan diambil bahawa Sambutan secara gotong royong bagi persediaan dan hanya forum diadakan dan diikuti majlis jamuan. Ertinya majlis tertumpu pada forum pada malamnya. Walau bagaimana maklumat detail akan dibincangkan. Pengerusi meminta saudara Ah Feisal menjemput Setiausaha Adun datang ke Pejabat Masjid bagi membincangkan cadangan secara lanjut.
Sebagai persediaan di dalam mesyuarat itu ditubuhkan jawatan kuasa-jawatan kuasa kecil bagi sambutan,  dengan ketua bagi setiap jawatankuasa ditentukan. Jawatankuasa berkenaan ialah:
·         Do`a Pembukaan
·         Gotong royong
·         Lalulintas dan keselamatan
·         Jemputan
·         Kewangan
·         Urusan mendapatkan lembu
·         Masakan
·         Banner dan publisiti
·         Persediaan tempat
·         Pengendali forum
·         Penyambut tamu
·         Buku aturcara
·         Pasukan solawat
·         Pengedali aturcara
Mesyuarat mempastikan persediaan terakhir  diambil tindakan akan diadakan pada  Selasa 13 November 2018. Mereka yang diberi tugas diminta melaporkan persiapan masing-masing.
Sekian.

October 30, 2018

ULASAN DAN PERBINCANGAN KERTASKERJA SENIBINA MASJID AL-UMM


ULASAN DAN PERBINCANGAN KERTASKERJA SENIBINA MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 42)
BBB, 21 Safar 1440H. = 30 Oktober 2018M. (Selasa):
Kertaskerja Senibina  Masjid Al-Umm yang dibentang oleh Ar. Tuan Raja Fuaddin bin Raja Ahmad, arkitek bagi pembinaan Masjid Al-Umm diulas oleh  Ir, Tuan Haji Ishak bin Haji Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi Masjid Al-Umm.
Menurut Ir. Haji Ishak, bahawa Ar. Tuan Raja Fuaddin adalah seorang yang berpengalaman dari segi arkitek, sungguhpun Masjid Al-Umm merupakan masjid pertama dibina oleh firma arkiteknya - Majubina, sebelum daripada itu, beliau adalah arkitek yang berkhidmat di Jabatan Kerjaraya Kerajaan Persekutuan. Selepas bersara dari JKR barulah beliau menyertai Firma Majubina. Jadi selama berpuluh tahun beliau terlibat di dalam menyediakan berbagai plan arkitek bagi berbagai binaan termasuklah menyediakan plan bagi berbagai masjid, bahkan menilai plan berbagai masjid yang semestinya perlu mendapat kelulusan dari JKR. Ir. Haji Ishak bersama di dalam mesyuarat teknikal bersama Ar. Raja Fuaddin selepas beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pembinaan pada Ogos 2013 dan mengendalikan bahagian teknikal Masjid Al-Umm sebagai Pengerusi bagi bahagian Teknikal pada awal 2014. Pada masa Tuan Haji Ishak menjadi ahli  jawatankuasa, pada dasarnya plan sudah disediakan. Tetapi plan tersebut masih di dalam perbincangan dan berlaku perubahan-perubahan.
Menurut Tuan Haji Ishak, Ar. Raja Fuaddin seorang yang dedikasi, sebagai seorang anak kariah, beliau berkhidmat lebih dari seorang arkitek tetapi sebagai anak kjariah yang mau menggunakan sama masjid. Beliau setia dengan perubahan yang dilakukan dan mengubah plan dan sanggup turun naik ke MPKj bagi mendapat kelulusan bagi plan yang diubah. Dia tidak bersikap mendesak dengan tuntutan kewanbgan, bahkan paling kurang menekan dari segi kewangan. Beliau adalah seorang yang sabar  walaupun sering dikecam.
Ketika perbincangan Tuan Haji Arif menimbulkan soal kekurangan peruntukan sebanyak RM2 juta sepatutnya dapat ditampung dengan baki RM2 juta yang dijanjikan  oleh kerajaan Negeri Selangor.. Tuan Haji Mohd Kalok bersyukur dengan siapnya Masjid. Menurutnya sekarang bukan masanya mengungkit perkara yang lepas, yang penting ialah bagaimana mau memakmur Masjid agar sentiasa didatangi jama`ah. Tentulah dengan adanya kegiatan-kegiatan yang berjalan  yang seharusnya difikirkan bagi memenuhinya.
Imam Rahmat menimbulkan persoalan tandas yang dianggap dalam masjid. Menurut Tuan Raja Fuaddin , tandas  pada bahagian kanan bagi lelaki dan kiri bagi perempuan adalah dikira bahagian luar dari dewan utama masjid. Kita tak dapat membinanya secara terpisah, kerana kawasan masjid amat terhad dari segi ruang dan kawasan.
Dato` Dr. Wahid Shamsuddin menimbulkan soal carpet yang jika tiada tidak bermasalah, kerana lantai masjid bertile dan banyak sejadah yang disumbang oleh badan tertentu, tapi carpet ini telah ditempah sejak awal dan siap lebih awal dan tertangguh, kerana ketiadaan kewangan, tetapi akhirnya dapat di diselesaikan dengan himpunan duit dari beberapa pihak. Carpet di Masjid Al-Umm adalah bersifat keping-keping berasingan. Boleh dipisahkan jika perlu dibersihkan.
Encik Zulkifli menuji dari segi reka bentuk Masjid Al-Umm  yang terbuka dan lawas. Beliau memuji dari segi pencahayaan yang jika siang tidak perlu lampu, begitu juga dari segi pengudaraan nyaman dan tidak panas, walaupun tidak guna pendingin udara, cukup dengan dua kipas besar .  Warna  yang ceria dan carpet yang berwarna kuning cerah melembutkan pandangan. Berada di dalam ruang masjid terasa tenang dan nyaman dan tenang. Beliau mengucap tahniah di atas rekabentuk  dan ciri senibina Masjid Al-Umm yang disifatkan sebagai unik dan beridentiti sendiri.
Sekian.

October 29, 2018

MESYUARAT J/K MASJID AL-UMM DENGAN PENGERUSI-PENGERUSI SURAU


MESYUARAT  J/K MASJID AL-UMM DENGAN PENGERUSI-PENGERUSI SURAU
(Fikrah Bangi: 41)
BBB, 19 Safar 1440H. = 28 Oktober 2018M. (Ahad):
Berikutan dari kelulusan CCC Masjid Al-Umm pada 4 Oktober 2018 dan pendaftaran Masjid di JAIS pada 10.10. 2018 yang melayakkan Masjid Al-Umm beroperasi secara rasmi dan Masjid Al-Umm telah mendirikan solat Juma`at mulai pada Juma`at 12 Oktober 2018, maka seterusnya pihak PAID meminta Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm mengadakan pemilihan Jawatankuasa secara rasmi tidak lewat dari  14 Oktober 2015. Masjid Al-Hasanah menangguhkan pemilihan pada 13 Oktober, kerana menunggu persempadanan rasmi antara Masjid Al-Umm dan Masjid Al-Hasanah. Persempadanan diketahui secara rasmi dari JAIS pada 23 Oktober 2018. Persempadanan adalah berdasarkan belahan menurut jalan dari Bulatan UKM ke taraffic light dekat Pejabat Daerah ke Jalan Reko, kekanan dan masuk ke Bulatan ke UKM. Semua surau dalam lengkongan tersebut adalah di bawah Masjid Al-Umm, iaitu sebanyak 23 buah surau, manakala pada sebelah kiri termasuk di bawah Masjid Al-Hasanah.
Surau-surau di bawah Masjid Al-Umm ialah:
1)      Al-Amin      2) Al-Ikhlas        3) Al-Nur       4)   Jubli Perak       5)  Al-Kauthar
6)    Al-Ittihad    7) Al-Islah          8)  Al-Ehsan   9)  Al-Madani       10) Al-Munawwarah
11) Abdul Rahman Ibn `Auf      12) Al-Ikhwan  13) Bangi Perdana  14) Nor Idaman
15) Al-Mawaddah                      16) Al-Sabah     17) Al-Raudhah       18) Pusat Islam
19) Al-Mahabbah                       20) Al-Hidayah  21) Al-Syakirin        22) Al-Ukhuwwah
23)  Damai.
Adalah diharapkan sebaiknya semua wakil surau terpilih ke dalam jawaankuasa Masjid Al-Umm bakal dilantik.
Sebagai masjid baru, masa yang diberi kepada Masjid Al-Umm adalah terlampau singkat, masjid Al-Hasanah memilih tarikh baru untuk pemilihan ialah pada Ahad 11 November 2018, maka hari pemilihan bagi Masjid Al-Umm tiada pilihan, melainkan pada Sabtu 10 November 2018. Untuk pemilihan hari minggu adalah terbaik. Bagi Masjid Al-Umm  hari pemilihan adalah Sabtu 10 November  2018. Hari berikutnya pemilihan di Masjid Al-Hasanah (11 November). Hari bekerja tidak sesuai bagi hari pemilihan..
Bagi  berkenalan dengan pengerusi-pengerusi surau-surau di bawah Masjid Al-Umm dan juga membincangkan persoalan pemilihan Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm menjemput Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan pengimarahan Masjid Al-Umm dan pengerusi-pengerusi surau-surau di bawah Masjid Al-Umm atau wakil-wakil hadir ke Mesyuarat  di Masjid Al-Umm  yang butirnya :
Tarikh:    Ahad 28 Oktober 2018 (19 Safar 1440).
Masa: 10,00 pagi
TempatL  Bilik Mesyuarat Masjid  Al-Umm (Aras Satu).
Al-Hamdulillah mesyuarat pada pagi ini dihadiri oleh semua pengerusi-pengerusi surau atau wakil mereka.
Pengerusi  Majlis memaklumkan kepada pengerusi-pengerusi atau wakil-wskil tujuan jemputan, iaitu bagi memaklumkan persempadanan  dan tarikh Mesyuarat pemilihan. Sebelum daripada itu pengenalan pengerusi  atau wakil diadakan. Demikian juga dimaklumkan jumlah ahli kariah yang telah didaftarkan sebelumnya dan  peluang untuk pertambahan ahli kariah boleh dilakukan sebelum tarikh pemilihan.
Pada mesyuarat itu sengaja dijemput Tuan Haji Kamaruddin Mohamad Setiausaha Masjid Al-Hasanah yang berpengalaman mengenai urusan pemilihan bagi menerangkan kaedah yang biasa dijalankan  di Masjid Al-Hasanah selama ini. Beliau memberi penerangan kaedah  pemilihan dan persediaan yang perlu dilakukan.
Antara persetujuan yang diambil, pihak pengerusi-pengerusi surau bersetuju membekalkan nama mereka yang difikir layak menganggotai  jawatankuasa  yang bakal dipilih.  Mereka diminta hantar nama-nama kepada pejabat Masjid Al-Umm sebagai panduan pengundian. Mereka juga bersetuju cara memilih ialah secara pangkah pada borang danbukan secara angkat tangan. Pengendalian pemilihan akan dilakukan oleh PAID dan JAIS..
Sekian,

October 28, 2018

MASJID AL-UMM DARI SEGI SENIBINA: PEMBENTANGAN


MASJID AL-UMM DARI SEGI SENIBINA: PEMBENTANGAN
(Fikrah Bangi: 40)
BBB, 18 Safar 1440H. = 27 Oktober 2018 (Sabtu):
YM. Ar. Tuan Raja Fuaddin bin Raja Ahmad selaku architect Masjid Al-Umm yang membentangkan kertaskerja bertajuk di atas dengan menampilkan peta, plan,lukisaan dan gambar yang menjadi sebahagian besar dari kertaskerjanya. Hanya beberapa helai keterangan secara karangan ayat-ayat. Beliau membicarakan soal problem-problem yang dihadapi secara tambahan luaran  dengan bukti-bukti bahan-bahan di atas.
Tuan Ar. Raja Fuaddin bertolak, bahawa beliau dikemukakan dengan satu plan bagi tapak Masjid Al-Umm Lot  51177 seluas 2 ekar pada akhir  2012 setelah beliau menganggotau Jawatankuasa Pembinaan, maka beliau dikehendaki oleh jawatankuasa melalui firmanya di atas tanah yang luas tapak bagi binaan 4,317 meter persegi menyediakan sebuah plan masjid yang dapat memuatkan sebanyak 3,000 jama`ah. Kos dianggarkan pada masa itu RM12 juta.
Memandangkan tanah adalah sempit dan berkedudukan curam dengan sebelah atas (timur) adalah tinggi dan bahagian bawah (barat) rendah, maka pada peringkat awal tanah diratakan. Plan arkitek pada peringkat permulaan adalah dua tingkat dengan sebuah kubah yang pada asalnya dianggar seharga  RM200,000 dan dua buah menara. Menurut Tuan Raja Fuaddin, beliau mengambil contoh dari Surau Damai yang ada pada bahagian belakang `ruang legar` untuk kawasan jamuan dan perhimpunan jama`1ah. Ruang legar bagi Masjid Al-Umm adalah lebih luas terletak  pada bahagian masuk, bukan belakang sebagaimana Surau Damai. Namun melalui perbincangan dengan AJK, kontrektor dan consultant tercetus pendapat, bahawa ruang bawah lantai bagi plan yang asalnya untuk parkir dicadangkan dijadikan aras bawah tanah bagi tujuan pelbagai guna. Dengan persetujuan, maka tanah pada bahagian aras bawah tanah itu terpaksa dikeluarkan sehingga kedudukannya sedikit lebih tinggi dari paras jalan pada bahagian hadapan. Untuk menmgukuhkan kedudukan tapak, maka pada bahagian bawah terpaksa dibina tembok konkrit yang dapat menahan pergerakan tanah.
Permasalahan yang  dihadapi dari segi arkitek dan jawatankuasa yang tidak berpengalaman dari segi binaan, mereka terus-terusan membuat tambahan dari segi plan. Selain dari tambahan aras bawah tanah, perubahan berlaku pada kubah yang dulu kecil dan biasa, kini menurut kubah Masjid Sultan Qabus di Oman. Perubahan yang besar berlaku pada bentuk menara,  bilik air pada bahagian bawah dan atas, penutupan pada bahagian air well dengan skylight,  pengubahan kedudukan rumah mayat, penambahan lengkungan pada pintu masuk bagi mengelak dari tempias hujan. Dua buah kolah juga dibina bagi simpanan air, kiranya keputusan air. Bagi menjalankan kerja-kerja perubahan ini terpaksa dilantik Syarikat Majleza dari Johor. Majleza juga  menyempurnakan dari segi tulisan  khat ayat -ayat Al-Qur`an dan pemasangan-pemasangan lampu hiasan, bahkan melibatkan pada pengubahsuaian jalan masuk bertingkat.
Menurut Tuab Raja Fuaddin untuk kerja-kerja seni, kita tidak membuat plan baginya, tetapi ialah melalui syarikat yang mempunyai pekerja-pekerja dari ozbek. Pada syarikat ada model-model dekorasi yang telah direka bentuk, kita hanya memilih bentuk dan motif yang bersesuaian. Dengan pemilihan yang dibuat, mereka datang memasang dan membuat dekorasi yang halus dan seni yang memerlukan kepakaran khusus. Kerja-kerja sedemikian adalah sebahagian dari ciri estetika yang terdapat di bahagian dalam dan juga luar Masjid Al-Umm..
Implikasi dari perubahan meningkatkan kos yang pada peringkat permulaan naik kepada RM15 juta seterusnya kepada RM18 juta. Sebenarnya  kata Tuan Raja Fuaddin banyak perkara yang tidak perlu dan perkara yang patut ditangguhkan jika tidak dibuat dapat menyelamatkan peruntukan. Contoh penambahan skylight yang masalahnya berterusan, penamhan lengkung pada bahagaian pintu masuk, kolah, bahkan dengan pemasangan tile, tidak perlu kepada kepada penutupan lantai dengan carpet. Tetapi tile dipasang dan carpet dibentang. Implikasi dari perubahan yang dikatakan sampai 62%, secara professional sepatutnya tidak melebihi 30%, maka implikasinya bukan saja melibatkan pertambahan kos hingga akhirnya kepada jumlah RM21 juta, tetapi  juga termasuk kos yang melibatkan perubahan terhadap plan yang berkali-kali diubah (melibatkan 21 plan). Ini juga melibatkan kelewatan mendapat kelulusan,. Ini ialah setiap kali perubahan terpaksa diberi maklumat dan perlu kelulsan dari pihak MPKj yang menjadi one stop centres bagi banyak jabatan. Plan tambahan terpaksa diangkat ke MPKj sehinngga ke peringkat akhir sebelum mendapat kelulusan.
Pada dasarnya, walaupun menghadapi perubahan dan penambahan sebagai hasilnya setelah siap banyak pihak menyifatkan Masjid Al-Umm adalah sebuah masjid yang indah. Setiap bahagian adalah fungsional. Sempurna dari segi pengudaraan dan cahaya dan terasa lawas dan tenang berada di dalamnya.
Kepada Tuan Raja Fuaddin, kami sifatkan ianya sebagai master peace baginya. Beliau menjawab, ``May be another one``.
Sekian.

October 27, 2018

SEMINAR: MASJID AL-UMM DARI SEGI SENIBINA


SEMINAR:  MASJID AL-UMM DARI SEGI SENIBINA
(Fikrah Bangi: 39)
BBB, 16 Safar 1440H. = 27 Oktober 2018M. (Sabtu):
Pagi ini akan berlangsung Seminar Bulanan Masjid Al-Umm bagi bulan Oktober 2018 mulai jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Seminar, Tingkat Satu, Masjid Al-Umm. Pembentang kertaskerja adalah architect bagi Masjid Al-Umm, iaitu Ar. Tuan Raja Fuaddin bin Raja Ahmad yang tinggal di Seksyen 2, berdekatan dengan Masjid Al-Umm. Syarikatnya ialah Syarijat Majubina Sdn. Bhd. yang berpejabat Induknya di Perlis (Beliau orang Perlis).
Senibina bagi sesebuah bangunan adalah penting, kerana ia adalah menjadi asas bagi pembinaan. Paling tidak, walau binaan secara kecil, perlu ada rangka di dalam minda pihak yang membina. Bagi sebuah bangunan seperti Masjid Al-Umm peringkat menyediakan plan bagi seni bina, biasanya memakan masa untuk disiapkan. Menyediakan plan seni bina seperti Masjid Al-Umm yang berada di dalam lokasi perbandaran adalah wajib sebelum dilakukan pembinaan. Adalah satu kemestian plan disiapkan dan dihantar dan diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi Masjid Al-Umm.
Bagi Masjid Al-Umm sejak dari diwujudkan Jawatankuasa Pembinaan pada 4 Februari 2010 telah  dikenalpasti  pihak yang diamanahkan dari segi menyediakan plan pembinaan, iaitu Tuan Nasai, tetapi beliau yang ditunjuk tanpa hadir ini tidak pernah datang mesyuarat. Dalam mesyuarat-mesyuarat –mesyuarat berikut pihak AJK diperkenalkan dengan beberapa orang yang menjadi jama`ah Surau Damai (berdekatan Masjid Al-Umm) yang difikirkan dapat membantu bagi pembinaan Masjid, seorang dariipadanya ialah Ar. Tuan Raja Fuaddin yang tinggal di Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi di samping lagi seorang pegawai Tadbir (Mantan Pendaftar UPM, iaitu Tuan Haji Mohd. Kalok bin  Latiff yang juga tinggal di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.
Ybhg. Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad dibawa masuk menjadi Ahli Jawatankuasa Pembinaan  Masjid Al-Umm secara jemputan. Dari catatan menunjukkan bahawa beliau menganggotai Ahli Jawatankuasa pada akhir 2011, Buat kali pertama beliau mempamerkan plan arkitek bagi Masjid Al-Umm pada hari Pelancaran Derma bagi Masjid Al-Umm yang dilancarkan oleh Adun Bangi pada 19 Mei 2012 dan sekali lagi beliau mempamerkan plan architecture bagi Masjid Al-Umm pada hari Pecah Tanah bagi Masjid Al-Umm yang dilakukan oleh Dato` Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 6 Januari 2013 yang di dalam ucapannya menjanjikan derma sebanyak RM6 juta  itu. Plan yang dipamerkan adalah plan dalam peringkat permulaan dan masih diperhalusi dan diperbaiki di dalam mesyuarat-mesyuarat. Dalam kata lain plan adalah banyak berlaku perubahan. Sebagai contoh hasil dari mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan dengan arkitek, kontrektor dan consultant-consultant (sebelum tertubuhnya Jawatankuasa Teknikal pada  Ogos 2013 dan mulai bermesyuarat pada awal 2014) ditambah ruang bawah tanah menjadi aras bagi konvensyen dan pelbagai guna, juga berlaku perubahan pada kubah, menara dan banyak lagi sehimgga dikatakan perubahan berlaku sebanyak 62%.
Tuan Raja Fuaddin seorang yang komited dengan tugas dan amat  sabar dengan karinah pengkritik yang sering menghentamnya. Adalah menjadi target Ahli jawatankuasa mau memulakan  pembinaan fizikal  Masjid Al-Umm, tidak  kurang dari setahun selepas Pecah Tanah yang dilakukan oleh Dato` Menteri Besar Selangor (6 Januari 2013), ertinya paling lewat pada akhir tahun 2013 tersebut. Ini bererti plan arkitek perlu  mendapat kelulusan terlebih dahulu. Walau bagaimana untuk  diangkat kepada MPKj plan hendaklah benar-benar sempurna, supaya tidak ditolak apabila diangkat. Lantaran itu perbincangan jawatankuasa di dalam mesyuarat-mesyuarat memberi tumpuan kepada penyiapan plan di samping soal kewangan. Setelah puashati plan baru diangkat pada pertengahan  2013. Walau bagaimana plan yang dihantar tidak mudah mendapat  kelulusan. Tuan Raja Fuad terpaksa turun naik ke Pejabat MPKj bagi mengetahui perkembangan sehingga pada satu peringkat, pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm terpaksa membuat temujanji dengan YDP MPKj dan kakitangan yang berhubung dengan plan berbincang mengenai kelulusan plan. Dalam perbincangan kelihatan tak banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, tetapi ianya memakan masa yang lama untuk mendapat kelulusan. Pihak AJK membuat rancangan untuk memulai pembinaan pada 10.12. 2013 setelah mendapat maklumat kelulusan plan secara tidak rasmi. Tarikh sebenarnya plan  diluluskan ialah pada 4.12.2013. Berasaskan plan arkitek yang diluluskan maka pembinaan dimulakan pada 10.12.2013.
Plan architect  .... bersambung.
Sekian.

October 26, 2018

MEMBINCANGKAN KEDUDUKAN BEKAS SURAU AL-UMM


MEMBINCANGKAN KEDUDUKAN BEKAS SURAU AL-UMM
(Fikrah Bangi:  38):
BBB, 17 Safar 1440H. = 26 Oktober 2018M. (Juma`at):
Setelah selesai mendapat kelulusan yang diperlukan oleh Masjid Al-Umm yang melayakkannya beroperasi sebagai masjid, iaitu:
1)      Kelulusan CCC yang didapati pada 4 Oktober 2018
2)      Mendapat kelulusan pendaftaran JAL SEL BPM/01/025/51
3)      Penyerahan bangunan secara simbolik kepada Jawatankuasa pada 11.10.2018.
Maka  tumpuan kerja dialih kepada pembangunan lanjutan iaitu:
1)      Memiliki Bekas Surau Al-Umm o. 5, Jalan 1/3G, 43650 Bandar Baru Bangi untuk dijadikan sebagai rumah imam
2)      Berusaha memiliki tapak yang kini  dikenali sebagai Medan Usahawan (dulu Medan Selera), bagi dijadikan tapak pembangunan  bagi pengajian  Masjid Al-Umm. Bagi tujuan ini usaha permulaan telah dilakukan seperti menyediakan plan architecture bagi bangunan yang dicadangkan. Projek ini adalah merupakan projek jangka panjang, kerana ianya memerlukan peruntukan yang besar bagi sebuah kompleks bangunan melebihi 10 tingkat yang memerlukan peruntukan melebihi RM70 juta.
Tumpuan pada peringkat permulaan selepas urusan bagi penggunaan Masjid Al-Umm selesai ialah pemilikan rumah No. 6, Jalan 1/3G, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor di atas.
Oleh kerana pada peringkat permulaan Bandar Baru Bangi dihuni (akhir November 1977)  masih tidak ada masjid dan surau, maka atas permohonan Badan Kebajikan penduduk masa itu memohon sebuah bangunan untuk dijadikan surau sementara, maka, Rumah Semi D ini diberi oleh pihak PKNS kepada Penduduk Bandar Baru Bang.  Penggunaan bangunan  yang baru siap sebagai surau ialah pada 6 Ogos 1978 sehari selepas diserah dan diadakan gotong royong. Penggunaan ini bermula dari 1 Ramadhan 1398. Surau ini adalah surau pertama  di Bandar Baru Bangi dan menjadi induk bagi surau-surau sebelum didirikan Masjid Al-Hasanah (tahun 2000).
Sejak 2007 pihak PKNS menggalakkan penduduk membina surau di tapak Masjid Al-Umm kini bagi menggantikan Surau Al-Umm dan pihak PKNS berhasrat untuk mengambil balik rumah semi D yang digunakan sebagai surau, tapi pihak penduduk terus menggunakannya  sebagai surau.
Bila tapak (lot 51177) itu diguba sebagai tapak masjid dan dalam masa pembinaan pihak PKNS mencadangkan pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarah Masjid Al-Umm memulangkan rumah berkenaan kepada PKNS, beberapa siri pertemuan dan rundingan diadakan dengan pihak PKNS agar dapat dijadikan bangunan Surau Al-Umm lama dan bersejarah itu dijadikan rumah  imam bagi Masjid Al-Umm, iaitu sebagai pemberian PKNS sebagai pihak Negeri Selangor kepada Masjid Al-Umm secara percuma.  Dalam rundingan seterusnya, oleh kerana pihak PKNS  tidak bersedia memberi secara pertama, tetapi mau menjualnya menurut harga pasaran pihak Jawatankuasa  Masjid memohon agar dikenakan bayaran menurut harga lama (asal), iaitu RM70,000, tetapi pihak PKNS akhirnya menawarkan kepada pihak Jawatankuasa rumah yang tapaknya seluas  6,292 kaki persegi itu seharga RM500,000. Pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk mengelak rumah itu dijual kepada pihak lain, maka pada 15  Julai 2015  pihak Jawatankuasa membayar cengkeram sebanyak RM5,000 dengan strategi untuk terus berunding bagi mendapatnya secara percuma.
Hari ini  (25.10.2018)  pihak PKNS menjemput  Pengerusi bagi mengadakan rundingan. Pihak pengerusi menjemut  beberapa Jawatankuasa untuk turut serta iaitu Tuan Ir. Haji Ishakbin  Arshad Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Hussin bin Yunos Bendahari, Dr. Tajul Ariffin Noordin AJK, Dato` Dr. Abdul Wahid Shamsudin AJK dan  Nik Adham bin Nik Anuar selaku Pemangku Setiausaha berunding di Tingkat 5 Bangunan PKNS Bandar Baru Bangi. Pihak PKNS  diKetua Tuan Haji Lokman bin Abdul Kadir selaki Pengurus Besar PKNS, Wilayah Selatan dan Tuan Haji Asana bin Ali selaku Pengurus Jualan Hartanah Wilayah Selatan.
Dalam rundinga  bermula 2.30 petang hingga 3.45  petang itu pihak Jawatankuasa tetap memohon agar bangunan yang sudah tua itu diberi kepada Masjid secara percuma. Pihak Pengurus Besar menurutnya adalah menurut apa yang diputuskan oleh pihak ibu pejabat.
Akhirnya kami bersetuju perkara ini mau dibawa kepada  YAB Dato` Menteri Besar Selangor untuk dipertimbangkan.
Sekian.

October 25, 2018

UMNO SUDAH `TIADA`, CABARAN BAGI AHLINYA


UMNO SUDAH `TIADA`: CABARAN KEPADA AHLINYA
(Fikrah Bangi:  37):
BBB, 16 Safat 1440H. = 25 Oktober 2018M. (Khamis):
Demikian diungkapkan oleh Tun Mahathir (BH,23,10,2018). Ungkapan ini adalah merupakan cabaran kepada ahli-ahli Umno, terutama bagi pemimpin-pemimpinya. Sememangnya ada respond  dari Dato` Seri Zahid Hamidi Presiden Umno dan Timbalannya Dato` Muhammad Hasan. Tetapi  menjawab cabaran ini  perlu kepada  tindakan  secara strategik dan sistematik. Dari segi rakyat, kita kira sudah turun kemarahan lantaran kehendak mereka sudah tercapai dan melihat apa yang dialami Umno elemen simpati mulai kembali. Kesempatan ini hendaklah diambil oleh Umno bagi memulih Umno dengan berbagai pendekatan yang strategik dan sistematik.
Sebagaimana di dalam sejarah dan realiti hingga kini, bahawa Umno dan parti-parti lain jika mau memerintah tidak mungkin dengan secara bersendirian, tetapi mesti berkerjasama dengan parti lain. Dalam konteks Umno sebagai parti berasaskan kaum perlu berganding dengan parti yang terbuka dan bersifat multi-rasial, tetapi Umno perlu mempekemas diri terlenih dahulu sebelum dapat menarik kerjasama dengan parti yang lain. Umno perlu mentransforkan diri sehingga dilihat sebagai satu yang baru dan diyakini. Keadaan ini misalnya dilakukan oleh MCA (Star, 24.10, 2018: 11), tetapi MCA dan yang lain lagi tentulah membuat pilihan dengan rakan yang dianggap sama dapat memberi kekuatan baginya. Dan tidak mau kembali kepada gaya lama yang menyebabkan MCA dan komponan dalam BN ditolak rakyat.
Persoalan mengapa BN ditolak oleh rakyat perlu dikaji sedalam-dalamnya dan perlu diambil tindakan bagi memperbaiki. Selama ini dilihat bahawa BN telah mengamalkan budaya ketuanan yang tidak boleh dicabar. Ia memisahkan diri dari masyarakat dan tidak turun kepadanya, melainkan dengan cara tuan yang berkuasa. Ianya membentuk sebagai `Feudal Baru`  di dalam BN, khususnya di dalam Umno, segalanya milik mereka dan untuk mendapat rahmat seharusnya bersama mereka. Elemen inilah yang  meramai dan menyokong BN. Khususnya Umno. Keberadaan mereka adalah amat rapuh. Lihatlah sebaik kekalahan dialami, spontan mereka melarikan diri. Kita melihat mereka yang berwatak dedalu ini berlaku di kalangan mereka yang dianggap pemimpin tertinggi selama ini. Mereka seumpama ini mengintai peluang di mana kesempatan baru berada.
Pemulihan Umno, iaitu dengan menampilkan diri sebagai yang baru, segar bertenaga dan bersemangat baru, jangan lupa dari segi akar dan sejarah. Umno sebagai parti tertua dan banyak jasa. Tokoh-tokoh yang dihormati perlu menjadi elemen yang dihormati dan simpati.  Di samping memperbaiki diri, sebagaimana disebut ialah mendapat rakan yang dapat memperkuatkan diri. Paling ideal buat masa ini ialah bekerjasama sebagai rakan strategik dengan PKR yang parti itu dan kepimpinan dan pengasasnya dari Umno. Keistimewaan parti ini kerana bersifat multi-rasial dan terbuka. Umno seharusnya menerima kepimpinan di dalam parti itu sebagai pemimpin dan  rakan strategik. Dengan bersama parti itu sudah cukup bagi mendapat  majoriti kerusi. Kekuatan akan lebih dapat digembling jika turut sama dengan penyertaan Pas yang sebenar sama memerlukan parti yang bersifat terbuka dan multi-rasial. Tawaran kerjasama dengan PKR adalah releven, khususnya dalam keadaan kepimpinan tertinggi parti itu berada di dalam keadaan ketidakpastian.,
Alternatif yang lain, jika PKR enggan dan tidak mau berpecah dan berpisah dari rakannya kini, maka Umno perlu kembali kepada rakan-rakan lama yang sama sanggup berubah kepada wajah baharu. Perkembalian bagi membentuk pakatan yang baru perlu kepada penilaian dari segi kesetiaan yang terlihat selama ini, terutama selepas kekalahan yang dialami.
Alternatif dan keadaan yang agak sukar dan memerlukan masa yang panjang baik bagi Umno dan juga Pas ialah perlu mengambil inisiatif menggalakkan satu kelompok baru mewujudkan satu parti yang bersifat multi-rasial, tetapi tidak melibatkan Umno dan Pas di dalamnya. Partri ini menjadi induk bagi komponan bagi Umno dan Pas dan mana-mana parti yang sesuai untuk sama menyertainya.
Apa yang dilihat bahawa pada akhirnya membentuk sistem dua kelompok parti yang ditawarkan kepada rakyat memilihnya. Komponan A dan Komponan B. Jika dilihat komponan A tidak mampu memberi kepuasan kepada rakyat, maka rakyat boleh memilih komponan B. Demikianlah pemerintahan boleh bertukar antara kedua alternatrif, bila satu pihak tidak memberi kepuasan kepada rakyat, mereka boleh mengubah pilihan. Begitulah seterusnya.
Cabaran yang diterima  Umno seharusnya menjadi daya penggerak ke arah tindakan positif yang   menunjukkan Umno bukan saja hidup tapi berwibawa dan mampu berkuasa.
Sekian.

October 24, 2018

PRAGMATISME DR. MAHATHIR ERA PERTAMA, BAGAIMANA ERA KEDUA ?


PRAGMATISME  DR. MAHATHIR ERA PERTAMA, BAGAIMANA DENGAN ERA KEDUA ?
(Fikrah Bangi, 36)
BBB, 15 Safar 1440H. = 24 Oktober 2018M. (Rabu):
Tun Dr. Mahathir adalah pejuang pol;itik sejak zaman muda. Dia yang berkelulusan MBBS dari Universiti di Singapura (1953) pernah bekerja dengan kerajaan dan kemudian membuka Klinik MAHA  di Alor Star. Sejak umur 21 tahun terlibat dengan Umno (1946). Pernah bertanding di Kota Star (1964), berikutnya di Kubang Pasu (1974). Beliau memimpin Pemuda Umno dan seterusnya menjadi Presiden Umno (1981) dan menjadi Perdana Menteri bagi era pertama (1987-2003).
Dr. Mahathir seorang yang pragmatik dan energetik. Beliau tidak senang dengan sikap Melayu yang conservatik dan mundur dan beliau mau merubah mereka kepada bangsa yang maju. Kritik beliau dapat dibaca di dalam bukunya yang berjudul `Malay Dilemma` yang dihasilkan berikut dari peristiwa 13 Mei 1969. Beliau tidak memuja Barat, sebaliknya mencontohi Jepun dengan konsep `Memandang Ke Timur` dengan meletakkan Wawadan Kemajuan yang mau dicapai dengan Wawasan 2020nya.
 Era pemerintahan pertamanya negara mempunyai kekukuhan ekonomi, terutama dari hasil petrolnya. Beliau menggerakkan negara yang bergantung pada pertanian kepada  Negera Industri dengan melancarkan projek `Kereta Proton.  Beliau membina legasinya  dengan membina bina-binaan yang hebat-hebat bermula dengan bangunan  berdekatan dengan stesyen keretapi dekat Masjid Negara (milik Petronas) membawa kepada pembinaan bangunan Twin Tower yang satu ketika dikatakan bangunan tertinggi di dunia. Pada 1990an beliau membina KLIA yang menjadi salah sebuah Lapangan Terbang yang tercanggih di dunia pada masa itu. Puncak dari pembangunan fizikal yang direalisasikan ialah membangun Putrajaya (2001) yang menjadi Pusat Pemerintahan negara Malaysia. Dengan sifat pragmatiknya Dr. Mahathir berjaya memberi impak kemajuan kepada Malaysia dan berjaya mengubah masyarakat Melayu yang konservarif dan berdilemma kepada bangsa yang bergerak ke urban dan bandar dan melalui pendidikan (Beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan) masyarakat Melayu yang mundur dapat dimaju dan ditingkatkan melalui pelajaran.  Tidak ada Perdana Menteri Malaysia yang berjaya membawa  Pembangunan dan kemegahan sebagai satu bangsa  dibangga sepertinya  hingga kini. Beliau berundur buat sementara (2003) kerana kemelut yang dihadapinya dan menyerahkan kepimpinan kepada Tun  Abdullah Badawi.
Tidak berpuashati dengan kepimpinan Datuk Seri Najib, beliau kembali ke pentas  politik dan memimpin Pakatan Harapan. Atas paltform Pakatan Harapan beliau dan pasukannya memenangi pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018 dengan PH (113) dan BN  (79). Dengan kemenangan Pakatan Harapan yang bagi Dr. Mahathir adalah era kedua baginya, apakah Dr.  Mahathir dapat mengulangi atau mengatasi kejayaannya pada era pertamanya. Jawabnya adalah sukar !
Ini ialah kerana berbanding era pertama negara di dalam keadaan segar dari segi ekonomi dan Dr. Mahathir dalam keadaan cergas dan penuh dengan  tenaga dan cita-cita meluap-luap. Ini merupakan katalis bagi kegiatan pembangunannya.
Manakala bagi era keduanya mulai 2018, dari awal lagi Malaysia dilihat dan digambar sebagai orang yang sakit tenat dan uzur. Ketenatan dan keuzuran akibat dari berbagai-bagai penyakit,. Antaranya.
·         Ekonomi negara di dalam keadaan tenat dengan hutang negara  mencecah RM1 trilion.
·         Berbagai-bagai dan bertambah kes rasuah antaranya berprofile tinggi
·         Ada negeri-negeri yang makin lantang menuntut hak, bahkan mau berotonomi
·         Kenaikan harga barangan dan kediaman di luar kemampuan rakyat dan makin meningkat rakyat menderita mental.
·         Gugatan keamanan negara, khususnya dari pendatang luar yang masih belum diatasi.
·         Ditambah cukai SST dan Cuka i baru yang dikenakan dan janji-janji pilihanraya (manifesto)  tidak dapat fitunaikan.
Ibarat sebagai seorang doktor – memang dia doktor perubatan, dalam keadaan sekarang Dr. Mahafhir terpaksa menghadapi berbagai penyakit yang dihadapi oleh negara. Dr. Mahathir terpaksa menggunakan banyak masa bagi membersih, merawat dan memulih penyakit-penyakit berkenaan. Di samping jawapan terpaksa diberi secara wajar dan meyakinkan mengapa projek-projek yang dijangka memberi faedah kepada rakyat dibatalkan seperti lebuh raya, keretapi laju dan sebagainya.
Dr. Mahathir dijangka tidak dapat mengulangi apa lagi mengatasi kejayaan era pertama pemerintahannya, Beliau dijangka banyak menggunakan masa merawat masalah penyakit negara yang dihadapi negara. Beliau juga sebenarnya amat kesuntukan masa.
Sekian.

October 23, 2018

HARAPAN MENANG: MAHATHIR KEMBALI KE JAWATAN PERDANA MENTERI


HARAPAN MENANG: MAHATHIR KEMBALI KE JAWATAN PERDANA MENTERI
(Fikrah Bangi: 35)
BBB, 14 Safar 1440H. = 23 Oktober 2018M. (Selasa):
Kepimpinan Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihanraya ke 14 menghadapi banyak cabaran. Antaranya:
·         PH tidak  dapat selesai didaftarkan dan terpaksa dibubar untuk penyusunan semula
·         Sikap Pas yang dianggap parti terkuat di dalam menarik sokongan orang Melayu enggan menyertai PH kerana tidak  mau bersama antaranya parti yang di dalamnya sering mengecamnya dan  parti yang dianggap derhaka kepadanya. Sebaliknya Pas dituduh pengkhianat  (BH. 4.1.2018: 1) dan dengan kekuatannya Pas mampu berdikari dan bertanding bersendiri.
·         Berlaku pergolakan di dalam PKR  (UM, 26 April 2018: 1)
·         PH bertanding menggunakan lambang PKR. Terpaksa membuat plan B, jika kemungkinan berlaku halangan (Sinar, 14.3.2018: 1).
·         Fokus utama ialah bagi menjatuhkan Dato` Seri Najib. Isu utama ialah 1MDB dan hutang negara.
Sementara itu pemilihan Dr. Mahathir sangat dibimbangi oleh BN. Beliau yang  yang pada permulaan belum diketahui di mana beranding dibuat spekulasi kemungkinan bertanding di  Kubang Pasu kawasan tradisinya di samping Langkawi. Serangan dilakukan terhadap Dr. Mahathir  yang media pada masa itu masih dan (terpaksa ?) condong kepada kerajaan.
Berbagai  serangan terhadap Dr. Mahathir. Misalnya beliau dianggap calon kitar semula (UM, 8.1.2018:1)  bahkan dikatakan, berlaku gelombang penolakan terhadap Dr. Mahathir (UM, 9.1.2018: 1). Terdapat tuduh-tuduhan yang lebih berat yang tidak sesuai dipaparkan di sini.
Melihat kepada media cetak, akhbar-akhbar biasa  dan media letronik kerajaan (tv), pada dasarnya kempen adalah normal bagai biasa sebagaimana pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Adalah dijangka BN tidak mampu  dikalahkan, walaupun kemungkinan mengalami kekurangan dari segi kerusi. Namun adalah dikatakan bahawa `Orang Muda` menjuarai kempen dengan menggunakan media baru. Mereka mempunyai rangkaian jaringan yang meluas dan menyeluruh, lantaran itu dikatakan berlaku perubahan menyeluruh. Revolusi senyap ini mendapat tempat dihati rakyat yang merubah sokongan dari BN kepada PH.
Lantaran itu berlaku apa yang dinamakan `Tsunami Rakyat` (Sinar, 10 Mei, 2018: 1).
Dan lahir istilah yang diberi kepada kerajaan baru yang menguasai pemerintahan ,
``Suara Malaysia Baru Di Pentas Dunia``.
Sebelum daripada itu, Dr. Mahathir pada pagi 10 Mei 2018 mengisytiharkan `Harapan Menang dan kesal kerana kelewatan pengumuman SPR (Sinar, 10.5.2016: 2).
Menurut Sinar,
``Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad menegaskan kemenangan berpihak kepada mereka, walaupun keputusan rasmi PRU 14 lewat diumumkan malam tadi. Beliau yang kecewa dengan kelewatan pengumuman daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu berkata ketika sidang media dibuat. Kemenangan Harapan didakwa jauh meninggalkan BN.`` (Sinar, 10.5.2018: 2).
Sememangnya keputusan rasmi kemudiannya menunjukkan bahawa Pakatan Harapan memenangi sebanyak 113 kerusi, manakala BN hanya memenangi sebanyak 79 kerusi, manakala Pas 18 kerusi, Warisan 8 kerusi, manakala Bebas 3 dan Star 1.
Dari kemenangan itu timbul istilah baru yang diberi kepada PH sebagai Suara Malaysia Baharu.
Dengan kemenangan itu Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi kali kedua. Metro mencatat:
``Selepas 15 tahun bersara, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di hadapan Yang Di Pertruan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara jam 9.56 malam tadi. Beliau melakar sejarah menjadi Perdana Menteri sebanyak  dua kali selepas partinya Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke 14 kelmarin.`` (Metro,  11 Mei 2018: 1).
Dan dengan itu  `Sejarah Baru` trercipta di Malaysiayang membuka gerbang bagi  Malaysia Baru.``.
Sekian.

October 22, 2018

SIFAT, CIRI PARTI DAN KEPIMPINAN DALAM PH


SIFAT, CIRI PARTI DAN KEPIMPINAN
(Fikrah Bangi: 34):
BBB 13 Safar 1440H. = 22 Oktober 2018M. (Isnin):
PAKATAN HARAPAN – Kumpulan parti yang mengejutkan negara dengan kemenangannya menguasai majoriti kerusi pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018 adalah terdiri dari parti-parti DAP, PKR, Amanah dan Bumiputera Bersatu. Bagi mengenali Pakatan Harapan, antaranya ialah mengenali sifat, ciri dan kepimpinan parti-parti dalam komponan Pakatan Harapan.
DAP akronim bagi Demokrat Action Parti ialah parti  tertua dalam PH yang diasas dan dipimpin oleh Lim Kit Siang hingga kini. Sebagaimana namanya iDap memperjuangkan  demokrasi untuk semua. Parti yang kuat dari segi prinsip  ini pada dasarnya untuk semua kaum, tetapi oleh kerana keahlian dan penyokong pada peringkat permulaan terdiri ramai dari kaum Cina, maka dilihat ianya parti orang Cina yang mewakili orang Cina. Hakikatnya parti ini untuk semua rakyat Malaysia. Motto terkenalnya ialah `Malaysian Malaysia` ungkapan yang digeruni musuhnya terutama Umno. Dap pernah dituduh pada peringkat awal penubuhannya dan penubuhan Malaysia, ia adalah proksi dari PAP dari Singapura, kerana Lim Kit Siang pernah berkhidmat dengan parti itu, khususnya dengan Lee Kuan Yu, sebelum pulang ke Malaysia (Melaka) dan Singapura berpisah dari Malaysia (1965). Tuduhan ini tidak berasas. Imej Dap di kalangan masyarakat di Malaysia, makin menyerlah. Ianya makin diterima oleh semua kaum. Sudah ada `Dap Melayu`, bahkan sudah ada Melayu yang sudah memenangi pilihanraya melalui tiket Dap. Lim Kit Siang makin menyerlah dari segi kepimpinan. Dia tunjukkan bahawa dalam masa Dap berkuasa, dia merendah diri dan  tidak merebut sebarang jawatan di dalam kabinet dan kini lebih banyak mendiamkan diri. Pada hakikatnya dia makin dihormati.
Parti yang sama kuat pengaruhnya di dalam PH, ialah PKR bermotto `Keadilan Untuk Rakyat` . Parti ini ditubuh (4.4.1999) kerana kemelut yang dihadapi Anwar dan terpenjara. Anwar terlepas peluang keduanya untuk menjadi Perdana Menteri ke 7, kerana penubuhan PH semasa beliau dalam penjara. Sebagai pemimpin  PKR yang terkuat dalam PH, kiranya beliau tidak di dalam penjara, beliau layak memimpin PH yang beliau  mengetuai PKR yang terkuat. Beliau hanya dibebas selepas PH memenangi pilihanraya dan dipilih secara formal memimpin PKR dan menjadi ahli parlimen bagi kawasan Port Dickson (13 Oktober 2018). Kini Anwar menunggu giliran untuk menjadi Perdana Menteri ke 8, jika tiada kemelut dan perubahan dari ketentuan Tuhan.
Walaupun Dap salah satu komponan terkuat, PKR dilihat memimpin dari  segi kepartian dalam pemerintahan negara sekarang, meskipun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Parti ini menjadi rebutan untuk menjadi ahli. Parti ini mempunyai ramai tokoh  pemimpin dan pelapis yang bakal meneruskan dominan parti ini di dalam pemerintahan negara.
Berbanding dengan Dap dan PKR, Amanah adalah parti yang lebih muda. Sebagaimana telah disebutkan ia adalah belahan dari Pas. Kumpulan yang  berpecah dari Pas menubuhkan  Amanah  (16.9.2015). Amanah memperjuangkan Islam secara `progresif` dengan motto `Islam Rahmatan lil `Alamin` . Setakat ini tidak jelas falsafah dan konsep Amanah. Beberapa pemimpin tertingginya dilihat bukan pakar di dalam Islam dan teragak-agak di dalam tindakan berhubung dengan Islam. Beberapa pandangannya dikecam oleh tokoh-tokoh Islam tanahair. `Ulama` di belakangnya ialah Ustaz Ahmad Awang dan Abdul Ghani Samsudin yang tidak nampak menampilkan diri, khususnya memperkatakan persoalan berhubung dengan Islam. Dapatkah disamakan Amanah dengan Berjasa yang jika tidak kuat dari falsafah dan prinsip boleh membawa kepada kepupusan, meskipun parti ini dikatakan bertambah dari segi keahlian.
Tun Dr. Mahathir adalah tokoh bernasib baik kerana kewibawaan kepimpinan, menjadi Perdana Menteri bagi kali pertama (1987-2003). Ketika PH mau menghadapi pilihanraya ke 14 parti Bumiputra Bersatunya masih menghadapi masalah dan terpaksa dibubarkan  (Sinar, 6 April 2018: 1) untuk disusun bagi didaftar kembali. Dalam kepimpinan PH beliau dilihat paling berwibawa dan dapat diterima masyarakat, maka beliau diangkat menjadi Perdana Mentari, manakala Wan Azizah dari PKR parti terkuat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau nampaknya begitu berpuashati dengan kedudukannya.
Deri segi parti Bumiputra Bersatu tidak begitu significant, kerana ianya masih membawa trend lama seperti Umno yang dilihat perkauman dan membela `Bumiputra`. Ianya seperti bayangan dari Umno dan mau mengambil alih Umno. Parti ini jika tidak kerana kekuatan kepimpinan semasa Mahathir-Mahyudin, sukar diterima sebagai parti pilihan bagi seluruh rakyat Malaysia seperti PKR dan Dap. Dia tidak boleh bersendiri untuk memerintah kecuali di dalam komponan seperti di dalam PH sekarang.
Inilah realiti, wajah dan imej serta identiti PH yang di dalam pembinaan. PKR dan Dap mempunyai kekuatan dari segi falsafah dan bersifat multirasial. Namun melalui pakatan dalam PH, kekuatan berkenaan dapat mempersatukan yang lain selagi solidaritinya teguh dan tidak berlaku perpecahan sebagaimana dihadapi Umno sekarang dan komponannya yang lain.
Sekian.

October 21, 2018

MEMAHAMI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN


MEMAHAMI  KERAJAAN PAKATAN  HARAPAN
(Fikrah Bangi:  33):
BBB, 12 Safar 1440H. = 21 Oktober 2018M. (Ahad):
Pemrintahan negara selama ini (61) tahun sejak kemerdekaan (1957) adalah dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) yang di dalamnya terdapat berbelas parti politik bergabung  membentuk  BN yang mendominasi pemerintahan selama ini, tetapi kejutan berlaku dengan keputusan pilihanraya pada 9.5.2018 apabila parti-parti yang menentang BN yang dikenali dengan Pakatan Harapan  (PH) memenangi pilihanraya  dengan PH memenangi 113 kerusi dan BN 79. (Perubahan berlaku dari segi jumlah, kerana berlaku lompat parti dan perletakan jawatan).
PH adalah baharu, diwujudkan bagi mendepani pilihanraya (Mei, 2018). Tetapi di dalam PH terdiri dari gabungan parti yang lama dan baru. DAP komponan utama bersama PKR sudah wujud seusia dengan Malaysia. Parti ini memperjuangkan demokrasi bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum,  manakala PKR relatifnya baru, ditubuhkan dari gerakan penyokong yang membela Anwar Ibrahim yang terpenjara kerana `Kes Liwat`. Penyokong berhimpun di Hotel Rannaisance, Kuala Lumpur pada  4 April 1999. Perhimpunan dirasmikan oleh Wan Azizah Ismail,  Isteri Anwar Ibrahim. Pada hari itu tertubuhlah  PKR dan bermulanya pendaftaran ahli. Parti Keadilan Rakyat, sebagaimana nama parti, iaitu Keadilan Rakyat bertujuan menuntut keadilan, terutama terhadap Anwar. Nama ini – Tuntut Keadilan  terus sesuai sebagai  motto parti yang berjuang bagi menuntut keadilan rakyat secara berterusan.
Sebuah lagi parti, ialah parti Amanah Negara, parti ini adalah belahan dari Pas. Satu kelompok – antaranya intelektual dan professional  yang tidak berpuashati dengan kepimpinan Pas yang dianggap konservatif  dan tidak mau meneruskan penyertaan di dalam Pakatan Rakyat (Pendekatan dirintis oleh Dato` Fadzil Nor), menyebabkan golongan ini berpisah dan menubuhkan parti yang dinamakan Amanah Negara  pada 16 September 2015 diketuai sebagai Presiden ialah Mat Sabu dan Timbalannya Salahuddin Ayob.. Satu kumpulan lagi yang membawa tertubuhnya Parti Bumiputra Bersatu, ialah diakibatkan oleh penyingkiran Mahyuddin Yassin dari Timbalan Perdana Menteri dan Umno yang menyebabkan Mahyuddin bergabung dengan Mahathir yang amat  anti Najib dan tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib, membawa kepada penubuhan Parti Bumiputra Bersatu. Sehingga kepada hampir pilihanraya parti ini masih menguruskan pendaftarannya.
Sebuah parti lagi yang asalnya bersama dengan Pakatan Rakyat dan bekerjasama sejak pilihanraya 1999 dan makin meningkat sekongan terhadapnya oleh semua kaum (meningkat  dalam pilihanraya 1999, 2008 dan 2013) ialah Pas. Pas mempunyai kekuatan di dalam menarik sokongan orang Melayu. PH amat berharap agar Pas bersama dengan PH, kerana  pengaruh kuatnya di dalam menarik undi Melayu, namun Pas yang tidak sebulu dengan Dap, kerana dianggap pemimpin parti itu sering menyelar Pas dan kepimpinan dan Pas juga menyelar sama Dap, menyebabkan Pas membuat keputusan memasuki pilihanraya Mei 2018 bersendirian. Selepas itu Pas mulai berbaik dengan Umno yang mencetus berbagai spekulasi, bahkan kepimpinan Pas menyatakan, ``Pas mau Najib Kekal` (Sinar, 3.1.2018: 1) . Selain dari Mahyuddin disingkir dari Umno, turut disingkir ialah Shafie Afdhal Menteri Pembangunan Luar Bandar yang mewakili Sabah di dalam Umno. Shafie menubuhkan parti Warisan di Sabah yang akhirnya mengatasi majoriti BN di Dewan Undangan Negeri Sabah dan menguasai Sabah. Kesilapan Najib menyingkir Mahyuddin dan Shafie Afdhal mengurangkan sokongan terhadapnya.
Dengan kemarahan rakyat terhadap Najib dan BN, khususnya isu GST dan peningkatan kos hidup menyebabkan rakyat membuat keputusan mengalahkan BN dan memberi kemenangan PH memerintah.
Pas  sebagai sebuah parti yang kuat dan berpengaruh terutama di kalangan pengundi Melayu dapat  meningkatkan sokongan  dengan mengusai pemerintahan  di Kelantan dan Terengganu dan hampir-hanpir menguasai negeri Kedah yang majoriti masyarakatnya Melayu dan teguh dengan pegangan keislaman. Walau bagaimana Pas yang semasa bersama di dalam Pakatan Rakyat dulu telah bertapak di negeri-negeri Pantai Barat dengan sokongan bukan Melayu dan bukan Islam mengalami kekurangan sokongan  di negeri-negeri yang dahulu Pas mulai bertapak seperti di Selangor, Pahang,  Negeri Sembilan, Perak, Johor, Melaka, Perlis dan Pulau Pinang.
Pakatan Harapan telah menang. PH telah memerintah 5 bulan, kita masih kabur dari segi falsafah kenegaraan PH, arah yang dituju, visi dan misi PH. Walaupun banyak janji yang dibuat, banyak dari janji diakui tidak dapat dilaksanakan.
Bagi memahami Kerajaan PH tidak dapat dilihat pada janji-janji sahaja, tetapi hendaklah dilihat dan dinilai apa yang  telah dan sedang dilakukan.
Sekian.

October 20, 2018

UMNO, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA - TUNTUT KESETIAAN AHLI


UMNO, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA – TUNTUT KESETIAAN AHLI
(Fikrah  Bangi: 31):
BBB,  11 Safar 1440H. = 20 Oktober 2018M. (Sabtu):
Setelah berusia 61 tahun Umno mengalami kekalahan pada pilihanya ke 14 dengan hanya mendapat  79 dari jumlah kerusi parlimen 222, ini diikuti oleh sejumlah yang memenangi kerusi berkenaan meletak jawatan dan keluar parti. Ibarat `Sudah jatuh ditimpa tangga`.  Sudahlah kalah` Bekas presiden yang juga Bekas Perdana Menteri diseret ke mahkamah berdepan dengan 25 pertuduhan (Sinar, 21 September 2018: 1, 2 & 3).
Meskipun Dato` Seri Najib tidak lagi memimpin Umno, namun  memberi kesan terhadap imej Umno. Dengan ketiadaan Najib, Umno diharap dapat dipulih kembali di bawah pimpinan presiden baru yang dilantik menggantinya, iaitu Dato`  Seri Zahid Hamidi, malangnya Zahid juga turut terseret ke mahkamah dengan 45 tuduhan  (TV 1, 18.10.2018).
Sebagai Presiden kepada Umno yang sedang giat bersama pemimpin-pemimpin yang lain memulihkan Umno, tentulah kemelut yang dialami oleh Zahid yang dalam proses pengadilan termasuk Najib memberi kesan kepada usaha pemulihan Umno. Inilah ujian besar yang dialami oleh kepimpinan yang mengalami jatuh bangun.  Sebagai contoh Burhanuddin Hilmi pemimpin Pas peringkat awal merengkok dalam penjara dan kesan dari penderitaan yang dialami membawa kepada kematiannya. Ahmad Boestamam pemimpin radikal (memimpin API, PUTERA dan PKMM) merengkok berlamaan dalam penjara yang disifatkan `Malam Memanjang dan berada di dalam neraka !). Tidak kurang contoh apa yang dialami Anwar sendiri  yang keluar masuk penjara. Pejuang sejati lebih banyak mengalami derita dari balasan nikmat perjuangan.  Ramai lagi contoh pejuang  yang berjuang  memerdekakan tanahair. Sejarah mengadili pejuang-pejuang.
Umno sedang mengalami ujian yang pahit. Kita simpati dengan parti tertua dan banyak berjasa bagi kemerdekaan tanahair, pembangunan bangsa, negara  dan agama. Kebanyakan parti yang ada adalah pecahan dari Umno seperti Semangat 46 (pupus), Usno di Sabah (Pupus), PKR dan Bumiputra Bersatu. Umno tidak seharusnya dibiarkan mati beragan. Semua pihak tidak sepatutnya  bergembira melihat penderitaan yang dihadapi Umno sebagai sebuah parti induk.  Sejarah gemilang , sebagai parti kanan perlu dipertahan.  Pendukung-pendukung Umno yang lebih banyak menerima nikmat dari Umno tidak seharusnya membiarkan umno kepupusan. Yang bertindak keluar parti setelah mendapat nikmat daripadanya boleh disifatkan bukan saja tidak mengenang jasa tetapi sebagai penderhaka.
Walau bagaimana di dalam kemelut yang dihadapi Umno ada penegasan yang diberi oleh pemimpin pelapis. Mereka seperti:
Muhammad Hassan Timbalan Presiden Umno
Dr. Noraini Ahmad Ketua Wanita Umno
Ashraf Wajdi Dusuki Ketua Pemuda Umno
Dr. Maslina Harun Exco Pergerakan Puteri Umno
Seluruh kepimpinan Umno Selangor yang memberi komitmen berdiri teguh dengan kepimpinan Umno. Begitu juga Umno dari negeri-negeri yang lain.
Jika  dalam enam dekad, kepimpinan Umno dan ahli lebih banyak menerima nikmat, maka kini  Allah menguji di atas kelalaian dan kealpaan selama ini. Ruang bagi pembaikan, transformasi, inovasi terbuka luas bagi pemimpin-pemimpin pelapis.
Umno menunggu kepimpinan  kreatif, inovatif  dan dedikasi bagi memimpin  `Kebangkitan Kedua Umno`  – Insya Allah.
Sekian.

October 19, 2018

MEMPERBAIKI KELEMAHAN DARI SOLAT JUMA`AT PERTAMA MASJID AL-UMM


MEMPERBAIKI KELEMAHAN DARI SOLAT JUMA`AT PERTAMA MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 31),
BBB,  10 Safar 1440H. = 19 Oktober 2018M. (Juma`at):
Bersyukur kepada Allah, kerana setelah melalui tahap persediaan dan tahap pembinaan yang tiap satunya memakan masa 5 tahun, akhirnya pada 4 Oktober 2018 Masjid Al-Umm menerima CCC, didaftarkan dan  dapat mendirikan solat Juma`at pertama di Masjid Al-Umm, iaitu pada Juma`at 12 Oktober 2018 bersamaan 3 Safar 1440.


Sebelum mengadakan solat Juma`at pertama ini gotong royong bagi persediaan Juma`at diadakan pada Ahad sebelumnya (7 Oktober) dengan menumpukan kepada persiapan luar dan dalam dan kebersihan secara menyeluruh dan pada pagi Juma`at pertama  sekali lagi membersih dan menghampar carpet dan sejadah di dalam dan di luar. Walau bagaimana bila diadakan Juma`at kali pertama, iaitu pada 12 Oktober disedari banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Antaranya:
a)      Lalulintas –Guna Khidmat RELA
Kelemahan bagi Masjid Al-Umm ialah kekurangan tempat parkir. Tempat parkir di dalam kawasan masjid hanya terdapat 51 ruang parkir rasmi, tetapi jika disusun secara teratur dapat menuatkan sekadar 80 buah kenderaan. Maka bagi kenderaan yang lain terpaksa parking di Medan Usahawan berdepan masjid yang menjadi parkir awam. Selain daripada itu parkir dilakukan di bahu-bahu jalan ke masjid di Jalan 1/3K, Jalan ¼, 1/4A, jalan ke sekolah dan jalan dari Surau Damai ke sekolah. Setakat ini tempat parkir dapat menampung kenderaan yang datang. Bagi mengawal kenderaan yang keluar masuk dan parking, khidmat RELA digunakan. Setakat ini sejumlah 8 tenaga RELA digunakan bagi menjaga lalulintas. RELA juga akan memperkemaskan lagi kaedah kawalan.
b)      Masalah Kebisingan
Masjid Al-Umm berdekatan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi. Mereka ini memberi faedah kepada masjid bagi meramaikan jama`ah dan kegiatan pendidikan. Bagi pertama kali ini jama`ah dari Bandar  Baru Bangi adalah ramai dan memenuhi ruang  masjid, sama ada bahagian sayap kanan dan kiri dan juga bahagian atas. Jumlah melebihi 2,500 orang. Mungkin antara mereka sengaja datang kerana ini Juma`at pertama Masjid Al-Umm an mereka mau tau tentang masjid baru dan keselesaan yang ada padanya. Masalah yang dihadapi ialah kebisingan pelajar-pelajar sekolah, walaupun sudah ditentu pihak yang mengawal, pengawal-pengawal memakai vest, tetapi setengahnya terlepas ke atas dan tidak terkawal. Mereka disetujui ditempatkan disayap kanan masjid dengan diawas oleh pengawas-pengawas  dan juga dari kalangan guru mereka.
c)       Ruang  Solat
Setakat ini ruang solat yang digunakan ialah Ruang Solat utama yang di dalamnya dapat memuatkan sebanyak  1,500  jama`ah
Sayap kanan 500
Sayap kiri 500
Ruang Legar 800
Setakat ini  Ruang Serbaguna aras bawah tanah yang dapat memuatkan 800 jama`ah belum digunakan. Tetapi jika sekiranya ruang-ruang yang digunakan sekarang tidak mencukupi, maka ruang bawah tanah ini kemungkinan akan dibuka. Bahagian di bawah ini disediakan alat TV yang dapat diikuti khutbah dan pengajaran pada ruang utama.
d)      Imam


Diminta mempastikan kemasukan makmum ke ruang kosong dan tidak segera takbir  selepas iqamah sebelum ruang kosong  dipenuhi dan mereka yang di luar sempat masuk dan dapat bersama berjama`ah. Khutbah diminta  agar dipancarkan ke luar agar dapat diikuti oleh kalangan ibu dari rumah mereka, khususnya yang berdekatan. Seeloknya sebelum  solat diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur`an sama ada secara life atau rakaman.
e)      Petugas-Petugas
Mereka adalah sekarelawan yang datang bergotong royong membersih masjid, menghampar carpet dan sajadah. Mereka juga akan menyimpan  carpet dan sejadah yang digunakan pada hari Juma`at ke dalam stor.
f)       Pungutan Derma
Ialah dengan menggunakan peti kecil bergerak. Wang yang dipungut diminta dikira pada hari yang sama. Jumlah dapatan hendaklah dipaparkan pada papan kenyataan – termasuk pendapatan harian.
Akhirnya, pihak AJK akan memperbaiki keadaan dari masa ke semasa sehingga ke peringkat memuaskan – Insya Allah.
Sekian.

October 18, 2018

KUASA, DOLAR DAN TITLE


KUASA, DOLAR DAN TITLE
(Fikrah Bangi:  30)
BBB, 09 Safar 1440H. = 18 Oktober 2018M. (Khamis):
Ketiga-tiga perkara di atas menjadi kemegahan di dalam hidup dan ada orang yang hidup memburuinya sepanjang hidup dengan apa cara yang dapat. Di dalam kehidupan kekinian jalan pintas bagi mencapai ketiga-tiga perkara atau sebahagian daripadanya ialah melalui politik ! Ini bukan bererti politik  semata-mata keji, kerana ada yang berjuang melalui politik dengan tujuan murni. Ini berlaku sejak tradisi. Mereka seperti Mat Kilau,  Haji Abdul Rahman Limbong  dan Tok Janggut yang berjuang menentang British dan mempertaruhkan jiwa raga mereka bagi mempertahankan agama dan tanahair. Melalui politik juga tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tanah air  mepertaruhkan jiwa raga, mereka seperti Abu Bakar al-Baqir, Dr.  Burhanuddin Hilmi, Tunku Abdul Rahman. Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Razak  dan ramai lagi yang memperjuangkan kemerdekaan tanahair.
Kekuasaan yang dicapai melalui politik yang diwarisi dari pejuang-pejuang yang ikhlas, kadang-kadang menjadi budaya bagi bukan saja bagi mendapat kuasa, tetapi kekayaan dan juga pangkat kedudukan. Kekuasaan yang dicapai melalui politik oleh Umno-Perikatan dan BN telah membentuk budaya, bahawa melalui jalur politik ,memberi jalan mudah bagi mencapai kuasa, kekayaan dan juga gelaran. Ianya berterusan dan menjadi sebati bagi yang mencapai kuasa melalui politik. Adalah dipandang bahawa melalui politik peluang  dan mudah mencapai kuasa, kekayaan dan kedudukan.  Mencapai kedudukan dalam politik, maka pangkat bergolek datang. Kelalaian dengan kuasa, harta dan pangkat ini memualkan rakyat dan tiba-tiba selepas enam dekad berkuasa, maka kekuasaan, peluang kekayaan dan peluang mendapat pangkat dicabut dari mereka, bahkan antara mereka diseret ke muka pengadilan. Dengan seketika kekuasaan yang begitu gah runtuh dan menjadi kerdil sekejap masa. Segala peluang hilang.
Melihat pada kekuasaan baru, sindrom yang berlaku pada kekuasaan yang baru dijatuhkan, nampaknya tidak dijadikan pengajaran, kecuali yang teguh dengan iman dan prinsip. Kita melihat kemenangan dan kekuasaan yang dicapai diluar jangka yang diakui oleh pemimpin tertinggi mereka menjadikan mereka terkejut dengan kekusaan yang diberi. Selama ini mereka yang sama menderita bersama rakyat jelata tanpa harta tiba-tiba diberi jawatan menteri, timbalan menteri dan kedudukan lain lagi  menjadikan mereka kaget dan gugup, tidak biasa dengan kedudukan dan membuat kenyataan, kadang-kadang melucukan, sebelum dapat menyesuaikan diri.
Belum berlamaan masa kita melihat politik sebagai jalan mencapai kuasa, harta dan title kembali menjadi buruan. Di dalam PKR berapa banyak peristiwa perebutan, cabar mencabar, pertentangan fizikal berlaku, bahkan budaya yang berlaku di dalam kerajaan dahulu yang diruntuhkan kembali menjadi benih penyakit di dalam PKR. Seorang pemimpin yang mau merebut jawatan kedua tertinggi di dalam parti berkenaan menuduh berlaku pembelian undi untuk dipilih dengan seharga RM100 bagi satu undi (UM, 17.10, 2018: 1 & 3). Sesungguhnya  yang menawarkan ganjaran dan yang menerimanya dipengaruhi nafsi ammarah yang berada di bawah garisan akhlak keji atau lebih dikenali dengan rasuah. Parti yang relatifnya muda (ditubuhkan pada 4 April 1999) berbanding dengan Umno dan Pas sesungguhnya telah mulai dijangkiti penyakit dalaman (jiwa) yang jika tidak dibendung akan mengulangi  apa yang menjadi budaya dan amalan parti tertua itu. Perebutan dan  perbalahan bagi mendapat peluang  kuasa, kekayaan dan kedudukan secara tidak tertib itu, ialah kerana kurangnya pertahanan dalaman. Sememangnya parti itu tidak menekankan dari segi tarbiah keagamaan dan kerohanian sebagaimana  yang dilakukan di dalam PAS. PKR sesungguhnya tidak mempunyai kekukuhan dalaman, jika sindrom yang menjadi penyakit dalaman ini berterusan, maka lambat laun  PKR juga akan mengalami keruntuhan.
Kekuatan iman dan dalaman tercabar  dan kelihatan mulai berlaku di dalam Amanah yang merupakan belahan dari parti Pas, Sebaik kemenangan yang diterima dengan cara mengejut, bagai dalam mimpi sebahagian daripada mereka terkejut dengan jawatan-jawatan tinggi sebagai menteri dan timbalan menteri, tanpa diketahui apakah jasa yang telah dibuat, tiba-tiba mereka  menadah bintang-bintang yang berguguran ke haribaan ! Sesungguhnya rakyat tersenyum melihat gelagat mereka, bagai anak-anak yang  mendapat mainan yang menyeronokkan  !
DAP yang selama ini kental sebagai pembangkang, tidak kurang juga menerima kejutan. Kini menguasai pusat dan menjawat di dalam jawatan-jawatan tinggi sebagai menteri, timbalan menteri dan berbagai jawatan dan kemudahan. Ada antara mereka ghairah dan tidak tahan dengan kilauan  bintang. Ada antara mereka melanggar pantang, sehingga terpaksa dibuat teguran. Kata Guan Eng,
``DAP not a party going after awards.`` (Star, 15.10.2018: 9).
Ada anggota parti yang kemarut bintang cuba mempertahankan bintang, tetapi akhirnya akur dengan arahan DAP Pusat. Demikianlah DAP yang terkenal kuat dengan disiplin tidak terelak dari menerima tempias sindrom kuasa, harta dan pangkat kedudukan.
Kedudukan dan wibawa seorang pemimpin sejati tidak memerlukan kepada hiasan luaran yang bukan jati diri.
Pelajarilah kepimpinan Lee Kuan Yu, Obama dan beberapa yang lain yang gemerlap dengan kepimpinan dan jati diri !
Sekian.